The following is an excerpt of Datuk Zaid Ibrahim’s foreword in his second book Saya Pun Melayu, which was launched on 23 March 2009. He addresses issues of Malay identity, privilege and politics at a time of transition in Malaysia.
PADA saya tidak ada untungnya kita menjadikan tafsiran siapa itu Melayu sebagai satu stereotaip atau memperkecilkan kumpulan lain yang juga Melayu semata-mata kerana kita bertentangan pemikiran dan nilai, dan cara hidup. Tidak patut ada stereotaip Melayu kerana seperti bangsa dan kaum lain di dunia ini, Melayu mempunyai banyak serpihan dan lapisan, banyak ketidaksamaan, banyak asam ragam.
Ilmu dan pelajaran serta nilai dan sikap yang positif, selaras dengan keperluan dan cabaran semasa, adalah lebih penting kepada kemajuan orang Melayu. Ini lebih penting dari asal-usul dan keturunan, dan dari parti mana orang Melayu itu bersandar. Malah nilai dan sikap positif amat penting dalam bidang yang mana orang Melayu dianggap sangat berjaya — politik — kerana ia memerlukan nafas dan pendekatan baru. Politik Melayu amat memerlukan reformasi dari dalam dan luar diri.
(Sumber: sitevip.net)Hari ini kepimpinan politik negara dilihat sebagai politik cowboy. Dalam siri TV The Wild Wild West yang saya tonton pada zaman muda dahulu, watak-wataknya yang ada pistol dan sanggup serta cekap menggunakan pistol itulah yang berkuasa. Tidak ada undang-undang dan peraturan; kalaupun ada undang-undang, ianya boleh dijual beli. Inilah budaya politik cowboy yang menerap dalam negara kita sekarang ini.
Saya bimbang dengan cara ini, di mana kuasa boleh dibeli, dan menggunakan kuasa untuk mencari kesahihan, ia akan menghancurkan segala pencapaian yang ada. Sesetengah orang Melayu sudah tidak tahu lagi membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dalam penentuan nilai politik mereka. Wang ringgit dan kuasa sudah membuatkan wawasan mereka kabur.
…Saya harap orang Melayu mengekalkan semangat toleransi dan kesederhanaan. Buku ini cuba mengingatkan kita betapa bahayanya perkauman dan nilai fasis yang bahaya. Bukankah kita terkenal dengan budi pekerti dan sikap berbaik dengan semua kaum dan bangsa? Jangan matikan nilai dan cara hidup ini. Dalam apa hal sekalipun, biarlah orang Melayu jangan menjadi ekstrem, jangan menjadi ganas, dan jangan menjadi budak upahan pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab yang selalu mengapi-apikan perpecahan dan perkauman.
Kita kaum dan bangsa yang bermaruah, dan inilah masanya kita tunjuk kepada mereka yang rakus kuasa dan sombong bahawa Melayu ada harga diri dan Melayu mahukan keamanan dan kesejahteraan untuk semua.
Kangkung… dengan belacan (Gambar oleh Indradi
Soemardjan; sumber: Wikipedia) …Demokrasi di negara kita ini adalah demokrasi “kangkung” iaitu demokrasi murahan. Kita digelar demokrasi kerana kita ada pilihan raya lima tahun sekali. Itupun dengan penuh muslihat dan rintangan. Ciri-ciri negara demokrasi yang bebas dan rakyat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi masih belum wujud di negara kita.
Malaysia juga banyak undang-undang tetapi tidak semuanya berteraskan keadilan. Undang-undang tanpa keadilan adalah instrumen atau alat untuk melakukan kekerasan dan kekejaman terhadap rakyat. Oleh itu rakyat mestilah bersatu hati memperkuatkan tekad mempertahankan sistem yang berteraskan keadilan yang hanya ada dalam demokrasi yang tulen. Inilah cabaran bangsa Melayu dan Bangsa Malaysia sekarang ini.
