IN part three of The Nut Graph’s series of interviews with victims of state-appointed moral police, we speak to a transsexual who works in Seremban, who says she was assaulted by Negeri Sembilan Islamic religious enforcers in March 2010.
Rina, 27, a part-time wedding hairdresser, tells The Nut Graph of her experiences in this 31 May 2010 exclusive phone interview. We agreed to keep her identity anonymous in the interest of her safety.
TNG: Boleh awak ceritakan apa yang awak sedang buat sebelum operasi oleh pegawai jabatan agama tersebut bermula?
Rina: Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi. Saya tengah berjalan dengan seorang kawan yang juga merupakan mak nyah. Kami berjalan berdekatan dengan tempat letak kereta di Taman AST, Seremban. Tiba-tiba datanglah sebuah kenderaan besar, seperti van atau Pajero. Pintunya dibuka dan keluarlah seorang lelaki yang terus mengejar saya dan kawan saya. Saya pun lari sebab saya ingat dia peragut. Kemudian saya terdengar dia bercakap di dalam walkie-talkienya, “Suspek melarikan diri.” Barulah saya tahu bahawa dia pegawai jabatan agama. Tapi dia memakai pakaian biasa. Dia tidak mempamerkan apa-apa dokumen pengenalan sebagai pegawai jabatan agama, atau mengumumkan kepada kami bahawa dia dari jabatan agama.
Lepas awak sedar yang dia penguatkuasa jabatan agama, apa yang awak buat?
Mula-mula saya lari ke belakang sebuah restoran. Tetapi akhirnya saya berhenti dan keluar menyerah diri. Kemudian dia menyentap rambut saya dan menarik kepala saya ke depan dan ke belakang. Akibat perbuatannya itu, saya tersungkur. Bila saya tersungkur dia cepat-cepat melipat tangan saya ke belakang dan memijak-mijak muka saya. Saya menjerit, “Kenapa kamu buat saya begini?” Dia menjawab, “Diam, pondan!” Barang-barang saya pun semuanya terjatuh ke dalam longkang.
Kawan awak pula macam mana?
Dia sempat menyorok di bawah salah sebuah kereta di tempat parking itu dan tidak ditangkap.
Masa awak diberkas oleh pegawai penguatkuasa itu, ada atau tidak saksi di sekeliling?
Masa itu, kami berada di perkarangan rumah kedai, jadi adalah kawan-kawan mak nyah saya yang memerhati dari tingkat atas rumah kedai tempat mereka tinggal.
Kemudian?
Kemudian kami dibawa masuk ke dalam van tadi.
Ada berapa orang di dalam?
Empat orang – pemandunya, seorang di sebelah pemandu, seorang wanita, dan orang yang mengejar saya.
Awak dibawa ke mana?
Ke jabatan agama Islamlah. Dalam van lagi mereka meminta IC saya, tapi saya hanya ada salinan fotokopi. Lalu saya diperintah meminta sesiapa yang rapat dengan saya membawa IC dari rumah. Saya pun menghubungi kawan saya melalui telefon bimbit. Sebaik sampai ke jabatan agama, ada kawan-kawan mak nyah saya yang turut ke sana tapi mereka tidak dibenarkan masuk menemani saya. Namun mereka membawa IC saya.
Di jabatan agama, saya mengadu kepada pegawai lain yang saya cedera dan tidak diberikan apa-apa rawatan. Saya juga mengadu kepada mereka bahawa saya telah dikasari oleh pegawai penguatkuasa tadi. Mereka yang lain menggeleng-geleng kepala, saya rasa sebab mereka pun jijik dengan pegawai yang mengejar saya tadi. Tapi mereka tidak berkata apa-apa, sebaliknya pegawai yang menyerang saya mengugut saya lagi sekali depan mereka semua. Yang lain hanya memberi tisu kepada saya untuk mengelap luka.
Kemudian?
Saya dikurung seorang diri dalam sebuah bilik, dengan seorang pengawal berdiri di luar. Pegawai-pegawai tadi berkata bahawa mereka kena keluar lagi untuk operasi seterusnya. Sementara itu, mereka telah membawa lagi seorang “mangsa” operasi yang lain dan meletakkannya dalam bilik yang sama.
Kami disimpan dalam bilik itu lebih kurang dua jam. Saya dilepaskan kira-kira pukul 4:30 pagi setelah mereka mendapat jamin mulut daripada seorang kawan saya. Kemudian mereka memberikan saya tarikh untuk menghadap mahkamah.
Mahkamah mana?
Mahkamah Syariah Seremban. Saya didakwa atas jenayah syariah iaitu di bawah Seksyen 66, “lelaki berlagak seperti perempuan”.
Tapi memang ada kawan-kawan awak yang menunggu untuk membantu awak ketika itu?
Ya, memang ada kawan-kawan mak nyah saya yang cuba untuk membantu dan berada di jabatan agama waktu itu. Tetapi mereka tidak dibenarkan masuk untuk melihat saya.
Apa yang berlaku di mahkamah?
Saya diarahkan untuk hadir di mahkamah pada pukul 10 pagi, tapi sesi saya hanya bermula pada pukul 3 petang.
Awak sempat mendapatkan bantuan peguam?
Tidak. Tarikh mahkamah yang diberikan kepada saya hanya empat hari selepas saya ditahan, jadi saya tidak sempat membuat persediaan semacam itu. Sebenarnya saya mahu memberitahu hakim tentang kecederaan saya dan kelakuan pegawai jabatan agama yang menyerang saya. Tetapi ada empat orang pegawai jabatan agama yang juga hadir ketika itu di mahkamah, jadi saya hanya berdiam diri sebab saya takut.
Saya tidak mahu memanjangkan cerita, jadi saya terus mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM700. Hakim memberitahu saya, “Kalau tak bayar RM700, awak masuk penjara tiga bulan.” Jadi saya membayar denda tersebut.
Adakah ini kali pertama awak ditangkap dalam operasi jabatan agama?
