NAMPAKNYA, kes rampas mayat oleh jabatan agama telahpun mencapai tahap yang baru. Sekarang, ada pula kes di mana Jabatan Agama Pulau Pinang telahpun merampas abu mayat seorang wanita, M Nagamah, kerana dipercayai si meninggal telahpun masuk Islam sebelum mati. Lantas, keluarga Hindunya dianggap tidak berhak untuk mengebumikan mayatnya.
Kes-kes rampas mayat oleh jabatan agama Islam di Malaysia bukan perkara yang baru. Memang sebelum ini pun, sudah ada beberapa kes yang mendapat perhatian media, orang Islam dan penganut-penganut agama lain. Mayat lain yang telahpun atau cuba dirampas oleh jabatan agama Islam termasuklah jenazah M Moorthy, Mohan Singh, T Lawrence, Nyonya Tahir dan Gan Eng Gor.
Dalam kes-kes seperti ini, antara soalan penting yang perlu jawaban adalah siapakah yang lebih berhak terhadap mayat orang yang telah meninggal? Apakah jabatan agama Islam atau ahli-ahli keluarga orang yang telah hidup bersama dan membela orang itu sehingga ke akhir hayatnya?
Status agama
Yang jelas, status agama seseorang yang sudah meninggal seperti dalam kes-kes yang disebut tadi agak kompleks dan mungkin juga sangat kabur. Dalam kes Nagamah misalnya, Jabatan Agama Seberang Perai mendakwa Nagamah telah berkahwin dengan seorang Islam bernama Ibrahim Noyah. Mengikut jabatan agama dan laporan media, beliau telah memeluk agama Islam pada tahun 2005 dengan nama Islamnya, Mariah Abdullah. Namun, anak-anak beliau mendakwa ibu mereka telah mengamalkan agama Hindu dan telah mati sebagai seorang Hindu.
Yang tambah mengaburkan fakta-fakta kes ini adalah satu laporan The Star pada tahun 2007. Suratkhabar itu telah melaporkan bahawa sepuluh orang anak-anak Nagamah dan Ibrahim Noyah telah memohon agar kad pengenalan mereka mencatatkan mereka sebagai beragama Hindu. Alasan mereka? Sepanjang usia mereka, mereka telah mengamalkan agama tersebut. Menurut Ibrahim Noyah dalam laporan itu lagi, dia tidak meminta Nagamah memeluk Islam sebelum mereka kahwin dan Nagamah pun menyokong permintaan anak-anaknya untuk tetap beragama Hindu.
Kes-kes lain juga sama-sama kompleks. Ramai ahli-ahli keluarga yang sukar untuk menerima dakwaan jabatan agama apabila semasa hendak mengebumikan ahli keluarga yang tersayang itu, mereka tiba-tiba diberitahu bahawa si mati itu telahpun masuk Islam sebelum meninggal.
Maka, apakah jalan penyelesaian dalam keadaan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama yang hidup di Malaysia?
Islam Ramah bukan Islam Marah
Mantan Presiden Indonesia, allayarham Abdurrahman Wahid, pernah berkata yang diperlukan adalah Islam Ramah bukan Islam Marah.
Bukankah buruk sangat imej Islam apabila jabatan agama hanya muncul menunjukkan keprihatinan apabila mahu menuntut mayat orang yang didakwa telah memeluk Islam. Ia boleh dilihat sebagai lebih mahu menunjukkan kuasa. Walhal, sebelum itu, jabatan agama tidak pernah muncul untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan sewaktu orang tersebut masih hidup.
Sepertimana orang-orang Islam mahu dilayan sama rata dan diberi hak penuh apabila mereka berada di negara bukan Islam, begitu jugalah orang-orang Islam mesti memberi layanan setara dan menghormati hak-hak orang bukan Islam. Bayangkanlah jika sebuah keluarga Islam yang sedang tinggal di Amerika, yang baru saja kematian ahli keluarganya yang terdekat, tiba-tiba didatangi oleh pihak gereja yang menuntut jenazah ahli keluarga mereka atas dakwaan bahawa dia telah pun menganut agama Kristian. Pastinya, ahli keluarga yang beragama Islam sukar menerima begitu sahaja dan merasakan hak mereka terhadap ahli keluarga dan juga perasaan keagamaan mereka telah diserang.
