Dialog anjuran musicForum (Gambar oleh musicForum)
“MINTA maaf ya, ustaz, saya ada pengakuan,” kata saya. “Dalam kolum saya, teruk juga saya tibai ustaz tentang pendirian Pemuda PAS berkenaan konsert Michael Learns to Rock.”
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan at Tantawi, senyum selamba saja. “Saya tak ambil hati. Kalau macam tu, Datuk Zaid Ibrahim pun mengkritik kami juga.” Rakan-rakan Nasrudin dari Pemuda PAS tersenyum dan mengangguk-angguk.
Dengan itu, dialog anjuran musicForum antara saya dan Nasrudin bermula. Ia melihat penglibatan kira-kira 30 orang muda-mudi Melayu Islam yang lain. Masanya lepas solat terawih, dan tarikhnya 2 Sept 2009. Tempatnya di Studio Poket, Pusat Bandar Puchong Utama. Tajuknya, Di mana muzik dalam politik Islam?.
Dengan ikhlas saya mengaku, saya berdebar-debar juga mahu berhadapan dengan Nasrudin. Akan tetapi, walaupun moderator dialog tersebut, Fathi Aris Omar, memperkenalkan saya sebagai seorang pemuzik dan anggota bersekutu Sisters in Islam (SIS), Nasrudin dan kawan-kawannya tidak terkejut. Malah, tidak seorang pun yang memperlekehkan atau mengutuk SIS seperti yang saya biasa lihat di pelbagai blog dan siaran akhbar.
Saya sebenarnya dijemput oleh pihak penganjur sebagai seorang pemenang Anugerah Industri Muzik, jadi bab keanggotaan SIS saya memang tidak masuk tajuk pun. Saya diminta membuka tirai dialog tersebut, jadi saya mengupas pendapat imam al-Ghazali. Menurut al-Ghazali, kesenian itu sebenarnya merupakan kurniaan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Ia menghidupkan jiwa kita untuk kita lebih menghayati keindahan ciptaan Allah. Ini termasuklah bidang muzik dan tarian. Dan inilah yang mendorong saya untuk berkarya sebagai seorang artis beragama Islam.
Saya juga mengupas dua hadis sahih daripada saidatina Aishah, di mana Rasulullah sendiri telah membenarkan Aishah untuk berhibur dan menonton persembahan tarian dan nyanyian. Malah, apabila saidina Abu Bakar menegur penghibur-penghibur tersebut sebagai “serunai syaitan”, Rasulullah sendiri berkata, “Biarkan mereka — bukankah ini hari perayaan?”
Malah, belum terdapat ijma yang benar-benar kukuh tentang hukum muzik dalam Islam. Ada ulama yang berkata hanya nyanyian suara saja yang dibenarkan, ada yang berkata hanya instrumen tidak bertali yang dibenarkan, tetapi ada juga yang berkata kesemuanya dibenarkan bergantung kepada niat dan mesej yang terkandung dalam karya muzik tersebut.
Pendirian PAS
Kemudian, pihak Nasrudin dan pemuda PAS yang lain pula memberikan hujah mereka. PAS tidak anti-kesenian. PAS bukan anti-muzik, malah bukan anti-konsert. PAS hanya menentang bentuk-bentuk hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan, dan yang menggalakkan pergaulan bebas yang boleh membawa kepada pelbagai jenis kemudaratan yang lain.
“Saya faham pendirian PAS sebagai sebuah parti Islam,” saya membalas. “Tetapi kenapa PAS tidak terangkan saja kepada masyarakat umum pendirian seperti ini? Bukankah itu dakwah PAS? Kenapa respons pertama daripada PAS selalunya menjurus kepada mengharamkan sesuatu yang PAS tidak suka?”