Tidak, tetapi sebelum ini, kalau jabatan agama membuat operasi dan mendapati bahawa kami tidak berbuat apa-apa, mereka hanya akan menasihati kami. Mereka akan berkata, “Buat baik-baik, ya? Lain kali jangan kena tangkap.” Paling teruk dulu pun mereka akan menghantar kami untuk sesi kaunseling selepas ditangkap.
Contohnya untuk saya, dua kes saya sebelum ini digugurkan – saya tidak perlu pun menghadap mahkamah. Tetapi saya kena menghadiri kaunseling di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di pusat membeli-belah Terminal One.
Tapi dengan pegawai kaunseling itu memang senang saya nak berbual. Kita boleh berunding dengan dia. Contohnya dia akan kata, “Kalau boleh, awak tolong berubahlah. Jangan buat perangai macam ini.” Saya pula akan menjawab, “Tapi memang saya dah macam ini.” Dia akan ketawa, bergurau dan akhirnya berkata, “Tapi tolonglah elakkan berpakaian seperti perempuan.”
Jadi bulan Mac lepas ialah kali pertama operasi jabatan agama menjadi ganas?
Ya, dalam pengalaman saya, memang ini kali pertama saya diperlakukan dengan ganas.
Awak tidak membuat laporan polis tentang kelakuan ganas ini?
Saya takut mahu buat laporan polis. Kalau ada staf jabatan agama yang tahu saya membuat laporan, mungkin mereka akan mark saya dan membalas dendam. Malang tidak berbau.
Awak tiada kepercayaan dengan pihak polis?
Bukan begitu. Polis dekat Seremban lain daripada polis dekat KL. Contohnya, masa mereka meronda, kalau mereka terserempak dengan mak nyah, mereka akan menegur dengan baik, “Jaga diri elok-elok, sekarang banyak operasi.”
Tetapi pada masa yang sama, kalau ada kes ragut contohnya yang melibatkan mak nyah, polis akan mengambil kenyataan sahaja dan jarang mengambil tindakan.
Adakah pengalaman ini memberi apa-apa kesan terhadap awak sekarang?
Memang. Saya pun kurang keluar pada waktu malam sekarang. Dan tiap-tiap kali saya keluar, saya memang rasa takut, walaupun saya tidak mengenakan makeup atau apa-apa. Saya sentiasa tengok kiri kanan, tak kira siang atau malam. Kalau saya pakai macam mana pun, memang saya sudah macam perempuan. Jadi apa yang nak dibuat?
See also:
Part 1: Married but busted for khalwat
Part 2: “Is Chinese penis really that good?”
Coming up next: “Memang kami kena guna kekerasan”
The Nut Graph needs your support
[related-posts]
Hwa Shi-Hsia says
Kesian poor thing. It seems like the various state religious departments are getting more aggressive about going after individuals for various “crimes”. Is this a societal shift driven by the majority of Muslim Malaysians becoming more conservative, or is it a top-down thing ordered by the state and federal governments? Does anyone have any solid info?
I have to admit, when I was a kid in Seremban, I thought “transsexual” and/or “transvestite” was synonymous with “mentally ill”. Because there was one person whom I think probably was really crazy, who would wander around downtown dressed very flamboyantly (catwalk dresses, big hats, etc) and pose like a fashion model in public places like in the middle of Terminal One. My parents always told us not make fun of him/her, but plenty of other people did. I think anyone who lived there in the mid-90s would know the person I’m referring to. So we didn’t realise there are transwomen who have normal lives otherwise.
Kate Green, Zombie Shooter says
Thank you for highlighting this.
Yuki Choe says
Sounds like Jabatan Agama Individu, not Islam. I see neither the presence of God, nor the behaviour of a person who profess to act on behalf of God in them. Many Malaysians, especially in “religious” circles, remain woefully ignorant towards the plight of people who have done no sin or wrong in being of a different gender from their body, and are living their true gender. No wonder many trans people, some intelligent and talented, are leaving this sorry state where religion is misused to justify bigotry based hatred such as this.
stewoolf says
This is sickening!
The government can apply the same philosophy to these cases as currently practised in gambling, drinking, smoking, etc., levy a sin tax. Pay RM100 per year and you can be as “pondan” as you want for that year!
We’ll leave God/Allah to do His/Her job of deciding if the poor thing can enter heaven.
Before the rakyat agree to the subsidy/scholarship cuts, we must demand cuts in the funding of religious departments.
This comment has nothing to do with Islam or being Muslim. It’s all about the proper running of government and, more critically, about human decency.
Merah Silu says
Kenapa jalan jam 1am kalau tahu ianya akan membuat syak wasangka kepada masyarakat? Jangan marah kalau ditangkap atau di hukum oleh mahkamah kerana memang salah.
I hope, and sincerely hope, that TNG is not trying to paint a bad picture of Islamic institutions who are trying to perform their duty. Let me suggest that TNG also highlight the widespread activities of prostitution which involved the Chinese [Malaysian] nationals who came here under tourist visas. This is really immoral and should not happen in this country.
Peter says
What is the point you are trying to make?
We all know that prostitution (regardless of race) is not only immoral but also ILLEGAL in this country. Do you see us bitching about the police doing their job detaining all these prostitutes?
Don’t worry. It’s not exclusive to Malay Malaysians because Chinese Malaysians also have pondans. What’s my feeling about that? Nothing. It’s just someone’s choice in life. Just also like some other ones taking 2 or more wives … as long as there is justice and fairness and no harm was done.
Ahmad says
I agree with Peter and Yuki’s opinions – that the people who work in the institutions are making Islam look very bad in the eyes of others.
Yuki Choe says
With all due respect Peter, “pondans” is a very nasty and mean deragotory term to describe transsexual women. And much more often than not, people are born transsexuals and it is not a choice. There are already vast scientific evidences that shows the existence of a “brain sex”, the opposite sex neuron count within brains and recently there has even been the discovery of genes that caues transexualism in trans men and trans women.
http://www.sciencedaily.com/releases/2003/10/031022062408.htm
http://jcem.endojournals.org/cgi/content/full/85/5/2034
http://www.fertstert.org/article/S0015-0282(07)01228-9/abstract
http://www.journals.elsevierhealth.com/periodicals/bps/article/PIIS0006322308010871/abstract
dundundun says
So what happens when there’s scientific research explaining why religious people are religious? Religiosity would then be something totally natural and therefore permissible? What happens when two ‘natural’ needs come into conflict with each other?
