SEBAGAI seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadari, atau Islam “hududi”?
Apa pun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik, dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.
Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarnor tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.
Bertambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam, bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap Kartika.
Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam. Namun, apabila timbul masalah sebenar di dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu. Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat.
Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksima?
Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia?
Perbandingan dan persoalan
Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut beg yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian. Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya.
Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal. Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara tujuh hari di penjara Kajang?
Adakah orang yang selama ini mengaku memperjuangkan agama Allah dan menegakkan negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan?
Lupakah mereka tentang Khalifah Umar Al-Khattab yang berihsan sekali dan tidak menghukum pencuri yang mencuri akibat kemiskinan? Lupakah mereka tentang nasihat Allah: “Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Quran, Surah Al-Maidah: 39)
Malah, banyak lagi ayat Al-Quran yang memberikan peringatan yang sama seperti Surah An-Nahl: 119 dan 125, dan Surah Al-An’am: 54.
Patutkah Jabatan Agama Islam Pahang yang telah memasukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, tiba-tiba menukar fikiran dan memulangkannya semula ke rumahnya? Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula. Apakah pantas Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?
Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadan yang mulia dan penuh rahmah ini — adilkah hukuman dan layanan ke atas Kartika?
Norhayati Kaprawi
Aktivis wanita Muslim
Petaling Jaya
24 Ogos 2008
Juana Jaafar says
Berdasarkan apa yang telah berlaku dalam kes Kartika, terma “haiwan sarkas” nampaknya memang padan.
Golongan protectionist “maruah dan martabat Islam” nampaknya senyap sepi. Adakah mereka tidak berminat dalam kes ini, di mana salah seorang saudara mereka sendiri yang dianiaya oleh sistem/institusi?
awan gebu says
Sesungguhnya kelakuan pihak berkuasa setakat ni langsung tak mengundang orang bukan Islam untuk tertarik pada Islam. Malah, saya sendiri sebagai orang Islam pun jadi tawar hati untuk mengaku diri sebagai Islam. Kalau ada kawan saya yang ingin memeluk Islam, saya rasa nasihat terbaik untuk dia ialah peluklah Islam dalam diam, baik jangan umumkan. Susah jadi orang Islam di negara ni, langsung tak ada ruang untuk kesilapan. Sekarang bukan macam zaman Nabi, Nabi tak pernah menghukum orang seberat-beratnya semata-mata nak dibuat contoh. Sekarang dah lain. Sekarang ni kita lagi ‘Islam’ dari Islam.
NutzeyWagen says
Islam adalah satu-satunya agama yang “beautiful and lovely”, maka akan tetapi yang sama tidak dapat dikatakan pada umatnya.
Ini bukan hanya terjadi dan khas kepada Islam, malah kepada agama-agama lain juga.
Agama adalah satu dan angkara manusia adalah yang lain.
Nurul Iman says
Saya hairan kenapa puan penulis membandingkan kesalahan Kartika dgn bapa tidak membayar nafkah? Sememangnya Kartika tidak mencederakan org lain, kecuali dirinya sendiri. Bukankah dosa meminum arak punca kepada segala dosa mengikut Quran? Saya bukanlah pandai betul ttg Islam, tapi basic tu boleh lah. Kartika sendiri willing to be canned, so that dia sendiri tidak akan mengulangi dosa BESAR itu.
Kepada saudara/i Awan Gebu, tahukah anda bila anda claim anda malu mengaku anda Islam itu satu dosa besar, boleh murtad tanpa sedar? Kenapa nak malu jadi Muslim? Tahukah anda Muslim di negara lain lebih parah daripada Muslim di sini? Apa pula maksud “skrg ni kita lagi Islam dari Islam?” Apakah Islam anda lebih baik daripada agama Islam yg suci? Yes, we are women, I’m a woman, professional and involved with [youth] and I have seen a lot of “unproud” behavior as a Muslim, so I know it is important for a person who has committed sin [to] need to be punished, for his/her own sake and example to others.
Nabi Muhammad SAW sendiri kata, belajar dr kesalahan orang, tapi kalau kita “silent” on other’s mistake, how the heck are others, especially young, future leaders to learn and become soleh and solehah leaders? I wonder why we are too modern in our religious perspective?
alip yip says
Kenapa yang mengaku diliwat dengan rela oleh jantina sejenis itu tidak didakwa sehingga hari ini?
Ex-Muslim Malay Female. says
Syabas kepada semua, termasuk Perdana Menteri yg terhegeh-hegeh hendakkan undian org Islam sehingga bersetuju dgn hakim yg entah ape-ape itu. Syabas. Semakin gila dunia yg sudah kronik dgn macam-macam kegilaan. Apa yg harus disoalkan dgn lebih mendalam ialah soal haruskah hukum syariah dilaksanakan di negara ini yg sebenarnya bukanlah sebuah negara Islam, hanya majoriti penduduknya adalah Islam? Sedangkan ada […] yg sudah tidak mempercayai ajaran “agama” Islam ini namun terpaksa menyembunyikan identiti sebenar kerana risau akan hukuman-hukuman yg sebegini. Masalahnya ialah [dalam] ajaran Islam itu sendiri, sorrylah, tak payah putar belit banyak sangat. […]
wadudi says
Bukankah Islam hududi = Islam Yahudi?
yeo kien kiong says
Although I have limited knowledge about Islamic “laws” I feel that Kartika as a Malaysian has the right to have [herself] caned in respect to her strong belief of her faith in her dear religion. So far, as [reported in] various media, I do not have any knowledge of how her education as an individual who practices her rights [as a woman].
Why [did] Kartika want to be caned? Because she finds that drinking “beer” is a sin. Why [did] Kartika want to drink the “beer”? The media doesn’t say much for her. But I wanted to say something if I were her. If I were Kartika, I want to know how bad a “beer” can be. So I drink it because I don’t want to be a zombie to be told to do this or do that without proof. If she were to drink the “beer” when [she] is “pushed or forced” to drink, is it still relevent for her to be caned?
