(Corrected 12:30pm, 30 June 2010) THE Home Ministry is expected to table amendments to the Internal Security Act (ISA) in the current July parliamentary sitting. However, it remains unclear whether judicial review will be included among the amendments. Without the inclusion of judicial review, the ISA remains a law that allows for detention (corrected) without trial.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak promised to review the ISA when he came into office in April 2009. But the government continues to defend the need for detention without trial in the interest of “national security”. In the meantime, those who have been detained under the ISA tell stories of state abuse of power and torture.
In this second of a series of interviews with former ISA detainees, The Nut Graph speaks with Mat Sah Mohd Satray and his wife, Norlaila Othman, about his arrest and detention under the ISA in April 2002. Mat Sah, a technician from Dewan Bahasa and Pustaka, was arrested together with 13 other suspects for allegedly being involved in terrorist organisations.
Mat Sah was only released from the Kamunting detention centre in September 2009. And it was only on 12 June 2010 that police removed all restrictions on his movement. Mat Sah and Norlaila, who became an active member of Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), spoke to The Nut Graph on 16 June 2010 at their Gombak home.
TNG: Mat Sah ditangkap pada 17 April 2002. Boleh ceritakan apa yang berlaku pada masa itu?
Mat Sah: Polis datang rumah pada pukul 12 malam, masa itu hanya ada saya, isteri, dan anak saya yang berumur lapan tahun dalam rumah. Saya belum tidur lagi, dengar ada bunyi depan, saya pun pergi tengok. Masa itu gelap, tetapi saya nampak ada seorang polis pakai uniform. Dia tanya saya, “Boleh cakap dalam?” Saya pun buka pintulah, lepas itu tujuh, lapan orang terus masuk dan gari tangan saya.
Saya tanya mengapa gari saya, dia cakap, “Saya terima maklumat bahawa awak terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara.” Dia tak cakap di bawah ISA atau tunjukkan waran pun.
Lepas itu?
Norlaila: Lepas itu mereka mula menggeledah rumah kami sampai pukul empat pagi, buka almari, buka laci, baju dalam pun mereka semak, bawah katil, bawah cadar sampai bilik ketiga. Kami letak banyak buku dalam bilik ketiga, mereka seronok jumpa banyak kertas, setiap buku mereka semak, lepas itu mereka jumpa artikel saya, dalam artikel itu ada gambar Saari Sungib, seorang pemimpin NGO (badan bukan kerajaan) yang ditahan di bawah ISA pada tahun 2001. Mereka nampak gambarnya, terus kata, “Ini! Ada link dengan Saari Sungib!” dan terus ambil artikel saya. Artikel itu saya punya, tetapi yang kena tangkap suami saya.
Mereka juga ambil CD games seperti Star Wars, CPU komputer, telefon bimbit, dan kamera. Saya ambil gambar SB (Special Branch) dengan kamera filem itu. Saya tak tahu mereka takut kamera. SB rampas kamera padahal sebenarnya mereka boleh ambil filem sahaja. Apabila saya ambil balik barang-barang tersebut tiga minggu kemudian, semuanya sudah dirosakkan dan terpaksa dibuang.
Mat Sah: Selepas mereka habis geledah, saya dibawa ke dalam sebuah van putih, depan duduk dua orang polis, belakang dua orang, sebelah satu orang, escort ada satu van lagi. Mereka bawa saya dari rumah pergi ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Ampang. Selepas lebih kurang setengah jam, saya dibawa ke balai polis Sentul, ambil gambar di sana, mereka tak tanya soalan pun.
Sampai hampir terang, naik van sekali lagi, mata saya ditutup degan kacamata hitam, sampai destinasi baru dia buka.
Mereka bawa you ke mana ni?
Mat Sah: Pada masa itu saya tak tahu, saya dikurung selama 59 hari di sana. Selepas itu, baru saya dapat tahu tempat itu Police Remand Centre dekat Jalan Ipoh.
Sampai sana, dia suruh saya buka baju, semua pakaian ditanggalkan termasuk seluar dalam, dia check lah.
Lepas itu, dia bagi satu baldi, baju uniform lockup, cawan plastic untuk minum, sabun sebiji, tuala kecil, itulah untuk lap muka dan mandi, berus gigi dengan Colgate. Berus gigi itu dia potong sampai pendek sahaja; dia kata, “Takut nanti you bunuh diri.”