Yuki Choe says
dundundun,
It is interesting that you asked. While religion is basically known to be made up of belief, faith and emotion, therefore void of any biological research, there has been a piece on the psychology of worshippers which I read up and will try to retrieve off the internet.
According to the research, the main causes of religious people needing to be religious boils down to indoctrination since young and being accustomed to the environment, so much so that when objective reality comes in, it is hard for worshippers to accept.
Another is the sense of wanting to belong to a group, to “submit” to a higher being for the feeling of authority and importance, which is due to insecurities and discomfort with one’s self, coupled with lack of self-esteem.
As a believer of Abrahamic religions, I do see the pattern of worshippers always asking what God can do for them, instead of what they can do for God, which in essence is self-edification and self-validation.
Personally, the abuse of sexual minorities by some religious people relates to that: their inability to accept the reality and existence of people different from them as they seek validation from a higher authority to appease their discrimination and justify bigotry.
azman bidin says
Well,after all facts showing about pondan and mak nyah..I’m extremly not blaming the ‘brain sex’ choices as a deal to this matter.
Let me brief you about my self…I’m a Malay man, 39 years old (use to be exposed to the world of pondan and mak nyah) after school. I’ve socialised with all levels of the ‘nyah’ group (but not sex workers). At the beginning it was fun and I enjoyed being in a ‘nyah’ world. I kept this a secret from my family.
Time passed by…each of my brothers married and left me in my own world. Some of them were suspicious about my life.
When reached my 30s, I realised for myself…how long am I going to be like this (I’m don’t consider myself a gay man). From being in the ‘nyah’ world, I could predict my future … what would happen when I’m old, poor or sick. Will anyone be willing to take care me? Unless I’m wealthy enough.
All of this played around in my mind…something should change in my life.
Dah la agama menegah dari buat benda terkutuk begini..masyarakat pandang hina…saya jadi amat gelisah andai cara hidup begini tiada berpenghujungnya…saya berserah pada yang esa agar saya dapat lari dari terusan begini…bukan salah pada ibu…bukan salah pada takdir..tapi saya salahkan pada diri saya sendiri kerana memilih dan mudah terpengaruh dengan keseronokan dunia…
Saya beranggapan bahawa ‘sex brain’ hanyalah semata-mata kajian sains demi untuk menambahkan yakin pada kaum nyah sahaja…hakikatnya adalah didikan keluarga..masyarakat..budaya..dan agama sendiri…ramai ‘nyah’ beranggapan bahawa ‘dah saya macam ni.nak buat macam mana..’ ini cumalah dari pemikiran mereka yang kosong akan penghayatan hidup pada agama…andai semua ‘nyah’ diluar sana dapat berfikir secara logik apa tujuan hidup dan matlamatnya pasti mereka akan sedar akan tanggungjawab mereka pada keluarga (ibu dan ayah, andai ibu dan ayah tiada curahkan pada adik beradik dan masyarakat).
Berbalik pada cerita saya semula,menjangkau usia 33 tahun saya telah pun merubah akan gaya dan penampilan saya..tiada sipa yang menyuruh..tapi ia datang dari dalam diri saya sendiri demi inginkan perubahan hidup yang lebih positif serta bermatlamat…dan akhirnya saya bertemu dengan wanita dari kata naluri saya sendiri…maka saya pun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata yang amat saya sayangi…
Nikmatnya hanya saya sendiri yang tahu bahawa hidup dalam dunia normal sangat-sangat bererti dari hidup yang negatif dahulu… saya bersyukur pada ALLAH kerana telah menunjukkan jalan yang lurus untuk hari mendatang…saya bukan bangga malah jauh sekali ingin menghebohkan diri saya dulu dan kini…pada saya setiap apa jua dugaan dan rintangan dalam hidup pasti ada cara untuk kita lepasi dari segala bentuk halangan tersebut…ia adalah dari diri kita sendiri..dari akal yang rasional…
Saya menyeru pada ‘nyah’ semua agar sedar akan hala tuju hidup kita…kalau kita berjaya dalam bidang yang kita suka didunia…alangkah moleknya juga kita berjaya dalam alam selepas mati kelak…menjadi pondan, bapok, arbok, gay, mak nyah, bisexual, transexual..etc adalah pilihan sendiri…bukan kerana ‘sex brain’..bukan atas salah ibu yang mengandung…bukan salah pada pergaulan (boleh bersosial tapi ada batasan) ia semua adalah salah pada pilihan diri sendiri…
Ada juga insan tulen pria yang terjebak dalam dunia gay, dek kerana leka dan seronok terus terjebak serta menjerumuskan diri kedalam alam gay…jadi pada siapa harus kita salahkan…ALLAH kurniakan sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk adalah manusia…kita adalah yang terbaik dari ciptaanNYA yang lain…kerana apa? kerana ada akal yang dapat menunjukkan hala tuju hidup kita sendiri…
Kini setelah hampir 5 tahun perkahwinan saya,barulah saya rasa indahnya menjadi seorang lelaki..ayah pada anak..suami pada isteri…ya,memang pada awalnya saya sangsi dan takut apakah saya akan berjaya dalam alam perkahwinan saya kelak,namun dari berkat dan dorongan keluarga dan ALLAH,semuanya seperti biasa…pokok pangkal adalah dari diri ‘nyah’ itu sendiri untuk berubah…
Memang tidak dinafikan ada segelintir kaum gay yang bernikah namun kecundang dan kembali semula pada cara hidup terdahulu,walaupun sudah mempunyai anak..bagi saya setiap halangan pasti ada cabaran..ia adalah cabaran saya pada ALLAH..apalah erti menipu pada keluarga dan agama, kerana kesudahanya ALLAH jua yang tahu akan niat kita…
Saya akui diri saya bukanlah warak dan alim…cukup sekadar asas dan nilai agama menjadi jambatan titian saya dalam melintasi arus cabaran pada dunia luar…jangan beranggapan menjadi ‘nyah’ adalah dah takdir…mak suka pada anak perempuan…kakak dan adik ramai perempuan…kawan-kawan suka pada insan lembut…ini adalah sebahagian dari alasan untuk menyatakan pada masyarakat kenapa ‘nyah’ terbentuk…hakikatnya ia adalah pilihan ‘nyah’ itu sendiri untuk menjadi apa kata hati..ikut rasa..lunaskan hawa nafsu maka jadilah begitu..