Dari kiri ke kanan: Penulis artikel Shanon Shah, moderator Fathi Aris Omar , dan ketua Pemuda PAS Nasrudin
(Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)
Panjang lebar juga jawapan yang diberikan oleh pihak pemuda PAS, tetapi akhirnya naib ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, tersenyum dan berkata, “Kami pun sentiasa mengalami evolusi dalaman. Kami pun sedang berusaha.”
Banyak juga soalan kritikal yang ditujukan kepada PAS oleh mereka yang hadir. Contohnya, insan atau institusi mana yang berkuasa untuk menentukan apa itu “bermoral” dan apa itu “tidak bermoral”? Bukankah pihak berkuasa Islam juga pernah menggunakan alasan “moral” untuk mematahkan sentimen yang mengkritik kerajaan? Apakah PAS tidak mampu bertolak-ansur?
Di sini saya sendiri telah memetik pengalaman Yusuf Islam, yang pernah membuat persembahan dalam konsert HIV/AIDS di Afrika Selatan. Para penghibur lain di konsert tersebut banyak juga mempromosi pendekatan “sekular” untuk menangani HIV/AIDS, tetapi Yusuf Islam tetap berkongsi pentas dengan mereka.
Tetapi sekali lagi saya ingin tekankan keindahan dan keikhlasan dalam dialog antara saya dan Nasrudin. Sepertimana difirmankan Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” Nasrudin dan saya memang berbahas dengan baik dan manis.
Erti dialog
Tetapi “berdialog” bukannya bererti “tumbang dan setuju seratus-peratus dengan pihak lain”. Apabila mengakhiri sumbangan saya terhadap dialog tersebut, saya menekankan lagi sekali bahawa saya tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Saya bersetuju dengan hak PAS untuk bersuara dan berdakwah, dan juga menghormati hujah-hujah yang dikemukakan.
Saya berikan analogi ini kepada pihak Pemuda PAS. Sekarang ini pihak Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis hak asasi banyak mengecam akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi mungkin satu hari kelak, PAS akan mendapat mandat untuk memerintah negara ini dan akan meluluskan undang-undang hudud. Apakah PAS akan membenarkan bantahan terhadap undang-undang hudud oleh pihak pembangkang, artis, wartawan dan aktivis? Apakah PAS akan akur jika sebilangan besar rakyat tidak mahukan undang-undang hudud?
Menurut Nasrudin, sudah tentu PAS akan mendengar suara rakyat. Katanya lagi, “Kami berpegang kepada prinsip yang didukung oleh khulafa ar-rashidun. Kalau kami betul, sokonglah kami. Kalau kami salah, perbetulkanlah kami.”
Bagi saya, jawapan ini masih perlu dilihat dalam konteks sosio-politik tanahair secara keseluruhan. Sejak 8 Mac 2008, kredibiliti BN semakin merosot, dan pada masa yang sama saham PR semakin naik. Malah, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam pun sudah sanggup mengundi PAS demi menjatuhkan kerajaan BN. Dan tidak dapat dinafikan, kerajaan BN juga menggunakan pelbagai taktik kotor dan ganas untuk kekal berkuasa — lihatlah saja rampasan kuasa di Perak, penggunaan meriam air dan gas pemedih mata terhadap demonstrasi anti-ISA, dan sebagainya.
Dalam situasi kini, PAS dan rakan-rakan PRnya sudah nyaris-nyaris menawan puncak kuasa. Dan dalam keadaan seperti ini, memang mudah untuk mana-mana pemimpin politik dari kalangan mereka membuat pelbagai janji manis. Akan tetapi, kita juga perlu menumpukan perhatian kepada pendirian lain yang dibawa oleh parti komponen PR.
Dalam kes PAS, kita perlu mengkaji pelbagai kenyataan para pemimpinnya tentang isu hukuman sebat, pelaksanaan undang-undang hudud, isu pertukaran agama kanak-kanak, pihak yang tidak bersetuju dengan tafsiran Islam PAS, dan juga mazhab minoriti seperti golongan Ahmadiyah. Apakah pendirian PAS dalam isu-isu ini konsisten dengan sistem demokrasi dan masyarakat madani yang ideal?
