Tidak pernah dan tidak akan muncul di kedai buku berdekatan
LEBIH kurang dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini, saya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Waktu itu, seperti hari-hari yang kita alami sekarang, hujan kerap turun. Di Bangsar, akibat jalan yang licin dan kecuaian memandu (awas bila hari hujan, kalian!), kereta saya remuk akibat melanggar dan dilanggar kereta orang.
Setelah selesai diperiksa Sarjan (namanya saya terlupa) di Balai Polis Tun HS Lee, saya dikenakan saman. Dalam perlanggaran lima kereta malam itu, saya pemandu yang keempat, maka dari sudut insuran kereta saya terjamin; kasihan pemandu yang melanggar belakang kereta saya — “Dia memang tak boleh lari!” jelas Sarjan itu. Walau saya dan abang saya cuba agar saman tidak dikeluarkan, akhirnya Sarjan itu memberi sedikit ruang untuk membayarnya. Hari terakhir: 30 Okt 2009.
Hari Raya datang dan pergi. Rendang dijamah, lemang dilahap. Hujung bulan Oktober pun semakin hampir. Alangkah sayangnya, saya tiba pada hari sistem bayaran saman PDRM lelah. Orang ramai menunggu berjam-jam tanpa diberitahu hal kerosakan ini, hinggalah saya bertanya pada seorang anggota polis trafik dan diberitahu, “Ini selalu berlaku. Kita pun tak tahu bila sistem akan berfungsi semula.” Saya harap RM1 billion yang bakal diberi pada PDRM diguna untuk memperbaiki sistem ini serba sedikit!
Akhirnya, tanggal 2 Nov saya kembali ke Balai Polis Jalan Tun HS Lee, setelah menelefon dan memastikan yang sistem bayaran saman itu sudah kembali beroperasi. “Alhamdulillah, tak payah pergi mahkamah!” terlintas fikiran di hati.
Setiba di kaunter semakan saman jam 12 tengah hari, barisan untuk menyemak saman sudah lanjut keluar bilik. Tanpa berlengah, saya masuk beratur. Seketika kemudian, saya ternampak seorang anggota polis trafik beruniform di tepi barisan. Saya ingatkan dia membantu meringankan kerja mereka yang di belakang kaunter. Saya pun mendekatinya.
Anggota polis trafik itu melihat surat saman saya. Dia berkata, “Encik, ini saman kemalangan. RM300 ni.” Saya bertanya, “Tuan, boleh ke saya buat rayuan?” Dia jawab, “Tidak, kemalangan tak boleh.”
Nota: Ini fakta salah. Saya kemudiannya dimaklumkan oleh pegawai polis lain yang semua saman, sebelum ke mahkamah, boleh dirayu. Anda hanya perlu ke kaunter rayuan dan tulis surat rayuan; di Balai Polis Jln Tun HS Lee, ianya di bilik bersebelahan kaunter semakan saman.
Saya bertanya lagi, “Tapi Tuan, betul ke saya tak boleh buat rayuan?”
Dia berfikir seketika, langsung meminta saya ikut dia. Sewaktu berjalan dengannya, saya berfikir, “Alhamdulillah ada anggota polis macam ni. Baik dia nak bantu saya.” Salahnya saya!
Kisah benar
Dari laman rasmi PDRM (sumber: rmp.gov.my)
Anggota polis tersebut membawa saya ke satu bilik di aras bawah bangunan bersebelahan. Pintunya bertanda “6/Pejabat Unit Lampu Isyarat Berkamera.” Di dalam bilik itu saya perhatikan beberapa orang anggota polis trafik beruniform sedang berehat santai. Timbul di fikiran saya, “Hmm, ganjil…” Anggota polis trafik tadi — jom kita namakan dia S — membawa saya ke sebuah meja. Di situ, atas helaian kertas kecil S menulis: “230”, “150”, dan “300”. Ah, naifnya saya! S mahukan rasuah?
“Harga saman asal ialah RM300. Awak bayar saya RM230; nanti resit akan catit RM150,” ujar S.