Segalanya adalah dari pilihan insan dan individu itu sendiri untuk bergaya seperti wanita,bernafsu pada lelaki,bermegah bila dipuji…ALLAH lahirkan kita didunia dengan cukup sifat sebagai lelaki dan mengapa perlu kita menterbalikan/menyongsangkan peri laku itu pada yang bukan ha k…
Saya amat gembira dalam suasana cara hidup saya sekarang kerana apa yang saya lalui dipenuhi keberkatan dari ALLAH..ia juga kerana keluarga merestuinya…masyarakat juga merestuinya…andai saya terus ‘songsang’ pasti ALLAH tidak memberkati hidup saya (pelbagai dugaan/cabaran/masaalah pasti timbul dan pasti menambah beban)..malah keluarga pandang sepi (melainkan berharta)…msyarakat apatah lagi..menghina dan benci…
Pada semua ‘nyah’ masih ada peluang selagi kita berdiri dan bernafas dibumi ALLAH ini..justeru berdirilah pada HAQNYA…bernafaslah pada JALANNYA…masih belum lewat selagi nyawa belum tamat…masih belum lambat selagi jantung masih berdegup…wasallam.
Norasyikin Stephens says
Terima kasih kerana berkongsi kisah hidup saudara. Yang patut En. Azman tahu, bukan semua mak nyah sekadar ‘influence’ seperti saudara. Kalau En Azman pernah berkecimpung di dunia mak nyah, seharusnya En Azman sudah tahu bahwa memang ada mak nyah ‘tak ori’, ‘ap** pe’, ‘siang jantan, malam be***a’. Merekalah yang ‘mencemarkan’ imej ori transseksual.
Tak perlu En Azman mejadikan diri saudara kayu pengukur untuk SEMUA transseksual. Bukan semua transseksual ‘tak ori’. Cukuplah sekadar En Azman yang memang dari asalnya sekadar lelaki terikut2 dan meniyakan nafsu diri sendiri lalu ‘menyamar’ sebagai mak nyah. Tapi alhamdulillah saudara sudah sedar. Janganlah pula kerana diri saudara yang tersesat jalan, mau menuduh SEMUA transeksual juga begitu. Ingatlah bahwa ada transseksual yang sudah ‘potong’ dan hidup dalam hakiki mereka sebenar yaitu WANITA transseksual.
Bacalah Surah 42, Ayat 49&50. Itulah dalil untuk kejadian transeksual ORI.
Terima kasih.
Yuki Choe says
Merah Silu, so you advocate hatred of people of a different gender identity? So it is a “duty” to cherry pick who to bully and who not to? So should everybody anywhere be barred from “jalan jam 1 am”, or risk arrest? In fact “jalan jam 1 am”, by your own admission,”salah”?
My dear, it is about human beings dehumanizing people who are different and abuse of authority, and may I say, misuse of religion.
Cadraver says
Is it wrong for Malaysians walk around at 1am in the morning? Are we still under martial law, and curfew?
jay says
The “pondan” should know the risk of walking around at one in the morning. If you aren’t harassed by mat rempit or sex maniac or so on, you will be harassed by the authorities. I have nothing against mak nyahs, but don’t go out to the world and show or declare yourself […]
Yuki Choe says
Jay,
Pondan is such a deragotory word. But to put “scare quotes” on it?
You even contradict yourself by claiming you have nothing against mak nyah, then think you have the right to order them to not “go out in the world and show or declare yourself”? What do you mean by that? Can you do the same? Then when [a] mat rempit or sex maniac or the authorities disturb you, can we put the blame on you [just] as you place the blame on mak nyahs here? Why not attempt to [understand] properly the context of the situation instead of [just] ranting?
mint tea says
– tak ada undang undang di malaysia & di dunia yang berjalan-jalan pada satu malam adalah satu kesalahan.
– it is not about painting a bad picture, its trying to bring up the issues that the controlled mass media didn’t report.
Merah Silu says
@Peter, Yoki, Cadraver,
Didalam Islam adalah dilarang seseorang lelaki untuk berpakaian seperti perempuan, atau sebaliknya. Sekiranya berpakaian sedemikian, tambahan pun pada jam 1am, akan mudah menimbulkan syak dan ditangkap. Beliau dengan mudah akan di hukum di mahkamah syariah kerana beliau adalah seorang Islam. Malahan tempat tersebut memang banyak aktiviti pelacuran.
Bagi pondan-pondan Cina mereka boleh berkeliaran sampai pagi pun kerana kalau ditangkap berpakaian perempuan, dan bukan Islam, ianya tidak akan didakwa dimahkamah syariah.
To Malays and Muslims, prostitution is really prohibited and a sin. Keeping a mistress is also against the teaching of Islam. But in Chinese culture and lifestyle, these things could be compromised, and that is why the syariah court can only convict Muslims and not non-Muslims.
Yuki Choe says
Alangkah sedihnya yang ada manusia yang masih keras hati mahu memanggil mak nyah sebagai “pondan”, perkataan yang bukan saja salah ertinya dengan mak nyah, tapi juga salah satu perkataan kesat, seperti “bapuk”, “sotong”. Dan ini datang dari Merah Silu, seorang Muslim?
Merah Silu, kamu erti baca artikel sains atau tidak? Kesimpulannya adalah mak nyah adalah perempuan. Dan seperti yang telah saya katakan, menyalahgunakan Islam untuk mengaib orang itu adalah untuk menyelesakan perasaan kekurangan diri atau untuk mengutuk orang tanpa erti. Penggunaan “pondan” oleh kamu dah menunjukkan prejudis.
