TIDAK memahami sesuatu tidak bermakna benda itu salah. Mungkin cara pandang kita yang perlu diubah dan beralih sedikit agar dapat melihat kedudukan perkara dari perspektif yang berbeza.
Baru-baru ini, satu kumpulan balet asing tidak dibenarkan membuat pertunjukan. Walaupun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata dia sendiri gemar menonton balet, namun dikatakan mengikut pegawainya yang bertangunggjawab meluluskan permit masuk artis-artis asing , pakaian tutu itu tidak sopan.
Di Indonesia juga, pernah ada usaha mengharamkan skirt pendek atau mini-skirt yang dianggap porno. Mengapa ada pandangan sebegini?
Budaya suka mengharamkan
Mungkin sebab malas untuk berfikir atau fikiran pun masih terbelenggu mentaliti feudal dan diktator, ditambah pulak ada kuasa, maka apa-apa saja yang tidak disukai mudah sekali untuk terus mengharamkannya.
Supaya orang tak berani nak lawan, maka agamalah yang dijadikan alat penyekat dialog. Apa yang dia tak faham atau berkenan di hati, haramkan terus, tak tunggu-tunggu dan tak payah bincang. Antara yang didesak untuk pengharaman ialah:
lagu dan filem;
panggung wayang;
pemikiran-pemikiran yang mereka tidak faham;
pakai gincu dan tumit tinggi untuk perempuan;
amanah saham;
konsert;
sambutan perayaan agama lain oleh orang Islam;
penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam; dan
apa-apa dari Barat.
Maka, Malaysia pun terkenal sebagai negara yang kaya dengan senarai pengharamannya. Mungkin boleh masuk buku rekod Guinness dunia. Senarainya cepat sekali bertambah kerana kerja mengharamkan itu sangat mudah sekali.
Yang Malaysia kurang terkenal adalah sebagai negara yang paling panjang senarai kejayaannya dalam menciptakan sesuatu penemuan atau pemikiran yang baru, yang hebat, yang dapat memberi manfaat pada manusia sejagat.
Islam yang disempitkan
Akhirnya, Islam seolah-olah disempitkan hanya menjadi isu tudung, khalwat, zina, arak, aurat, anjing, poligami dan hudud.
Kenapa bilamana sebut Islam, imej dan obsesi kita tidak terus mengenai keadilan, menghormati dan melindungi hak manusia, kebebasan berfikir, meninggikan hak perempuan, menghapus kemiskinan, kebersihan, menepati waktu, integriti, negara bebas rasuah, berdemokrasi dan sebagainya.
Al-Qur’an banyak sekali menyebut tentang kasih sayang, keadilan, termasuk juga bab khusus tentang waktu iaitu Surah Al-Asr. Kebersihan juga dikatakan separuh dari iman. Kesabaran, kejujuran, kerajinan juga nilai-nilai yang penting dalam Islam.
Namun, orang Islam tidak obsesi tentang keadilan, kasih sayang, kebersihan, kejujuran dan menepati waktu. Sepertinya masyarakat Barat yang lebih mementingkan hal-hal itu.
Lebih ironis lagi masyarakat Islam di Malaysia seperti hidup dalam dua alam berbeza. Di suatu sisi begitu menikmati kehidupan “Muslim moden”, teknologi canggih dan cara hidup mewah dan selesa. Namun di satu sisi lagi, mereka mahu kembali pada “kehidupan Islam” seperti di era lebih seribu tahun dahulu.
Di satu sisi, lelaki Islam yang ideal digambarkan sebagai yang teguh iman, sabar, lemah lembut, berbudi pekerti mulia, bijaksana dan gagah berani menentang kezaliman. Namun di sisi lain pula, lelaki Islam digambarkan sebagai orang yang sangat rapuh sekali imannya, seperti anak kecil yang memang tidak akan berdaya mengawal nafsunya bila tergoda.