Menyuarakan pendirian masing-masing (Gambar oleh Chris Chong Chan Fui)
Kesanggupan kita untuk berdialog bukannya bererti kita berhenti bersifat kritikal antara satu sama lain. Selagi kita bersikap kritikal, selagi itulah masyarakat kita akan menikmati satu sistem semak dan imbang yang kukuh dan berprinsip. Dan selagi itulah kita akan dapat mencari jalan penyelesaian yang benar-benar menghormati perasaan dan pendirian semua pihak yang terlibat.
Oleh itu, amatlah penting jika PAS terus menyuarakan pendiriannya tentang pelbagai isu, dan berikhtiar untuk menyebarkan ideologinya di kalangan umum. Sumbangan PAS terhadap perkembangan demokrasi tanahair kita sangatlah besar. Akan tetapi, kita yang lain pun perlu menyuarakan pendirian kita dan menyumbang kepada perbincangan umum tentang pelbagai isu kemasyarakatan.
Kesimpulannya, kita masing-masing mengidamkan keamanan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Pada penghujung dialog saya dengan Nasrudin, kami saling berpeluk dan bersalaman. Saya dapat merasakan keikhlasannya dan saya pasti dia juga dapat merasakan keikhlasan saya. Hakikatnya kami tidak bersetuju dalam beberapa hal, tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Shanon Shah amat berbesar hati kerana dapat berbual, bergurau dan makan sekali dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS.
The Nut Graph memerlukan bantuan anda
Kim Thayil says
Sounds good. Ikhlas/humility is the key.
Salah Taip says
Kudos!
Hope there’ll be more dialogs like this in future π
nuhhuh says
“Tapi mungkin satu hari kelak, PAS akan mendapat mandat untuk memerintah negara ini dan akan meluluskan undang-undang hudud. ”
That’s time to move my business and family out of the country. Mebbe Singapore.
kitabul says
Salam…
Still no result… Siapa yg benar? Kamu? PAS? BN?
gasakla says
Aku mungkin tak begitu arif tentang apa yang dibincangkan, tp dr artikel arak hari tu sampai yg ini.
Aku sangat yakin yg penulis ni tak begitu memahami Islam. (W’pun byk hadis2 yang disertakan. Tp aku ni pengikut ahlul bait.) Sebenarnya kalau nk dilaksanakan hukum2 berkaitan Islam, bukan beerti menendang jauh demokrasi, tapi kita cuma melaksanakan hukum2 tersebut pada orang Islam (dan ada sesetengahnya pd org bkn Islam kalau relevan.)
Dan hukum2 hudud yang menakutkan tu bukanlah sewenang-wenang nak dilaksanakan, bygkan mak ko yg tua tu kena ragut, ko dah la miskin, duit abes, lepastu peragut tersebut ditangkap dan dibuktikan bersalah selepas berkali-kali perbicaraan, kemudian dijatuhkan hukuman potong tangan. Adil atau x?
Cuba fikir-fikirkan. Lgpun hukum hudud dan qisas itu hak Allah, apa gunanya mengaku Islam tp tak melaksanakan apa yang Allah minta kita laksanakan? Adakah ini dipanggil ekstremist? Aku tak tau, dan aku tak peduli.
Jawapan Shanon: Benar, mengaku Islam itu satu perkara yang berat dan ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Tetapi pada akhirnya, Allah juga yang menentukan keikhlasan kita. Adalah menjadi kesalahan besar untuk mentakfir seseorang sewenang-wenangnya. Di dalam Islam, kita juga digalakkan untuk berbincang dengan baik, walaupun tidak bersetuju. Saya mungkin tidak tahu, tapi saya peduli.
muhammad hanis says
Alhamdulillah… sekurang2nya kalian tergerak untuk mencari kebenaran… semoga perkara yang sepatutnya akan kita fahami…
sanggupa says
Mmm…apa konklusi dari perbincangan ini? Saya tdk nampak kata putus dari perbincangan ini.
