TENOM Member of Parliament (MP) Datuk Raime Unggi’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.
(Source: parlimen.gov.my) Name: Raime Unggi
Constituency: Tenom
Party: Umno
Years as MP: Since 2008
Government position: None
Party position: None
Membership in parliamentary committees or caucuses: None
Blog/Website: None
Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri, terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?
Saya tidak setuju, dan mahu akta ini dikekalkan kerana ianya membabitkan keselamatan negara.
Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?
Malaysia sememangnya telah wujud sebagai sebuah negara Islam. Walaupun begitu ianya tidak menghalang rakyatnya menganut agama lain, iaitu rakyat bebas beragama.
Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?
Kedua-duanya [menggubal undang-undang dan memberi perkhidmatan di kawasan] adalah penting bagi seorang Ahli Parlimen. Kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan untuk merealisasikan apa yang dirancang oleh kerajaan.
Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?
Saya tidak menyokong penggubalan akta tersebut kerana ada di antara maklumat yang tidak boleh didedahkan kepada umum.
Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?
Kalau saya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, hanya satu langkah yang saya pilih iaitu pilihanraya.
Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?
Ya. Sebagai check and balance.
Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list
The Nut Graph memerlukan bantuan anda
Silalah luang lima minit untuk mengambil tinjauan pembaca kami
adriene says
This was disappointing. He did not substantiate his position with clear and specific reasons. How much thought has he given to his position beyond these sound-bite answers?