Di satu sisi, kita suka mengatakan Islam begitu menjunjung tinggi martabat perempuan, bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu. Akan tetapi orang Islam juga yang suka menggambarkan perempuan itu lemah pemikirannya, emosi tidak stabil, tidak berdaya, penggoda lelaki, kuat membebel dan sebagainya. Terlupa sudah perempuan yang mereka selalu hina-hina itu termasuklah ibu mereka juga.
Budaya memangsakan lagi mangsa
Apabila ada perempuan diperkosa, atau bila berlaku perceraian, masyarakat terus menyalahkan perempuan kerana “pasti dia tidak senonoh”. Bila suami berpoligami, isteri pertama pun terus dipersalahkan kerana “pasti tidak pandai jaga suami”. Ada yang malah membuatkan perempuan yang dikatakan tidak menutup aurat untuk rasa bersalah dan bertanggungjawab menanggung dosa lelaki yang memperkosa perempuan lain.
Logik sadis mereka adalah: “Kalau anda (perempuan) tidak menutup aurat, maka lelaki pun tergoda. Walaupun lelaki itu tidak memperkosa anda, tapi kerana anda telah merangsang nafsunya, dan memang mustahil lelaki boleh kawal nafsunya, maka dia pun akan merogol perempuan lain. Jadi, andalah yang sebenarnya bersalah dan bertanggungjawab terhadap perbuatan lelaki itu.”
Tiada siapa yang menanggung dosa orang lain. Itu jelas dalam Islam. Tiada mahkamah yang akan menerima rayuan perompak yang mendakwa dia merompak bank atau kereta atau rumah orang kerana dia tidak dapat mengawal nafsunya akibat tergoda melihat rumah-rumah besar yang tersergam indah dan kereta-kereta mewah yang penuh di jalan.
Tiada mahkamah juga yang akan menghukum tuan-tuan punya rumah, kereta, jam dan pakaian mewah kerana menayangkan kekayaannya itu lalu membuatkan si perompak tergoda.
Otak kamu itu yang porno
Lalu, masalahnya pada perempuan atau pada lelaki? Gus Dur (Abdur Rahman Wahid), mantan presiden Indonesia dan juga ketua Nahdlatul Ulama, pernah mengatakan “yang porno itu adalah otak kamu”. Tepat sekali analisis Gus Dur itu.
Lihat saja kenyataan lucah Menteri Pertahanan dan mantan menteri berkenaan Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. Apabila aktivis-aktivis wanita mahu memberikan sarung tangan putih pada beliau semasa kempen anti rasuah, jawapan spontan yang keluar dari kepalanya ialah: “Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa.” Jadi, jangankan tengok perempuan, tengok sarung tangan atau tiang lampu pun dia akan fikir seks.
Yang kita harus fikirkan adalah mengapa ramai juga lelaki yang walaupun melihat wanita tidak bertudung malah berskirt pendek, tapi tidak terfikir hal-hal yang tidak senonoh di dalam kepalanya.
Maka, bukan sifat semulajadi lelaki itu tidak boleh kawal nafsu. Tetapi jika masyarakat dan undang-undang kerap membela lelaki yang merendahkan, menghina malah memperkosa perempuan, maka tidak hairanlah jika lelaki rasa mereka boleh buat apa saja.
Yang tidak ada otak dan tidak boleh kawal nafsu itu kan binatang. Malahan, ada binatang pun boleh kawal nafsu dan tidak berbuat sesuka hati.
Daripada kementerian mengharamkan persembahan balet kerana penarinya memakai tutu seperti skirt pendek itu, bukankah lebih baik mendidik masyarakat untuk menghargai dan mengapresiasi budaya dan kesenian?
Daripada sibuk menyalahkan perempuan, bukankah bagus untuk memberi kesedaran pada lelaki agar lebih menghormati perempuan, bahawa tiada siapa pun berhak mengganggu orang lain?
Norhayati Kaprawi adalah seorang aktivis wanita dan juga pembuat filem.
