NAMPAKNYA cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menimbulkan debat yang hangat. Lihatlah saja surat dari seorang pembaca kepada Kak Nora yang baru saya temui:
Assalamualaikum Kak Nora,
Saya tengah stress yang tidak terhingga, Kak Nora. Umur tak sampai 15 tahun pun sudah ada uban, nasib baiklah muka saya lebih ayu bila bertudung. Tahun ini saya akan menduduki PMR. Entah kenapa, saya sungguh cemas. Seolah-olah saya PMS sepanjang tahun. Lebih teruk daripada abang saya setelah mengetahui kepincangan pasukan bolasepak Perancis pada Piala Dunia Fifa tahun ini.
Kenapa, kak? Kenapa manusia perlu menghadapi peperiksaan? Kenapa tak mansuhkan saja PMR dan ujian-ujian lain di Malaysia? Why, kak, why? Saya nak rambut saya hitam kembali sepertimana rambut Angelina Jolie dalam filem Salt.
Kembar tak seiras Angelina Jolie
Kampung Pandan
Waalaikumussalam adik Angelina “PMS” Jolie,
Mula-mula sekali, akak berdoa semoga rambut adik sentiasa cantik, hitam dan sihat. Tapi janganlah adik mengidolakan sangat si Angelina Jolie dalam Salt — itu rambut palsulah, dik.
Akak memang faham tentang isu stress di kalangan murid-murid sekolah sekarang tentang pelbagai ujian and penilaian yang perlu dihadapi. Jangan kata budak PMR, bila akak tengok budak-budak Darjah Satu sekarang pun akak sudah sayu. Akak tidak faham kenapa mereka perlu membawa beg sebesar-besar alam ke sekolah. Yang mengheret beg di atas jalan semuanya nampak macam jemaah nak pergi umrah. Yang menggalas beg di atas bahu pula akak tengok macam Teenage Mutant Ninja Turtles.
Dan akak sudah tidak faham dengan apa yang mereka pelajari di sekolah. Baru tempoh hari akak menjenguk kerja rumah anak saudara akak yang belajar Darjah Tiga. Soalan matapelajaran Sainsnya bertanya, “A bird has two ______.” Anak saudara akak menjawab: wings. Tapi cikgu memangkah jawapannya salah! Jawapan betul ialah “legs”! Jadi sekarang akak pun sudah keliru. Kalau jawab burung ada sepasang sayap, salah. Kalau jawab burung ada sepasang kaki pula, betul. Jadi akak sekarang manusia atau burung? Wallahua’lam.
Jika sistem kita mengutamakan soalan dan jawapan peperiksaan seperti ini, sudah tentulah ramai yang akan berkata, “Mansuhkan saja kesemuanya.” Tapi sekarang masalahnya ialah soalan peperiksaan yang ada tidak masuk akal, dan jawapannya bergantung kepada hafalan semata-mata. Kalau kita memperbaiki mutu topik-topik yang diuji dan soalan-soalan yang ditanya dalam peperiksaan di sekolah rendah dan menengah, mungkinkah ini juga satu penyelesaian yang berkesan?
Akak beri contoh sikit. Tapi jangan terjezut ya. Akak dari zaman purba — zaman akak, tiada PMR, tapi ada Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Dalam banyak-banyak subjek yang akak ambil, akak memang ingat dengan dua subjek — Bahasa Malaysia dan Sains Paduan.
Cikgu BM akak ketika itu memang jelas bosan dengan kerjayanya. Masuk kelas, disuruh kami mengambil nota sahaja. Bila tulis karangan, kena ikut formula. Bila jawab teks pemahaman, kena ikut formula. Akak pula murid yang skema dan cuba mengikut formula yang diajar oleh cikgu. Tapi akak sendiri tidak faham apa yang akak tulis atau baca, sehinggalah akak tidak mendapat keputusan yang baik untuk SRP. Sebaliknya, budak-budak yang mampu mengupah guru tuisyen semuanya skor. Sebab itulah, akak nekad bahawa akak tidak lagi akan bergantung kepada apa-apa formula apabila menulis. Sehinggalah akak menjelma sekarang sebagai penulis kolum nasihat yang ikhlas lagi nakal.
Tetapi untuk matapelajaran Sains, dik, lain pula. Cikgu akak ketika itu sungguh kelakar dan kreatif. Bila dia ajar tentang fotosintesis, dia suruh kami membalas pantun tentang proses tersebut. Bila membuat eksperimen di makmal, dia akan berceloteh tentang asal-usul eksperimen tersebut dan akan memberitahu kami tentang penemuan-penemuan saintifik yang bersejarah. Walaupun dia tegas, memang jelas bahawa dia mengambil berat tentang setiap seorang muridnya. Dan kami sekelas memang skor untuk SRP.
Dua soalan akak di sini ialah: Adakah ujian SRP itu adil untuk rakan sekelas akak bagi matapelajaran BM? Atau adakah memang tidak berguna kami mengambil matapelarajan BM? Adakah ia adil untuk matapelajaran Sains? Atau mungkinkah ujian untuk Sains tidak perlu bagi kami, kerana kami sememangnya berjaya menghayati semua yang diajar?