But why those who are corrupt, especially politicians who deem themselves as the champions of Islam, especially the “males”, are not being punished?
mirzan007 says
Bukan main ramai artis2 atau anak2 VIP “berminum” di DISCO … di manakah keadilan jika hukuman dikenakan ke atas org2 tertentu sahaja (selective persecution)?
p/s Bukti2 dah byk sgt kat internet. Seperti biasa tiada tindakan diambil.
uncle husim says
Well written Norhayati, this is what I’ve been talking to my friends lately, about how all these fellow humans tends to punish people. Like they themselves decide who is right and who is wrong.
awan gebu says
Nurul Iman:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/29/focus/4407002&sec=focus
Corynnn says
Hukuman sedemikian tidak kepada mereka2 yg berpangkat VVIP. Malahan golongan ini banyak riba, rasuah, maksiat, namun di mana Islamic enforcement bila golongan ini terlibat? Kenapa hanya dituju kepada org2 biasa. Kenapa golongan artis Islam yg memakai terlalu sedikit dan berpesta haram tidak dihukum? Apakah teropong enforcement ini hanya kepada golongan biasa sahaja?
Azmi says
Memang tidak adil. Di Malaysia, undang-undang Islam dilaksanakan mengikut cita rasa para pengamal dan pelaksana undang-undang. Mereka yang lemah akan terus dihukum tetapi yang berkuasa dilepaskan. Seperti yang Cik Norhayati nyatakan, contoh paling ketara ialah bapa yang tidak bertanggungjawab tidak memberi nafkah sara hidup anak-anaknya.
Anak Muda Reform says
Apakah dikira rahmah dan lembut apabila wanita tidak disebat @ dihukum. Apabila tuntutan kelompok Islam yang mahu undang2 hudud (dalam al-Quran dan Hadis) dilaksanakan. Isu Kartika nampak zalim apabila hukuman terlalu banyak, rotan lagi, denda duit lagi, penjara lagi. Kalau Islam, sebat sudah memadai – tapi kelompok feminis setuju ke?
Inilah masalahnya, kita dah ada undang2 syariah, tapi masuk campur kerajaan ini menyebabkan institusi kehakiman kita tidak bebas.
OrangKampung says
Maybe I repeat [what] a Holy Man said: HE Who has not sinned [should] pick the first stone and cast it to the wrongdoer. (Have these people not sinned?). After canning KARTIKA is her sin forgiven? Or she herself: “Oh Allah I beg you to forgive MY wrong doing.” Or the person who decrees the canning forgives her? The ulama are to advise not to punish – thats God’s commandment. Only on God’s judgment. Not [humankind’s]. Every person commits SIN. Sorry lah I am pious.
K says
“Bukankah dosa meminum arak punca kepada segala dosa mengikut Quran?”
Tidak ada dalam Quran yang [mengatakan] sedemikian.
Morfinoe says
Dear Norhayati,
Pada zaman Khalifah Umar, dia telah menghukum anaknya sendiri dengan hukuman sebat yang amat berat yang menyebabkan kematian kerana dosa berzina dan minum arak. Jadi kita jangan pertikaikan tentang hukuman sebat itu. Kalau tak silap saya memang hukuman sebat berlaku pada zaman Khalifah Umar kepada orang Islam yang minum. Kita jangan jadi munafik. Itu yang penting macam sesetengah pemerintah pemimpin Islam sekarang ini.
Morfinoe
Nora says
This is one of the reason I choose to move away from Islam. This whole incidents tells us how imperfect and incompetent humans are and the most ridiculous is trying to interprete so-called GOD’s Divine law. Humans by nature are themselves imperfect. The imperfect trying to interpret the perfect, by itself makes the perfect imperfect.
There are so many ways of educating, but the Islamists and all those pro caning decide to choose the most violent way. The whole act of caning is the same as hitting and beating another. While human law has become humane and accommodating, Islamic law is stuck. What is the difference from those advocating the violent jihad and those who choose pro caning – hitting and injuring one another. Are there not other ways of learning and educating your people? Must it always be through the path of Violence?
The Islamists pride themselves by defining their religion as compassionate and loving. Are they?
seriati says
Syabas Norhayati kerana jujur dan bernas.
Perlembagaan kita pd mulanya tidak langsung ada peruntukan syariah atau undang2nya (Malaya/Malaysia was a secular state.) Ia diperkenalkan atas sebab2 politik, Umno mahu lebih Islam dari Pas. Now this political creature has become monstrously out of control and out of step with the real world. And the untrained jurists have lost their sense of justice and proportion. This is one of the usual kneejerks and overreaction our auhorities are well known for.
This case will not be the last.
Nora says
Morfinoe Posted: Pada zaman Khalifah Umar, dia telah menghukum anaknya sendiri dengan hukuman sebat yang amat berat yang menyebabkan kematian kerana dosa berzina dan minum arak. Jadi kita jangan pertikaikan tentang hukuman sebat itu. Kalau tak silap saya memang hukuman sebat berlaku pada zaman Khalifah Umar kepada orang Islam yang minum. Kita jangan jadi munafik. Itu yang penting macam sesetengah pemerintah pemimpin Islam sekarang ini.
We are not in Khalifah Umar’s era. We are in the 20th Century. During Khalifah Umar’s time there was no internet or TV or the motor car. So please wake up. Do not try to equate the two. What is right for that period of time will not be right now. Khalifah Umar is dead and he belongs in the past, he should be left in the past.
gaswoman says
Well done, Norhayati for a fantastic article. I am grateful that I was born a Muslim and Insya Allah will die as one. I am empowered and free and I am proud to be one. However, it breaks my heart to see what society has chosen to dictate to us with utopian religious ideas. I don’t know sometimes what is worse and how society can judge one idea compared to the rest. I find it ironic that some people in our society find it acceptable to weigh certain “wrongdoings” far worse than others e.g. killing vs drinking alcohol, not providing your family with money/love/sex vs drinking alcohol. How come the drug users don’t get punished? Isn’t their sin of substance abuse equally the same? Just because heroin is not written in the Quran, who says it’s not?