Business model yang tahan lasak: saya mampu kurangkan 23.3% saman; S dapat 53.3% untung “bersih” untuk proses saman saya di Bukit Aman. Dia berkata yang biasanya proses ini akan ambil masa, dan dia akan lakukan semuanya. Saya hanya perlu kembali beberapa hari kemudian, jika mahukan resit.
“Mmm, saya kena fikir dulu,” saya membalas.
S belum mahu mengaku kalah. Dia membawa saya ke satu lagi bilik, bangunan yang sama, tingkat satu. Bilik bertanda “Pintu 3/Stor Kertas Siasatan.” Dalam bilik ini, saya kagum kerana ianya dipenuhi almari dengan fail bertimbun. Juga terdapat sebuah meja dan dua kerusi. S mengajak saya duduk.
“Macam ni lah. Encik Fahmi jangan takut, saya memang boleh tolong,” jelas S, sambil mengambil seikat kertas-kertas putih dari almari. Rupa-rupanya, ikatan itu adalah resit-resit bayaran saman yang telah “diproses”.
“Ini semua untuk bulan Oktober saja,” kata S. Kelihatan beberapa ikatan resit lain terselit antara fail-fail kertas siasatan. “Besarkah operasi ini?” saya terfikir. Kalau “untung” satu saman RM80, atau sekurang-kurangnya RM50, maka seikat ini bersamaan dengan…
S turut sempat menunjukkan contoh resit. “Ini dia, syarikat X Sdn Bhd — dia banyak kena saman,” kata S sambil tersenyum sinis.
Pada waktu ini, tanpa syak lagi, saya tahu S cuba untuk mendapatkan rasuah dari saya. Saya terus menghafal nama dan nombor polisnya.
Nota: Ini sangat penting — pastikan anda catit seawal mungkin supaya tidak terlupa, supaya dalam proses siasatan nanti tiada keraguan identiti pesalah.
“Maaflah, tuan, saya nak fikir dulu. Banyak duit ni,” kata saya. S berkata tak apa, lalu menulis nombor telefon bimbitnya di belakang kertas saman saya: 013-XXXXXXX. “Kalau apa-apa, call saja,” ujarnya. Saya pun beredar.
Buat kenangan
Tiga puluh minit kemudian, setelah lama berfikir, berTwitter dan menelefon rakan-rakan untuk mendapatkan nasihat, saya membuat keputusan untuk membayar harga asal saman, RM300.
Di kaunter bayaran, saya ternampak S masih menjalankan “tugas”. Saya cuba berselindung di sebalik pokok kecil: camouflage. S tak perasan kehadiran saya!
Setelah siap bayaran, saya terasa mahu mengenangkan insiden ini dengan lebih intim, dan berjalan menuju S. Di atas alasan mahu bertanya sesuatu, saya (dengan telefon bimbit dalam silent mode) mengambil gambar S. Kenang-kenangan.
Lalu saya berjalan keluar, dan menanam niat: Saya mahu melapor kejadian percubaan rasuah ini, dan saya mahu rakyat Malaysia yang lain tahu pengalaman saya ini.
Fahmi Fadzil mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihormati rakyat. Tapi untuk itu, PDRM juga harus menghormati rakyat.
Rencana seterusnya: Semuanya aman di Bukit Aman
t says
Sweet! Good move Fahmi 🙂
h says
I think you are wasting your time playin’ with ’em small fishes.
greenpeace says
Bravo Fahmi, wish there were more people like you. I would have done the same.
Tan says
A good account of your real experience but it is an open secret why they refuse to set up the proposed commission by the RCI.
faerie says
Syabas kerana ini adalah satu cara untuk meratakan kekedutan imej pihak polis kita yang sudah lama tercemar dengan rahsia terbuka mereka.
kc lim says
Dear Fahmi,
I am so thankful that there are people like you who call M’sia home. I am beginning to despair that we M’sians are all corrupt – overt or covert. We need to say no to corruption instead of taking the easy way out. Please keep up the good work. kc.
U-Jean says
Thank you for sharing 🙂
whatever says
Well done, Fahmi.
