BIARLAH saya meminta ampun kepada pembaca kolum saya kali ini — saya sebenarnya sudah ketagih membaca laman hiburan Tepi Kain. Maklumlah, mereka banyak memuatkan berita hiburan terkini, dan saya pula sudah pening membaca tentang kes liwatlah, keputusan mahkamah tentang Peraklah, dan berita politik lain yang agak berat dan merisaukan. Dan saya terpaksa mengaku bahawa saya ada perasaan cinta monyet sikit dengan Kak Nora, pengendali ruangan nasihat laman web tersebut. Saya muatkan di sini dilema yang diketengahkan minggu ini:
Adam Lambert
(domain awam | Wiki Commons)
Assalamualaikum dan wassup, Kak Nora,
Akak minat American Idol tak? Kalau ya, saya berharap sepenuh hati yang akak dapat menjawab pertanyaan saya ini. Kenapa, kak, kenapa Kris Allen boleh datang ke Malaysia tapi Adam Lambert tak boleh? Tak adil, kak, memang tak adil. Saya akui, Kris Allen pun hebat — peminat-peminat dia sampai sanggup menanggalkan kasut dan mengejar dia masa dia menyanyi dekat Mid Valley Megamall tempoh hari.
Tapi bagi saya, hanya Adam Lambert yang dekat di hati. Saya memang mandi tak lena, tidur tak basah apabila terfikirkan dia. Bila dia datang ke Malaysia, saya mahu melamar dia. Tolonglah saya, Kak Nora.
Bakal tunang Adam Lambert
Kota Kemuning
Waalaikumussalam dan yo, bakal tunang Adam Lambert,
Mengucap, sayang, dan bawa bertenang. Esok masih ada untukmu sama ada Adam Lambert menjejak langkah ke Malaysia ataupun tidak. Tapi akak hairan — adik ini lelaki atau perempuan? Sebab kalau perempuan, akak ada berita buruk tentang Adam Lambert — dia tidak akan berminat untuk “berduet” dengan adik atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi kalau adik ini lelaki, nampaknya akaklah yang sepatutnya mengucap dulu.
Bergurau, dik, akak bergurau. Dan jangan risau, akak tidak suka jaga tepi kain orang, walaupun laman web ini namanya Tepi Kain. Akak suka jenguk-jenguk saja.
Macam inilah, wahai adikku yang drama. Akak rasa memang lebih baik jika Adam Lambert tidak datang ke Malaysia langsung. Adik kena mengaku, dia memang sudah terpalit dengan macam-macam kontroversi di Amerika Syarikat, terutamanya berkaitan dengan aksi ghairahnya di atas pentas. Kalau dia datang ke Malaysia, cuba adik bayangkan apa yang akan berlaku:
1. Adam Lambert akan memakai t-shirt dengan logo Saya Suka Sodomy sebagai promosi konsertnya di Malaysia.
2. Pemuda PAS dan Umno akan membuat protes besar-besaran. Berjuta-juta akan turun ke jalanraya dan mengakibatkan kesesakan lalulintas yang bersejarah.
3. Mahkamah syariah akan menjatuhkan hukuman sebat ke atas dia dan adik. Akak buat andaian ini sebab: (a) daripada surat adik pun akak dapat rasa bahang kemiangan adik, dan (b) kalau betullah kamu berdua bertunang, mestilah dia sudah memeluk agama suci Islam, menjadi warganegara Malaysia dan diadili di bawah undang-undang kita, bukan?
4. Menteri dalam negeri akan membuat pengumuman tentang hukuman sebat terhadap kamu berdua kira-kira sembilan hari selepas hukuman dijalankan secara rahsia.
5. Presiden Barack Obama akan menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menjerit, “You sudah ting tong atau apa?”
6. Najib akan tertekan — siapa mahu diturut, penguatkuasa Islam di Malaysia atau presiden Amerika Syarikat?
7. Keselamatan negara akan diancam akibat ketegangan politik ini.
8. Darurat akan diisytiharkan, internet diharamkan dan Kak Nora pula kehilangan salah satu punca pendapatan halal.
Adik faham atau tidak? Jangan pentingkan nafsu sendiri saja, fikirlah sikit tentang orang lain yang tidak berdosa seperti akak! Oklah, mungkin akak ada buat dosa sikit, tapi itu tak sengaja.