Have we lost track of time? Have we lost the bigger picture in life? Have we become obsessed with things which, yes it is important but yet compared to [other] real problems, we turn our head, accept whatever, just shrug our shoulder and ignore? My “infidel” friends find it amusing to see how Muslims can live with themselves knowing that women are being genitally mutilated yet don’t do anything about it. But when it comes to someone (a person!) drinking in public, there seems to be a great outcry and special attention given? Punish her! Yet forget the real problem. Funny world.
And to those who think the caliphs were good 100% pure Muslim puritans… well, in [their] heart of hearts they were.. but if you were to go and visit some of the historical Islamic places – evidence of previous alcohol distilleries, orgies etc are frankly my friend, quite pertinent. Yes they are revered men. Yes they were great and for their faith, they lived and died and exercised themselves as they understand to be a Muslim. But nobody is perfect. We are, after all, humans.
Orangkampung says
Dear Nora/Morfinoe, every/most religions forbid drinking alcohol but it’s not a sin but the man who commits the sin. What sin does a man commit for drinking RED WINE [compared to] a man who has two wives [and is] unfaithfull to the first wife? Is that not a sin? Besides, are all the drinkers sinners? Please do interpret what sins are. Corruption, hypocrisy, arrogance. There is a saying: “Brother said there is a dust in your eye. And Brother responded, ‘Brother, have you noticed there are splinters in yours?'” Amen.
Azry says
Assalamualaikum Norhayati, subhaanallah, alhamdulillah, laaillahillallah, Allahuakhbar.
Untuk berhujah tentang hukum Islam kita perlu pertama kali berniat berhujah kerana Allah swt. Kedua, mesti terlebih dahulu mempunyai Ilmu yang berkaitan, setidak-tidaknya sedikit ilmu dakwah dan sedikit syariah, kalau tidak minta nasihat daripada orang-orang yang berilmu dan ahli masjid. Ketiga, lapangkan dada terlebih dahulu dan muhasabah diri sedikit. Ingat lah, Islam itu addiin, yang halal itu halal dan yang haram itu haram.
Marilah kita sama-sama bertaubat dan dekatkanlah diri dengan Allah swt dengan menerima Al-Quran dan hadith. Insyallah kita ditempatkan bersama-sama mereka yang dirahmati Allah apabila kita mati nanti. Amin. Allahuakhbar.
Karcy says
From my observations here all commentary about Islam tends to generate similar responses. Someone will come up and talk about the validity of an alternate, gentler reading of Islamic source materials, usually the Quran.
Eventually someone will come up and say that the writer or those objecting ought to have patience and listen to the experts, who have a background of Hadith knowledge and the interpretive traditions, and who came up with the punishment anyway. Since those advocating the gentler reading already believe that these experts are wrong, and the experts already believe that they are right, it’ll go nowhere.
This is why all religious discussion between two contradicting parties eventually always ends in deadlock. At the end of the day it’s “I believe this, you don’t” and “I’m right, you’re wrong”.
ongos says
Saya tak faham dan bingung dengan tindakan ini. Selama ini ok saja. Mengapa satu orang saja kena ambil tindakan? Bagaimana yang beribu-ribu yang diluar sana yang melakukan dosa tiap hari tiap malam tak dikenakan tindakan mahkamah syariah? Saya bingunglah.
ongkor says
Mengapa anda tidak menyoal mengapa arak tidak sepatutnya diminum oleh sesiapapun manusia? Tuhan tidak mencipta arak. Apabila dunia dicipta, arak tak ada — Tuhan tidak mahu arak muncul di dunia ini. Menurut kitab, Nuhlah penanam anggur yang pertama, dan dialah yang pertama sekali sebagai pembuat arak. Dalam kisah itu, Nuh menjadi mabuk dan telanjang.
Sebenarnya anda harus menyoal mengapa minum arak menjadi dosa. Anda juga perlu tahu akibat-akibat daripada minum arak. Pelbagai tragedi berlaku dikaitkan dengan arak, perpecahan keluarga dikaitkan dengan arak, keganasan keluarga dikaitkan dengan arak, pencabulan, rogol dan sebagainya. Kepada peminum meminum arak bermaksud melipatgandakan risiko kematian pramasa.
Tapi bagaimana dengan rokok, dadah? Sebenarnya, rokok, arak dan dadah merupakan saudara kembar bertiga. Kesemuanya mendatangkan kematian pramasa kepada pengguna, dan membunuh diri secara perlahan-lahan. Berapa puluh ribu di Malaysia mati akibat penggunaan benda ini? Lihat sahaja statistik kematian. Lebih 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia dikaitkan dengan penggunaan rokok. Bagaimana dengan arak yang menjadi sumber kebingungan rakyat Malaysia. Berapa ribu orang mati di jalanraya akibat arak? Berapa ribu yang terlantar di hospital oleh kerana hati yang mengeras? Berapa ribu yang menunggu maut akibat penggunaan arak di Malaysia?
Apabila seseorang menggunakan benda-benda yang dilarang ini, sebenarnya kita sedang membunuh diri secara perlahan-lahan. Yang Maha Esa mengatakan siapa yang membunuh akan dibunuh.