Making a Better Malaysia says
This is what we all should do. Gather enough evidence to make the most corrupt police force I have ever known afraid of us. Another place you can find corruption happening on a weekly basis – the Sprint Highway on KLGCC/Mont Kiara.
anoynymous says
When doing all this [nonsense] they will forget to behave like Muslims and Malays! But when it comes to other races, whatever things are haram! […]
biasalah says
Our home minister calls this revelation “demonising'” the PDRM, [saying it] contributes to high crime rates. By his logic, Fahmi is causing the high crime rates. So be careful. The PDRM is very touchy nowadays.
S says
Saya cuma berharap saudara-saudara semua kelak tidak terlibat dengan rasuah bila mempunyai kuasa. Kerana kebanyakan mereka yang mencemuh rasuah akhirnya menjadi perasuah tegar bila mempunyai peluang. Fahmi awak punya bukti yang kuat – kenapa tak lapor SPRM, sudah tentu SPRM akan siasat secara telus anak bilis ini.
Colin Kirton says
Good on you, Fahmi! I especially appreciate that you went ahead and paid the full RM300 fine instead of (legally) making an appeal, in order not to confuse the issue.
I disagree with ‘h’ above. While I agree we should also be gunning for the ‘big fish’, we should remember it’s the ‘small fish’ who ultimately become the ‘big fish’. And those who are corrupt at the lower levels only amplify that corruption when they reach higher levels.
To adapt an old peribahasa, “Sedikit-sedikit, lama-lama meruntuh bukit.”
Richard says
I would have paid S. Cepat, no hassle, put it in the past. After all, they need to cari makan like you and me too, don’t ever forget.
motu says
Yes and your children and your children’s children will be paying, too…
hempster says
Memang menjadi pengalaman ramai aksi polis sebegini. Ia menjejaskan imej anggota polis lain yang menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Malangnya perangai sebegini bermula dengan persetujuan dari yang atas. Kalaulah kepala menuju sehala, badan tentu mengikut. Hanya dengan komitmen serta revolusi pemikiran yang sepenuhnya gejala rasuah hanya boleh mula dibanteraskan. Fahmi memang insan yang mulia.
Azmi says
Yes, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. We must persevere in our efforts. Fahmi’s actions might seem puny compared to the rot in the system, but at least he took that step and we, the rest of the public must at least replicate that action so there will be a positive domino effect.
Hapuskan Rasuah! says
Saya kagumi sikap Fahmi! Memang patut modus operandi ini diketahui MACC dan pegawai polis itu dan “gengnya” diberkas!
Orang ramai patut tahu yang kegiatan sedemikian selalunya berlaku apabila pegawai atasan polis juga membenarkannya, mereka selalunya “close eye one” dan turut menerima habuannya!
Syabas Fahmi!
VK says
Woa. This is a good story.
izna says
Tak sangka polis jenis gitu.
Saya dulu pun gitu. Lampu brek ketiga tak nyala. Kena saman. Tanya kat kaunter dia kata RM100.00 tak boleh kurang. Lepas tu bila nak bayar polis kaunter tu kata RM70.00 saja. Belum minta kurang dia dah kurang. Polis, polis.
Spiceman says
Police won’t take action on their brothers… MACC won’t take action on their cronies. What else can you do? […]
razak says
PDRM. Memang polis Malaysia rasuah. Apa nak hairan, menteri2 Malaysia lagi banyak rasuah.
Satu Malaysia tolak Umno/BN baru boleh kurangkan rasuah.
Antares says
The traffic cops are the worst of the lot. Fahmi, save yourself lots of money by taking a crash course in holographic event erasure (I’ll give you a very special discount since you’re so hensem and talented :-)). Been issued traffic summonses at least once a year for decades. Always rip the ticket to shreds within two minutes while projecting the thought that none of this actually happened; it was merely a glitch in The Matrix and the traffic police are only low-grade computer programs. It works for me, but requires some practice. Now, if only enough of us can do the same for the entire BN misgovernment… we’d save so much money on endless by-elections!
alan says
The same experience, but mine was just at the counter. Don’t trust them, even the traffic police loitering in the area. Their modus operandi is the same. First they take a look at your summonses and say this is non-negotiable and will have to be settled in court. Then they will act with their collegues so that we are convinced enough that only they with their friends can help you to reduce the amount. Then they cut a deal with the on-duty police officer at the counter. A few minutes later the counter will call your name and say you have to pay a certain amount but if you want the receipt you have to come back another day, but don’t be surprised if the amount on the receipt is much lesser – the important thing is that you don’t need to go to the magistrate and it is settled. You then leave the scene thanking the officer.
