SOALAN tentang perlaksanaan hudud di Malaysia menjadi isu sekali lagi, terutamanya sejak perlaksanaan hudud di negara jiran Brunei pada tahun 2013.
Pada 11 Feb 2014, saya telah menghadiri forum “Pelaksanaan Hudud di Brunei Darussalam: Perbezaan antara Brunei Darussalam dan Malaysia” di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS). Forum tersebut telah diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.
Forum tersebut membentangkan pelbagai isu berkenaan dengan hukum hudud dan sama ada ia boleh dilaksanakan di Malaysia mengikut perlembagaan dan undang-undang federal Malaysia. Saya sangat tertarik kepada beberapa kenyataan Tun Abdul Hamid yang mengajak masyarakat memikirkan tentang objektif dan keberkesanan hukum hudud jika ia dilaksanakan. Apakah objektif sebenar hukum hudud dan apakah pemahaman dan pelaksanakannya akan adil terhadap wanita di Malaysia?
Keadilan diutamakan
Di dalam sebuah bukunya mengenai hudud, Prof Dr Mohammad Hashim Kamali, Ketua Pengarah IAIS dan juga ahli dalam hukum fiqah, mengatakan, “Kita sebenarnya melanggar hikmah Islam yang jelas tersirat dalam al-Qur’an dan Sunnah Nabi apabila kita terjatuh ke dalam perangkap harfiah (literal) yang mengaburkan pandangan kita terhadap maksud dan tujuan Syariah (maqasid Syariah) akibat hanya menitik beratkan hukum-hukum spesifik.”
Beliau juga mempunyai pendapat yang sama dengan Tun Abdul Hamid iaitu undang-undang dan hukuman bukanlah matlamat utama Islam. Ia hanyalah alat untuk mencapai matlamat atau objektif Islam yang lebih tinggi iaitu dalam memastikan keadilan dan pembentukan masyarakat yang aman dan baik.
Di forum tersebut, Tun Abdul Hamid juga menekankan bahawa dalam pembikinan apa jua undang-undang, termasuklah undang-undang hudud, ianya hendaklah difikirkan dan dilaksanakan dengan baik dan secara tidak terburu-buru agar tidak menyebabkan atau mengakibatkan ketidakadilan.
Hudud dan keadilan gender
Apabila menyebut tentang keadilan, terutamanya di zaman milenium ini, perundangan Islam dan hudud harus mengambil kira isu keadilan gender dan memastikan tidak berlakunya sebarang diskriminasi gender. Ia juga adalah sejajar dengan Artikel 8 perlembagaan Malaysia yang melarang diskriminasi gender.
Namun, hukum hudud yang terdapat di Malaysia mengandungi diskriminasi gender. Kedua-dua enakmen hudud PAS di Kelantan dan Terengganu masih menolak kesaksian wanita. Seksyen 41(1) enakmen Terengganu menyatakan “Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada lelaki Islam yang akil baligh…”. Dalam kes jenayah curi dan rompak misalnya, sekiranya suatu kejadian curi atau rompakan hanya disaksikan oleh wanita, maka enakmen hudud PAS menyatakan bahawa pencuri atau perompak itu tidak akan dikenakan hukuman hudud.
Mengapa di dalam sistem perundangan hudud PAS, sekiranya saksi jenayah ialah wanita, maka hukuman hudud tidak akan dikenakan terhadap penjenayah tersebut? Mungkin kerana PAS masih berpegang pada pendapat ulama-ulama Islam klasik yang berpendapat kesaksian wanita mengandungi elemen keraguan (shubha) dan hukuman hudud tidak boleh dikenakan apabila ada wujudnya keraguan. Pendeknya, wanita dianggap sebagai lemah daya fikirannya dan lemah daya ingatannya atau secara umumnya status wanita lebih rendah dari laki-laki.