Liland says
Ya Azry. I agree with you. I learn basic syariah and dakwah, although I will be furthering my studies in physics. Sponsored programme. In Islam, there’s a perfect system. But if it is implemented in the wrong way, it is wrong. Let’s say about drugs and heroin, it is already [deduced by qias, or analogy] that all yang memabukkan itu haram. And yang memudaratkan diri also. That’s the basic law. So, whatever substances or intakes or anything that edible falls into this category is haram. It is simple. Like what Azry said. If we know nothing, say nothing, ask something. Let me put straight another misconception of Islamic caning. In syariah, their canning is NOT like our civil law’s caning. It’s totally different. For example: the conditions for the caner:
1. Tangan yang merotan tak lebih kepala dan ketiak tak terbuka.
2. Ada saiz rotan, not like penyebat.
3. Tak kuat.
Those are a few differences. Not like what we had pictured. In these terms, caning in Islam is rotan, while in civil it is sebat. Check the reality before causing an upheaval.
seriati says
It is so saddening when some turn away from Islam because of the action by those rabid dinosaurs. There is nothing wrong with this beautiful religion.
These GODGILAs think they are God. They are just gila kuasa. Let’s hope common sense will prevail among the political leaders; after all, they are responsible for creating these creatures. Let’s see how they handle their monstrously overgrown pets.
kamal says
I disagree with much of the tone in the responses. Personally I feel the problem is not about the law being harsh, archaic or whether it is just so because it is divine, etc.
My critic of the Syariah system is that as a lay person, I am not clear as to whether the Syariah court is an independent legal system in Malaysia or are they structurally beholden to executive powers and traditional feudal executive powers. In which case they represent more a Native court rather than a legal system encompassing the nation as a whole. If Syariah wants to be on par with the civil courts it needs to be ‘blind’ and fair for all. Muslims cannot be assumed to be correct and Islam here needs to be interpreted in fairness of all Malaysians regardless of their religious affiliation. Hence, in the case of the body snatchings or the conversion of children, or as is with the canning of Kartika, the courts need to make the effort to explain to the public why it makes these decisions. It is not enough that they say they have jurisdiction and authority. They need to prove that they are not pre-disposed and biased.
The courts also need to be seen as independent from political influences and this is not just from the executive authorities making comments on the courts sentencing, but also distancing themselves from bodies within the executive that are assigned to religion. They must have their own scholarly council and they must be more public in their process. While scholarly representation is significant, public participation cannot be denied in the process of interpretation of religious texts. As a national law in a multi-religious country dogma must be replace with mutual respect and conversation with other partner religious organizations as equals (as these organizations indeed are).
The problem as I see it is not with the religion or with religious laws or even with the association of religion and state (religion is still very much an important aspect of many democracies including some western democracies as well). Practicing religion or the secular as state instruments in today’s world is an interpretative process. This means, people make the interpretations, they get the support and move along. The politics of participation can come in many different stages – from lobbying what is to be reviewed, the source of interpretation(s) that we want to make mainstream to the translation; i.e. the transformation of a highly technical process into public policy. And finally, if we like the way the people run the show we elect them in the next rounds of election. If we don’t, they are out. Often times, the critics of religion in state affairs assume two things; 1). Religion is some how a dictation and people simply follow, 2). That the state doesn’t get involved in private space. We need to re-think these aspects of religion and state again. I think the modern state does get into our private lives in many ways.
But I digress, the problem I find with Syariah in Malaysia is that the structures and power they have and the ever expansion of authority are not commensurate with representation of the system as fair and just. Nor have they clarified exactly what role they play in Malaysian society. Having different sources for law is one thing, but having a parallel legal system for two sets of citizens is another thing altogether.
Perhaps resistance to Syariah in Malaysia is fundamentally one that questions the logic of needing separate laws for citizens. What does this mean? Does it simply separate Muslims from non-Muslims? Does it divide economic and social spheres? Will it entrench further divisive structures or religious moralities and sensitivities? Let’s be clear – this is not the Talibanization of Malaysia. Rather, the uncertainties over what sort of division two separate and equal legal systems will create and how this will define the citizens into two clear cut subjects with very different rights and experiences of being Malaysian. The birth of this structural distinction is important and we need to ask if this is the direction we want to take as a nation.
Tuan Cobra says
Bagi saya seharusnya Kartika dan ibu/bapanya pun terlibat disebat, kerana ibu/bapanya tidak mengajar Kartika di dalam hukum/hakam agama Islam. (Cubalah Kartika minum di rumah atau di dalam bilik hotel biar sampai ke pagi lah, siapa yg larang dia?) Bagi saya Norhayati (penulis) mau hukuman yg bagaimana dibuat kepada rakyat Islamnya?
Baguslah tu hukuman yg dilakukan oleh Mahkamah Syariah yg menunjukkan ketegasan. Islam itu maha AD’DIN dan SYUMUL, apa lagi Kartika menunjukkan meminum minuman keras di khalayak ramai. Apakah tidak lojik buat penulis akan hukuman yg diterima oleh Kartika itu? Apakah Kartika meminum minuman keras itu untuk menyembung nyawanya yg akan melayang? Atau dibenarkan seperti Umar al-Katab membenarkan pencuri miskin tdk bersalah? Allah memang maha pengampun tetapi hambanya yg sengaja buat2 tak tahu akan hukum Allah itu sendiri! Beragama tu biarlah ikut cara beragama TG Dato Nik Abd Aziz lah kawan …
Tuan Cobra says
Tuhan tidak bersalah membuat ciptaan.
Allah berhak membuat ciptaannya dan kita tak boleh menyalahkan Tuhan jika ciptaan itu telah dijadikan suatu bentuk yang lain.
Dalam kes arak misalnya, memang ‘wine’ itu datang daripada anggur. Tetapi, bukankah manusia itu sendiri yang telah merumuskan bahan-bahan, menyusun ramuan, menyediakan resipi untuk menukar anggur menjadi minuman keras yang memabukkan, mengkhayalkan dan akhirnya menimbulkan lain-lain kesan pergolakan di dalam masyarakat?
Diriwayatkan ketika British mula mewujudkan ladang-ladang dan menjadikan kaum India sebagai pekerja mereka di Tanah Melayu, mereka membuka warung todi dan hasilnya, kebanyakan kaum minoriti itu telah banyak menderita kerana arak itu. Keadaan sama saja di China. Tapi, di sana British memperkenal madat, dadah dan candu.