When you are in the car reflecting back, you realise that you’ve just bribed them and it is done at the traffic police HQ itself at their very own counter. A check with myeg or the online traffic system shows that if you pay online the amount is much lesser. And they wore the badge “Kami anti rasuah” which actually should be read “kami nanti rasuah”. […]
Roxy says
Great job. To banish corruption, it would have to start from us. Hopefully your article can influence more people into doing the right thing.
Nobody's Angel says
Haha, but they wear a badge that says ‘jangan rasuah saya’! Such a load of [nonsense] as if we are the ones who are trying to bribe them. What they did to you Fahmi is attempted extortion.
Has happened to me many years ago too.
Amazing that no one wonders how they can afford expensive phones and cars on their salaries. Someone should try the Ampang Traffic Police Station. They do this extremely well. If you don’t pay up the summons [theny make it] your fault. Personal experience!
rudy says
Kalau dah memang bersalah dari segi trafik, tak kiralah sebab cuaca ke apa, bayar sajalah saman itu. It takes two to tango? Takde pemberi, takde penerima. Nokhtah.
JJ says
Fahmi is actually saying what we all know – that the leopard has spots and police means corruption.
All this money is shared out among all the police – big and small. This is an open secret and no action will be taken.
This police will say ‘frivolous’ as Najib has taught them the word to use when one is guilty.
pilocarpine says
Memang berani.
– SALUTE –
alice says
Poor police [officers]. Make RM800 to RM1,000 a month.
How can they survive the growing expenses in the country without resorting to rasuah? Pity them.
Hayabusa says
This is the dilemma of a lotta well-meaning people.
Pay your saman:
You’ll be one of the proud citizens who’re doing what’s right, another blow to the corrupted system, and be a good role model to many. And of course, you can blow without remorse everywhere that you hate corruption, and are definitely against it! But it goes without saying that your wallet’s gonna bleed.
Pay your saman “the other way round”:
You save your wallet’s load, you feed the cops’ family better (RM800 to 1,000, that’d do 20 years ago, not now), as such, one kid less left starving. But you can never hold your head high when anything about corruption’s discussed, because though you hate it, you’re feeding it at the same time.
As for me, I’ll pay… the other way round. My thought on this: the summons money goes into the treasury, and money in the treasury will somehow go into the pockets of […] bureaucrats with no such need and no remorse. So better feed the ones who need it than the ones who just want it.
Badman says
I have face with this situation too. At the time they give saman to you, they will say don’t try to rasuah me. Later when you go to pay this saman, someone will came out and serve you: May I help you to pay your saman…this will be faster and cheaper…
asrul HOPE says
Saya ingati sebuah cerita yang diceritakan oleh forumer Indonesia. Dia disaman oleh polis Malaysia di Kuala Lumpur.
Kemudian dia memutuskan untuk membayar saman itu, katanya ‘saya membayar saman itu kerana saya tahu polis Malaysia menggunakan duit saman saya untuk membaiki dan menyelenggara jalan. Kalau di Indonesia duit saman pastinya masukin poket sendiri..’
Nampaknya dia silap..
Yosri says
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
“Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayyunlah (carilan kebenaran berita)”.(QS. Al Hujurat : 6)
Kami tunggu disabitkan di mahkamah untuk pengesahan. Sementara itu, perkara ini dianggap cerita-cerita orang yang mahu melapor tetapi tiada bukti melapor; kononnya berlaku sebegitu tetapi tiada bukti berlaku sedemikian.
meoradli says
Fahmi,
Did you manage to report the case to SPRM?
I recently encountered a more or less similar situation at the SAME police station.