ARAU Member of Parliament (MP) Datuk Ismail Kasim’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.
Name: Ismail Kassim
Constituency: Arau
Party: Umno
Years as MP: Since 2008
Government position: None
Party position:
• Arau division deputy head
Membership in parliamentary committees or caucus: None
Blog/Website: Facebook — Dato’ Ismail Kassim
Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?
Pada dasarnya saya setuju supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri ini dibuat kajian semula, kerana akta ini sudah lama sebenarnya. Tetapi saya tidah setuju ia dimansuhkan. Cuma adanya setengah keadaan, seperti penahanan tanpa bicara, di mana kita perlu lihat kepada sedikit peraturan yang perlu dikenakan terhadap pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk buat penahanan. Kerana kita bimbang ia boleh disalahgunaan kalau tidak ditangani dengan bijaksana, ataupun dengan hasrat tertentu oleh pihak yang ingin menyalahgunakan perkara itu untuk kepentingan politik, ideologi dan sebagainya.
Tetapi ia perlu diteruskan atas keadan tertentu, yang melibatkan peristiwa-peristiwa soal keganasan, kemasukan elemen-elemen rangkaian pengganas antarabangsa ke dalam negara kita. Sedang pun Amerika Syarikat, yang dianggap negara yang terkenal dengan amalan prinsip hak asasi masih meletakkan akta ini sebagai satu perkara yang masih di peringkat kajian dan perlaksanaan. Perkara ini sebenarnya memerlukan sedikit penelitian supaya tidak ada penyalahgunaan, itu yang paling penting. Kajian semula perlu dalam perkara ini.
Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?
Pada saya, saya berdasarkan kepada perlembagaan asal negara. Saya rasa Malaysia sudah menjadi negara Islam sebenarnya, cuma menjadi pertikaian sekarang adalah cara mana kita untuk bersaing dengan 36 negara Islam yang lain dari segi pengendalian atau urusan-urusan yang berkaitan dengan undang-undang di negara kita, atau dengan soal toleransi kaum. Kerana kalau kita menjadi negara Islam, kita perlu memikirkan tentang soal-soal yang melibatkan kaum lain. Kita ada tiga kaum yang terbesar di negara kita dan kita perlu mendapat sedikit pandangan tertentu, walaupun semua ini termaktub dalam perlembagaan di mana agama Islam agama seluruh negara, dan agama-agama lain dibenarkan menjalankan ibadat dengan bebas dan tanpa gangguan.
Ini membukti bahawa toleransi agama sudahpun berlaku di negara kita dan perayaan agama lain sudah diiktiraf sebagai cuti nasional. Jadi pada saya kita negara Islam, tetapi mengikut acuan kita, mengikut konteks dan aspirasi kita mengikut komposis kaum dan masyarakat kita.
Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?
Tugas ahli terbahagi kepada beberapa tugas, pertamanya yang subjektif, seperti di kampung dan melibatkan amanah dan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat. Kita diberi mandat dari rakyat dan kita mesti menunaikan tanggungjawab kita, memenuhi sebahagian daripada sistem penyampaian dan melaksanakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah rakyat.
Kemudiannya ada tugas-tugas rasmi yang melibatkan usaha-usaha lazim kepada majlis umum, rasmi, yang dianjurkan oleh sesiapa pun. Yang ketiga, menghadiri mesyuarat rasmi di Parlimen, dimana itu wajib.
Pada saya sumber Parlimen mencukupi, cuma kemungkinan kalau dilihat dari segi elaun, mungkin kita yang diantara terendah dalam rantau Asia, tidak perlukan dibandingkan dengan negara maju. Tapi walau bagaimanapun itu bukan satu halangan. Kalau kita memilih untuk jadi wakil rakyat, dan jika kita hanya memikirkan soal gaji, saya ingat kita boleh memilih sektor yang lain yang tidak berkaitan dengan soal ini. Ini adalah pengorbanaan. Pada saya kemudahan mencukupi, dan kita mempunyai hubungan-hubungan baik dengan semua jabatan kerajaan dalam menyempurnakan amanah kita.
Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?
Keapda saya, saya sedikit menyokong dan sedikit tidak menyokong. Yang pertama, kerana dalam konteks tahap pemikiran (level of thinking) kita kadang-kadang belum sampai tahap kemajuan pemikiran rakyat yang keseluruhannya berfikir pada tahap yang sama, dalam usaha kita masih menuju ke negara maju. Dan dalam keseluruhannya, ada rakyat lagi yang tertutup kepada maklumat terkini, seperti pembacaan terkini sekalipun.
Saya setuju kalau hanya untuk tujuan kebaikan, perlaksanaan, penyelidikan, ilmu pengetahuan, perniagaan dan sebagainya. Tetapi jika tentang yang melibatkan provokasi dan yang negatif mesti ada kawalan. Kebebasan dengan sedikit kawalan. Mungkin dalam 10 atau 20 tahun kita boleh mencapai tahap pemikiran itu.
Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?
Kita mahu [pilihanraya] diamalkan dengan bersih. Kalau pilihanraya, mestilah pilihanraya yang telus. Saya bersetuju ada kalanya cara yang kotor yang diamalkan, dan bukan saja di dalam parti pemerintah Barisan Nasional, tapi parti yang lain juga. Kita perlu ada etika yang betul supaya kita tidak mencontohi atau mengikut prinsip “the ends justifies the means”. Itu bukan budaya kita. Kita perlu mengamalkan pertandingan dengan budaya yang sihat. Harus ada etika dalam politik.
Kita perlu juga memikirkan masa depan, biar kita menunjukkan satu contoh baik kepada generasi muda yang melihat semua perkara berlaku dalam negara kita. Kita mesti berpaksikan kepada keadilan, keamanan dan toleransi, dan tidak harus mementingkan sentimen kepuakan, dimana jika kita Melayu kita melindungi kepentingan Melayu sahaja ataupun kaum Cina untuk Cina sahaja. Yang akhirnya, kita harus faham undang-undang di negara kita dan mengikut landasan undang yang sedia ada.
Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara eksekutif, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?
Secara prinsipnya saya setuju dengan pengasingan kuasa antara eksekutif, Parlimen dan mahkamah, kerana ini melibatkan transparency dalam membuatkan keputusan dan keadilan untuk individu dan rakyat. Ini membolehkan kita hidup dalam harmoni dan keadilan. Parlimen mempunyai urusan sendiri, dan ada Parliamentary Services Act yang telah dihapuskan kerana campurtangan oleh kuasa eksekutif dalam Parlimen dalam soal perjawatan dan sebagainya. Ini perlu dikaji semula. Biar Parlimen kekal unggul sebagai Parlimen, mahkamah mengamalkan undang-undang negara dan pihak eksekutif dalam bidang eksekutifnya.
Tetapi apa jua keadaan, semua telahpun berjalan, cuma sedikit-sedikit dengan kelemahan yang perlu diperbaiki. Pada saya pengasingan kuasa ini amat perlu dalam hidup [untuk] kembali perjalanan pentadbiran negara kita yang lebih adil dan berkesan, untuk selama-lamanya.
Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list
The Nut Graph memerlukan bantuan anda