Ya, rumah tangga jadi bergolak dengan sebab arak. Dan, banyak pemanduan yang sepatutnya selamat telah pun terbabas di jalan raya dengan sebab diserang kemabukan menggila ini.
Diriwayatkan, ulama Bani Israel, Barsisha pernah juga cuba disesatkan oleh Iblis tapi rencana mereka ini tak pernah berhasil. Akhirnya, menurut maklumat risikan yang berjaya dicuri dari langit, ulamak ini mati dengan sebab arak.
Maka, berusaha keraslah syaitan dengan sedaya upayanya untuk menumpaskan Barsisha dengan arak. Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa murid-murid Barsisha ini sudah dapat terbang ke langit. Wallahu’alam.
Apa yang penting, kisah ini menunjukkan bahawa sehebat-hebat manusia itu, akhirnya telah dikalahkan dengan arak. Dan, tiba-tiba, ada seorang kenalan yang pertahankan pentadbiran Mahathir yang meluluskan arak, lalu seolah-olah dia telah ‘menyalahkan’ Tuhan sendiri sebagai Zat yang mencipta anggur. Hal inilah yang menyebabkan kita sedikit beremosi.
Islam mempunyai sikap dan pendirian yang jelas mengenai arak ini. Tapi, anggur ini tidak pernah diharamkan. Anggur boleh dijadikan minuman lain yang tidak memabukkan juga. Anggur boleh dikeringkan menjadi kismis.
Kita juga pernah membeli kismis dalam kotak kecil dan kononnya kismis itu daripada California, Amerika, sebuah negara yang mana rakyatnya terbiasa dengan tabiat melanggah arak.
Di negara beriklim empat musim, arak diminum sedikit untuk memberikan kehangatan kepada tubuh. Ini bermaksud ada alasan untuk mereka minum. Tapi, di Malaysia yang tidak bersalji, tiada alasan untuk minum atas nama menghangatkan tubuh melainkan ia adalah sejenis acara untuk bersosial, berfoya-foya dan berparti mengikut budaya Barat.
Kesimpulannya, bukan salah anggur, salah kita sendiri yang mengolah ramuan, menggubah adunan dan meramu resipi anggur sehingga menjadi minuman keras yang memabukkan.
Bukan salah dadah. Dadah boleh digunakan secara bijaksana untuk proses rawatan. Bukan salah bom C4 ketika meletupkan tubuh Altantuya. Bom C4 itu boleh meletupkan alat senjata Israel jika Ahmad Zahid berani mengusik Ehud Barak.
Allah tidak bersalah. Tapi, manusia itulah yang bersalah kerana menyalahgunakan C4, dadah dan anggur. Wallahu’alam.
Peminum, pengangkat dulang arak sama saja
Ada hadis menyebutkan; peminum, pengangkat dulang arak, orang yang menyediakan arak akan turut dihukum. Ini bermakna, pendirian agama sangat keras ke atas arak.
Pada zaman kita ini, sudah ada van, lori Carlsberg yang mana pemandunya ialah orang Islam kita sendiri. Barangkali, sudah ada syarikat arak di papan pertama, kedua di Bursa Saham dan sudah ada kapitalis Melayu, orang Islam yang melabur dalam sektor perkilangan arak.
Dan, kita pun tidak tahu apakah sudah ada fatwa mufti berhubung hal-hal baru yang tiada pada zaman Rasulullah s.a.w ini?
Pada zaman nabi, ada arak. Tapi, tiada van yang angkut arak. Tetapi, kalau operasi pengangkutan arak itu menggunakan unta, tiadalah kita tahu.
Pada zaman nabi juga tiada papan pertama dan papan kedua bursa saham. Tetapi, kalau ada bazar khas untuk jual arak, tiadalah juga kita tahu.
Yang kita pernah dengar, ketika turunnya ayat ketiga mengenai arak dan mengharamkannya, maka telah banjir seluruh Madinah dengan arak. Tong-tong arak telah dipunggah oleh para sahabat!
Masih ada sahabat nabi yang minum arak, mabuk ketika solat dan turun perintah dari Allah yang meminta mereka jangan minum arak ketika hampir-hampir mahu bersolat.
Namun, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit arak dibasmi melalui didikan Al-Qur’an dengan berkat kesabaran baginda.
Yang penting, apakah ada fatwa yang mengharamkan orang-orang Islam daripada menjadi pemandu van, lori Carlsberg dan lain-lain syarikat arak ini? Bukankah hal ini juga sama dengan hal mengangkat arak untuk dijual di premis perniagaan dan hotel?
Nasib Kartika:
Syahadan ada seorang wanita model sambilan bernama Khartika yang akan dihukum sebat dengan sebab meminum arak. Menurut laporan akhbar, beliau adalah wanita pertama yang akan dihukum dan tiada hukuman sebat bagi pesalah wanita dalam kes sivil.
Sebatan rotan itu pula dikatakan tiada ruas, tiada buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter. Sementara itu, ukur lilitnya tidak melebihi 0.0125 meter.
Berlemah-lembutlah ke atas wanita yang telah insaf ini. Kartika tidak melarikan diri dari hukuman dan negara sepatutnya bersikap lemah lembut terhadap wanita yang sudah bersedia mengakui kesalahan.
Nabi Ayub dikatakan telah bersumpah di atas nama Allah untuk menghukum isterinya dengan 100 sebatan.
Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Dia telah meminta Ayub mengikat 100 bilah rumput kering yang diikat lalu hanya dipukul sekali sahaja untuk menyempurnakan sumpah tadi.
Sulaiman Hanim says
Lebih dari adil dan satu pengajaran buat muslimin/muslimat d seluruh dunia yang fana ini. Kerana apa, memang hukum di dalam Quran ada mengatakannya…Alhamdulillah kerana masih ada AMMKP yang berani membuat hukuman berlandaskan Hukum Allah swt. Banyak lagi artis-artis dan VIP-VIP yang perlu dihukum sedemikian….Teruskan AMMKP kerja menegakkan hukum Allah di bumi nya ini…Amin.