Hudud dan kesaksamaan wanita
Di Malaysia, setelah desakan NGO-NGO dan juga Kementerian Wanita, hakim wanita Mahkamah Syariah dibenarkan setelah fatwa kebangsaan 2006 membolehkan perlantikan wanita. Akan tetapi, pelaksanaanya tergendala untuk beberapa tahun. Empat tahun kemudian iaitu pada 2010, dua orang wanita untuk pertama kalinya telah dilantik sebagai hakim Mahkamah Syariah. Itu pun masih wujud perdebatan tentang jenis kes manakah yang mereka boleh adili.
Semasa dua orang hakim wanita dilantik di Pahang, mereka hanya diberikan kes-kes berkenaan dengan penceraian, pembahagian harta dan isu-isu berkenaan dengan keluarga, dan tidak mengadili kes-kes jenayah Syariah.
Dan walaupun fatwa kebangsaan 2006 membenarkan perlantikan hakim wanita, namun pada 16 Julai 2012, Majlis Fatwa Pulau Pinang telah membuat keputusan (belum diwartakan) untuk menolak permohonan mengenai perlantikan Hakim Syarie wanita. Majlis Fatwa Pulau Pinang menyatakan bahawa “kehakiman perlu kepada kematangan, kecerdikan dan pengalaman yang banyak dalam urusan kehidupan. Seorang perempuan kurang memiliki hak ini sebab mereka kurang terdedah kepada pengalaman-pengalaman hidup berbanding lelaki.”
Mengapakah berat sekali ulama dan ahli-ahli perundangan Syariah atau hudud untuk melantik hakim wanita? Ia kerana mereka masih terikat dengan pendapat-pendapat ulama klasik, terutamanya kerana mazhab Shafi’i (begitu juga mazhab Maliki dan Hanbali) tidak membolehkan langsung wanita menjadi hakim.
Namun, menurut pendapat Imam Abu Hanifah yang merupakan pendiri mazhab Hanafi, wanita boleh mejadi hakim dalam kes-kes yang ia boleh menjadi saksi dan tidak boleh dalam kes-kes yang ia tidak menjadi saksi seperti dalam kes-kes hudud dan qisas.
Kita lihat dalam isu hakim wanita ini pun masih hebat perdebatannya hingga ke zaman milenium ini. Para ulama dan ahli undang-undang Syariah atau hudud masih berfikir keras mencari jawapan. Padahal ada ulama klasik seperti Imam al Tabari yang sudah terkehadapan pemikiran dan analisanya dalam isu hakim wanita ini. Imam Ibn Jarir al-Tabari (224–310H / 839–923M), mengharuskan wanita menjadi hakim secara mutlak. Beliau berpendapat wanita boleh menjadi hakim untuk semua kes, termasuk kes-kes hudud dan qisas.
Konteks Masyarakat Semasa
Apakah diskriminasi wanita masih harus tetap dipertahankan? Apakah masih boleh berpegang pada pendapat ulama-ulama klasik yang hidup di era satu ribu atau beberapa ratus tahun dahulu, yang berpendapat wanita itu lemah akal fikiran dan daya ingatannya, sedangkan realiti kehidupan masakini membuktikan tanggapan sebegitu tidak benar?
Bukankah di mahkamah sivil sudah ada ramai hakim wanita yang mengadili kes-kes jenayah berat termasuk kes bunuh? Apakah ada kita dengar aduan atau rungutan yang hakim-hakim wanita jadi tidak tentu arah, terus tidak stabil fikiran atau emosinya, lupa fakta, panik, pengsan atau terus lemah jantung bila menghakimi kes bunuh? Tan Sri Siti Norma Yaakob adalah mantan Hakim Besar Malaya yang sangat dihormati dan tiada siapa pun yang meragui keupayaannya sebagai hakim.
Bagaimana dalam hal urusan perniagaan jual beli misalnya, pendapat menyatakan bahawa nilai kesaksian seorang lelaki sama dengan kesaksian dua orang wanita. Padahal Malaysia telah mempunyai dua tokoh wanita hebat dan pakar dalam bidang yang melibatkan urusan kewangan negara, iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Gabenor Bank Negara Malaysia dan juga Tan Sri Rafidah Aziz mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Apakah ada ulama yang berani mempertikaikan keupayaan mereka dalam pengurusan perniagaan, perdagangan atau kewangan?