Baru-baru ini kedengaran suara Hishammuddin Hussein dan rakan-rakannya dalam Pemuda Umno yang berteriak kuat bahawa mereka rela menitiskan darah terakhir untuk membela kedudukan raja-raja Melayu. Begitulah kuatnya semangat Hishammuddin, sepertilah sebelum ini dia juga menghunus keris sewaktu perhimpunan agung Umno untuk membela nasib bangsa. Semua ini kita alu-alukan kerana ini adalah berlainan sekali dengan ucapan para pemimpin Umno 15 tahun dahulu yang mahu menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu.
Saya amat berharap mereka juga akan sanggup berjuang ke titisan darah terakhir untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di negara tersayang. Ini perlu demi kebaikan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, ataupun kedudukan dan pangkat.
Bercakap tentang kepelbagaian kaum, agama dan budaya di Malaysia, saya teringat kepada kepercayaan orang Cina tentang angka “8” yang dianggap ong atau bertuah kerana ia boleh membawa nasib yang baik. Dengan itu ada orang menganggap tahun 2008 akan membawa tuah.
Tetapi tahun 2008 membawa pelbagai cabaran dan dugaan politik dalam hidup saya. Inilah tahun di mana saya digugurkan dari menjadi calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kota Baru, tahun di mana saya memegang jawatan menteri selama lima bulan 27 hari, tempoh paling singkat dalam sejarah tanahair, dan juga tahun di mana saya dipecat daripada Umno.
P Ramlee (Sumber: Wikipedia) Namun, semua peristiwa itu tidak pula membuat saya resah gelisah atau sedih tak menentu. Ia juga bukanlah perkara yang memalukan saya atau menjejaskan imej dan reputasi saya. Tidaklah sampai seperti apa yang P Ramlee nyanyikan “makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah”.
Cuma ramai kawan dan orang ramai yang bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap diri saya kerana mereka masih tertanya-tanya apakah isu sebenar yang membawa kepada peristiwa-peristiwa tersebut….
Lebih-lebih lagi semasa saya berhenti dan juga sewaktu dipecat daripada parti, begitu ramai orang Umno dari pemimpin tertinggi hinggalah kepada tukang kempen parti yang diberi ruang oleh media arus perdana yang kita semua tahu milik Umno. Marah sungguh mereka kepada saya. Kata-kata yang digunakan panas dan perit didengar sedangkan “kesalahan” saya bukannya besar sangat berbanding dengan orang Umno yang lain. Jadi rasanya amat sesuai saya memberi sedikit ulasan dan pandangan serta perspektif saya melalui buku ini tentang bagaimana saya menilai dan melihat semua yang berlaku itu.
Diharap para pembaca dapat menilai siapa yang benar dalam usaha mencari pendekatan politik yang terbaik untuk negara.
Secara kebetulan pula saya menulis buku ini semasa Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara. Jadi saya turut mengambil peluang dalam buku ini untuk menulis tentang apa yang saya kira penting dari segi sifat dan nilai yang patut ada pada seseorang pemimpin.
Nilai dan akhlak pemimpin serta pemikiran pemimpin tersebut menentukan rupa bentuk kerajaan dan negara yang dipimpinnya. Pemimpin yang menghormati dan memuliakan nilai tinggi kemanusiaan dan agama, yang mahu melihat budaya mengejar kecemerlangan, yang mahu mengatasi kelemahan atau mediocrity, yang mahu kepada keadilan mengatasi kekejaman dan kemungkaran, amat dialu-alukan.
Sejarah Islam juga membuktikan betapa pentingnya pemilihan pemimpin dibuat secara musyawarah dan konsensus, bukan secara anointed atau diaturkan seperti peralihan kuasa Umno Baru. Contohnya, berlaku perang saudara di antara kumpulan Yazid anak Muawiyah dengan Husayn ibn Ali adalah kerana pemimpin-pemimpin elit Islam pada masa itu menolak pendekatan musyawarah.
Karpal SinghKalaupun pandangan saya kritis, sama ada dalam soal hak dan keistimewaan bumiputera atau soal Umno tidak disenangi oleh pihak tertentu, saya harap mereka janganlah merempuh masuk pejabat saya atau mengugut saya seperti mana Pemuda Umno menyerang untuk menyekat Ahli Parlimen DAP Karpal Singh yang berkerusi roda itu masuk ke Parlimen untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab rasmi beliau baru-baru ini.