Dalam bilik yang saya tinggal itu ada satu katil simen, tak ada tingkap, hanya lubang-lubang kecil di atas dinding, kena selalu mandi kerana panas. Makanan yang dibaginya, macam apa yang YB Teresa [Kok] cakap, memang teruk. Ada satu kali dia bagi makanan basi.
Saya diberi nombor 095 di sana, selama saya di situ, dia tak panggil nama, saya sudah tak ada nama, dia panggil nombor saya sahaja.
Dalam dua bulan itu, hanya tigu minggu saja saya dikenakan interrogation, yang lain itu hanya duduk dalam bilik itu. Mereka panggil saya pada pukul sembilan pagi, dibawa ke sebuah bilik, dalam bilik kecil itu ada dua, tiga air-con pasang kuasa penuh, beberapa jam duduk situ. Mahu buang air pun mereka tak bagi pergi ke tandas, bagi botol.
Selalu ada tiga officers, seorang buat kita senang, pujuk-pujuk: “Mau makan apa? Minum apa?” Seorang lagi buat kita marah, dia akan tanya soalan macam: “Bagaimana you buat seks dengan isteri?”
So selepas dikurung dua bulan di sana, baru you dihantar ke Kamunting?
Mat Sah: Ya, semasa di sana, tiap-tiap pagi kena bangun pada pukul tujuh nyanyi Negaraku. Dua tahun pertama saya buat, lepas itu saya tak ikut lagi.
Mana ada pemulihan? Saya di sana dua tahun pertama, mereka tak tahu nak buat apa dengan saya, mereka selalu tanya saya, “Nak buat program apa?”
Ada bacaan tak di sana?
Mat Sah: Sana ada suratkhabar, Utusan (Malaysia) dan NST (New Straits Times). Pada masa saya masuk ada perpustakaan tetapi tutup. Selepas beberapa tahun baru dibuka balik.
Bila isteri boleh jumpa you?
Mat Sah: Tiap-tiap minggu boleh, tetapi untuk 45 minit sahaja. Itupun bercakap guna interkom dan dipisahkan dengan dinding cermin.
Pernah masuk cell confinement?
Norlaila: Dia pertama kali masuk cell confinement pada tahun 2005 kerana akak. Masa itu saya ambush (Menteri Dalam Negeri) Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk menyampaikan surat memintanya membebaskan semua tahanan ISA. Hari berikutnya, dia dimasukkan ke dalam cell confinement.
SB juga marah apabila saya menulis tentang penahanan Tan Hoon Cheng, Teresa Kok, dan RPK (Raja Petra Kamarudin) dalam blog saya. Apabila SB marah, suami saya didenda SB!
Mat Sah: SB akan bagi warning: “Isteri awak terlalu aktif dengan GMI, nanti you lambat bebas.” Tetapi bila saya tanya mereka kenapa tahanan-tahanan lain yang isteri mereka tidak aktif dengan GMI tidak dibebaskan pun, mereka tak dapat jawab.
Pernahkah mereka menggunakan kekerasan terhadap you?
Mat Sah: Pernah sekali, pegawai-pegawai kem memukul dan mendenda semua tahanan JI (Jemaah Islamiyah) dan KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia). Mereka tuduh kami simpan senjata bahaya dalam kem. Tetapi pisau lipat, gunting, dawai dan klip kertas yang mereka temui semasa pemeriksaan blok sebenarnya adalah alatan yang kami gunakan untuk program handikraf kita. Peralatan itu semua disediakan oleh pihak kem.
Dalam kejadian itu saya ditumbuk, disepak, ditolak ke lantai dalam keadaan kedua-dua tangan saya digari ke belakang dan tercedera. Dada saya berasa sakit dan saya minta nak pergi jumpa doktor tetapi tidak dilayan. Saya dibawa berjumpa doktor hanya setelah tiga hari.
Norlaila: Apabila di Hospital Taiping, doktor cakap tulang rusuk kirinya ada retakan selepas tengok x-ray, tetapi bila peguam nak pastikan betul ke ada retak di tulang, doktor kata tak ada apa-apa masalah. Dia pun tunggu luka itu sembuh sendiri.