Apabila ‘hukum Tuhan’ pun boleh dipinda
Dalam pelaksanaan hukum hudud, PAS sering mengatakan bahawa ia hukum Tuhan yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah.
Tetapi kerajaan PAS pernah meminda draf undang-undang hudud mereka setelah dikritik hebat oleh NGO-NGO wanita. Saya telah menceritakan di artikel saya sebelum ini tentang bagaimana PAS telah meminda draf hudud Terengganu yang telah mengkategorikan jenayah rogol di bawah kes zina. Ini jelas tidak adil kerana zina adalah hubungan seks di luar nikah yang dilakukan suka sama suka, sedangkan rogol adalah perlakuan seks secara paksa terhadap wanita.
Seorang ahli Sisters in Islam, Dr Nik Noriani Nik Badlishah, berkata kepada pemimpin PAS setelah pindaan dibuat: “PAS kata undang-undung hudud PAS ini adalah hukum Tuhan. Tapi nampaknya setelah diprotes, hukum hudud PAS ini boleh pula dipinda-pinda. Maka, akui sajalah bahawa hukum hudud PAS ini hanyalah ciptaan manusia semata-mata”.
Oleh itu, kritikan Tun Abdul Hamid dan juga Prof Dr Hashim Kamali perlu diambil berat oleh pendukung-pendukung hukuman hudud. Apa jua undang-undang termasuk hukum hudud, hendaklah mengutamakan keadilan sebagai objektifnya.
Kita pun telah lihat betapa tangan-tangan manusia sebenarnya banyak terlibat dalam pelaksanaan hukum Tuhan ini kerana penafisran manusia memainkan peranan besar dalam pembentukan dan pelaksanaan hukum hudud. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi pembikin undang-undang memahami bagaimana dapat memastikan keadilan tercapai dan dinikmati oleh semua orang, lelaki dan perempuan.
Ulama dan ahli perundangan Syariah atau hudud harus berupaya untuk menganalisa konteks masyarakat yang sentiasa berubah, dan memahami atau mendukung keadilan gender dalam perlaksanaan perundangan Islam. Jika tidak, maka apakah salah jika ada orang, terutamanya wanita, tidak yakin sama ada sistem perundangan Syariah dan Hudud boleh memberikan keadilan?
Norhayati Kaprawi adalah seorang aktivis wanita dan juga pembuat filem.
Jacqueline Ann Surin says
Kita perlu ingat, bukan PAS sahaja yang mahukan hukum hudud dilaksanakan. Ramai juga pemimpin politik Umno yang asyik mahu menegakkan hukum hudud. Sama juga dengan segelintir ahli politik PKR.
Flag of Truth says
@Jacqueline
Apa masalahnya […] sekiranya majoriti orang Islam mahukan hukum ni dilaksanakan? :). Bila orang Islam masuk campur urusan gereja kamu, sesetengah pihak bersuara lantang mengatakan ianya mencampuri urusan agama orang lain dan masyarakat Islam tak tetap keimanan mereka. Tapi bila kamu masuk campur hal ehwal orang Islam kamu katakan sebagai hak orang bukan Islam juga sebab apa yang orang Islam putuskan akan ada impak terhadap orang bukan Islam. Bukankah hipokrit namanya? :). Atau kamu lebih suka saya gunakan Bahasa Arab? Munafik? 🙂
Jacqueline Ann Surin says
Bukan hak orang bukan Islam yang akan diancam lah! Hak wanita. Itu isunya. Dan lebih penting lagi, hudud di Malaysia akan menghakis hak wanita kononnya kerana itu kehendak agama Islam. Setahu saya, Islam mendesak supaya semua orang menikmati hak yang setara. Itulah sebabnya Islam itu agama yang syahdu. Jadi, maksud saudara, sekiranya majoriti orang Islam mahu wanita dianiaya atas nama Islam, semua orang lain yang cintakan keadilan dan kesamarataan perlu berdiam diri? Itu cadangan saudara sebab hak majoriti itu lebih penting daripada apa yang Islam mengajari kita semua?