Pasra says
Kenapalah The Nut Graph siarkan artikel yang mengeluh macam ini. Seolah masalah akan selesai dengan mengeluh.
LAMKA says
Betul tu…mengeluh je
shawnsharif says
Secara tidak langsung, pemikiran sebegini sebenarnya menampakkan betapa lemahnya insan bernama lelaki, tidak mampu langsung untuk mempertahankan integriti diri sendiri sehingga wanita pula yang perlu menjaga mereka.
Wanita memang kuat!
Kong Kek Kuat says
@ shawnsharif
Terutamanya lelaki-lelaki Melayu.
routerria says
Artikel yang macam ni sendiri menunjukkan emosi penulis yang lemah. Penulis terlampau beremosi dalam berhujah, dan kebanyakan hujah tidak matang.
Galvin Tan says
Salah pemimpin yang berfikiran sempit!
Lelaki Melayu says
@Pasra, bukan mengeluh, memberi pendapat pun di kira mengeluh? Patutlah Melayu tak maju-maju, apa-apa pendapat hanya dikira keluhan.
@routerria, emosi penulis bukan lemah, dia sedar dan nampak keadaan sekeliling yang berat sebelah dan “sexist”. Hujah dia sudah cukup matang bagi saya, jika tidak, sila pintas hujah-hujah penulis yang dikira tidak matang dengan pendapat anda sendiri dan biar pembaca yang menilai.
Wma says
Artikel sebegini memang tepat dan jarang dapat dilihat. Saya menyokong artikel ini. Lelaki harus dididik dan diajar mengawal nafsu dan kuat mempertahankan integriti diri sendiri.
Saya memang rasa susah untuk menerima logik sadis : “Kalau anda (perempuan) tidak menutup aurat, maka lelaki pun tergoda. Walaupun lelaki itu tidak memperkosa anda, tapi kerana anda telah merangsang nafsunya, dan memang mustahil lelaki boleh kawal nafsunya, maka dia pun akan merogol perempuan lain. Jadi, andalah yang sebenarnya bersalah dan bertanggungjawab terhadap perbuatan lelaki itu.”
Saya seorang lelaki, dan saya tinggal di Tokyo. Setiap hari saya berhadapan dengan ramai perempuan yang berpakaian mini-skirt and memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat. Soalannya, adakah saya akan berasa teransang and memperkosa semua wanita yang berpakaian seksi? Jawapannya, tidak. Kenapa? Sebab saya mempunyai kawalan diri dan mentaliti yang kuat. Saya tahu saya tidak mahu ahli keluarga saya serta isteri saya diperkosa orang lain. Jadi, saya juga tidak akan membuat sedemikian kepada wanita lain. Saya juga diajar supaya kuat menahan nafsu.
Seperti yang Gus Dur (Abdur Rahman Wahid), mantan presiden Indonesia dan juga ketua Nahdlatul Ulama, pernah mengatakan “yang porno itu adalah otak kamu”. Kenyataan ini memang tepat. Kalau seseorang itu tidak berfikiran kotor, dia tidak akan rasa tergoda walaupun seorang wanita tidak berpakaian berdiri di depan seseorang itu. Kalaulah kaum lelaki memang insan yang tidak berupaya mengawal diri, maka habislah Tokyo yang penuh dengan perempuan yang berpakaian seksi. Tetapi, hakikatnya, benda yang sebaliknya berlaku, wanita di sini bebas berpakaian asalkan seseorang wanita tidak telanjang. Ingat, saya seorang lelaki, namun, saya tidak memperkosa perempuan yang berpakaian seksi atau melakukan sebarang penghinaan dan pencacian terhadap mereka. Sebaliknya, saya memandang rendah dan berasa malu dengan lelaki yang tidak dapat mengawal nafsu mereka.
