PASIR Mas Member of Parliament (MP) Datuk Ibrahim Ali’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.
Name: Ibrahim Ali
Constituency: Pasir Mas
Party: Independent
Years as MP:
1986 – 1990 (Umno)
1990-1991 (Semangat 46)
1991 – 1995 (Umno)
2008 – (Independent)
Government position: None
Party position: None
Membership in parliamentary committees or caucuses: None
Blog/Website: None
Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.
Saya tidak menyokong memansuhkan ISA. Ini kerana demi keamanan negara. Undang-undang seumpama ini sudah banyak diperkenalkan di negara lain termasuklah negara maju.
ISA adalah undang-undang pencegahan dan penahanan tanpa bicara. Penahanan melalui proses mahkamah mengambil masa dan memerlukan bukti yang cukup tanpa ragu dan masa yang panjang untuk bertindak melalui bukti yang cukup. Ini akan memberi ruang kepada mereka yang hendak melakukan huru-hara dan boleh memudaratkan keamanan negara.
Jika operasi polis terdedah, ianya menjadi sukar untuk pihak keselamatan bertindak. Saya menyokong ISA setakat kajian semula dan dibuat beberapa pindaan terutama tempoh tahanan 60 hari dipendekkan dan [dari segi] layanan kepada tahanan.
Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Mengapa?
Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan. Elok kalau negara Malaysia menjadi negara Islam sepenuhnya apabila semua rakyat memahami kebaikan yang terdapat di dalam sebuah negara Islam termasuk orang-orang bukan Islam.
Oleh kerana masa belum tiba, eloklah negara Malaysia buat masa ini berjalan seperti sekarang yang mana Islam adalah agama rasmi persekutuan, dan sekular diterima mana yang sesuai.
Apakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?
Tugas sebagai seorang Ahli Parlimen ialah membahas apajua perundangan, belanjawan dan usul-usul yang dibawa di Dewan Rakyat. Di samping itu juga, seorang Ahli Parlimen perlu memastikan kawasan yang diwakilinya maju dan diberi pembelaan atas apa jua kehendak oleh pengundi tanpa mengira kaum.
Sebagai Ahli Parlimen bebas, saya tidak diberi apa-apa peruntukkan untuk infrastruktur dan memang tidak [ada] sumber untuk memenuhi tugas sebagai wakil rakyat bebas.
Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.
Saya menyokong penggubalan Akta Kebebasan Maklumat kerana ianya memberi jaminan perlindungan kepada mereka yang memberi maklumat.
Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?
Satu langkah untuk memperkukuhkan system demokrasi berparlimen ialah jika boleh, Ahli Parlimen mengundi mengikut isi hati masing-masing dan tidak mengikut arahan Parti Whip, dikecualikan usul percaya atau tidak percaya.
Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen, dan makhamah? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.
Memang saya berpegang pada prinsip pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen dan mahkamah. Pengasingan ini akan mengukuhkan sistem demokrasi dan mewujukan kerajaan yang baik, telus dan bersih.
Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list
The Nut Graph memerlukan bantuan anda
Justice says
This chap is a real racist. His actions have been widely published in all mainstream ans independent news media.
Using race issues to gain support will not allow us to work with the other races. If we hate Chinese [Malaysians] so much, then don’t do business with them. It only demonstrates how stupid we Malay [Malaysians] are, and [only serves to tell] the world that we are indeed parasites, dependent so much on others.
Kong Kek Kuat says
The best answers I have come across so far!
Wa caya sama lu wei!
Jawapan yang logik, konsisten dengan prinsip yang dipegang oleh penjawab, dan tidak boleh dipertikaikan.
He sounds like a person who knows what he is talking about.
Tan says
Everybody should know that the ISA in itself is not much of a problem. The problem is human. If there were no abuse of power, the ISA would not be as controversial. So it’s not about the act, it’s about the attitude and responsibility.
Anti-ISA politicians and even Ibrahim Ali have their reasons why the ISA should or shouldn’t be abolished, and I agree with both opinions. But we have to make clear that abuse of power is the main issue. Even if the ISA were abolished, the power abuse issue may remain.