BELUM sampai 24 jam arwah Yasmin Ahmad selamat dikebumikan, muka depan akhbar harian Kosmo! telah membuat pendedahan tentang sejarah peribadinya. Pada hari yang sama, 27 Julai 2009, majalah hiburan Mangga Online juga membuat “pendedahan” yang sama melalui wartawannya, Rosli Manah.
Yang anehnya, bahagian laporan Mangga Online yang menyentuh sejarah peribadi Yasmin itu telah dikeluarkan dari laman web tersebut kali terakhir saya melayarinya. Adakah disebabkan majalah tersebut merasakan laporannya tidak manis atau tidak beretika?
Tetapi jika demikian kenapa tidak diumumkan sekali kesilapan yang telah dilakukan? (Kosmo!, sebagai contoh, memohan maaf di muka depan terbitan 30 Julai.) Orang umum hanya akan dapat menilai ketelusan dan profesionalisme satu-satu badan media jika ia berani mengaku dan memperbetulkan kesilapan sendiri.
Akhbar Kosmo! terbitan 27 Julai 2009
Benar, setelah membaca kedua-dua laporan Kosmo! dan Mangga Online, saya sendiri berpendapat wartawan yang terlibat tidaklah sengaja ingin menjatuhkan maruah Yasmin. Tulisan mereka tidaklah berunsur fitnah atau bersifat sensasi.
Namun, memandangkan pelbagai macam hukuman dan amaran yang berpaksikan sistem perundangan Islam di negara ini, sebarang pendedahan peribadi tentang arwah Yasmin sebenarnya bersifat “menjaga tepi kain”. Saya memetik kata-kata Rosli, wartawan Mangga Online, sendiri: “Tapi apabila berbual [dengan Yasmin] saya tak nampak di manakah ruang untuk saya bertanyakan soalan itu. Bukan apa … takut ia menjadi satu perkara sensitif … Saya hanya simpan sahaja soalan itu sehingga sekarang tanpa mahu mencari jawapannya.”
Bak kata pepatah, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
Sekumpulan pengamal media telah membantah tindakan wartawan Kosmo! dengan menulis surat kepada pengarang menghentam laporan tersebut. Surat ini merupakan satu cubaan yang bertanggungjawab oleh para wartawan untuk memantau tahap etika rakan setugas. Namun, ia nampaknya lebih bertumpu kepada mempertahankan maruah peribadi Yasmin dan mempersoal maruah peribadi pengarang Kosmo!.
Keratan artikel Kosmo! yang mendedahkan sejarah peribadi Yasmin
(Klik imej untuk paparan besar)Apakah ini merupakan warisan terpenting Yasmin untuk kita, rakyat Malaysia? Apabila seorang tokoh tanahair meninggal dunia, apakah kita perlu mengorek apa saja rahsia peribadinya? Apa sangkut-paut butir-butir peribadi ini dengan kepentingan awam?
Pencemar budaya Melayu?
Yasmin pernah betul-betul diserang dengan lebih teruk di media tradisional Malaysia. Tahun 2006, dalam rancangan Fenomena Seni siaran RTM1, Yasmin telah “dibelasah” — ini istilah wartawan Utusan Malaysia yang mengulas rancangan tersebut — oleh pengkritik filem Akmal Abdullah, dan produser kontroversi Raja Azmi.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Yasmin “didakwa mencemarkan imej gadis Melayu dan pada masa sama tidak menghormati isu agama menerusi watak Orked lakonan Sharifah Amani dalam kedua-dua filem [Sepet dan Gubra]”.
Saya petik Akmal: “Orked sebagai perempuan Melayu [Malaysia] digambarkan mempunyai didikan agama yang teguh tetapi dia hanya sesuai untuk seorang lelaki Cina [Malaysia] penjual CD dan VCD haram yang boleh dikategorikan sebagai penjenayah.”