Saya setuju dengan muzik selagi tidak melampaui batas…Islam itu mudah..tetapi jika tidak belajar kita akan rasa ianya susah kerana kejahilan kita sendiri…berhiburlah jgn sampai melampaui batas…cuba check balik hadis2 trsebut…bgaimanakah cara hiburan pada zaman nabi dan sebab nabi membenarkannya…smoga dicerahkan pemikiran kita semua..
gasakla says
Dalam pendidikan Islam, ada bab yang menerangkan, beriman dengan lidah, hati, dan perbuatan.
Perforashyun Peh says
Dude! Nice one. Imma lovin it: the colours and the setup of the forum! None of the stuffy TV studios urgkh.
Baharudin says
Salam, Saya petik kata Tuan, Saya mungkin tidak tahu, tapi saya peduli. Alhamdulillah tuan sedar diri tuan, ambillah langkah seterusnya dengan mendalami Islam dengan mendapatkan guru yang ikhlas. Akal fikiran yang beriman itu akan mencapai keredhaan tetapi akal fikiran semata tidak akan sempurna kerana limitasinya dan kelemahan organ tubuh tersebut. Dengan bertemankan iman akal akan membawa kebahagian kepada semua.
Jawapan Shanon: Terima kasih, saudara, atas keprihatinan anda. Tapi anda membuat dua tanggapan terhadap saya: (1) Saya tidak mempunyai guru yang ikhlas dalam mendalami dan menghayati Islam, dan (2) Saya hanya menggunakan akal fikiran tanpa mengambilkira keimanan. Dua-dua tanggapan ini salah π Tetapi terima kasih kerana menitikberatkan perkembangan peribadi saya. Namun begitu, bagi tujuan wacana umum, hujah-hujah saya yang perlu diberikan fokus, bukan perkembangan spiritual peribadi saya.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
-ana anta- says
Assalamualaikum..
Saya tertarik dgn artikel yg di tulis pada kali ini.
Firstly, tahniah kerana berjaya mewujudkan ruang untuk berdialog dgn Dewan Pemuda PAS bg meningkatkan kefahaman ttg muzik dr kaca mata Islam..saya agak kagum dgn penulis kerana berjaya mengeluarkan beberapa hadis dan firman untuk diketengahkan sbg hujah, dan lontaran dr Ustaz Nasarudin Tantawi amtlah bernas.
Mungkin penulis perlu selidik dgn lebh mendalm ttg fahaman muzik dlm Islam, dan bukn berdasarkan semata hanya bebrapa potonng ayt atau hadis sudah memadai. Sesungguh hadis dan firman Allah itu timbul ats peristiwa dan bukn hanya berdasrkan pada ayt semata-mata.
Walau bagaimanapon, saya menyokong agenda sebegini dan berharp agar dpt diteruskan pd masa akan dtg.
Bersama meningkatkan fahaman Islam kerana saya juga antara penggemar muzik.
wassalam.
Jawapan Shanon: Terima kasih atas maklum balas anda. Mungkin kita semua – dari semua pihak – perlu mengkaji dengan lebih mendalam apa sebenarnya fahaman muzik dari Islam. Semua manusia ada kecenderungan masing-masing, termasuk dalam memetik ayat-ayat suci π
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
Wan Adli says
Pertentangan sudut pandangan adalah fitrah manusia. Kadang-kala ia boleh diselesaikan melalui penstrukturan semula kepelbagaian dalam sudut pandangan tersebut. Tetapi, pada ketika lain, pertentangan mungkin begitu mendasar, sehingga hanya satu pilihan sahaja yang boleh diambil. Contohnya dalam soal definisi “mendekati zina”, dan peranan pihak yang berkuasa sama ada untuk membuka atau menutup jalan “mendekati zina”, serta kaitan konsert dengan “mendekati zina”. Golongan Islamis mungkin cenderong berpandangan negatif terhadap konsert, manakala liberalis sebaliknya. Jika kerangka demokrasi klasik menjadi pengukur, sudah tentu keputusan adalah kata putus pihak majoriti. Tetapi dalam dunia pluralisme ala pascamodenis semasa, kehendak minoriti sama ada Islamis yang negatif atau liberalis yang positif terhadap konsert mungkin terpaksa dilayan. Walau bagaimanapun, jika relativisme sebegini yang terpaksa menjadi jalan tengah bagi pertentangan sudut pandangan manusia, saya bimbang ekstremis radikal mengimpikan ruang layanan yang sama. Justeru, mungkin sifat autoritatif hujah yang perlu diketengahkan kepada masyarakat.