Gunalah saluran intelek dan kebebasan bersuara sebagai platform untuk menjawab apa yang saya catatkan dalam buku ini. Itulah cara kita berkomunikasi dalam masyarakat yang bertamadun. Hujah dilawan hujah; kalau dilawan tangan, itu biadab namanya. Melayu sepatutnya tidak biadab kerana tinggi hati budi dan luhur jiwanya.
Saya juga menyentuh dalam buku ini tentang orang Melayu dan isu-isu yang berkisar dengan amalan agama khususnya dari segi politik. Sejak bertahun-tahun lamanya saya telah mengulangi pendirian saya secara terbuka bahawa orang Melayu sama gagah, sama kuat dan sama bijak dengan kaum lain dari segi kebolehan dan kemampuan diri mereka.
Seperti juga kaum-kaum lain, sudah tentu ada yang rajin dan ada yang malas. Saya bimbang Dasar Ekonomi Umno yang bukan lagi menjiwai Dasar Ekonomi Baru yang menggalakkan subsidi melampaui batas, yang menggunakan projek kerajaan untuk kesenangan diri dan jentera parti, dan yang mendapat keutamaan dalam mendapatkan kontrak kerajaan semata-mata kerana warna kulit, telah menjejaskan keupayaan orang Melayu sendiri.
Saya melihat setiap bangsa yang maju di dunia ini semuanya terdiri daripada bangsa yang berdikari atau self-reliant, yang tidak lari daripada persaingan dan mempunyai daya usaha yang tinggi.
Apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ialah setelah berpuluh tahun mendapat kontrak kerajaan, dengan ratusan skim dan rancangan untuk bumiputera, hari ini sukar sekali mencari sebuah syarikat Melayu/bumiputera yang cekap membuat pendawaian atau wiring untuk bangunan yang canggih. Itulah rintihan seorang pemimpin persatuan peniaga bumiputera yang meluahkan rasa hatinya kepada saya.
Tetapi saya tidak terkejut kerana apalah perlu bagi bumiputera untuk mempelajari apa-apa yang rumit, sukar dan memakan masa jika dia dengan mudah boleh mendapat komisen dari kontrak tersebut tanpa membuat apa-apa kerja kerana dia sudah pajakkan kerja kepada bukan bumiputera. Di manakah kontraktor bumiputera yang berwibawa hari ini, selain 60,000 kontraktor kelas F, yang juga tidak ada kerja?
Saya tidak mengatakan bantuan dan pertolongan tidak boleh diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukannya tetapi dasar yang memberi keistimewaan dan hak yang tidak berasaskan kepada keperluan telah membuatkan satu kaum itu menjadi malas dan takut maju.
Sudah pasti saya tidak setuju langsung dengan andaian stereotaip kononnya Melayu malas tetapi Cina rajin, ataupun semua Melayu pemurah manakala semua Cina tamak. Penjajah yang memulakan fitnah tafsiran ini sebagai alasan untuk “membela” Melayu sedangkan niat dan amalan mereka jelas untuk menjajah dan menguasai politik dan ekonomi negara kita. Malangnya ada golongan elit Melayu dan golongan berpendidikan tinggi yang masih menyahut tafsiran ini.
Jadi dalam buku ini, saya cuba memperjelaskan bahawa kita mesti sanggup berdikari dan menunjukkan kepada semua bahawa Melayu yang bermaruah adalah Melayu yang tidak mengemis atau meminta-minta (sama ada dalam suara bengis menuntut hak atau sayu merayu untuk mendapat habuan).
Bagi saya, Melayu boleh berjaya atas kaki sendiri dan tidak perlu melutut kepada sesiapa kecuali kepada Allah SWT. Saya mahu melihat Melayu yang tahu harga diri, yang malu apabila gagal dan yang sanggup menerima tugas dan tanggungjawab sebagai satu ibadah.
Datuk Zaid Ibrahim adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas ahli Umno. Bukunya Saya Pun Melayu yang baru diterbit oleh ZI Publications boleh dibeli di kedai-kedai buku terkemuka.
christine yong says
I wish this book was translated into English for those who are keen to read but understand little Bahasa Malaysia. I am sure it is a great book! All the best to Zaid Ibrahim for his role model leadership of a democratic and just society.
