• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)

By Koh Lay Chin

May 27, 2010

HULU Langat Member of Parliament (MP) Dr Che Rosli Che Mat’s response  to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.


(pic: parlimen.gov.my)

Name: Dr Che Rosli Che Mat 
Constituency: Hulu Langat

Party: PAS 
Years as MP: Since 2008

Government position: None 
Party position: None

Membership in parliamentary committees or caucuses: None

Blog/Website: http://www.hululangat.net/


1

 Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Kita menuntut supaya ISA ini dimansuhkan, tetapi Kementerian Dalam Negeri sekarang bercadang untuk mengubahsuai atau merombak semula akta itu.

Pada pandangan saya kita kena memansuhkan akta itu kerana orang yang dituduh bersalah mestilah dibawa kepada muka pengadilan. Menuduh orang bersalah tanpa penghakiman/perbicaraan itu tidak adil dari segi kemanusiaan dan menganiaya dirinya, keluarga dan masyarakat.

2 Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Mengapa?

Sebenarnya kita menyedari masyarakat majmuk dalam negara kita ini, dan apa yang dianjurkan oleh Islam itu adalah untuk menegakkan keadilan. Sebenarnya kalau kita mendalami Al Quran, tidak satu pun dalam Islam yang menunjukkan kita mengamalkan diskriminasi kepada orang bukan Islam, atau menyuruh kita merobohkan tempat ibadat mereka. Kita boleh sampai peringkat boleh memberi zakat kepada orang bukan Islam yang susah, lebih-lebih lagi dari tabung kebajikan biasa.

Kita menghormati demokrasi dan berusaha menegakkan keadilan. Tetapi kini ada budaya kroni yang memberi hanya orang yang rapat habuan/bantuan, dari beras sampai ke projek besar. Kalau kita hendak keadilan, kita tidak perlu bertanya parti apa yang dia sokong? Kita hendak tegakkan keadilan yang disarankan oleh Islam. Kami tidak mengatakan bahawa negara ini negara Islam, tetapi ia hendaklah menegakkan keadilan dan mempertahankan demokrasi.

3 Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Sebagai seorang Ahli Parlimen, tugas utama adalah bersama-sama menggubal undang-undang negara dan memastikan perjalanan negara mengikut lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan.

Dari segi Parlimen, kita masih dipandang sebagai pembangkang. Tetapi saya bersyukur kerana ada elaun yang membantu kita bergerak, seperti elaun mesyuarat, elaun perjalanan dan elaun pemandu.

Sepatutnya peruntukan RM500,000 daripada JPM (Jabatan Perdana Menteri) yang diberi kepada Ahli Parlimen untuk pembangunan rakyat diberi untuk ahli pembangkang [juga]. Tetapi [ianya] tidak diberi. Sebaliknya dikawal oleh ketua bahagian. Itu biasanya memihakkan parti kroni.

Kita bersyukur di  Selangor pihak kerajaan negeri memperuntukkan RM50,000 untuk pentadbiran, sewa pejabat dan untuk membayar PA (personal assistant) dan sebagainya serta RM100,000 untuk pembangunan rakyat. Tetapi untuk banyak perkara lain, kita menghadapi masalah kerana tidak ada peruntukkan untuk melantik pembantu-pembantu seperti research assistant.

Saya hanya lantik penolong pegawai untuk masyarakat [Malaysia berketurunan] Cina dan India, dan mereka diberi RM300 untuk membayar minyak kereta. Itu terlalu kecil dan kita rasa terlalu daif. Orang tidak akan volunteer, dan kita tidak cukup peruntukannya. Kita hendak membantu rakyat tetapi tidak boleh dapatkan kepuasan yang memuaskan.

4 Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.

Sekarang di dalam negara ini, kita dikongkong oleh akta seperti OSA (Official Secrets Act) dan Printing Presses and Publications Act. Saya memang setuju untuk penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat. Tetapi akta ini mesti juga ada peraturan-peraturan supaya kita tidak boleh sebebas-bebasnya. Jangan sampai maklumat penting didedahkan kepada orang luar, seperti agensi perisik Amerika dan Israel.

Secara peribadi saya tidak setuju kalau itu berlaku, sebab saya sayangkan Malaysia. Yang perlu disekat kita perlu jaga, tetapi apa yang boleh memanfaatkan orang awam kita sebarkan. Sebagai contoh, maklumat rasmi negara yang berkait dengan sains, teknologi  dan alam sekitar ataupun hasil R&D (research and development) tak perlu dijadikan dokumen rahsia bertahun-tahun tetapi dikeluarkan untuk pengetahuan umum. Di dalam negara seperti Thailand hasil R&D dalam pertanian mereka dikeluarkan [untuk sebaran umum] dengan cepat.

5 Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Bagi saya, saya menyokong kebebasan bersuara dan menyampaikan maklumat kepada rakyat. Sekarang kita hendak mengeluarkan maklumat, tetapi ini bergantung kepada pemberita dan di mana mereka berkerja.  

Berita itu tidak boleh dikeluarkan ataupun mungkin keluar di laman web tertentu sahaja, dan ini menunjukkan bahawa berita itu tidak bebas di sini. Di Amerika Syarikat atau UK, sebagai contoh, di masa pilihanraya, semua parti bertanding boleh bercakap di dalam televisyen.

Masalahnya bila kerajaan Malaysia mentadbir, dia hanya mentadbir untuk Barisan Nasional. Kita perlu ubah sistem ini kerana kerajaan perlu mentadbir negara, tidak kira parti apa pun.

Tetapi bolehkah ini dilaksanakan? Harapan saya adalah untuk negara kita, yang sudah merdeka 53 tahun, mengamalkan demokrasi yang mengikut prinsip demokrasi sebenar, matang, selamba dan natural.

Bila sampai masa pilihanraya itu, janganlah buatkan negara seperti suatu rusuhan dan berbelanja berjuta-juta untuk pasukan keselamatan, sedangkan di luar negara seperti England, Australia mereka matang dan pergi mengundi dengan tenang dan aman. Tidak perlu poster yang banyak dan sebagainya.

6 Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara esekutif, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab. 

Itulah yang sebaik-baiknya — pengasingan kuasa. Di mana penghakiman hanya melaksanakan undang-undang yang kita sama gubal/bina. Contohnya, dalam pemerintahan Islam semasa zaman Rasulullah, dimana baginda pernah mengatakan bahawa jika anaknya Siti Fatimah mencuri, dia sendiri akan memotong tangannya.

Tetapi di sini kalau berkait kroni boleh pula jatuh hukum yang terbalik, walaupun sepatutnya kita perlu memutuskan kalau salah, salah, dan kalau betul, betul. Perkara seperti ini menjadikan rakyat pening, dan mereka tidak tahu yang mana hukum itu betul. Biarlah hakim mengikut secara professional dan mengikut peraturan yang betul. Kita lihat berbagai masalah berlaku kerana campur tangan politik dan kerajaan. Apa yang dibincangkan dan digubal dalam parlimen perlu mengikut keadilan dan keperluan sebenarnya, bukan mengikut kepentingan pemerintah sahaja. favicon

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: MP Watch Tagged With: Che Rosli Che Mat, Hulu Langat, interview, Koh Lay Chin, Malaysia, member of Parliament, MP Watch, pas, politics

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2023 The Nut Graph