Jawapan Shanon: Saya rasa satu lagi ciri demokrasi ialah situasi di mana pihak-pihak yang bertelagah dapat berbincang dan berbahas dengan terbuka, tanpa menganiaya hak masing-masing. Ini pun masih susah diwujudkan di Malaysia, terutamanya dalam perbincangan tentang sistem perundangan Islam.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
Nikjoe says
Satu penulisan yang cukup bagus. Btw, tahniah sgt2 kerna berjya menganjurkan forum seperti ini. Inilah yg pemuda PAS tunggu2 selama ini. Congratulations once again!
iQbAL says
dialog yang baik…seharusnya dialog seperti ini dilakukan selalu sekiranya berlaku perbezaan pendapat.
p/s : siapa tahu satu hari nanti mungkin Shahnon Shah pula yang berjuang dibahagian hadapan dalam PAS. ^_^
brabuj says
musyarawah adalah jalan kemenangan.
mengikuti ahlu sunnah wal jama’ah adalah kunci.
ikhqoi says
Berdialog bukan utk menentukan sapa betul atau salah.
Saya mewakili kepimpinan PAS JYSU cuba berbangga masih ada penghibur sudi menerima undangan untuk berdialog dengan PAS. PAS bukan jumud, PAS masih boleh mendengar pendapat orang lain. Tapi dalam konteks ‘government in waiting’ rakyat juga perlu didedahkan dengan prinsip dan konsep pemerintahan PAS.
Bukan untuk mengharamkan dan menghalalkan sesuatu. Tapi untuk memberitahu perkara yang hak.
Pernah diriwayatkan dalam suatu kisah zaman Nabi Ibrahim, seekor burung hanya memberi air dari udara setitik demi setitik ketika Nabi Ibrahim, maka binatang lain bertanya:
“Air yang ko titipkan itu tidak dapat memadamkan api yang marak.”
Tapi burung itu menjawab:
“Aku tahu, tapi aku mampu menjawab kehadapan ALLAH nanti jika ditanya apa aku buat bila mana aku melihat Kekasih-Nya dibakar oleh penduduk dunia.”
Dalam hal ini, Dewan Pemuda PAS Pusat menjalankan tugasnya dalam memberitahu perkara yang hak dan cuba mencegah kebatilan dari terus berleluasa. Jika nasihat itu tidak mahu diikuti, maka tugas DPP PAS Pusat sudah berakhir dan mereka sudah menjalankan tanggungjawab kerana Hidayah itu Milik ALLAH. Tapi Hidayah itu juga perlu dicari, tidak akan datang sekadar kita berpeluk tubuh.
Wallahua’lam
lah says
Assalamualaikum…
selamat berpuasa n menyambut hari raya…
pertama sekali tahniah kepada saudara kerana berjaya sekurang-kurangnya menggerakkan pemikiran pembaca untuk sama-sama memberi pandangan dalam hal ini.