Ash says
Saya sokong pernyataan anda…
kri says
Saya rasa untuk lebih adil kepada Islam yang sebenar, tekuni dan lazimilah asas-asas Islam secara qatie.
sunshine says
Sekalipun para lelaki mampu membersihkan minda mereka dari fikiran-fikiran porno, perempuan masih tidak terlepas dari tanggungjawab menutup aurat. Lelaki dan perempuan, keduanya mempunyai peranan masing-masing. Lelaki harus mengawal pemikiran mereka, perempuan juga harus menjaga cara pemakaian mereka.
“Yang kita harus fikirkan adalah mengapa ramai juga lelaki yang walaupun melihat wanita tidak bertudung malah berskirt pendek, tapi tidak terfikir hal-hal yang tidak senonoh di dalam kepalanya.”
Izinkan saya untuk tidak bersetuju dengan ayat di atas. Ia adalah perkara semulajadi untuk lelaki berfikiran porno, tidak mungkin tidak ada yang tidak berfikiran porno. Cuma bezanya ada di antara mereka yang mampu mengawal nafsu demi menghormati perempuan, dan ada juga yang kalah terhadap nafsu.
‘Logik sadis mereka adalah: “Kalau anda (perempuan) tidak menutup aurat, maka lelaki pun tergoda. Walaupun lelaki itu tidak memperkosa anda, tapi kerana anda telah merangsang nafsunya, dan memang mustahil lelaki boleh kawal nafsunya, maka dia pun akan merogol perempuan lain. Jadi, andalah yang sebenarnya bersalah dan bertanggungjawab terhadap perbuatan lelaki itu.” ‘
Memang benar, perempuan tidak wajar bertanggungjawab atas perbuatan lelaki itu. Perogol itu yang salah kerana kalah terhadap nafsu.tapi seperti yang saya katakan tadi, keduanya perlu memainkan peranan. Kerana logik yang anda katakan ‘sadis ‘ ini sebenarnya ada betulnya juga.
Berfikiran sempit yang menghalang kemajuan itu memang salah, contohnya pengharaman filem dan lagu dengan sewenang-wenangnya. Dan hanya kerana sesuatu itu dari Barat, tidak bermakna ianya tidak baik. Banyak juga budaya baik yang perlu kita contohi dari Barat, sebanarnya.
Konklusinya, pada pendapat saya lelaki dan perempuan, kedua-dua golongan harus memainkan peranan.
athirah says
Well…Islam teaches us to take preventions and precautions. It says “jauhi zina” rather than “JANGAN BERZINA” because God knows the best of our human nature. We have desires (no matter how much we humans try to deny and avoid our desires).
For the ballet case, haram for any haram event is a good start. For we fear God a lot more than we fear humans. But it goes back to the intention of the decision maker. But as far as we don’t know his real intention, we too should not make [hasty] judgements!
But in view to the non-muslims, it might be unfair for them, so can’t they just add an additional requirement like a decent ballet dress, maybe?
tS says
This is a good article, and I’m MALE. Too many times women are blamed for everything and anything, as displayed even in this very comment section. People are writing to create an awareness because you chauvinistic males won’t do anything at all.
poring says
Yang paling saya tak suka adalah menyalahkan mangsa akibat perbuatan jenayah. Orang macam ni hanya mahu lari dari tanggungjawab.
Memang sedih melihat orang terlampau sensitif dan tutupnya fikiran. Aktiviti mengharam adalah akibat tidak mampu memahami apa-apa yang berbeza dari benda yang mereka sudah terima sebagai konsep “normal”.
Unspun says
People like Gus Dur reflects the [reason] why Indonesians are more mature than Malaysians in thinking when it comes to religion and morality. They are able to separate logic from dogma and plain common sense from religious zealotry.
missreverie says
Saya suka artikel ini! Emosi atau tidak, sekurang-kurangnya, hujahannya membuat kita berhenti untuk berfikir seketika. Minda kita adalah musuh yang paling teruk.