Raja Azmi pula tidak puas hati dengan watak bilal dalam filem Gubra yang rajin memasak di dapur. Menurut logik Raja Azmi, isteri yang warak tidak akan membenarkan suaminya memasak sama sekali.
Maka dengan itu Yasmin dicap sebagai pencemar budaya Melayu di Malaysia. Saya rasa serangan dalam rancangan Fenomena Seni inilah yang sebenarnya kita perlu bincangkan apabila kita meratapi pemergian Yasmin.
Benarkah Yasmin telah mencemar budaya Melayu di Malaysia? Daripada ratapan pilu rakyat Malaysia yang berbilang kaum apabila Yasmin meninggal dunia, saya rasa sebaliknya — Yasmin sebenarnya berjaya memberi semangat bukan saja kepada peminat Melayunya, malah menyentuh jiwa kaum lain di Malaysia. Bukankah ini contoh karyawan yang kita mahukan di Malaysia?
Saya bukannya mahu mempertahankan karya Yasmin di sini. Saya rasa memang wajar kalau kita mengkaji karyanya dan sama-sama berkongsi pendapat. Apakah karyanya memperlihatkan tahap seni yang baik, atau mungkinkah Yasmin serba kekurangan dari segi teknik dan gaya penceritaan?
Saya sendiri berpendapat yang Yasmin tidak selalunya memberikan komen yang masuk akal apabila bercakap tentang industri filem. Dalam temuramah terakhirnya dengan New Straits Times tentang keputusan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengharamkan filem-filem yang memaparkan mat rempit dan lelaki berpakaian wanita, Yasmin berkata, “Saya tidak kisah.” Dan Yasmin tidak kisah sebab syarat kementerian itu “tidak ada kesan” atas pembikinan filemnya sendiri, walaupun ia memang menyusahkan industri filem tempatan secara keseluruhan.
Mat rempit (Domain awam)
Padahal rakan seperjuangannya, Datin Paduka Shuhaimi Baba, dengan panjang lebar menggariskan bagaimana langkah sedemikian akan merencatkan kreativiti dan pulangan kewangan industri filem tempatan.
Saya rasa pelik juga logik arwah Yasmin terhadap dasar kerajaan tersebut. Nampaknya arwah Yasmin cuma mementingkan pembikinan filemnya sendiri tanpa mengambil kira impak terhadap pembikin filem yang lain. Tambahan pula, isu lelaki berpakaian wanita dan mat rempit sering dilihat sebagai ancaman kepada budaya Melayu. Maka, pelik juga bagi saya kenapa Yasmin tidak mahu mempersoalkan keputusan kementerian sedangkan dia sendiri pernah dicap, secara tidak adil, sebagai pencemar budaya Melayu.
Kepentingan umum
Namun, saya sedar bahawa karya Yasmin Ahmad telah menyentuh jiwa sebilangan besar rakyat Malaysia. Dan selain keluarga dan rakan terdekat arwah Yasmin, mereka ini juga merasakan kehilangan besar apabila dia meninggal dunia. Demi kepentingan umum, kita semua perlu diberi ruang untuk meluahkan perasaan sedih kita tentang pemergiannya. Malah, ramai yang menganggap Yasmin sebagai idola mereka yang tidak boleh dikritik langsung.
Saya pula tidak setuju dengan pendapat ini. Setiap insan wajar dikritik, sekalipun insan tersebut berniat jujur dalam setiap pekerjaannya. Tetapi biarlah kritikan ini dikenakan dengan cara yang berhemah, dan kena pada tempatnya. Warisan dan peninggalan Yasmin Ahmad memang perlu dikritik dari sudut nilai seninya, dan dari sudut pendirian yang diambilnya sebagai seorang tokoh awam dan karyawan tanahair. Dengan cara ini, barulah arena seni tanahair akan terus maju, dan budaya demokrasi di Malaysia akan semakin berkembang.