Pendapat saya muzik itu tidak salah…yang menjadikannya salah ialah manusia itu sendiri. mungkin kita boleh ambil tafsiran ayat al-Quran yang mane lebih kurang berbunyi…kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tangan2 manusia itu sendiri…
Oleh itu apa yg sy faham d sini, tangan di sini mgkn bermaksud kuasa pemikiran manusia dalam menggunakan nikmat muzik yang dikurniakan…
Dalam hal ini Pas dilihat hanya menentang bentuk muzik yang membawa kepada kemaksiatan dan kemudaratan…bukanlah smua aliran muzik…jika kita lihat di negara kita ade nasyid…namun kita boleh melihat contoh di US dimana mesej tentang Islam disampaikan oleh pemuzik mereka melalui genre muzik yang pelbagai spt rap…lawak…dll…jadi apa yang penting ialah muzik yang dihasilkan itu akhirnya akan menjurus kepada ibadah kepada Allah selain daripada halwa telinga…
semoga Allah memberikan hidayahNya…semoga usaha saudara ini akan diberkati oleh-Nya…teruskan!
Dr. Khairul Afnan Khalid says
Time to make things practical.
Sebuah seminar yang membincangkan keterbukaan Islam terhadap kesenian perlu diadakan.
Mungkin juga tiba masanya, PAS dicadangkan membuat filem contoh yang syariah compliant, tubuhkan syarikat rakaman yang genrenya Universal dan syariah compliant dan lain2 yang dapat dipraktikkan. Let them do so it is easier for us to observe. Takkan nak tunggu perintah Malaysia yang belum tentu nak jadi kan!
Saya dari sekolah agama, tapi saya juga mempunyai keyboard – tapi tak pandai guna. One day hopefully. But I plan to be syariah compliant, open what syariah allows…
I dont expect Ustaz2 Pas ni pandai guna keyboard and that is the reality. No time for them.
Both have to get to know each other… Wali songo pun dah berjaya…
Zachary Han says
While they’re still not in power, PAS have to take this opportunity explaining their ideas to Malaysians. They’ve proved their tollerance to other religions (Kelantan, Shah Alam kuil as examples). They’ve proved some of their policies are practicable (like 60-day maternity leave, 5 working day a week, etc). Now, it’s time to engage the musicians, artists, etc. Not to “demo” against them or discriminate them (why Mawi can, others cannot?).
Syabab says
Syabas kepada Shanon Shah dan rakan-rakan untuk forum ini. Jelaslah bahawa akhlak pimpinan PAS amat berbeza berbanding dengan parti Melayu yang lain.
ustzul says
Perbincangan spt ini perlu diteruskan walaupun tiada result lg. Sbb Pas biasa berdakwah di kalangan org Islam. Namun persoalan mengenai org yg bukan Islam atau org Islam yg tiada background pengajian Islam perlu sentiasa dilontarkan pd pimpinan Pas agar dpt mereka menjawab dgn lebih teliti dan sampai maksud. Kekadang pd org Islam dah sampai maksudnya tp org bukan Islam tidak sampai maksud. Ini perlu ditangani dgn segera!
Tak perlu salahkan pd Shanon Shah serta pemberi komen di atas drp nuhhuh bila Pas nak laksanakan hukum hudud:
“That’s time to move my business and family out of the country. Mebbe Singapore”
Semua mereka ini mahu bersama Pas tp mahu penjelasan yg terang dan jelas. Approach yg baik akan memberikan keputusan yang baik. Jgn cepat melatah dan menghukum mereka terburu2. Era 80an mungkin boleh guna kaedah itu. Tp skrang mungkin tidak. Gambaran buruk berkenaan Islam dan Pas telah berlalu selama 52 tahun merdeka. Kerja kita sekarang adalah utk menjernihkan keadaan.
Isu ini bukan isu baru tp isu lama. Isu ini tlh timbul bermula Islam mendapat tempat hampir 2/3 dunia sejak dahulu lagi. Banyak ulama Islam gagal mendapat persoalan bukan Islam dgn baik akhirnya muncul Imam Ghazali berjaya mematahkan hujah2 tersebut dgn baik dan mudah. Begitu juga kes yg melibatkan golongan dahriyyun, juga hanya berjaya ditangani oleh Imam Ahmad Ibn hanbal. Ulama2 yg lain gagal.Namun kegigihan para ulama yg tidak putus2 sehingga mewujudkan tamadun baru pd dunia. Semua hasil perdebatan dan dialog sebegini.