Norhayati Kaprawi says
Terima kasih. Ya, yang penting adalah untuk berdiskusi dan cuba memahami dan meleraikan masalah, sesuai dengan konteks kehidupan masyarakat sekarang.
shawnsharif says
Memanglah lelaki dan wanita berperanan dalam hal-hal sebegini, namun, tanggungjawab dan ‘tekanan’ peranan itu sentiasa disadai atas bahu wanita.
Lelaki pula sentiasa berlindung di balik bermacam-macam alasan.
Saya rasa artikel ini hanya cuba untuk mengimbangi berat sebelah dalam memberi penekanan tanggungjawab dan peranan.
Itu sahaja.
idris says
I agree with the article except for this portion:
Logik sadis mereka adalah: “Kalau anda (perempuan) tidak menutup aurat, maka lelaki pun tergoda. Walaupun lelaki itu tidak memperkosa anda, tapi kerana anda telah merangsang nafsunya, dan memang mustahil lelaki boleh kawal nafsunya, maka dia pun akan merogol perempuan lain. Jadi, andalah yang sebenarnya bersalah dan bertanggungjawab terhadap perbuatan lelaki itu.”
Which, if written a bit differently, would sound quite different:
Logik mereka adalah: “Kalau anda (perempuan) tidak menutup aurat, maka lelaki pun tergoda. Walaupun lelaki itu tidak memperkosa anda, tapi kerana anda telah merangsang nafsunya, dan ada lelaki yang tidak mampu (atau tidak mahu) mengawal nafsunya, maka dia pun akan merogol perempuan lain.”
Which may well be true. Or not. I don’t think you can prove it either way. Before you start heaping insults upon me, though, I should say here that it is never the woman’s fault (else it won’t be called rape).
Still. [By] writing “Logik sadis mereka…”, [it] sounds to me like an attempt to make sure no one disagrees with you on this point (else they would be labelled sadists). There is nothing sadistic about this. Please don’t try to shut people up using this sad method.
KA says
Kita boleh berhujah tapi bila pakai skirt pendek tu memang haram, kita kena la ikut, undang-undang Allah takkan salah. Dia yang mencipta manusia jadi dia takkan silap dalam memeberi manual (Quran) untuk kehidupan manusia. Islam tidak menekan wanita. Tolong faham, banyak perbezaan antara Islam dan Melayu.
tetamu sementara di dunia fana says
Mungkin saudari perlu tanya Allah Taala, kenapa Allah mengharamkan wanita muslimah mendedahkan auratnya? Allah lebih tahu kerana Allah yang menjadikan wanita dengan keindahan yang ada pada penciptaannya.
Jika seseorang wanita itu kena rogol, mahkamah memang tidak akan pernah menghukum wanita yang dirogol walaupun dia berpakaian seksi. Rasanya tidak pernah lagi wanita dihukum. Tapi sebagai penjagaan kepada wanita-wanita lain, jagalah aurat sebagaimana yang disuruh dalam al-Quran dan diajar Rasulullah.
Adakah saudari lebih faham perasaan lelaki lebih dari lelaki sendiri apabila melihat wanita yang berpakaian seksi?
Jika kita memaksa lelaki untuk tidak merasa apa-apa dengan melihat aurat wanita, semata-semata supaya wanita bebas berpakaian seksi, gejala lain akan timbul iaitu lelaki tertarik kepada lelaki kerana keseksian wanita sudah tidak jadi hal baginya.
Kembalilah kita kepada ajaran Allah dan Sunnah Rasulullah.
Pandangan masyarakat tidak akan menjadi kudis kepada kita. Tapi pandangan Allah akan menentukan kita di mana di akhirat nanti…
Berhati-hatilah dalam memberikan pandangan…
hati2 beri pandangan says
Salam, encik. Bukan orang Muslim saja yang hidup dalam Malaysia ni. Apakah encik nak suruh perempuan non-Muslim juga menutup aurat seperti muslimah? Anda boleh paksa semua muslimah berkelubung tapi anda tak boleh berbuat begitu pada yang bukan Islam. Kenyataan anda seperti menghalalkan pemikiran porno lelaki. Lelaki Muslim, mahu tidak mahu, mestilah menahan nafsu mereka kerana BUKAN ORANG ISLAM saja yang tinggal bersama mereka.