Sila jangan lari dari soalan saya ini. Apa itu lelaki? Apa itu perempuan? Ikut “alat”? Bagaimana dengan mereka yang ada dua “alat” lelaki? Superman ker? Tanpa kedua-dua nyer? Kalau ikut kromosom, ada orang yang ada Sindrom Swyern XY. Tapi semestinya badan lelaki badan perempuan senang dibezakan, betul? Itu salah, ada mereka yang ada Complete Androgen Insensitivity Syndrome tapi ada organ sex lelaki, tetapi mereka ada badan 100% perempuan, malah lebih ayu. Lagi ada XXY, XYY, XY/XX, 17-beta Hydroxysteroid Hydrogenase Deficiency, 5, alpha Reductase Deficiency. Kamu lelaki ke perempuan? Tanya mak nyah, kalau mereka ada hati nak bincang, perempuanlah jawapan mereka. Why?
Sila rujuk balik kepada empat link yang saya sudah sediakan. Sila buat rujukan tentang sex, gender, transsexualism. Seorang lelaki memang akan berbaju lelaki. Seorang perempuan akan jua berbaju perempuan. Dan mak nyah berbaju perempuan sebab mereka adalah perempuan. Faham?
And if you do not wish to see trans women prostituting, please stop calling them derogatory names like “pondan”, and accept them as the women they are. Stop bullying them from school so that they can study. Stop discriminating them so they can get good jobs. It is not about culture and lifestyle; it is the reality of trans women facing a trans-phobic society that will do all they can to offer all excuses, even misusing God, to have bias, some even hate enough to murder them.
And again, as many have said here. There are no rules against walking around at 1am at night. Everybody is innocent until proven guilty. Stop being so shallow as to blame clothes, and in this case worse, blaming the victim. Trans women have to live with a medical condition for the rest of their lives. Have compassion, and stop this nonsense.
Merah Silu says
Benar saya seorang berbangsa Melayu dan berugama Islam. Dari kecil memang perkataan “pondan” sahaja yang saya tahu dan faham pengertiannya, iaitu ditujukan kepada seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri seorang perempuan. Mak Nyah, mungkin satu perkataan baru yang diberikan pada tahun 70a atau 80an, tetapi mengikut pemahaman saya mempunyai maksud dan ditujukan kepada mereka-mereka ini juga.
Tuhan menjadikan manusia, lelaki dan perempuan, supaya mereka berkasih sayang dan meninggalkan zuriat. Tetapi, mungkin ada yang tidak lengkap kejadiannya, dari segi fizikal atau dari segi dalamannya. Jadi terdapatlah mak nyah, gay dan lesbian.
Tetapi negara ini mempunyai peraturan dan undang-undangnya. Sekiranya menurut rekod kelahiran yang seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka negara ini mengiktiraf mereka ini sebagai lelaki. Adalah salah dari segi undang-undang negara ini, dan juga Islam, sekiranya seseorang macho lelaki berminat, melakukan seks dan ingin berkahwin dengan seorang lelaki lain yang “lembut”, walau pun kedua-dua terlalu mencintai satu sama lain, atau bersetuju untuk melakukan perbuatan tersebut. Begitu juga dalam Islam, seseorang lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan ianya adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum.
Tidak timbul isu fakta sains disini. Setakat ini, dan setahu saya, undang-undang juga tidak mengiktiraf golongan “pondan” atau mak nyah ini. Jadi pihak penguatkuasa undang-undang boleh menangkap mereka, dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman. Oleh itu selagi tidak ada pengiktirafan tentang kategori ini, mereka akan tetap salah dari segi undang-undang sekiranya melakukan penyerupaan sedemikian.
Undang-undang negara ini adalah jelas iaitu tidak salah untuk berjalan pada 1am, atau pada bila-bila masa. Tetapi, kalau lah anda adalah seorang lelaki, menurut undang-undang, tetapi memakai dan menyerupai perempuan, dan berjalan diwaktu yang mudah timbul syak wasangka, maka anda akan lebih mudah ditangkap. Seterusnya akan mudah dihukum oleh mahkamah syariah, atas perlakuan tersebut.
By the way, over the years I have contributed a lot of articles or papers in some international scientific journals.
Yuki Choe says
Is it? Then reading tangible scientific evidence about transsexuals should be no problem for you, and you would also educate yourself, and you would start addressing trans people by the correct term, not “pondan”. By your admission, “pondan” is already behind the times as you already said, and as you also realise that mak nyah is the term now.
Dan kamu patut faham yang lelaki lembut bukan mak nyah. Sila belajar tentang gender, sex dan transsexualism sebelum kamu nak mendakwa pernah menulis artikel sains; sebab apa yang kamu sedang cadangkan disini, adalah anti-sains.
Dan kamu sudah berada di belakang zaman, mak nyah sudah mendapat pengiktirafan dari pakar psikologi Malaysia, dan banyak diantara mak nyah yang dilahirkan berbeza ini sudah mendapat surat pengesahan dari doktor, dan selamat dari kekejaman polis dan institusi agama. Kami hidup secara biasa, belajar, bekerja seperti semua manusia yang lain.
Seperti saya.
Sedihnya, Islam masih digunakan untuk menggertak mak nyah yang Melayu Muslim sehingga mereka dipinggirkan dan diaibkan. Kami tidak payah berdebat agama. Banyak umat manusia akan dilahirkan dengan orientasi seksual yang berbeza. Tapi api dan batu dari angkasa belum sampai ke tanah negara kita lagi. Renungkanlah realiti didepan mata.
FYI, saya bukan homosexual. Saya adalah asexual. Walaupun saya dilahirkan mak nyah. Saya juga seorang pengikut agama dari zaman Nabi Ibrahim. Dan saya adalah seorang perempuan.
Merah Silu says
Dalam negara ini hanya kategori lelaki dan perempuan sahaja yang diiktiraf. Setahu saya tak ada lagi kategori “Mak Nyah”. Kalau memang benar telah mendapat pengesahan doktor yang saudara/ri seorang perempuan, dan boleh hidup bebas seperti seorang perempuan, apa masalahny lagi. Yang menimbulkan masalah adalah mereka yang saintifiknya bukan perempuan, tetapi dipengaruhi oleh keadaan semasa dan ingin berkelakuan seperti perempuan. Begitu juga ada lelaki macho yang hanya suka pasangan lelaki. Mungkin kalau dikaji secara saintifiknya, adalah kelainanya. Adakah kita dan negara kena layan juga?