Apabila berlaku perselisihan yang sukar mencapai persefahaman antara pihak berkuasa dan ahli keluarga, bukankah lebih manusiawi jika perasaan ahli keluarga yang masih hidup itu lebih diutamakan? Lagi pun, setelah jenazahnya dikuburkan, pegawai-pegawai agama tidak akan lagi mempedulikan si mati. Ahli keluarganya jugalah yang akan tetap mengingati, melakukan upacara mendoakan roh si mati atau menziarahi kuburnya dari masa ke masa.
Jika menurut Islam sendiri pun, bukahkah setelah wafatnya seseorang insan, jasadnya tidak lagi menjadi yang penting, tetapi rohnya? Jika jenazahnya dikuburkan di perkuburan orang bukan Islam sekali pun, apakah lalu Tuhan tidak akan mengakuinya? Jika memang benar orang itu telah memeluk Islam, bukankah Allah swt itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui?
Orang Islam marah sungguh bila orang Barat menuduh agama Islam itu keras dan zalim. Tetapi jika orang Islam sendiri suka bersikap angkuh, kasar dan tidak adil pada orang bukan Islam, maka orang Islam sendirilah yang sebenarnya menunjukkan bahawa Islam itu keras dan zalim.
Fikah minoriti
Setelah 55 tahun merdeka, sudah tiba masanya para tokoh dan sarjana Islam di Malaysia menawarkan perspektif fikah yang boleh memberi jawapan dan keadilan terhadap masalah-masalah yang timbul di dalam masyarakat Malaysia kontemporari yang majmuk dan moden ini. Tokoh-tokoh Islam di Malaysia tidak boleh sekadar bergantung pada pendapat ulama zaman dulu kerana ulama silam mengeluarkan pendapat mereka sesuai dengan realiti keadaan masyarakat mereka sendiri pada waktu itu. Ulama dan sarjana Islam di Malaysia kini juga perlu mempertimbangkan pelbagai disiplin ilmu kontemporari seperti sejarah Malaysia, psikologi, sains politik, sosiologi, kefahaman terhadap undang-undang negara termasuklah Perlembagaan Persekutuan, dan juga isu gender.
Ulama seperti Yusuf Al-Qaradawi telah pun melangkah ke depan dengan turut membentuk fikah yang disebut “Fiqh al-aqalliyyat” ataupun fikah masyarakat minoriti bagi menjawab persoalan masyarakat Islam yang hidup sebagai golongan minoriti di negara-negara bukan Islam. Majlis Fatwa dan Penelitian Eropah membolehkan wanita Kristian yang mahu memeluk Islam agar terus kekal tinggal bersama dengan suaminya yang bukan Islam. Fatwa ini mungkin mempertimbangkan bahawa lebih baik wanita itu tetap hidup bersama suaminya yang bukan beragama Islam daripada wanita itu tidak masuk Islam langsung.
Fatwa sebegini pastinya memeranjatkan dan mungkin sukar diterima oleh umat Islam di negara-negara Islam. Namun, para ulama berani membuat pendirian sedemikian hasil pertimbangan terhadap konteks masyarakat dan isu gender di Eropah. Ini membuatkan mereka yakin ia merupakan langkah yang terbaik waktu ini. Maka, Malaysia juga harus menawarkan fikahnya sendiri dalam memastikan keadilan pada masyarakat minoriti bukan Islam di Malaysia.
Keadilan untuk semua
Apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan keadilan itu dapat dinikmati oleh semua, tidak kira Islam atau bukan Islam?
Mengapa kerajaan Malaysia belum melaksanakan usul dari badan bukan kerajaan yang dibuat semasa Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri, agar menetapkan orang-orang yang mahu menukar agama diminta memberitahu terlebih dahulu — bukan meminta izin — ahli keluarganya yang terdekat, terutama isteri atau suaminya?
Mahkamah sivil juga hendaklah tegas dan berani dalam melaksanakan keadilan pada setiap rakyat Malaysia. Perlembagaan Perseketuan telah memberi kuasa penuh pada mahkamah sivil untuk mengadili kes-kes yang melibatkan orang-orang Islam dan bukan Islam. Dalam kes pertikaian sebegini, ahli keluarga bukan Islam berhak mendapatkan keadilan di mahkamah sivil.