Macam inilah, adik. Adik kahwin lari dengan Adam Lambert. Kalau sudah kempunan sangat, akak boleh pinjamkan episod American Idol 2009 yang akak rakam sebelum ini. Buat masa kini, adik boleh lihat tapi tidak boleh sentuh. Bukan saja untuk kewarasan adik, tetapi untuk keselamatan akak juga sebab akak tidak pasti sama ada akak akan dianggap bersubahat.
Sementara itu, adik boleh membuat perancangan yang lebih terperinci. Adik boleh memohon kerja dengan agensi kerajaan pusat. Kemudian adik boleh cuba sertai lawatan sambil belajar mereka ke luar negara. Tunggu sampai mereka pergi ke Eropah. Kemudian adik boleh lesapkan diri, mewarnakan rambut dan menukar sikit raut wajah adik. Dan kemudian adik bebas mencari Adam Lambert dan teruskan dengan perancangan perkahwinan. That’s the only way, adik.
Jangan lupa hantar kad jemputan kahwin kepada akak! Maklumlah, Tepi Kain ada juga membuat lawatan sambil belajar ke laman gosip lain di Eropah.
Akak doakan kebahagiaan adik. Akak sendiri sudah tersangat bahagia — adik ingat siapa perempuan pertama yang membuka kasut dan mengejar Kris Allen di Mid Valley? Tapi dia perasan comel jugalah, adik. Dia ingat akak mahu ajak dia buat maksiat. Sebenarnya akak mahu beri dia buku 1Malaysia saja.
Salam ikhlas dan nakal,
Kak Nora
Shanon Shah berharap Simon Cowell akan datang ke Malaysia dan mempelopori rancangan realiti Wakil Rakyat Idol.
Baca ruangan Secubit Garam terdahulu
The Nut Graph memerlukan bantuan anda
Silalah luang lima minit untuk mengambil tinjauan pembaca kami
Farouq Omaro says
Saya pun mau ikut pi Eropah, bulih ka?
Spicebear says
“…mandi tak lena, tidur tak basah …”
ROFL!!
Azmi says
You’re getting more wicked
nadia says
Kolum ini patut dijadikan kolum tetap di TNG.
bunny says
That’s why I really respect individuals who are openly gay in Malaysia. 🙂
Jamie says
Epic sangat Kak Nora ni… ku gelak sampai sakit pinggang. xD
Zurairi AR says
‘You sudah ting tong atau apa?’ dah jadi phrase of the day on Unscientific Malaysia! We loves it! Haha: http://www.facebook.com/unmalaysia
Molko says
PLACEBO yang akan dtg mid-March ni pon openly gay …so…
andi says
So what if he is gay?
Duh. It’s not like everyone is going to turn gay just because Adam would be coming down to sing for the Malaysians.
Bravo! This is indeed wicked.
Lily says
Hi Kak Nora,
Thanks for the article. I take it as very entertaining.
Although to be honest, this is the plague that Malaysians suffer nowadays – we judge people based on their sexuality. Tak kira la straight ke, gay ker, transvestite ke, asexual ke. Kadang2 kita ni lupa yang the best test to tengok orang is based on the person’s real character and behaviour – whether at the end of the day orang tu baik ke tak.
To me, Adam is a very nice dude who happens to be gay. His stage persona should not be used to judge on who he is. He’s a good dude who has done charitable works for kids as well, and his friendship with Kris Allen shows that people can live together in peace and harmony if they work out their differences.
Too bad our Malaysian society cannot see that and just straight away zoom in on him being gay. More often than not we look at things as a hole than a whole. This is the bane that plagued our Malaysian society nowadays.
Le sigh.
Lily says
Also, I like both of them, Kris and Adam. Having seen Kris in person in both KL and Manila, OMG I gotta say he’s beautiful!!!! Jangan jeless Kak Nora, I’ll be meeting Adam next!!!
Sadel says
Kenot stop laughing…. A+++ for imagery.
Only 2 things would have stopped Adam Lambert from coming to M’sia: the powers that be the authorities, or his own management’s safety concerns.
He could be a diplomat for inter-species relations, the man is just so charismatic.
So, yeah, it’s his fans’ loss. A real pity because there is no telling if he will come back to this region anytime soon. Maybe someday this country will be able to handle artists like him.
Thank you for the funny read.
PS: He’s been known to make out with girls too 😉