Updated at 12.25pm, 13 Jan 2011
Editor’s note: This is a translation [updated] by Amir Muhammad of Malaysia’s gay threat, a commentary by Shanon Shah, that was published on The Nut Graph on 10 Jan 2011.
PADA 15 Dis 2010, muncul sebuah video di YouTube yang memaparkan Azwan Ismail, 32, seorang lelaki Malaysia Melayu-Muslim, di mana dia menyatakan, “Saya gay, saya ok.”
Seminggu kemudian, dia memberitahu media bahawa dia bimbang nyawanya terancam. Dan siapa yang boleh menyalahkannya? Sudah terdapat menteri yang bertanggungjawab atas hal-ehwal Islam, mufti Perak, Pemuda PAS, blogger-blogger Muslim dan beberapa organisasi Islam yang lain mengawasinya dengan “penuh minat”. Seorang blogger Muslim bahkan mencabar kepimpinan negara untuk membunuh Azwan, dengan sindiran bahawa jika kita adalah negara Islam yang tulen, “pengakuan” Azwan boleh menjadi bukti yang cukup untuk melaksanakan hukuman bunuh. Ini tidak termasuk berbagai ancaman keganasan dan pembunuhan yang ditulis terhadap Azwan di YouTube dan forum internet yang lain. Video Azwan merupakan sebahagian daripada siri yang dihasilkan oleh Seksualiti Merdeka, sebuah inisiatif hak asasi seksualiti, yang akhirnya memutuskan untuk memadamkan video itu kerana bimbang akan keselamatan Azwan.
Ancaman keganasan terhadap Azwan telah dikutuk oleh beberapa blogger, individu, dan juga kumpulan-kumpulan masyarakat sivil seperti Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina. Kutukan sebegini diperlukan kerana kekerasan dan ugutan tidak boleh dibenarkan meresap ke dalam perbincangan awam yang melibatkan kepentingan awam, tanpa mengira samada seseorang itu menyokong Azwan atau tidak.
Tapi mungkinkah perbincangan yang tenang dan tidak memihak atas isu seperti ini dapat wujud? Kita mendengar dua ekstrim dalam debat ini: hak pro-gay, pro-hak asasi manusia di satu hujung — dan sifat anti-gay yang mengaku “Islam” di hujung yang lain. Apakah rakyat negara ini terpolarisasi dengan cara sama? Atau apakah jurang antara dua ekstrem ini dihuni oleh kepelbagaian warga negara yang samada takut, kurang pasti, bingung, dipenuhi ingin tahu, atau acuh tak acuh? Bagaimanakah rakyat Malaysia dari berbagai latar belakang dan kepercayaan boleh berpendapat dalam hal ini jika ianya telah digambarkan oleh begitu ramai orang sebagai pertempuran keagamaan?
Fakta lawan ideologi
Pertamanya, fakta-fakta nyata ada kecenderungan untuk merumitkan tuntutan ideologi yang gah.
Tentu saja, pengutukan terhadap hubungan sejenis boleh dilihat dengan banyak dalam fiqh Islam dan tafsir Al-Quran. Ini tidak dinafikan. Tapi ada juga perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam mengenai isu seksualiti dalam Islam. Ulama kontemporari dan cendekiawan seperti Imam Feisal Abdul Rauf dan kiyai Indonesia Husein Muhammad menegaskan bahawa tafsir dan kitab yang penting, bahkan dari zaman awal Islam, telah mengakui dan mungkin membiarkan kepelbagaian seksualiti dan jantina.
Kajian sejarah dan antropologi (misalnya Murray dan Roscoe dalam Islamic Homosexualities) juga telah menunjukkan bukti hubungan bukan-heteroseksual dalam masyarakat Muslim yang telah wujud sejak zaman lampau.
Dengan mengambil kira fakta sebegini, kenapa “wakil” Islam di Malaysia berkeras bahawa debat tentang homoseksualiti adalah hitam-putih dan memerlukan pengutukan dan hukuman kekerasan? Dan mengapa ada kecenderungan, baik di kalangan umat Islam anti-gay atau bukan-Islam yang pro-gay, untuk menganggap Islam sebagai “kes istimewa” secara amnya apabila terdapat isu-isu seksualiti, jantina dan hak-hak asasi manusia? Apakah andaian ini benar?
Kekerasan terhadap golongan bukan-heteroseksual telah dilakukan oleh mereka yang berkuasa setelah mentafsir teks-teks utama dari banyak agama terbesar di dunia. Kefahaman Ibrahimiah yang datang sebelum Islam, iaitu Yahudi dan Kristian, juga mempunyai tempoh intoleransi yang panjang terhadap wanita, bukan-heteroseksual dan bukan-seagama.
Farouq Omaro says
Tanpa perlu merujuk kepada tafsir kitab dan sebagainya pun, sebagai manusia yang mempunyai pikiran logik, tentunya kita menghormati pendirian individu asalkan tidak mengganggu hidup dan keselamatan orang lain. Itu pun susah? Ini sampai mau membunuh ini kenapa? […]
Dr Syed Alwi says
Tanpa merujuk ke tafsir dan Sunnah – maka akan jadi sesat lah kamu! Nauzubillah! Apakah benda yang jelas haram itu boleh dihalalkan oleh Shanon?
Kong Kek Kuat says
@ Syed Alwi
Mashaallah… tidakkah menderma/menerima darah atau benda-benda ke dalam badan kita telah dihalalkan daripada yang jelas diharamkan pada suatu masa silang?
Naudhubillah min al-Syed Alwi… […]
Farouq Omaro says
Tiada orang berhak mengatakan saya sesat melainkan Allah. Jangan sembarangan bercakap ya Tuan doktor. Syurga dan neraka bukan Tuan yang menentukan.
Dr Syed Alwi says
Farouk Omaro – siapa yang kata you sesat ? Saya hanya katakan yang – jika seseorang itu meninggalkan rujukan terhadap tafsir al-Quran dan Sunnah – maka akan jadi sesatlah orang itu.
Itu memang benar. Manusia perlu panduan dari Kitab Suci dan Sunnah. Tak cukup dengan hanya logik.
Nasihat saya kepada awak ialah – dalami lah ilmu agama. Jangan taksub dengan logik sahaja kerana bukan semua aspek Islam itu berdasarkan logik. Religion is not always rational.
Dr Syed Alwi says
Why is my reply not published? This TNG is really going all out to whack mainstream Islam! I really don’t know why. Mesti ada agenda la ni…
Farouq Omaro says
Don’t be surprised, sometimes my views are also not published! Maybe too radical for minds which depend on certain books for their directions in worldview!
Farouq Omaro says
Speak for yourself doc. To me, religion is more rational and logical as is gravity. I examine religion from the logical viewpoint. I know some of you examine logic from the religious viewpoint, just like those idiots from Vatican who said the world was flat.