Anda yakin mahkamah tidak menghukum wanita yang dirogol? Jangan buat kenyataan am begitu. Nahkamah kita mungkin tidak. Tapi mahkamah agama di negara lain ya.
asse_nije says
Hujah penulis memang nampak cerdik dan bernas. Cuma seperti melawan hukum Allah. Hukum tak boleh main-main dik, dalil aqli hanya boleh digunapakai untuk sesetengah keadaan.
Hani says
As a woman, I’m always told, “Don’t wear sexy, revealing clothes..Don’t be overly flirtatious..Don’t do this. Don’t do that.”
What about men? Are they ever taught to view women as anything other than sex objects? Are they taught to respect women so that they get respected in return?
Sure, men get aroused when they find a woman to be sexy…that is after all human nature…That however doesn’t mean they can molest or rape whoever they wish…and blaming rape on the victims?? Come on lah…
If a rich man’s house is broken into, do we blame him for flaunting his wealth? What if a bank is robbed? Do we blame it for keeping too much money?
Hopefully, the male chauvinist’s wife, sisters or girlfriends will never have to endure all this…Shall we blame them, too if they are raped?
Kong Kek Kuat says
@Hani
I suppose you are one of those Malaysians who are still living in denial (Note that I don´t mean “ignorant”).
“If a rich man’s house is broken into, do we blame him for flaunting his wealth? What if a bank is robbed? Do we blame it for keeping too much money?”
That is exactly what most people living in West Malaysia will tell you in private, that the rich man deserved being robbed because he flaunted his wealth, that banks have so much money, so, why worry for the banks.
Many years ago, the rear window of my acquaintance´s car was smashed by thieves to get to my laptop which was left in the back seat in broad daylight. We were not present, of course. But, instead of being outraged at the fact that such crimes are happening in our country every hour, I was blamed for the damage to the rear window, AND I was blamed for the loss of my laptop! “Why did you leave your laptop there!? You should have known!”
Ask yourself, would you also have blamed me? You know the honest answer yourself. Is it any wonder why it is not surprising to hear men say, “Well, I can sort of understand why the guy did it.”
faraabdul says
Leaving your laptop in your car is not flaunting your wealth lah, KONG KEK KUAT. That’s just plain silly. Haven’t you seen/read/heard safety advice not to leave your laptop or valuables inside your car? Even in shopping complex like Jusco, such advice are posted at their entrance.
Ada bezanya antara menunjukk-nunjuk kekayaan dengan kecuaian sendiri.
[…]
Kong Kek Kuat says
@ faraabdul
Itulah masalah kau orang. Kalau aku cube tipu engkau dan berjaya, salah ker aku? Contoh: Katakan lah engkau seorang perempuan yang kurang bijak, nak beli komputer Pentium Core 2 Duo, dan aku jual Pentium IV, tapi label komputer Pentium Core 2 Duo. Aku tipu ke engkau cuai? You should have opened the computer and checked the serial number with Intel to make sure that it is what you are paying for.
So, if today I see the hot sexy girl alone in the office carpark, I can rape her and tell her, “You should have been more careful. Takkan lu tak tau tak boleh seorang pergi tempat sunyi? Lu tidak nampak ke notis-notis di semua tempat berkeliling carpark ini? Apalagi lu pakai macam minta tolong orang rogol lu! Lu punya pasal la sebab lu cuai.”
idris says
I tend to agree with Faraabdul’s take on the matter. Using the analogy of deliberately being tricked by another party, and simply not taking the appropriate precautions, is, I feel, not appropriate. The counter example you used… a similar example would be like putting your money in a well respected bank only to have that bank go bankrupt and all your savings lost due to the actions of a rogue employee.