Jadi lebih baik diberi pengiktirafan seperti yang sedia ada iaitu samada lelaki atau perempuan. Kalau memang perempuan dapatkan pengiktirafan sebagai perempuan, sekiranya ada polisi sedemikian. Kalau tidak, mereka ini kekal sebagai lelaki dan perlu mengikut peraturan yang sedia ada.
yalawela says
Merah Silu,
Everything is “cina” this “cina” that..you’re obviously a racist […]! I can’t wait for Allah to judge you! May Allah have mercy on you!
Merah Silu says
@yalawela,
Am I a racist? Look at articles and comments and provocations about Malay [Malaysians], their country, their religion and institutions. Well, I am OK for that label.
M.O.T.U says
Merah Silu, let me point out that Malaysia does not belong to Malays alone. Good day.
Merah Silu says
Yes, the country belongs to its sons of the soil. The rest are adopted citizens.
Norasyikin Stephens says
The country also belongs to the daughters of the soil and even if some think non-Malays are ‘adopted citizens’, we the daughters of the soil have accepted them as our own so stop speaking for the rest of us and speak only for yourself. You shame us and this has to stop. ‘Citizen’ means citizen. I support affirmative action but not at the expense of the rest of the population. But the main reason for the backwardness of the sons and daughters of the soil, as some would call it, is the backwardness of thought that brings shame to our forefathers. Affirmative action does not mean you have the right to be rude and condescending. And even if some hold the attitude that the soil belongs to the ‘sons of the soil’, well, the real sons and daughters of the soil has one thing to pass on: treating guests honourably and kindly.
Stop shaming the real daughters of the soil. Not in my name, thank you very much.
Merah Silu says
“Stop shaming the real daughters of the soil. Not in my name, thank you very much.”
1. I think our Yuki Choe will not be happy. Should we say that the real ‘Mak Nyahs of the soil’ also have their own view about the term “bumiputra”?
2. The term sons of the soil is the direct translation of the sanskrit words of bumi+putra. In general term, it could also covers putra & putri.
3. You and other non-bumiputras may have different view about the issue. However, the special status of bumiputras, Malays and Islam are well stated in the constitution.
4. “the backwardness of thought that brings shame to our forefathers”.
That is your own personal view. I can trace my ancestors from the fall of Malacca, to Ulu Muar, then to Riau, Siak, and came back to Semenanjung Tanah Melayu. They were pahlawan, fighting Portuguese and Dutch in various kingdoms of the Malay Nusantara (now Malaysia and Indonesia). My immediate grandfather died fighting communists. Their grandchildren studied hard, and many are PhD holders, AND we paid for our own education overseas. My children are now doing their master and PhDs. I served our government as well as the highest body of the world. I observed worldwide that in many regions of developing countries that the immigrants are grabbing the opportunities. The natives are left out. The bumis therefore need to wake-up.
5. I do not know who you are but we should balance our perspectives on the right strategy to develop this country.
6. I am very proud of what my ancestors had done during their time, and I am sure they are also very proud of what my children and I are doing now.
Norasyikin Stephens says
Merah Silu, I am Melayu. 70% – 80% of mak nyahs are Melayu too like you and I. Do you have no shame treating your fellow ‘bumis’ like dirt? Have you no shame that the one politician who stood up to ask that more be done for mak nyahs is a Chinese politician in Penang? What use was it to have served ‘the highest body of the world’ when you still look down on your fellow Muslims, the Malay transsexuals?
If you are an educated and international person, it might do you good to read up on transsexuals at:
http://ai.eecs.umich.edu/people/conway/conway.html
Bumis need to wake-up and be more civilised and Islamic. Solve the issue of dignity for the real transsexuals in Malaysia and a civilised society’s solution is not to denigrate and humiliate but to educate and open the doors of opportunity.
NOT in my name Merah Silu. Thank you.
pang says
How to control a population: give stupid people the power to abuse everyone else — the abused depend on the mercy of those who abuse them, the stupid depend on those who give them the power, and the powerful on the mercy of the abused. But the abused are so abused they don’t know what to do but to keep giving mercy to those who abuse them. Sweet dreams are made of this.
Yuki Choe says
Is it me or there are some commenters here who totally ignore the fact that the victim was ABUSED and deliberately divert it to discussion on how [transsexuals] should be lesser human beings and hanging out after midnight? Just in case there are some here who cannot read, allow me to highlight two paragraphs from the article above:
“Mula-mula saya lari ke belakang sebuah restoran. Tetapi akhirnya saya berhenti dan keluar menyerah diri. Kemudian dia menyentap rambut saya dan menarik kepala saya ke depan dan ke belakang. Akibat perbuatannya itu, saya tersungkur. Bila saya tersungkur dia cepat-cepat melipat tangan saya ke belakang dan memijak-mijak muka saya. Saya menjerit, “Kenapa kamu buat saya begini?” Dia menjawab, “Diam, pondan!” Barang-barang saya pun semuanya terjatuh ke dalam longkang.”
“Di jabatan agama, saya mengadu kepada pegawai lain yang saya cedera dan tidak diberikan apa-apa rawatan. Saya juga mengadu kepada mereka bahawa saya telah dikasari oleh pegawai penguatkuasa tadi. Mereka yang lain menggeleng-geleng kepala, saya rasa sebab mereka pun jijik dengan pegawai yang mengejar saya tadi. Tapi mereka tidak berkata apa-apa, sebaliknya pegawai yang menyerang saya mengugut saya lagi sekali depan mereka semua. Yang lain hanya memberi tisu kepada saya untuk mengelap luka.”
There is no excuse in trying to shift the blame on the trans woman. What these “religious officers” did is absolutely wrong. Do you advocate the use of brutality on people? This is an act of violence.
Yuki Choe says
Merah Silu,
Apa yang saya dengar dari kamu hanyalah yang kamu tidak boleh menerima mak nyah, dan lelaki homosexual, dan kamu rasakan yang mereka patut menjalani hidup mereka atas dasar yang kamu cadangkan.