Tamadun Islam yg dibanggakan telah dimusnahkan. Umum telah mengetahui kitab2 karangan ulama tersohor telah dimusnahkan sehingga sungai furat menjadi hitam di kota Baghdad. Ini yang dikatakan kerja berat ini terletak di bahu kita sbg pejuang Islam, iaitu mengembalikan kitab2 yg telah musnah ini dikarang semula dan diterjemahkan ke alam realiti…
Sudah tentu ianya memakan masa. sbb itu saya berpandangan dialog ini mesti diteruskan sehingga Pas biasa dengan dialog ini serta dapat mendapat persoalan yg timbul dgn kukuh dan ampuh.
Ummu Abbas says
Assalamu’alaikum, tahniah kerana berjaya mewujudkan dialog dengan Pemuda PAS. Harap dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Saya suka lihat foto-foto itu dan membaca artikel ini.
Pada pandangan saya, jika pihak saudara dapat merakamkan dialog ini adalah lebih baik atau disiarkan secara langsung di TV.
Moga kita semua beroleh ijazah taqwa dari universiti Ramadan 1430H.
mohd effendi md noor says
ALLAH swt berfirman:”Islam adalah rahmat ke seluruh alam”, “tiada paksaan dalam beragama” dan “tidak ku jadikan manusia dan jin itu kecuali untuk beribadat kepadaku.”
Syukur kehadratNya kerna kita masih lagi boleh berdialog dan diskusi itu yang menjadi keutamaan Rasulullah saw daripada caci maki dan berbalah hingga menimbulkan persengketaan.
Syabas kepada kedua-dua pihak yang telah menjayakan sesi dialog berkenaan.
Pendapat saya ialah sebenarnya proses tarbiah atau dakwah itu perlulah dilakukan dahulu sebelum terus membuat kecaman (23 tahun Rasulullah berdakwah) kepada mana-mana pihak.
Muzik atau sebarang bidang kesenian harus dinikmati selagi tidak menjadi taghut menentang Allah swt dan konsep berhibur itu sememangnya fitrah manusia semulajadi.
usop says
Assalamualaikum ..
Sdr Shanon … Ada tak rakaman video dialog nie … kalau ada masukkan dalam YouTube … saya x sabar nak melihat rakaman dialog nie.
Jawapan Shanon: Waalaikumussalam sdr usop. Saya pun tak pasti, tapi sdr boleh bertanya dengan pihak penganjur. Mungkin mereka ada membuat rakaman video dan akan memuatkannya dekat YouTube kelak. Ini dia laman blog pihak penganjur: http://ariapertama.blogspot.com/
Pihak penganjur ada memuatkan transkrip lebih lengkap dialog tersebut pada laman blog ini, dan juga memuatkan lebih banyak gambar yang menarik melalui Flickr. Mungkin sdr usop boleh tinggalkan komen tentang video ini untuk tindakan mereka yang selanjutnya?
Terima kasih atas minat dan sokongan anda π Selamat Berpuasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
mendan says
Salam. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada kedua-dua belah pihak atas dialog tersebut. Satu perkembangan yang sihat. Bukan mudah untuk dimulakan dan seperti kata Shanon, tidak semestinya berdialog ni ada keputusannya. Namun, ia satu permulaan yang amat baik terutama dalam menemukan dua pihak yang cukup kontras, Pemuda PAS dan golongan seni. Selama ini kedua-dua pihak penuh dengan prasangka dan prejudis antara satu sama lain. Teruskan berdialog dalam usaha memahami antara satu ama lain. Keikhlasan itu penting. Syabas.
pemuda pandan says
Tahniah kerana berjaya mengadakan dialog ini.