(Sumber: sinemamalaysia.com.my) Dalam wacana tentang mana-mana tokoh awam, sama ada yang hidup atau yang sudah pergi, kita perlu membezakan antara apa yang berkait dengan kepentingan awam dan apa yang tidak kena-mengena. Contohnya, perilaku peribadi seorang tokoh politik yang suka menganiayai isterinya atau memakan rasuah sememangnya perlu didedahkan demi kepentingan umum. Tetapi pilihan peribadi seseorang tokoh yang tidak pernah mendatangkan mudarat kepada mana-mana insan yang lain perlulah dibiarkan saja.
Jadi, bagi pencinta karya Yasmin yang berkabung untuknya mahupun mereka yang kurang mesra dengan Yasmin, biarlah kita membincangkan warisannya dari sudut kepentingan umum.
Shanon Shah bertemu arwah Yasmin Ahmad buat kali terakhir apabila arwah membaca watak Chin Peng daripada transkrip Rundingan Baling dalam Pesta Darurat anjuran Five Arts Centre. Arwah ketika itu berpura-pura merajuk kerana Shanon tidak sempat menghadiri pra-tonton Talentime pada masa itu.
Main says
Saya tidak mengenali arwah Yasmin secara peribadi tapi pernah tertanya-tanya mengenai iklan Petronas di televisyen. Setelah mengetahui, secara sedar atau tidak, Yasmin wajar mendapat penghormatan melalui karya yang menghambur inti hati insan-insan Malaysia. Katalah apapun, usaha yang nampak kecil (iklan) menampakkan impak dalam pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia, apa lagi “Gubra” yang tidak pernah puas ditonton. Al-fatihah untuk roh beliau, Allah lebih sayangkan beliau. Amin.
Awan Gebu says
Terima kasih, Shanon atas rencana yang menarik dan seimbang. Saya sendiri juga berkongsi banyak pendapat yang telah anda luahkan. Dalam membincangkan tentang Yasmin Ahmad, orang biasanya menjadi ekstrimis (sama ada pro- atau anti-), tak ramai yang dapat membicarakan Yasmin secara rasional serta dapat menilai apa yang baik dan apa yang kurang pada diri/karyanya tanpa prejudis ataupun taasub. Salah seorang kawan saya (bukan peminat Yasmin) telah menyatakannya dengan tepat: “Walaupun saya tidak bersetuju dengan karya-karya Yasmin, namun filem-filemnya tetap penting kerana kita amat memerlukan suara-suara yang berbeza dalam industri seni Malaysia.”
ummu says
Bila kenang karya/filemnya yang tidak disulam dengan citra Islam, masa arwah koma, cepat hati menoakan agar dia segera dijemput Allah agar tidak ramai lagi Muslim dan anak-anak Muslim rosak hati dan fikiran dengan mengagumi hasil kerjanya, masyaAllah… semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Kita tidak tahu, mungkin ada amalan dia yang terus diterima Allah. Jadi tidak wajar salahkan dirinya, hanya idea yang sangat merosakkan imej Islam, sangat mendukacitakan Muslim Malaysia yang melihat karyanya dengan matahati anugerah Ilahi…
Awan Gebu says
Ummu, boleh tolong terangkan apakah idea Yasmin yang “sangat merosakkan imej Islam”? Mungkin idea yang ditonjolkan tidak bertepatan dengan pemahaman Islam Ummu, tapi bukankah kita juga perlu terbuka kepada kemungkinan yang ilmu agama kita sendiri juga kekurangan? Islam yang kita praktikkan di Malaysia ini bukankah tidak serupa dengan Islam yang dipraktikkan di Saudi Arabia, Turki, Pakistan, Gambia dan negara-negara Islam yang lain, jadi bolehkah kita tanpa rasa rendah diri sewenang-wenangnya menuduh orang lain menyimpang dari ‘Islam’ sedangkan ‘Islam’ itu sendiri punya pelbagai versi? Saya sendiri tidak bersetuju banyak perkara mengenai karya Yasmin, tapi saya takkan berani bercakap bagi pihak ‘Islam’. Mari kita sama-sama ambil iktibar dari kisah Nabi Musa A.S. dengan Nabi Khidir A.S. sebelum kita mengaku lebih tahu dari orang lain.
ningsih says
Isn’t it poor judgment to criticize someone right after their death? I may not agree with the deceased on certain issues, but bringing them up *right* after they die is bad manners, kurang ajar.
