TERKEZUT saya apabila beberapa suratkhabar di London memuatkan berita tentang kontroversi lagu Lady Gaga di rangkaian radio Malaysia. Akan tetapi, setelah saya membaca kolum terbaru kolumnis tanahair yang tersohor, Kak Nora, saya mendapat tahu tentang lagi satu kontroversi, kali ini melibatkan artis Malaysia sendiri. Bacalah selanjutnya:
Assalamualaikum Kak Nora,
Sebelum apa-apa Kak, lets me introducing myself. I am Lady Mama, sensasi pop terbaru tanahair yang sedang menggegar carta muzik dunia. Really, kak, I don’t story you fitnah-fitnah all. Orang kata I bongkak, I kata, “No, this is fakta…”
Anyway, kak, the reason I tulis ni is because I ada masalah sekarang dengan one of my mega-mega hitz in Malaysia. Berjudul Born Ting Tong, lagu ini sudah meletopz di carta Amerika, Eropah, Ostolia, Azerbaijan dan Guatemala. Malangnya, lagu ini tidak dapat menawan carta di Malaysia kerana rangkaian radio telah menapis contentnya. Sentap!
Dan kak tahu why they allz want to censoring my lagu hitz? It because of you, Kak Nora! They story me that the “ting tong” word is the copyright of your goodself! So I tulis sekarang to ask for your explaining to me, please, what is this hakcipta-hakcipta all? Bukankah kak seorang champion of the woman rights, the artist rights, and the ting tong rights? Sejak bila ada hakcipta ke atas hak asasi? Macam mana I punya blood the not going upstairs?
OK, sorry, I mengucap now … Actually, kak, the rangkaian radio also saying yang perkataan “ting tong” membawa makna negatif sepertimana yang digunakan oleh kak, jadi tidak sesuai dijadikan bahan lagu hitz. Is it correct, kak? Atau adakah rangkaian radio tu saja nak melagakan Kak Nora dan Lady Mama? Actually, I heard they allz tak nak putar lagu hitz I because they allz takut kena denda. Kononnya this part, kak, yang menimbulkan prasangka di kalangan they allz:
“You can say me very wrong/You can say I am sotong/I’m on the right track, baby/I was born ting tong”
They allz kata ini bunyinya macam I mempertahankan watak Sam dalam sitkom 2+1. Ini salah di sisi undang-undang kerana siri televisyen Melayu zaman 1980-an yang memaparkan lelaki lembut seharusnya tidak disebut-sebut lagi. Is it correct, kak? Story me now, please! Apa yang menyebabkan I lagi sentap is they allz seolah-olah tak menghiraukan kandungan korus lagu hits I yang berbunyi:
“Just sing out loud your song/Every ting and every tong/I’m on the right track baby/I was born ting tong”
Bukankah kandungan ini selari dengan matlamat 1Malaysia?
Kak, I’m sorry kalau terkasar ye? I’m not the sentap at you, but sentap with the system, huhuhu.
Salam sayang dalam sentap,
Lady Mama Bosan Diva Ayu Mahawangsa
Parit Buntar
Waalaikumussalam Lady Mama,
Mula-mula akak rasa macam kena sembunyi belakang tembok bila baca surat adik. Takut! Tapi akak sungguh faham kesentapan adik. Malah, akak sangat kagum dan mengucapkan tahniah atas kefofuleran adik di dalam dan luar negara. Semoga rezeki adik tidak putus-putus, insya Allah.
Dik, akak sebenarnya serba salah dengan reaksi rangkaian radio tanahair terhadap lagu adik. Betul kata mereka, perkataan “ting tong” sebelum ini banyak difofularkan oleh akak sendiri. Dan walaupun akak tidak setuju bahawa perkataan “ting tong” membawa maksud negatif, akak terpaksa bersetuju bahawa akak banyak menggunakan perkataan ini dengan cara yang kurang manis, contohnya untuk memaki penulis kolum yang gedik, bebal atau kedua-duanya.
Tetapi ini tidak bermaksud bahawa perkataan ini tidak boleh membawa maksud positif. Akak sungguh bersetuju dengan cara adik mentafsirkan semula perkataan ini. Banyak perkataan yang dulunya orang gunakan secara negatif tetapi sekarang dilihat oleh sesetengah kalangan sebagai positif atau neutral, contohnya perkataan “nyah”. Dan akak sungguh kagum dengan kefasihan adik in the speaking the London.
Tentang watak Sam dalam sitkom 2+1, akak rasa itu semua memang mengarut. Ramai penonton 2+1 yang sayang dekat Sam, you! Malah, akak sendiri rindukan Sam. Kerana watak Samlah akak terdorong untuk belajar taekwondo ke tahap black belt colour biru.
Anyway, since adik tanya pendapat akak, akak rasa akak boleh kongsi beberapa strategi demi mempromosikan lagu hitz adik di Malaysia:
Pergi ke Sarawak untuk buat live show banyak-banyak sekarang. Di situ kan ada pilihanraya? Biarlah adik jadikannya sebagai satu pesta rakyat! Malah, akak rasa lagu Born Ting Tong memang sesuai dengan citarasa pengundi mahupun calon politik di sana. In fact, di Sarawak sebenarnya ada banyak bakat seni yang terpendam – kalau boleh adik terokalah kerjasama dengan artis Sarawak, semoga lebih meriah industri muzik tanahair.
Cuba adik dapatkan bantuan orang kenamaan, kalau boleh bekas menteri, untuk menerbit klip video lagu adik. Akak bagi cadangan: adik buat shooting dekat bilik hotel murahan, guna kamera hitam-putih, dan kemudian adik buat tayangan terhad di Carcosa Seri Negara. Ha, janji meletopz! Adik tengoklah – nanti video tersebut akan terpampang di muka depan suratkhabar, siaran berita perdana dan laman-laman blog. It alls about strategi, dik: bukannya kerajaan atau rakyat Malaysia tak suka benda lucah, cuma adik kena pandai sikit buat packaging.
Adik fokus je kepada carta luar negara. Sebab dalam zaman globalisasi sekarang, siapa yang tak ada internet? Siapa yang tak tahu tentang berita oversea? Tengok macam si rapper kat Tunisia tu, El Général. (Adik dah cuba risik belum? Hensemkah? Singlekah? Nak akak tolong risikkan?) Sooner or later, dik, rakyat Malaysia akan kenal juga dengan lagu hits adik, dan ini akan membentuk pandangan mereka dalam pelbagai hal.
Akak ucapkan goods luck in everytingtong you do!
Salam ikhlas dan nakal,
Kak Nora
Shanon Shah tergedik-gedik mahu berduet dengan Lady Mama sekarang.
yin says
Brilliant!!! Miss you much!
Tapi lady mama jangan komen tentang politik, nanti kena blacklist di imegresen sarawak pulak.