Untuk generasi adik sekarang, apa sebenarnya yang ting tong? Sistem peperiksaan? Sukatan pelajaran yang dikendalikan oleh kementerian? Kualiti dan kuantiti tenaga pengajar? Adakah masalah ini akan dapat diselesaikan dengan memansuhkan sistem penilaian yang sedia ada?
Tapi akak tidak bercita-cita untuk menjadi ahli falsafah murahan di sini. Adik sekarang menghadapi tekanan mengulangkaji untuk PMR. Biar akak berikan tips ulangkaji untuk beberapa matapelajaran yang tertentu:
Sains:
- Binatang apa yang ada kaki di atas kepala?
Matematik:
- Kembangkan (a+b)n
Bahasa Malaysia:
- Bulatkan penggunaan ting tong yang SALAH:
- Ghafar membunyikan loceng di pintu depan rumah Raju: “Ting tong!”
- Pasukan Perancis kecundang dalam Piala Dunia Fifa akibat terlalu banyak ting tong dalaman.
- Siakap senohong, gelama ikan duri. Bercakap ting tong, lama-lama mencuri.
- “Nanti aku ting tong engkau semua!” kata mak nyah tersebut kepada kumpulan lelaki yang menyerangnya.
English:
- How many agony aunts does it take to change a light bulb?
Jawapan:
- Kutu
- (a+b)n = ( a + b ) n = ( a + b ) n
- C. Ungkapan yang betul ialah: “Siakap senohong, gelama ikan duri. Bercakap ting tong, nanti cepat berahi.”
- Dua jawapan yang boleh diterima ialah:
A1: Only one, but the light bulb has to really want to change.
A2: None. The bulb will change itself when it is ready.
OK, dik, semoga berjaya dan sukses selalu!
Salam ikhlas dan nakal,
Kak Nora.
Shanon Shah merupakan sebahagian daripada kumpulan pertama yang menduduki PMR.
Baca ruangan Secubit Garam terdahulu
The Nut Graph memerlukan bantuan anda
[related-posts]
the says
Funnily enough, that’s EXACTLY what I wrote down when I was told to “Kembangkan (a+b)n” in math class, but I always got it wrong! Why? 🙁
azmi says
Can Kak Nora be in the panel that sets up our school examinations?
Sean says
“I always got it wrong! Why?”
http://www.tutorvista.com/content/math/number-theory/binomial-theorem/expansion-method.php
For this particular question, your answer is correct! So is “until when?”. Lots of answers would be answers to a slightly different question (“expand for some value of n”) – which is probably what the examiner wants. I guess nobody gets points for pointing out that the examiner isn’t asking the right question. I did once and it was like Asperger’s heaven – but in a moment that continues to trouble me, the teacher awarded me a Mars Bar in front of the whole class.
dr. K says
Dear Editor,
Could you please let me know why did you choose to [publish] Kak Nora’s column? Who is she? Her statements are all cow-sense statements. What was presented is very vague and unclear.
The fact of the matter is the Malaysian education system is going down the drain. The education minister is uneducated based on statements made last week (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/21/nation/6510666&sec=nation). How could one with such a mentality run the ministry?
Teachers nowadays are not trained properly. Upsi is not as good as it used to be due to the fact the teachers nowadays never really wanted to become teachers. Teaching was something they had to succumb to due to not having good grades. This applies to teachers nowadays “Those who can’t do, teach.”
During my time in school I could see new teachers as very inadequate in their teaching or delivering knowledge to the students. We require subject-specific teachers. I have seen before a teacher with no background in physics but who was teaching it.
Tuition centers are a hit due to teachers lacking teaching skills. If you go back to the 1970s, tuition classes were not the norm but nowadays they are everywhere. When teachers see this, they will be not bothered in teaching properly as tuition centers are there as back-up for students. When students excel in big examinations (UPSR, PMR, SPM), the school gets a good reputation but the truth is the students excel thanks to the work done by tuition teachers.
The government needs to increase the salaries of teachers and give them more incentives. Teachers are also involved in tuition centers. They tend to teach more efficiently when given more money and less students in a class (for example tuition classes). In schools, a teacher must teach 35-40 students in a class which makes giving full attention to each student problematic.
The truth is our education ministry is flawed. There are many issues to be debated, for example teaching Maths and Science in English. This was scrapped prematurely before seeing the success of it due to certain groups of the population thinking that the English language is a burden. The further you go in pursuing knowledge the more English is required.
[…]
farha says
“Akak memang faham tentang isu stress di kalangan murid-murid sekolah sekarang tentang pelbagai ujian and penilaian yang perlu dihadapi. Jangan kata budak PMR, bila akak tengok budak-budak Darjah Satu sekarang pun akak sudah sayu..”
Hahaha, right on the money! Saya nak tambah…anak-anak saya yang level tadika diberi homework! Ibubapa jadi ting-tong sekali!