Seorang sarjana Barat pernah mengatakan “Keadilan bukan saja perlu dilaksanakan, malah ianya harus dilihat telah dilaksanakan.” Begitu juga, seharusnya Islam bukanlah hanya melaksanakan keadilan pada orang Islam, tetapi juga hendaklah melaksanakan dan juga dilihat melaksanakan keadilan pada orang bukan Islam. Bukankah menurut orang Islam sendiri, Islam itu rahmat untuk seluruh alam (rahmatan lil-alamin) dan Allah swt itu juga Tuhan untuk seluruh alam (Rabbul Alamin)?
Kiyai Prof Dr Said Aqil Siradj, Ketua Nahdhatul Ulama, organisasi Islam terbesar di Indonesia, baru-baru ini mengatakan bahawa melindungi orang-orang bukan Islam itu merupakan suatu jihad. Beliau juga dengan tegas mengatakan “tidak toleransi itu melawan Tuhan kerana di dalam Al-Quran Surah 2:21, Allah swt telah berfirman bahawa Dia sengaja menciptakan manusia berbeza bangsa dan suku kaum agar kita saling kenal-mengenal.”
Norhayati Kaprawi adalah seorang aktivis wanita, pembuat filem dan fellow Asian Public Intellectuals. Dokumentari beliau ialah Mencari Kartika, Aku Siapa dan Kudaku Menari Lagi mengutarakan isu-isu dalam masyarakat Islam di Malaysia, yang pastinya turut memberi kesan pada semua rakyat Malaysia.
[related-posts]
Adam says
That picture of the graveyard in Indonesia really makes me wonder and ponder for quite a while. We are so used to seeing graveyards being segregated by religion in Malaysia that a completely different situation like this would take us by surprise, albeit a pleasant one. The clear message here is that we should not be separated by religion even unto death, what more when alive?
Religion should be personal between the individual and his/her belief whatever that could be, as long as it is practised with civility and in freedom. Once strict rules and regulations are imposed, it could become restrictive and could even be a stumbling block to faith. And when one is not allowed to disbelieve, one would feel imprisoned and this could kill faith itself.
The only sensible solution to all these issues would be to allow complete freedom of religion without imposing too prohibitive and punitive procedures. A soft approach would be ideal in such spiritual and religious matters.
The writer has asked a very pertinent question on what is the solution to body snatching? I strongly propose freedom of belief as this would kickstart the reformation of the religion to the next level of true faith. Would the religious authorities take up the challenge?
Nickster says
Great article, I’m very impressed with the tolerance and harmony of the Muslim community in Indonesia. Malaysia would be a better place if we can practise the same.
I’ve understood Islam better after reading this article. All we need is more understanding and tolerance and the world will be a better place.
Manx says
Well…relax…we cannot make the world become the same, right? Some countries have their own advantages and disadvantages; that’s what is keeping this world balanced.
Alwin Lim says
Sampai bilakah isu merampas mayat harus berterusan? Kepercayaan kepada Tuhan hanyalah bergantung kepada landasan pendirian seseorang itu sendiri. Bukan imam, mahupun mubaligh Kristian mahupun pawang Cina, India yang menentukannya.
Kepercayaan kepada Tuhan tidak boleh ditentukan oleh orang sesiapapun sama sekali selain daripada individu itu sendiri. Adakah rampasan mayat mendatangkan nikmat, kesyukuran ataupun pahala? Atau ianya mendatangkan kebencian ataupun kerelaan terhadap sesuatu agama? Pelukan agama memerlukan kerelaan seseorang dan sekiranya dipaksa akan menjadi kebencian. Penghormatan terhadap sesuatu agama hanyalah boleh dicapai melalui contoh dan kehormatan bukan kepaksaan.