Had you not left your computer in the car, it wouldn’t have been stolen (on that occasion, obviously). Pretty much everybody knows better than to leave items (of perceived value) exposed in one’s car. You could have avoided it. It would be unreasonable to expect that the would-be thief suddenly developed a conscience and decided not to steal your laptop. In any case, it’s not your fault (not in the moral sense at least, and in fact not at all. But the world we live in…). You were careless nonetheless.
Likewise for rape. It is never the woman’s fault, period (as if this needs saying). But in some cases (I would imagine), precautions can be taken by women themselves to minimize the possibility (one could argue “Why should women have to take any precautions at all?” to which I would reply “Until we can positively identify would-be rapists, whether through genetic testing or mind reading, lets stick to reality for now”.
I believe some actions might actually increase the chances. A spiteful woman might engage in behaviour that actually maximizes the chances of her being raped. If she were indeed raped, I’d say to her “You’re a real moron” but I won’t tell her (nor would I think) “You deserved it” or “It was your own fault”, and I think I am NOT in the minority.
You said:
Exactly what I would tell the parents of Nayati: “Why did you let him walk to school alone? Lu cuai, lu punya pasal lah.”
Lu cuai might in fact be true, but lu punya pasal?
Judging from the support shown by Malaysians all over, it seems this wasn’t the case. So it would seem you are in the minority.
Kong Kek Kuat says
@ idris
Nice to see you, again.
You don´t like my computer example? Fine. How about my rape example? My two examples were actually intended to see how far “kecuaian sendiri” goes for faraabdul. There is no other purpose.
Anyway, I think what you said is expected. I don´t think you, or those so-called “NOT in the minority” are going to say “you deserve it”, or “it´s your fault” in public. It´s like our Prime Minister/Finance Minister — do we actually expect him to tell us that Malaysia´s economy is not doing well in general?
But you do make it sound like crime is a norm in life. Well, it may be so today, but it was generally not so all along in Malaysia. I don´t know when you were born, but when I was a boy, the only thing not worth leaving in the car are coins (the dollars were always in the pocket). Maybe in those days if you tried to sell a stolen item, no one would buy it. Or maybe we had better morals back in those days (which is an irony considering the fact that we have become more Islamic in Malaysia these days, which is supposed to be high morals as a way of life, isn´t it?).
Much better, though, is your support for faraabdul´s take on this matter. Parts of her comment were censored, so we don´t know whether she explained herself, but it is as if she is saying that if you cuai sendiri, then you should be blamed if crime happens unto you.
Anyway, I know you and faraabdul are not in the minority in Malaysia, which, maybe you haven´t realise, is actually what my comments are all about.
As for my comment about Nayati, I think you need to lighten up. But just a curious thought: How do you know that the support given by “Malaysians all over” is genuine? How do you know that they didn´t give their support because, in today´s Twitter and Facebook world, giving support is as easy as forwarding spam mails?
idris says
Kuat.
“Anyway, I think what you said is expected. I don´t think you, or those so-called “NOT in the minority” are going to say “you deserve it”, or “it´s your fault” in public.”
“Anyway, I know you and faraabdul are not in the minority in Malaysia, which, maybe you haven´t realise, is actually what my comments are all about.”
By these, are you implying that I might harbor such thoughts (You deserve it etc) in private? That I lied? Well, if that’s the case I see no point replying further.
Or maybe I misunderstood your post. Well, whatever.
Hani says
No, I wouldn’t have blamed you. I would say, “I’m sorry you lost your laptop”. To say to a rapist I sort of understand why you did it, is just horrible and irresponsible. Rape is more about power than it is about sex. Talk to anyone who has dealt with rape cases or victims and they’ll tell you that.
I hope no one you know or love would get raped and God forbid if they did, I hope no one ever says “I sort of understand why he did it”.
Kong Kek Kuat says
@Hani
If someone I know or love does get raped, I know what I would tell them without being legally specific: “You should have known apa. This is Malaysia. Lu punya pasal lah.”
