• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Mohd Firdaus Jaafar (Jerai)

By Koh Lay Chin

April 28, 2010


(Source: parlimen.gov.my)
JERAI Member of Parliament Mohd Firdaus Jaafar’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.

Name: Mohd Firdaus Jaafar
Constituency: Jerai

Party: PAS (Opposition)
Years as MP:
Since 2008

Government position: None

Party position:
Youth exco director of elections 

Membership in parliamentary committees or caucus: None

Blog/website: http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com


1

Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Akta ini sebenarnya akta yang melanggari hak asasi kita. Kita mesti telus dari sudut kehakiman, dan kedaulatan negara itu berada di tangan kedaulatan undang-undang.

Pada saya, ISA perlu dihapuskan dan apa sekali pun masalah yang dihadapi — kalau dengan jenayah — yang menjejaskan kestabilan politik atau ekonomi, ia mesti di bawah perbicaraan mahkamah. Itu lebih jelas dan saksama. Pada saya, akta itu perlu dihapuskan demi mendaulatkan sebuah negara seperti Malaysia.

2 Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?

Negara Islam ini bukan mudah untuk disebut atau dilafazkan sahaja. Kita mesti memahami, yang pertama sekali, kelompok dalam negara majmuk berbeza dengan negara [Arab] Saudi yang 100% Muslim, contohnya. Negara Saudi tidak ada hujah untuk berbalah fiqh, tetapi kalau dalam Malaysia saya melihat ciri-ciri Islam itu perlu dibawa dan diketengahkan oleh masyarakat sehingga diberi pemahaman jelas dan sehingga masyarakat boleh menyokong ciri-ciri yang baik.

Saya berkeyakinan penuh, sebagai seorang Islam, bahawanya saya melihat tiada undang-undang Islam ini yang menindas, sama ada ke hawa, ke lelaki, orang tua, muda, miskin dan seumpamanya.

Oleh itu sistem itu mesti dijelaskan kepada masyarakat sebelum dilaksanakan, mengikut sektor-sektor seperti pendidikan, di universiti atau dengan ahli-ahli politik. Beri pemahaman secara maksima dan kemudian di situlah bermulanya usaha untuk memberi jaminan kepada masyarakat bagaimana undang-undang di negara ini boleh menjadi lebih selamat.

Tetapi kalau tidak difahami secara menyeluruh oleh masyarakat, ia akan menjadi perbalahan agama, kaum dan sebagainya. Isunya adalah kita mesti memberi penjelasan. Umpamanya rasuah. Mungkin Islam melihat rasuah itu sebagai haram. Mungkin agama lain tidak melihat sebagai haram tapi anti-rasuah. Jadi kita boleh satukan di bawah “kami tidak bagi, kamu pun tidak bagi”. Dan akhirnya masyarakat boleh faham.

3Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Tugas Ahli Parlimen yang pertama sekali adalah untuk mengambil bahagian dalam Parlimen, membahaskan undang-undang, peruntukan bajet dan hal-hal kehidupan masyarakat.

Dari sudut menjaga kawasan Parlimen, peruntukan yang diberi oleh kerajaan Malaysia tidak sampai kepada ahli Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun kami menguruskan sebaik mungkin kadar kemampuan yang ada, asalkan tidak menjejaskan tugas Parlimen.

Namun bagi masyarakat, mereka rasa bahawa wakil rakyat mesti bersama mereka, siang malam pun mereka nak bersama dia. Itulah pandangan mereka. Walau bagaimanapun kita mendidik masyarakat supaya mereka memahami ada masanya kita mesti pergi ke Parlimen, kena buat “homework” atau kajian kita.

Ada masa kita mesti mendampingi rakyat. Jadi saya sebagai seorang Ahli Parlimen masih menanti. Kenapa kerajaan Barisan Nasional sanggup menepikan peruntukan kami, sehinggakan menteri datang kawasan kami pun tidak jemput? Sehingga hak-hak sebagai Ahli Parlimen Malaysia diketepikan oleh soal-soal politik.  

4Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?

Saya menyokong kerana sekarang kalau maklumat itu berkaitan dengan contohnya, konsesi lebuhraya, ia adalah satu masalah. Rakyat bertanya sebab-sebab ia semakin mahal, dan penggunaannya sudah minimal.

Kerajaan masih menyembunyikan maklumat IPP (Independent Power Producers), contohnya. Jadi kalaulah ia tidak menjadi bebanan, kerajaan mesti memberi had [kepada kenaikan] dan memberitahu kenaikan ini sampai bila. Kebebasan itu patut diberi, dan maklumkan kepada rakyat kenapa begini. 

5Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Yang pertama sekali semua pihak kerajaan pusat atau negeri kena akui kuasa demokrasi. [Sebenarnya sistem demokrasi di Malaysia] ini memang tidak kukuh. Apabila Pakatan memerintah negeri, mereka dinafikan hak-hak, dan kerajaan pusat terus menafikan salurannya.

Tetapi kalau di negeri Barisan Nasional (BN), sistem mati juga kerana mengutamakan kroni. Ini menjadi krisis perbalahan dalaman kepada sistem demokrasi. Jadi rakyat kena menilai kenapa semua ini berlaku.

Saya memberi contoh yang menunjukkan Umno masih ikut dengan cara mereka bekerja. E-sinar dan E-kasih adalah dua data kemiskinan di Kedah. E-sinar dikendalikan oleh kerajaan negeri tanpa soal parti, dan kalau sesiapa susah dan patut menerima, dia akan terima peruntukan. Untuk E-kasih, [yang dikendalikan oleh kerajaan] pusat, syaratnya adalah mereka mesti ahli Umno. Jadi sampai bila pun [tidak akan] selesai masalah ni.

Politik yang diamal oleh BN ini politik kepartian dan kroni, jadi anak muda mesti segera cepat pulih dan sedar yang ini adalah racun dalam sistem demokrasi. Dia mesti menyerah kepada orang yang lebih amal dan telus bagi menguruskan sistem demokrasi.

6Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?

Pengasingan ini penting, sebab Parlimen membuat keputusan kepada kerajaan. Kerajaan akan membuat keputusan Parlimen. Jadi kalau kuasa Parlimen menentukan segala-segalanya, tidak perlu ada kuasa pentadbir atau pegawai-pegawai awam yang membuat keputusan. Semua kena tanya Ahli Parlimen.

Dari segi mahkamah, tidak boleh ada sumber kepartian, ataupun menguntungkan apa-apa parti. Dia macam referi yang mesti telus. Hari ini banyak pertikaian berkaitan dengan kehakiman, jadi para hakim mesti bangun dan bersihkan diri mereka dengan secepat mungkin. favicon

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: MP Watch Tagged With: Jerai, member of Parliament, Mohd Firdaus Jaafar, MP Watch

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2023 The Nut Graph