Sayangnya, ia tidak semudah begitu. Seksualiti manusia adalah sesuatu yang komplex. Saya pun terkilan, sebab dilahirkan tidak suka sex (asexual). Jadi memang ada manusia yang akan menyayangi jantina sejenis, dan mereka adalah orang dewasa yang berfikiran matang dan kamu tidak ada hak mengajar mereka bagaimana mereka patut hidup.
Sepertimana tiada orang ada hak menyuruh kamu untuk berubah bangsa.
Perempuan adalah perempuan dan lelaki adalah lelaki pada akhirnya, atas jantina, bukan organ sex. Ya, memang ada antara mereka yang ada kecelaruan. Tetapi berapa? Mengapa ada mak nyah yang rela mengorbankan segala-galanya untuk hidup sebagai mereka sendiri, bukan pada pandangan orang lain? Mereka, adalah manusia. Dan mak nyah juga ada yang masih berpegang teguh kepada Islam. Diharap anda cuba faham.
Cubalah belajar dan membuat kajian dengan mendalam tentang seksualiti manusia, gender, transsexualism, sex, untuk pengetahuan baru kamu.
Saya tidak suka “hijack” forum internet, kalau kamu nak bincangkan lagi, kamu boleh e-mail saya dekat “yukichoe@gmail.com”. Sekian.
Merah Silu says
Saya juga kata kan yang negara ini mempunyai peraturan dan undang-undang. Semua rakyat negara in perlu memahami dan mematuhi undang-undang yang sedia ada supaya kita dapat hidup dengan selamat dan sejahtera. Kalau tidak setuju, dapatkan mandate untuk mengubah undang-undang. Kita tidak boleh buat undang-undang untuk kepentingan sendiri dan bukan untuk kepentingan rakyat negara ini.
Yuki Choe says
Betul. Tiada undang-undang di negara kita menganggap mereka yang dilahirkan jantina berbeza patut dipinggirkan. Disebaliknya, undang-undang negara kita patut ada mandate melindungi hak asasi warganegara kita seperti mak nyah, bukan mendiskriminasi mereka atas kepentingan sendiri. Dan dalam demokrasi, mak nyah sebagai pengundi, seharusnya ada hak berjuang untuk hidup seperti biasa, tanpa kecaman mereka yang menyalah gunakan agama. Seperti Eqypt dan Iran, yang telah membenarkan mereka yang dilahirkan khunza tidak nyata seperti mak nyah, untuk mendapatkan rawatan secukupnya sehingga dapat hidup sebagai identiti mereka yang sebenarnya, iaitu perempuan.
Merah Silu says
Then, fight for your “right” to be “man” or “woman”. But you also must accept the decision of people and the law of this country about …”mak nyah”.
Yuki Choe says
Before I go into your astounding ignorance, please clarify your comment about “the decision of people” and show me which “law of this country” penalizes mak nyah.
Norasyikin Stephens says
Kalau sekadar undang-undang di Malaysia, usahlah jadikan kayu pengukur apa itu baik dan apa itu buruk. Lihat saja ISA yang melanggar kehendak Islam. Bukan pula senang untuk mendapat mandat baru menggubal undang-undang baru selagi rakyat masih lagi tak berilmu dan di pimpin oleh mereka yang dua kali lima dalam kejahilan.
Yuki Choe says
Merah Silu,
I make it a point not to discuss anything with ignorant people so I shall state the obvious, and then part ways with you on this matter.
(Again), this article has nothing to do with transsexuals being transsexuals. It has a lot to do with transsexuals being assaulted and abused during custody. You choose to deviate from this article to expose your bigotry toward mak nyahs, so I shall entertain you.
You can have no qualms that transsexualism is a medical condition, and that transsexuals deserve to live in their correct gender.
There is NO civil law that even whispers anything about transsexuals.
A Syariah law defines, as the article above, “lelaki berlagak seperti perempuan”. You choose to follow the lead of this ONE rule as the basis of the rejection of ALL medical norms, ALL scientific research and ALL biological evidences pointing to people in this condition.
You show great contempt and provocation of people born and living in this condition by calling on their humanity as having no rights.
And you (as you claimed you “contributed a lot of articles or papers in some international scientific journals”), still believe that even with a valid medical condition, people should be persecuted by law.
I wonder have you ever thought clearly what you are stating here. At times, a little humility and honesty about how you really feel toward mak nyahs would bring you a long way rather than trying to justify the obvious prejudice and bias in your comments. Take care.
Merah Silu says
Dear Yuki,
If you read my postings carefully, I just gave advice that the Mak Nyahs should be more careful, in particular walking alone at ‘sensitive area’ and more so at 1am. And I stated clearly that the law of the country only recognises ‘man’ and ‘woman’ and not Mak Nyah.
Two areas of my concern about our younger generation and this article:
a. It is fashionable to be a gay or “Mak Nyah”. However, thank you for educating me on the scientific aspects of Mak Nyah. I was informed however, that there are a lot of current Mak Nyahs and gays are not genuine. They are influenced by their social environment.
b. Criticism of the police or enforcement officers as part of the concerted efforts to condemn the Malays and Islamic institutions. There are in fact a lot of good policemen and enforcement officers, serving their duty honourably.
Yuki Choe says
“If you read my postings carefully, I just gave advice that the Mak Nyahs should be more careful, in particular walking alone at ‘sensitive area’ and more so at 1am. And I stated clearly that the law of the country only recognises ‘man’ and ‘woman’ and not Mak Nyah.”
[..] All human beings are equal. If one should be careful walking alone at “sensitive areas”, so does everybody else. A person’s gender identity should not be penalized, just as race, or nationality, at 1am.
I asked you, twice, to quote the common law. You cannot. Why? Because it does not exist. The law is silent on the Mak Nyahs.
I would however, agree that there are mak nyahs that are socially conformed. Which is why, I stand for the need of trained GID specialists, counseling two years of “real life test”, and other guidelines as stipulated by the Harry Benjamin Syndrom Standards of Care for transsexuals.