Sememangnya PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan dialog sebegini terutamanya dalam isu-isu tergempar yang sentiasa dikelirukan oleh media milik pihak lawan.
Tahniah sekali lagi kerana penulis mengambil jalan yang bijak, baik dan aman untuk membincangkan perbezaan pendapat melalui dialog. Tidak seperti yang selalu dilihat, perbezaan pendapat hanya dilahirkan dengan penulisan atau luahan kata-kata yang penuh dengan caci-maki, kebencian, dan penolakan secara total tanpa sebarang klarifikasi atau fakta yang jelas mengenai duduk perkara sebenar.
Pastinya saudara Shanon sendiri sedar, pemikiran pemimpin PAS lebih ilmiah dan islamik dan sentiasa fokus kepada kebaikan moral dan akhlak melalui Islam.
Sememangnya golongan penghibur yang menganjurkan kebaikan sangatlah dialu-alukan kerana penghibur memainkan peranan besar dalam mencorakkan masyarakat.
Semoga saudara Shanon mampu menjadi penggerak utama kumpulan “musician” yang mempromosikan kebaikan dan pembangunan akhlak di kalangan masyarakat yang selari dengan ajaran Islam dan kehendak Allah s.w.t.
Insya-Allah.
Hamba ALLAH says
Dunia dah akhir zaman logik akal diguna-pakai tanpa landasan yang betul dan tepat dari Al-Quran dan Hadis.
Kembalilah ke jalan yang benar . Semoga Islam bangkit di tanahair ku ini. Amin.
gasakla says
Eh, tak tahulah kenapa komen untuk isu arak dah tutup. Tetapi memandangkan sini tak lari jauh dari isu di sana, ada benda nak diclarifykan jugak.
Iya, memang orang bukan [Islam] sendiri tau tentang keburukan minum arak cuma mereka tak dikekang dengan dosa pahala seperti kita orang Islam yang ada segelintirnya tetap berdegil tidak mau ikut. Tak taulah apa yang best sangat minum arak tu.
Sebagai contoh untuk lebih pasti, mereka semua tau bila mabuk kita akan lupa diri, malah kalau agen rahsia boleh bukak segala menda kalau dah mabuk tu, kekadang boleh main dengan awek membe sendiri, atau bini abang sendiri, atau mak sendiri kalau lebih teruk, dengan diri sendiri. Haha, tetapi itu bukanlah satu-satunya keburukan arak, dari segi kesihatan, semua tau kalau terlebih minum macam-macam ancaman yang ada, malah boleh dapat sakit jantung kalau tak silap. Tak taulah sangat sebab aku tak minat sains dan tak minum arak pun. Alhamdulillah.
Adakah tangkap orang yang minum arak tu terus kena tibai? Bukankah mereka nasihat dulu,dan lepas itu baru sebat? Entah-entah ada lagi diskusi pasal ni, mungkin akan kasi peluang dulu sampai tiga kali baru sebat ke, kalau terus tibai apa kata dari membantah dan minta dimansuhkan cadangan tu? Tuan penulis minta pertimbangan dulu.
Adakah kalau anak tuan penulis minum arak, tuan penulis akan tersenyum dan berbincang secara baik sahaja. Tanpa beri apa-apa pengajaran yang membuatkan anak itu serik? Tidak ke ini boleh dianggap sebagai satu cara mendidik?
Bukankah dosa minum arak tak jauh beza dengan mencuri, merompak, malah membunuh?
Sebab minum arak boleh menjadi punca bagi semua kelakuan tu. Apa nak takut kalau memang kita berada di pihak yang benar. Soal hak atau apa-apa, rasanya bukanlah kejam sangat sampai nak sembelih perut siminum arak tu.
Tolong faham dan cubalah dengan hati terbuka, bahawa akibat meminum arak boleh membawa bencana pada masyarakat, keluarga dan negara.