Memaksa seseorang tidak mungkin mendatangkan kebahagian sebaliknya kebuntuan. Penulis iklhas mengatakan bahawa sekiranya orang Islam dipaksa menjalankan pengebumian agama lain sudah tentu mendatangkan kebencian.
megabigBLUR says
“Perlembagaan Perseketuan telah memberi kuasa penuh pada mahkamah sivil untuk mengadili kes-kes yang melibatkan orang-orang Islam dan bukan Islam. Dalam kes pertikaian sebegini, ahli keluarga bukan Islam berhak mendapatkan keadilan di mahkamah sivil.”
Then why was M. Nagamah’s son told he had no standing in the syariah court to sue to get his mother’s ashes back? The case should not even have been in the syariah court then. Was there nobody to give him better legal advice?
Pratamad says
The civil court has failed to uphold our constitution in the past, demonstrating complete lack of courage and integrity. As the author has noted:
“Mahkamah sivil juga hendaklah tegas dan berani dalam melaksanakan keadilan pada setiap rakyat Malaysia. Perlembagaan Perseketuan telah memberi kuasa penuh pada mahkamah sivil untuk mengadili kes-kes yang melibatkan orang-orang Islam dan bukan Islam. Dalam kes pertikaian sebegini, ahli keluarga bukan Islam berhak mendapatkan keadilan di mahkamah sivil.”
We the people of Malaysia have to reclaim our constitution from the dysfunctional civil court!
George says
Many [Muslims], especially those who adhere to body-snatching techniques as a religious observance, are firstly inferior in terms of humanism. I also ask the question like the writer: If an Islamic couple were treated like this in a Christian nation, what would be their response? But alas! There, these [Muslims] would cry foul and raise hell saying there should be Armageddon against their persecution, all over the world of course. Whereas other faiths living in Islamic countries would rush to kill minority Christians and other faiths who just ask for land to build a house of worship. This is common knowledge.
Go to Saudi Arabia and see how these Arab masses behave at such a suggestion. But when they go out, some of their demands are really [illogical]. Like I knew a lady minister of Malaysia who supposedly went to Australia and took offense that the immigration brought in sniffer dogs to check for drugs. Talk about tolerance in Islamic countries: we know what is the answer. So it is not surprising that we have to look at Islam as how its followers live it today.
Diam says
Islam itu hanya INDAH dari rupa.
Murdan Benny says
Orang Islam sudah menjadi kasar dan ganas disebabkan kefahaman yang tunggang-langgang. Kebenaran dari Allah sudah disalahfahamkan dan diputarbelitkan oleh ulama-ulama yang berkepentingan. Walaupun Allah sudah berkata, “Bila manusia mati maka putuslah amalnya” tetapi masih degil hendak berpesan soalan kubur. Masih berpegang kejadian semula bergantung pada “tulang ekor”. Tidak sedar jika manusia itu dibakar (cremated) akan menjadi abu yang halus.
Mereka berseru, “Berimanlah kepada Allah”, “Berbuat baiklah antara manusia”, “Jangan biarkan jiran kamu lapar” tetapi masih boleh dengan tiba-tiba menjadi ganas dan gemar ber”jihad” untuk membunuh. Mereka lupa kata2 Allah yang membawa maksud, manusia ini dijadikan berpuak2, lelaki dan wanita, untuk berkenal-kenalan. Tetapi orang “Islam” suka kelompokkan diri mereka, “orang Islam itu bersaudara”. Yang lain bagaimana? Datuk mereka nabi Adam juga.
Tidak hairanlah jika orang Barat memandang wanita Islam yang bertutup ini sebagai pengganas, dan dengan tiada belas kasihan membelasah wanita yang tidak bersalah ini. Sebabnya hanya berpurdah. Pakaian “Islam” inilah yang menyebabkan ia dicedera atau dibunuh.
Dan tidak hairanlah sekarang, manusia yang cepat melenting di kiri kanan anda; bila memandu di jalan raya terdapat ramai yang berkupiah dan bertanda di dahi (kalimah Allah katanya). Dan Malaysia sedang sangat-sangat menuju menjadi sebuah negara yang anarki disebabkan kefahaman ulama yang cetek. PM Najib, saya pohon YB memahami. Janganlah cepat melarang itu ini mengikut nasihat ulama yang berkepentingan. Allah hak semua kejadian dan ciptaan-Nya, bukan hak orang Islam sahaja. Hak manusia sejagat, terpulang mereka dengan kepercayaan mereka.