Flag of Truth says
@ Jacqueline.
Sekali lagi anda menggunakan hujah dangkal. Islam sememangnya meletakkan status wanita di tempat yang tinggi. Dalam islam hak sebagai ibu sangat diutamakan berbanding seorang bapa. Seorang wanita mempunyai hak yang terjamin di sisi islam. Hak setata tidak bermaksud memberi keadilan yang sama. Sebagai contoh cuti maternity yang lama diberikan kepada ibu yang bersalin maka apakah jumlah cuti yang sama perlu diberi kepada para bapa yang menjaga isteri mereka yang bersalin? Definasi keadilan dan hak sama rata sebenarnya sangat subjektif tetapi yang nyata islam telah memberi pembelaan terhadap wanita lebih awal (dan lebih banyak) dari apa yang diberikan oleh agama lain.
Mungkin cik Jacqueline tidak melihat apa definasi hak kebebasan wanita yang diberikan oleh agama lain. Menarik untuk kita bincangkan dari asyik nak membuat ‘one side statement’ sahaja.
lima says
I do not think the intention of the article is to specifically single out any political party. The PAS scenario is merely used as an example to demonstrate how enacted hudud laws have a detrimental impact on gender equality, just as other discriminatory policies (such as the refusal to appoint female Shariah judges) would.
While I do not deny that there are other political parties supporting the enactment of hudud laws, I find that comments which bring the argument back to politics detracts from the bigger issue: most institutions are inherently patriarchal (be it the judiciary or executive) and discriminatory provisions based on religion are essentially man-made constructs. This is true regardless of which political party is in charge.
Sunna Sutta says
@lima
“most institutions are inherently patriarchal” – I strongly disagree with that statement. I would say that most human institutions became patriarchal over the course of time. Men became dominant in most societies because of control over the economic means of production as human society and economy evolved from that of hunter-gatherer to pastoral/farming and finally to capitalism.
There is a strong correlation between economic power on one hand and political power in government and the religious hierarchy on the other hand. Historical and religious scripture evidence show that at the advent of many of the world’s great religions, women held powerful economic, political and religious positions in pastoral/farming communities. For example, in Judaism Deborah is recognised as one of the greatest Judges of Israel. In Christianity, Mary Magdalene was wrongly labelled as the archetypal fallen adulterous woman by the Roman Catholic Church but was in fact one of the closest disciples of Jesus and early leaders of the Church after the death of Jesus. In Islam, Khadijah and Fatimah (the wife and daughter of Prophet Muhammad respectively) are considered by the Prophet as two of the four greatest women in the world. Of Fatimah, the Prophet was recorded to have said, “Whatever delights her delights me, and whatever depresses her depresses me.”
With the passing of the ancient era of history, the political and economic power of women declined. It is thus not surprising that most religions became increasingly patriarchal.
The bottom line is, we cannot keep the unfairness of hudud law on female Muslims separate from the political aspects. However, you are probably right in saying that discriminatory hudud laws against women is reflective of the current male dominance in Islamic practice in Malaysia and will persist regardless of which Malay political party is in power.
muslim mukmin muttaqin says
Jacqueline kenapa kalau mereka ni asyik nak jalankan hudud?? Saya tak pulak nampak kesalahannya…nak menegakkan yang hak dan mengharapkan keredhaan Allah mungkin…dan saya rasa rata-rata masyarakat Islam hari ini yang makin celik dan terpelajar bak kata SIS; mahukan hudud, bukan orang-orang politik saja ok 😉
Luqman Nul Haqim says
Hudud bukan mudah utk dilaksana sebenarnya sebab ianya sama juga dengan hukuman konvensional dunia (selagi ada alibi selagi tu hukuman tidak boleh dijalankan). Oleh sebab itu kita perlu memahami semula maksud hudud tersebut.
pelajar says
Walaupun penjenayah tu tak dikenakan hudud, hakim masih boleh mejatuhkan hukuman ta’zir. Banyakkan mengkaji ye … jangan dengar satu dua pandangan je.