Exactly what I would tell the parents of Nayati: “Why did you let him walk to school alone? Lu cuai, lu punya pasal lah.”
Hani says
Yeah, I hope that never happens because I’m sure hearing that from you WILL make them feel so much better right?
But then again, it’s my own fault for expecting such sensitivity from [you].
I’m done arguing. I just hope and pray victims won’t get blamed anymore and hope that society reprimands the rapists instead. Salam.
Kong Kek Kuat says
@ Hani
O lighten up, will ya? I´m actually with you, though I think you are a minority.
Amy says
Pengharaman sambutan perayaan agama lain oleh orang Islam — dalam Islam memang melarang sambutan agama orang lain. Itu adalah syirik jali. Secara terang-terangan menyekutu Allah dengan sesuatu yang lain. Allah dah beri dua hari untuk kita bersuka ria. Sehari selepas berpuasa sebulan (Hari Raya Aidil Fitri) dan Hari Raya Korban.
Jangan nak melawan hukum Allah.
Sekian.
Minda Tajdid says
Bangau oh, Bangau.
Kasvini says
I love you SISTER NORHAYATI! I love discussions and to be able to say stuff. And it’s more than likely that the replies I get defend freedom of expression (for them, my freedom’s almost always out of the picture). But it’s okay, we’re all on different frequencies. 😉
Saya sangat terkilan dengan pengharaman buku pendidikan seks yang telah digunakan selama kira-kira 30 tahun. Haizz… Adakah kita akan memandang ibu bapa kita yang memberikan nyawa dengan lucah? Di samping itu, pengharaman buku ini tidak boleh dikatakan disebabkan oleh sensitivity atau pemikiran Islam kerana menurut buku Falsafah Pendidikan Malaysia, falsafah pendidikan Islam juga merangkumi pendidikan seks, iaitu al-jinisiyah. Kita terpaksa mengadaptasikan kaedah pengajaran dengan konteks zaman dan kesesuaian keluarga masing-masing sekiranya kita hendak mencapai matlamat sesuatu pendidikan. Buku itu hanyalah satu kaedah pengajaran pendidikan seks.
Rasa terkilan kerana ilmu pun dikatakan lucah. Apakah jawapan kita nanti kepada generasi akan datang yang akan mempunyai persepsi “lelaki ialah mesin yang gila seks manakala perempuan ialah daging dan objek seks”? Saya rasa sangat sedih apabila melihat bayi2 yang dibuang, remaja yang melibatkan diri dalam hubungan kelamin sebelum mereka bersedia dan most of the time, mereka sendiri tidak faham-faham tentang apa yang mereka lakukan.
Radiah says
To Pasra: Artikel ni bukan mengeluh tapi terangkan realiti dan betulkan persepsi umum yang sentiasa jadikan perempuan sebagai mangsa keadaan. As if encouraging men to be cowards and to deny their faults instead of putting the blame [on] women. Some of them…
asha says
Great article 🙂
Putri says
Akhirnya, artikel yg sering dinanti-nantikan. Syabas buat penulis.
Md Yusri says
Satu penulisan yg agak berani dan jahil ! memang benar yg porno itu otak kamu tapi ada lagi sambungan kepada ayat itu..” yg lucah itu kamu “..
Islam telah menetapkan hukum mengenai aurat dan tidak perlu saya ulas mengenainya..inilah yg dinamakan pemikiran Liberal.. kemahuan menghalalkan cara..cuba kalau adik perempuan atau ibu anda atau kak anda berpakaian seperti penari balet ini dan kemudiannya lelaki berbisik-bisik sesama mereka berkata ” cantik juga punggung wanita ini “.. APAKAH PERASAAN ANDA ? otak yg diberikan tuhan jgn disalahguna.. Jadilah org Islam drpd jadi org ” Barat ” yg seronoknya di dunia sahaja..
Wa’salam