There is a time and there is a place to evaluate anyone’s legacy.
Pian says
Ummu,
Anda mendoakan biar seseorang itu lekas mati? Jika saudara/i Ummu begitu runsing dengan idea yang dipaparkan oleh filem-filem Yasmin, mengapa tidak doakan biar para penonton dapat tafsirkan kandungan filem-filem itu dengan sempurna? Tidak hairanlah jika ada yang mengaitkan umat Islam dengan pengganas–sanggup mengorbankan nyawa manusia demi mempertahankan kepercayaan sendiri.
Lebih rela saya dedahkan segala orang Muslim kepada filem Yasmin, yang mengandungi mesej kasih-sayang sejagat, daripada dicemar oleh aliran fikiran bahawa cara kita menyekat idea-idea yang tidak selari dengan idea kita ialah dengan mendoakan agar ajal seseorang itu cepat tiba. Sebagai seorang umat Islam, saya amat bersedih sekali membaca komen saudara/i Ummu yang jelasnya keterlaluan.
M. Rep says
Salam sejahtera.
Biar apa jantina dia. Itu adalah urusan arwah dengan Yang Maha Kuasa.
Kita sebagai manusia, biarlah kita bertindak sebagai seorang manusia. Bukannya berlagak mengadili, menghukum ataupun membicarakan seseorang yang telah meninggal seperti kita ni adalah Tuhan.
Bersangka baik, membicarakan tentang kematian arwah. Bukankah itu lebih elok dan berpahala?
Sekian.
mira says
Agreed with awan gebu! Entah apa yg best sgt sampai org dok sanjung-sanjung filem sampah Yasmin Ahmad ni! […] Berkualiti tp jalan cerita merepek macam kartun, kenapa dia tak jadi animater je kan senang! Kenapa nak rosakkan imej Islam! […]
sekadar berkongsi says
“Raja Azmi pula tidak puas hati dengan watak bilal dalam filem Gubra yang rajin memasak di dapur. Menurut logik Raja Azmi, isteri yang warak tidak akan membenarkan suaminya memasak sama sekali.”
—————————————————————
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bertindak menjahit pakaiannya sendiri malah baginda juga turut menyusun kasut. Semua huraian dan penerangan ini menjelaskan bahawa memasak dan mengemas rumah bukanlah tugasan dan tanggungjawab isteri. Dalam erti kata lain, seorang isteri tidak boleh dimarahi apatah lagi diceraikan apabila beliau enggan atau malas melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak atau mengemas.
copied from http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2009/04/benarkah-memasak-dan-mengemas.html
seseorang says
Apa yg difilemkan itu adalah realiti. Ramai yg tidak alami dan nampak kehidupan seperti tu wujud. Mungkin kalian berasal dari keluarga yg sempurna dan penuh dengan didikan agama. Menjalani hidup sebagai seorang Muslim yg sempurna..dan sangar perfect. Sehinggakan sanggup mengutuk org yg dah meninggal. Itu kah yg kalian katakan Muslim? Itu didikan agama yg kalian belajar dari kecil? Maaf kan saja kesalahan arwah yg smpai buat kalian membenci arwah.
Muslim sepatutnya saling mendoakan kesejahteraan sesama umat.
Kalian mengutuk arwah bukankah sama merosak kan imej org islam?
Islam tidak mengajar umat nya mengutuk..
maaf sekiranya tersinggung…