Ada apa perbezaan dalam layanan terhadap tahanan-tahanan?
Mat Sah: Peraturan sama sahaja, cuma nak dapat apa-apa kena request lah. Bukan setiap kali dapat, mahu telefon pun susah. Tetapi apabila tahanan Hindraf masuk, mereka semua boleh dapat macam-macam kemudahan, termasuk buat panggilan telefon. Selain itu, dalam kantin, tahanan Melayu atau Cina [kerakyatan Malaysia] kongsi guna satu dapur, tetapi Hindraf ada dapur sendiri kerana mereka tak makan daging.
Norlaila: Semasa Hindraf ditahan, bila saya pergi sana, kami kena cakap melalui interkom. Hindraf di sebelah sana pulak, boleh pegang, boleh kiss, kemudian boleh pesan makanan yang dijual di kantin kem, pesan roti canai, chapati, semuanya boleh.
Saya pandu dari Kuala Lumpur ke Taiping selama lapan jam pergi balik setiap minggu untuk jumpa suami tetapi hanya berpeluang bercakap melalui interkom selama 45 minit. Tetapi Hindraf, kalau mereka dua minggu tidak jumpa, mereka boleh jumpa selama tiga jam.
Apa yang berlaku selepas Mat Sah dibebaskan?
Mat Sah: Memang banyak berubah. Balik rumah rasa terlalu banyak barang, ada sofa, meja. Dalam kem tak ada apa-apa pun. Isteri sibuk dengan aktiviti GMI dan anak juga sudah ada fikiran sendiri, tetapi saya boleh faham lah. Cuma semasa bertemu dengan orang luar, rasa kekok dan lain. Saya rasa macam orang lain sudah tahu saya tahanan ISA. Saya khuatir orang itu akan anggap saya orang jahat. Mungkin orang lain tak fikir begitu, tetapi saya sendiri akan fikir begitulah, kena adjust lah.
[related-posts]
The Nut Graph needs your support
Tony Wong says
May God bless you, Mat Sah.
Mohamed says
This is Ketuanan Melayu ala Umno! They treat their own kin like […] while behaving reasonably well with others! My god they have committed so much atrocities against weak and helpless souls!
Rina Teh says
It is good to know that Mat Sah has been released from detention. Not long ago I thought about what has happen to ‘release the detainees movement’. Yes, we must abolish the ISA. It is inhumane to those innocent and it takes away their liberty, not to mention the abuse they are subjected to. May God bless you Mat ISA.
Guy next door says
So throughout your pitiful state in the ISA, Mat Sah, the only extreme unfairness u felt/saw/witnessed was the fact that the Hindraf guys were [treated better]?
If you ask me, I would say you must have had a pretty good couple of years under the ISA. Question, the other Indian detainees, where was their kitchen?
I swear to god, when I first saw your article on MT, I clicked it first because having spent some time under the EO myself, I naturally am akin to the likes of me, although I am sure the lengthy duration for ISA detainees is so much more severe.
However, having said that, Mat Sah and wife here are the kind of folks whom people rather forget than remember. Thanks Nut Graph for reminding me how freakin’ useless the human brain can be. Malaysia freakin’ boleh cliche to the fullest!
RViN says
“Saya khuatir orang itu akan anggap saya orang jahat.”
Jangan risau Mat Sah, we know better than that 🙂
kahseng says
It is worth reviewing Dr. Munawar Anees’s shocking experience under ISA in 1998.
Background of Munawar Anees. The Price I Paid for Malaysian ‘Justice’, Feb 1, 2010 http://tinyurl.com/2f29hla
STATUTORY DECLARATION from Dr. Munawar Ahmad Anees
Original in English
1. http://www.c2o.org/malaysia/democracy/reports/981203_stat_dec_munawar_01.htm
2. http://www.c2o.org/malaysia/democracy/reports/981203_stat_dec_munawar_02.htm
Translation in Malay
1. http://www.angelfire.com/ok/suarareformasi/annes.html
2. http://www.angelfire.com/ok/suarareformasi/annes2.html
ANTI BARISAN SAMPAH says
OVER THROW BARISAN SAMPAH SARAP