Anyways, being a mak nyah is not fashionable. Ask the 80% plus nak nyahs who are condemned to the streets for a living.
I have no comment on police officers, except just like human beings there are good and bad in everyone. Hope this opens you.
Norasyikin Stephens says
Malaysians in general and Muslims in particular should be aware that some Malays’ uncompromising attitude with regards to transsexuals are not necessarily the view of Islam. Their Wahabi-type opinions are best challenged with their own tools: religion.
The first step is to point to these Wahabi types to Chapter/Surah 42 Verse/Ayat 49&50 of the Holy Quran: According to Shakir’s translation, these read:
Allah’s is the kingdom of the heavens and the earth; He creates what He pleases; He grants to whom He pleases daughters and He grants to whom He pleases sons. Or He makes them of both sorts, male and female; And He makes whom he pleases barren; Surely He is The Knowing The Powerful.
While the uninitiated would read this to mean simply that God can bestow male children and female children to a couple, it also gives room to the interpretation that God in His infinite wisdom and power can also create people who are both male and female in a single body: transsexuals.
Wahabi types will say that this only means that only hermaphrodites with dual genitals are the exception, at which point one can next argue about the soul/roh and the body/jasad. Transsexuals will always say their ‘naluri’ is female, referring to the soul being female. At least here you expand the Malay mind to contemplate if the soul which was created before the body, was created genderless and took on the gender of the body it was put into or was already with set gender. Was the soul of Muhammad of no gender before it came into his body?
Failing this, Malays should be reminded that Iran recognises transsexuals and state sponsors gender reassignment surgeries. The Wahabi might then say that Iran is not Ahli Sunnah Wal Jamaah or more precisely of Shafie mazhab, and therefore does not count as a Muslim country to which you suggest the transsexuals can change her mazhab to Shiah. To be a Shiah is permissible in Penang. Indian Muslims are not Shafie and are allow to practise Islam according to the madzhab.
If the transsexual is Shafie, then you go to point out that the former Egyptian Grand Mufti, Sheikh Mohamed Sayyid Tantawi, had issued a fatwa in 1988 that permitted a transsexual to have a gender realignment surgery. And Egypt is Shafie.
http://quod.lib.umich.edu/cgi/t/text/text-idx?c=jii;cc=jii;q1=4750978.0002.3%252A;rgn=main;view=text;idno=4750978.0002.302
In 2004, a Kuwaiti court also permitted a transsexual to have surgery.
80% of Malaysian transsexuals are Malay but no Malay male politician has ever had the [courage] of late to champion their cause. Why did it take Penang DAP MP Teh Yee Cheu to ask that that state do more for transsexuals? Melayu tak malu ke? To help transsexuals is to let them be who they claim to be since they know best what their naluri is. Find them a way to live in dignity.
At the end of the day, it is not Islam that is heartless, .it is these Wahabi-type Malays who shame the rest of us. Education about the various views of Islam is perhaps the best approach for all of us. Malay Islam is NOT the only flavour of Islam.
AJ says
Dah lelaki tu buatlah perangai lelaki. Nak pakai macam perempuan buat apa. Kan haram tu. Insaflah….
Yuki Choe says
Sila tunjuk macam mana nak “buatlah perangai lelaki”. Sains dan penyelidik pun dah buktikan, mak nyah itu berjiwa dan berotak perempuan, jadi sebagai perempuanlah mereka pakai. Dan merokok pun haram; sila minta lebih tiga juta perokok negara kita supaya insaf.
BahGah says
For one, I’d like to thank you for highlighting the papers. Although albeit taken aback, the results are pretty convincing!
Norasyikin Stephens says
Janganlah sangka anda seorang yang tahu apa yang haram, apa harus, makruh dan sunnah. Hentikanlah mencemar nama baik Islam melalui pandangan Wahabi anda seorang itu. Tanpa perlu merujuk kepada fatwa Al-Azhar, Iran dan Kuwait pun kalau anda pernah betul2 menduduki Pengetahuan Agama Islam di sekolah menengah di Malaysia, anda sepatutnya tahu ada hadis mengatakan ‘Tidak sempurna iman seseroang kamu sehingga dia menyanyangi saudaranya seperti dirinya sendiri’. Mengikut kajian Prof Yik Koon Teh, 70-80% transseksual Malaysia adalah Melayu Muslim:
http://www.asylumlaw.org/docs/sexualminorities/MalaysiaTrans070901.pdf
Silalah baca dan menjadi lebih berilmu. Itulah tuntutan Islam. “Iqra!”. Apakah Islam menyeru anda mencebik transseksual?
Terdapat perbezaan antara transvestite dan transseksual. Itulah pokok pangkalnya yang ada sendrii harus fahami dulu. Kaum Lot pun bila di tanya tak akan menafikan mereka lelaki walhal transeksual akan mengatakan mereka wanita dalam tubuh lelaki. Fahami lah perbezaan.
Cara layanan dan cemuhan sesetengah umat Islam di Malaysia terhadap transseksual sungguh mengaibkan bangsa dan agama. Yang anda nampak hanyalah mereka yang terperangkap dalam gejala maksiat tetapi pernahkan anda meyelidiki kenapa mereka sampai ke tahap itu? Pernahkan anda pula bertanya siapakah pelanggan2 mereka? Tak lain dan tak bukan, kaum Melayu juga.
Memang lelaki harus berperangai lelaki. Tapi transseksual bukan lelaki. Tanya lah mereka kalau tidak percaya.
Kalau Islam buat lah cara Islam. Kalau anda yang lebih waraq, lebih soleh, kenapa bukan anda yang menunjukkan adap sopan santun yang lebih tinggi dan keilmuan Islam yang di tuntuti? Dorongi transseksual melalui budi bahasa dan fahami bahwa Islam bukanlah Wahabi sempit anda. Dunia ini luas. Al Azhar pun sudah lama mengiktiraf transseksual jadi hentikanlah pandangan sempit dan tak bertammdun anda.
Terima kasih.
comel_nyah says
yg penting,si mangsa buli di atas akhirnya mendapat kesedran ttg undang2..jgn berpakaian yg berlawanan fitrah lg..