KUALA Langat Member of Parliament (MP) Abdullah Sani Abdul Hamid’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.
(Source: parlimen.gov.my)Name: Abdullah Sani Abdul Hamid
Constituency: Kuala Langat
Party: PKR
Years as MP: Since 2008
Government position: None
Party position:
Selangor elections director
Membership in parliamentary committees or caucuses:
Proceeding regulations committee member
Labour caucus chairperson
Blog/website: None
Original deadline: 22 Feb 2010
Responses submitted: 11:30am, 23 Feb 2010
Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.
Saya menyokong pemansuhan ISA 100%. Prinsip penahanan tanpa bicara adalah menentang keadilan. Sebagai negara yang bertamadun, semua orang ada hak mempertahankan diri melalui perbicaraan. Jika hak ini ditolak, tiada ruang untuk menegakkan keadilan.
Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Mengapa?
Malaysia boleh ditaraf sebagai negara Islam, tapi dalam peramalan, ia sekular. Maksud saya, kerajaan tidak adil saksama dan tidak membela nasib rakyat miskin. Ini bukan Islam.
Dalam sistem sekular, kalau kerajaan ada kuasa, dia berasa ada hak untuk melakukan apa-apa saja. Dia tak patuh kepada undang-undang agama. Ini sebab saya rasa tsunami dalam pilihanraya umum 2008, rakyat telah bosan dengan sistem sekular negara ini.
Apakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastuktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?
Pertama, untuk memperjuangankan hak rakyat. Kedua, untuk memulangkan hak rakyat kepada rakyat yang telah dirampas dan dirompak oleh kerajaan Barisan Nasional.
Ahli-ahli Parlimen tidak menerima sumber yang mencukupi. Misalnya, kita tidak diberi secretariat atau penyelidik. Dengan pendapatan Ahli Parlimen kita yang rendah, kita terpaksa meluangkan duit sendiri untuk mengupah kakitangan Parlimen kita sendiri.
Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.
Memang saya bersetuju. Ia akan menguatkan ketelusan dan kecekapan dalam urusan kerajaan.
Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?
Kalau satu langkah sahaja, saya akan meneruskan perjuangan dan pendesakan untuk hak-hak orang ramai dengan hujah-hujah berdasarkan fakta melalui debat dalam Parlimen. Hanya dengan fakta dapat kita berjuang dengan berkesan. Saya memang mengambil pendekatan ini melalui jawatan saya sebagai pengerusi kokus buruh.
Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen dan mahkamah? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.
Sesungguhnya, kehakiman harus berdiri atas platform dan pentadbiran sendiri tanpa merujuk kepada Jabatan Perdana Menteri. Seperti kita telah lihat dalam kes VK Lingam, kehakiman kita telah hilang kewibawaannya. Begitu juga dengan legislative dan executive. Setiap cabang kerjaan patut diasingkan supaya “check and balance” boleh diamalkan.
Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list
The Nut Graph memerlukan bantuan anda
Silalah luang lima minit untuk mengambil tinjauan pembaca kami