Nadia says
Wow. Some dude from a thousand years ago murdered his own daughter for something that will not harm anyone else but herself. We can totally learn something from this. He is obviously a great man, let’s worship him and follow his actions.
atkarcy says
Karcy,
re: “it’ll go nowhere”
Perhaps I don’t encounter such discussions as frequently as you do. And certainly, I’m nowhere as jaded. You don’t seem to think that such discussions are useful at all.
I personally find the opposite. Granted, there are those who choose to engage not in dialogue but rather monologue, ignoring all other views save their own. But you can’t really tell for sure, can you, especially given this forum format? Let me just speak only for myself in saying that I have derived much benefit from listening to differing views (as well as the differing ways in which sometimes even the same view is expressed!).
On a deeper level, just because a discussion doesn’t end in consensus, does it mean that it’s worthless and shouldn’t have started at all?
On an even deeper level, it may be that, as we fear, everyone’s just busy shooting their mouths (a.k.a. brainfarting) but no one’s actually considering viewpoints other than their own (a.k.a. listening).
Even then, I see cause for optimism, since this is a topic that not very long ago was utterly taboo. At least we have regained the franchise of our tongues. Now for our ears.
Quite honestly, I think people have read variant viewpoints even opposing viewpoints. Some are even curious to know more. The next step would be to probe into the basis of those views; wisely, intelligently, sensitively, fraternally. That, I think, is how we can kick this discussion up a notch. That, I fear, is an increasingly lost art.
Where do we retrieve that knowledge?
adha says
Perhaps Norhayati is from SIS. Only SIS members will have such ideas about Islam. If you are not a SIS member, then I’m sorry. Kalau tak erti pasal Islam, jangan cuba nak merapu. I’m not either, but I know that the punishment for consuming alcohol is 40 lashes of whipping and not six.
Jangan cuba nak memandai-mandai nak katakan adil atau tidak hukuman ke atas saudari Kartika. Tengok hadis Nabi ini:
With regard to the punishment of the drinker in this world, the punishment is flogging, according to the consensus of the fuqaha’, because of the report narrated by Muslim (3281) from Anas (may Allah be pleased with him), who said that the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) flogged the one who had drunk wine with palm branches stripped of their leaves and with shoes.”
But there is some difference of opinion as to the number of lashes. The majority of scholars are of the view that it is eighty lashes for a free [person] and forty for others.
So I say tak adil, sepatutnya 40 sebatan. We are missing a big point here. Sister Kartika has willingly accepted the verdict. This in itself is a big scarifice on her part. And I personally take my hat off [to] her, and I dearly respect her, unlike some people trying to question the Almighty’s Quran and Hadith. Yang perlu bertaubat disini bukan sister Kartika but sister Norhayati. So is it adil for you to give such comment challenging the Quran and the hadith. An honest answer from sister Norhayati. May Allah have mercy on us all. Amin.
Karcy says
To atkarcy:
I’m certainly glad that the environment has opened up for discussion. What I see in this kind of argument is that the discussion is framed in such a way that no matter how good the intention of speaking and listening to each other is, the end will always be about speaking past each other.
The interpretive tradition of Islam shapes the foundation of the entire argument. You either agree with this interpretive tradition or you don’t. Reconciling this is like reconciling the two halves of Western Christianity — Catholicism with mainstream Protestantism — impossible. Church tradition is sacred or it is not.
Those who choose to “not question” place their faith in the official interpretive tradition practised by the Syafie school of Sunni Islam, the official school of thought in Malaysia. I don’t know how they arrived at the conclusion, but they arrived at the conclusion that the punishment for partaking alcohol is six strokes of whipping, plus fines and jail time.
If you’re a Muslim who disagrees with this, then logically you disagree at some point in the interpretive process undertaken by religious scholars in the country. Most people don’t have knowledge of the details of the interpretive process, but even if they did, and found reasonable grounds for objection, with an official school of thought, it is easy for any group that differs to be labeled heretics.
You don’t even need to go to the extent of Sisters in Islam with the Amina Wadud controversy attached. Even among very conservative Muslims, there are arguments. In this slightly dated thread in a forum that I watch — http://community.livejournal.com/muslims/284238.html — the Sufis and the Salafis are arguing with each other over who is the heretic.
Not that this kind of argument doesn’t happen in any other religion, just that this kind of argument *always* happens when there is religion involved. [And so], for all [the] good intentions of listening to diverse views, in the end people eventually just end up talking past each other. I suppose it’s good to go around in circles than to not go around at all, but it’s still going around in circles.
Nora says
NutzeyWagen posted: Islam adalah satu-satunya agama yang “beautiful and lovely”, maka akan tetapi yang sama tidak dapat dikatakan pada umatnya. Ini bukan hanya terjadi dan khas kepada Islam, malah kepada agama-agama lain juga. Agama adalah satu dan angkara manusia adalah yang lain.
J Krishnamurthy, one of the Indian philosophers remarked, and I sum up here: “Religion is a creation of humans. They create this image in their mind and then they worship it. Thus the mind is worshipping itself. They create this fear in their mind and they get themselves caught in their own fear and they blame it on external forces. It’s the mind that creates its own trappings.â€
Orangkampung said : Dear Nora/Morfinoe, every/most religions forbid drinking.
Are you sure? I know of several spiritual practices that do not forbid but insist that drinking alcohol is one of the rituals in their spiritual practice. They call this Wira/Vira Sadhana or the Path of the Warrior. These spiritual practices are undertaken via a strict guidance of a legitimate guru who is himself a Vira, and only meant for a person who has mastered [discipline] and [is] in control. They are not a slave to their five senses. They do not drink to get drunk. Only the weak and feeble ones go berserk and go into drunkardness.