Thank you.
Mior Shaifuddin says
Assalamu’alaikum
Saya bangga kepada perjuangan saudara sebagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya akan membeli buku saudara untuk membaca dan sebagai sokongan dari saya. Semoga Allah memberkati perjuangan saudara kalian.
Wassalam.
Hamba says
Saya pun Melayu, Ah Chong pun Melayu, Muthu pun Melayu juga….Kalau itulah yang perlu untuk menghilangkan diskriminasi, maka seluruh rakyat Malaysia adalah Melayu Malaysia….Bila ianya sudah berlaku, perlukah lagi Umno, MCA dan MIC? Ataupun BN?
PK Mathavan says
Dear Datuk, please give the best to the people. Credible leaders like you are needed so badly for this wonderful country to bounce back . You and your ideas are right on track. I am buying this book to show my support.
colin chai says
Datuk Zaid, I would be glad to see an English version.
Ratnam says
A great piece of writing for lost souls, a political medicine for unhealthy minds, and from here, I see light dawning at the end of the dark tunnel. Repent now, and live life in harmony with others.
Make Money Online says
Cool! New book, where can I get it? MPH? Borders? Times?
15yearoldgirl says
Wise words. Such a breath of fresh air to all the denial and untruths nowadays. If everyone else thought that way, Malaysia would truly be free from its demons. If only…
Julia says
Datuk Zaid,
You are highly respected and it is people like you that make us proud we are Malaysians indeed. I will read your book but in BM – original flavour!
Anselm Lim@Mohd Ashraff Anselm Lim says
Dear Datuk Zaid,
I’m beginning to see some hope from what I managed to read from here. Well said…well written….however, I hope there will be one in English. You have my support for being sincere and how I wish there were more like you running this country…cultured, educated and a true Malaysian…..unlike what we see now…I’m getting the book and thank you for speaking up.
D Lim says
Please translate this book into English. Thank you.
kooi keat says
Datuk Zaid,
You are a true Malaysian leader and I salute you . My full support to you and your book. Bravo!
Deramae Lleh says
Well done Datuk! Keep on running [by focusing on] realistic matters.
seru says
Maybe I’m a bit racist if i say something like this … but sometimes I feel very disappointed: those who salute Datuk Zaid have a great heart, but sometimes show no sign of [being] Malaysian. Although it’s not a big deal for them, but for many Malays, the inability of non-Malays to understand Bahasa Malaysia and even speak correctly shows how they are not truly in line with the principles of a country. It is small matter to them but this is something we share in common for a country. LANGUAGE. What a sad story..
Arun says
Dear Datuk,
“Leadership by example”. That is something you stated very clearly in your book, and your principles. But how many people can accept this?
Hopefully and if God willing may your wish come true.
I’m a True MALAYSIAN like you Datuk! I will 100% support you and read your book.
All the best. Cheers.
Yeap Cheng Liang says
Yang anehnya bila saya mengaji Sejarah Melayu, saya tidak jumpa hujahan Ketuanan Melayu. Tetapi Umno yang nama singkatannya masih dalam Bahasa Inggeris, penuh dengan hujahan tersebut. Apakah Umno sudah terlupa dengan sejarah orang Melayu sendiri? Orang Melayu Umno sekarang sudah tidak lagi dapat menerima orang Melayu yang kritikal, padahal dalam sejarah Tanah Melayu, Munshi Abdullah adalah orang Melayu pertama yang sangat kritikal terhadap bangsanya sendiri. Umno mungkin patut baca semula Hikayat Abdullah untuk mencari ilham untuk memajukan orang Melayu, jangan selalu kata orang Melayu lain yang kritikal sebagai petualang.
tengku mohd faizal says
Berdasarkan komentar yang ditulis di sini jelas sikap sesetengah ramai Malaysia yang tak sedar diri; apabila buku biografi diterbitkan dalam Bahasa Malaysia, ada yang minta diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, kononnya rakyat Malaysia ini tidak mahir atau fasih dalam pengunaannya.