Another Hindu practice I know of that offers alcohol as an offering to the warrior god and goddess. Despite all the condemnation, these practices are still alive till the present day.
Liland : “If we know nothing, say nothing, ask something. Let me put straight another misconception of Islamic caning. In syariah, their caning is NOT like our civil law’s caning. It’s totally different. For example: the conditions for the caner: ….Not like what we had pictured. In these terms, caning in Islam is rotan, while in civil it is sebat. Check the reality before causing an upheaval.”
When I read Liland’s message, this image comes to my mind. An image of a young mother with two children, who is a victim of domestic abuse. She has admitted that she has been abusing her two children and agreed to seek help. One day she wanted to go shopping with me. On her way out, passing her son who was sitting on the table reading, she used her knuckle and knocked on his head. I stood at the door shocked at what I just witnessed. I asked her “Why did you do that….?†“Do what?†she asked me, puzzled. “That… that! You just knocked your son’s head… Why?†“Oh! That is just a soft knock.†I respond: “It doesn’t matter whether it’s a soft knock or a hard knock, it’s a knock… You hit him… Why? What has he done to you to warrant such action?†[…]
You see, Liland… when you live in such a violent environment where people get beaten and caned, it becomes natural to you. So you do not see the fuss, because to you the only way to educate or discipline is using the method you know best.
Once I browsed through the YouTube and I came across this video taken during the Friday sermon in Qatar. You now what the mullah was preaching? That wife beating is okay in Islam. “The only way to teach and discipline your woman is through beating……….â€
Should I send the full transcript of such a sermon? The words he used will bring chills down your spine. Imagine these are the words uttered during Friday sermon. What concerns me is that people could just sit through the whole sermon and listen to his words of violence. The last time I sat through such a sermon, I got up and walked out because I don’t like it when the preachers spend a lot of time condemning the kafirs and idol-worshippers. These kafirs and idol worshippers are my teammates… who were there for me when I needed help while my own people belittled and mocked me, just because I wanted to pursue my “A†level.
I read in today’s newspaper that some group of syariah lawyers said: We must respect the court decision.
So are they implying we should not question? We should not doubt? We should just follow blindly?
This statement reminds me of my younger days [yes! I grew up as a Muslim girl who underwent all the rites expected of her] when I began to question the Ustazah, she threatened me with a rotan: “You do not ask such a question… now you just shut up and just follow what I tell you to recite.” After so many years, while other educational systems have improved and become more advanced, Islam’s way of teaching has not gone any further.
Seriati: It is so saddening when some turn away from Islam because of the action by those rabid dinosaurs. There is nothing wrong with this beautiful religion.
Seriati, the fact is not some but many have turned away from Islam, and we do so not because of these peoples’ action but what we have seen and experienced for ourselves. We are not an intellectually impotent and emotionally bankrupt group of people who just follow blindly. Despite being threatened with death, humiliated in public, condemned and cursed, we still choose to leave. We are not the cowards who hide behind the veil of religion and pretend to be somebody we are not. Why do you think we do what we do? Please reflect again.
What you need to do is to separate yourself from your current environment, see Islam from the outside and with an open mind… only then perhaps you will have an understanding of why people like us make such choices. You see Seriati, this whole experience of removing yourself and observing yourself can be a frightening experience because it may change the whole perception you have about yourself and your environment. That is why for some, they choose not to do it because change will bring about a whole lot of other things they can never handle.
iskandar says
Saudari Nora, offtopic, saya dapat bayangkan anda tidak lagi mempercayai Islam. Maaf jika salah.
Sebagai Muslim, saya nasihatkan anda bertaubat. Sesungguhnya Allah s.w.t itu benar, Rasulullah s.a.w itu benar, Islam itu benar, pahala itu benar, dosa itu benar, hari akhirat itu benar, al-Mahsyar itu benar, al-Mizan itu benar, syurga itu benar dan neraka itu benar.
Sekadar mengingatkan, komen2 anda banyak menyimpang daripada tajuk. Anda nampaknya mengaku telah memilih jalan lain dan lebih cenderung memperlekehkan Islam. Bahkan anda mengambil peluang ini untuk mengajak/menghasut orang lain mengikut jejak anda. Sungguh MALANG. Apa-apa sahaja yang anda dah buat kepada diri anda, tak perlulah libatkan orang lain. Anda mungkin terlupa apa yang anda buat merupakan satu kesalahan besar di Malaysia. Benar anda ada hak bagi komen apa-apa tetapi ingat kita ada UNDANG-UNDANG.
Satu lagi, teruskan usaha mencari kebenaran dan keadilan dengan lapang dada tanpa putus asa. Yang benar tetap benar. Semoga berjaya.
Nora says
iskandar : [1] Sebagai Muslim, saya nasihatkan anda bertaubat. Sesungguhnya Allah s.w.t itu benar, Rasulullah s.a.w itu benar, Islam itu benar, pahala itu benar, dosa itu benar, hari akhirat itu benar, al-Mahsyar itu benar, al-Mizan itu benar, syurga itu benar dan neraka itu benar.
Jikalau kamu percaya itu semua kebenaran, itu terpulang kepada kamu. Dalam pendapat saya itu semua seperti neraka dan syurga adalah ilusi, permainan minda yang sudah korup. Kamu perlu diberi suap dengan janji-janji syurga dan ditakutkan dangan neraka untuk kamu beriman. […] You are better than that!
[2] Anda mungkin terlupa apa yang anda buat merupakan satu kesalahan besar di Malaysia. Benar anda ada hak bagi komen apa-apa tetapi ingat kita ada UNDANG-UNDANG.
Ya, saya tahu dan banyak lagi mereka yang serupa seperti saya di Malaysia ini harus berselubung dengan kepalsuan kerana undang-undang. Adakah kebenaran yang saya paparkan ini sebagai hasutan? Manusia mempunyai akal sendiri untuk membuat pilihan, kalau pilihan itu berdasarkan penindasan adakah itu dikatakan freedom? Saya tidak paksa dengan mengunakan kekerasan seperti undang-undang untuk sesiapa mempercayainya. Apa yang saya komen di sini adalah dari pemikiran saya sendiri dan bukan hasutan dari luar.
[3] Satu lagi, teruskan usaha mencari kebenaran dan keadilan dengan lapang dada tanpa putus asa. Yang benar tetap benar. Semoga berjaya.
Kamu di perjalanan kamu sendiri dan saya dalam perjuangan saya … kebenaran tetap kebenaran. Mereka yang perjuangkan kebenaran yang sebenarnya tidak harus takut dengan kepalsuan dan paksaan …
iskandar says
Saudari Nora, banyak yang kita kena belajar lagi sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Allah memberikan kita akal fikiran dan al-Quran sebagai panduan untuk memilih antara jalan yang baik dan jalan yang buruk. Gunakanlah ia sebaik-baiknya sementara sempat.
Ingatlah bahawa Allah memberi kita nafsu sebagai ujian. Nafsu kita terlalu kuat sehinggakan tanpa syaitan pun kita masih melakukan kemungkaran di muka bumi ini. Apatah lagi dengan tipudaya dan godaan syaitan laknatullah. Maka kita perlukan kekuatan iman dan janji syurga dan neraka sebagai pertahanan. Namun bagi yang tidak beriman, semua itu diperlekehkan.
Tengoklah kisah iblis sebelum dan selepas nabi Adam a.s dicipta. Iblis bukannya tidak beriman kepada Allah s.w.t bahkan telah menjadi ketua para malaikat pada awalnya. Apakah iblis tidak tahu keesaan Allah s.w.t? Apakah iblis tidak tahu apa itu syurga dan neraka? Segala kebenaran adalah jelas di depan mata iblis. MALANGNYA iblis kalah kerana takabur. Mata iblis telah buta sebab menyangka darjatnya lebih tinggi daripada nabi Adam a.s. Iblis lebih rela masuk neraka daripada tunduk sujud kepada nabi Adam a.s. maka keegoan ini juga ada pada kita sebagai manusia. Sifat ego adalah nafsu manusia yang tidak terkalah kecuali yang benar-benar mahukan kebenaran dan mengguna akal fikiran.
Maka kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa tunduk patuh dan bersyukur diatas segala rahmatNya yang tidak terhingga. Apa itu rahmat-rahmat Allah s.w.t? Hanya orang-orang yang mahu menggunakan akal fikiran dapat menilai dan bersyukur. Bayangkan anda tidak ada hidung. Bagaimana anda hendak bernafas? Siapakah yang pandai sangat cipta hidung? Bayangkan setiap sedutan nafas anda kena bayar 1 sen. Mampukah anda? Siapakah yang pandai sangat cipta udara? FOC pulak tu. Tengoklah ada juga yang perlukan bantuan oksigen di hospital-hospital. Kenapa? Tidakkan kita berfikir? Bila-bila masa rahmatNya boleh diberi dan ditarik-balik. Tidakkah anda bersyukur? Apakah tidak ada yang benar-benar berkuasa menentukan semua itu? Adakah bernafas itu sesuatu illusi? Sekadar contoh kecil.
Saya suka statement anda ini “Mereka yang perjuangkan kebenaran yang sebenarnya tidak harus takut dengan kepalsuan dan paksaan … ” Renungkanlah. Memang mudah ditulis/sebut. Setiap sesuatu perkara samada benar atau palsu semestinya ada asas. Bila anda berpegang kepada sesuatu kebenaran, pastikan anda tahu asas kebenarannya. Jika tidak, sungguh MALANG sekali. Gali dan kaji kesahihan perkara itu dengan lapang dada. Gunakan akal fikiran yang waras untuk mengkaji dan memilih. Yang penting anda benar-benar yakin. Tidak mungkin ada paksaan dalam menentukan satu keyakinan anda. Keyakinan palsu hanya kerana sesuatu paksaan adalah kebodohan.
Maka apabila anda yakin anda benar makanya anda tidak perlu takut apa-apa. Kenapa perlu berselubung? Kenapa salahkan undang-undang? Tegakkan kebenaran anda. Naturally, yang takutkan undang-undang adalah pesalah. Yang tidak mahu ikut undang-undang adalah rebel. Hatta undang-undang Malaysia belum lagi undang-undang Islam yang sebenar-benarnya bahkan hanya sekular, tetapi cukup untuk membuktikan anda tidak mahu terkongkong dengan apa-apa. Adakah anda impikan negara tanpa undang-undang? Bebas buat apa saja? Balik kepada zaman Jahiliyah dan tidak bertamadun? Ingatlah kita bukan hanya disini. Disini hanya sementara. Apa sangatlah nak dikejarkan dan diegokan. Disana itu forever.
Last but not least, sebagai seorang Muslim, saya syorkan anda segera bertaubat. Kembali ke jalan yang benar iaitu Islam. Itu sahaja choice yang ada. Jika anda masih ingin berpegang dengan apa yang anda katakan kebenaran itu, anda pegang sendiri-sendiri sahajalah. Tak perlu susah payah/kecoh kacau pegangan orang yang dah yakin betul. Islam pun tidak paksa anda pilih Islam. Sekadar mengingatkan juga, Islam tidak memandang ringan kejadian murtad bagi menjaga maslahah ini. Dalam kes ini, oleh kerana anda asalnya seorang Muslim, sememangnya anda akan dikenakan hukuman yang setimpal jika terbukti bersalah. Itu UNDANG-UNDANG agar kita tak jadi monyet lompat sana lompat sini. Undang-undang bagi mencegah hasutan luar yang boleh menyebabkan umat Islam terpesong akidah dan murtad pun ada berkuatkuasa. Jadi jangan pandai-pandai ganggu orang Islam. “Kamu di perjalanan kamu sendiri dan saya dalam perjuangan saya … ” adakah sekadar omongan kosong?