Dan apabila Sains dan Metamatik diajar dalam Bahasa Inggeris, ramai yang pulak minta Bahasa Ibunda digunakan semula dalam pengajaran kedua-duanya mata pelajaran ini, kononnya ingin mermatabatkan Bahasa Ibunda.
Sayang, pada zaman internet ini, masih ramai rakyat Malaysia yang masih tidak fasih dalam bahasa Malaysia, tapi megelarkan diri mereka pencinta tanah air. Sebenarnya, mereka ini pengkhianat secara tidak sedar.
kamanado says
Melayu telah ditipu selama ini oleh seorang pendatang…namanya Tun M …itu yang sebenar berlaku….sampai mati orang akan ingat dia…dia ajar politik kotor dan sekarang dia rasa sendiri apa dia buat kat orang….”What goes around, comes around”! Pepatah Mat Salleh yang cakap…
CayaLu says
Datuk,
i can see a light now at the end of tunnel!
PH Chin says
Dear Datuk Zaid, you are truly an inspiration and a leader to all the rakyat. Your leadership is eagerly awaited upon by the rakyat and we hope to see you back into the political arena soon.
God bless you !
Karcy says
I kind of agree with Tengku, the Malay in this article is not that difficult. I wouldn’t use the word “pengkhianat”, but unless you’ve been living outside of the country for most of your life or are a grandmother born around WW2, it’s embarrassing to not be able to understand this level of Malay.
kookgeek says
“To each according to his need, from each according to his ability.” – Karl Marx.
“To each bumiputera according to his need, from each non-bumiputera according to his ability.” – Umno
That was how Umno created a weak and lazy Malaysia.
Kee Thuan Chye says
Well said, Zaid!
Tengku Mohd Faizal, mungkin mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia dilahirkan pada dekad 50-puluhan atau lebih awal dan berbangku sekolah Inggeris. Pada masa itu, Bahasa Malaysia belum lagi diagungkan. Tengku harus mempertimbangkan bahawa ramai orang bukan Melayu yang muda tidak menemui masalah demikian. Sebenarnya, ramai di antara mereka amat fasih dalam Bahasa Malaysia, lebih fasih daripada sebahagian orang Melayu. Dalam bidang mempelajari bahasa, kecemerlangan tidak semestinya dikaitkan dengan bangsa pelajar. Ada juga ramai orang Melayu yang tidak mampu memahami apa yang ditulis oleh Datuk Zaid.
Raj says
English version is for the world’s consumption..lah.
a.ariff says
Alas, Zaid has come out with a new “Malay Dilemma” which puts forward a fresh new outlook and some ideas that Malays should embrace to make themselves relevant on the global stage rather than take pride in being “jaguh kampung”. Kudos to Zaid … the voice of the Millennium Malays.
Samsudin Atan says
Salam,
Saya tidak setuju dengan pandangan saudara mengenai pembunuhan Husayn ibn Ali oleh Yazid ada kena mengena dengan musyawarah. Harap saudara Zaid baca dari sumber yang asli lagi sahih.
chongerin says
Terima kasih & tahniah Datuk Zaid atas penerbitan buku ini!!
From the comments here alone we could gauge that we have a long way to go for true tolerance and unity to be achieved among Malaysians. But it’s never too late to change.
Let’s FOCUS on the REAL issues.
Hwa Shi-Hsia says
To Christine, Colin, and D. Lim –
I can certainly understand why you guys want this translated into English. My Malay is pretty bad too – B for SPM, and I’ve been in the USA almost the whole time since. But, the great thing about the Internet is that it’s allowing me to read some essays and articles in BM and not totally lose what I have. My sis suggested reading the Malay version of Malaysiakini since it’s free, unlike the English version. I think it’s great that people can be fluent and literate in multiple languages in our country…I don’t want to sound like a foreigner when I go back.
Joke: What do you call a person who speaks two languages? Bilingual. What do you call a person who speaks three languages? Trilingual. What do you call a person who speaks only one language? American.
The Spirit of Freedom says
The majority of Malay [Malaysians] in Malaysia are only “pseudo” Malays who are also “close” minded .. So, you must acknowledge this situation … Hahahaha.