• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Jadi, raya macam mana tahun ini?

Oleh Suraya Yaacob

September 29, 2008


(© Elyanna Samsudin / sxc.hu)

“JADI?” “Tak jadi?”

Paling banyak di dalam suratkhabar, internet atau di mana-mana sahaja dibualkan adalah mengenai pembentukan “kerajaan  baru” oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya tak nak berdebat hal ini. Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan, sesiapapun yang pandai dan bijak menilai sudah pasti memahami dan mengaku keupayaan menubuhkan kerajaan bukanlah dengan kuasa membeli, tetapi hak memilih kerajaan diberi sepenuhnya kepada rakyat melalui pilihanraya.

Rakyat sudah membuat pilihan pada 8 Mac 2008. Masa sudah berlalu untuk menubuhkan kerajaan lain mengikut pintu belakang. Tumpuan hari ini dan hari-hari seterusnya ialah semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri yang terpilih perlu dan mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang telah diamanahkan.

Tidak mungkin kerja harian dapat ditunaikan sekiranya kita membuang masa dengan menghitung dan berbincang serta berpolemik tentang percaturan politik dan kerajaan baru “kononnya” yang belum pasti hujung pangkalnya terus-terusan.

Yang pasti “jadi” adalah Hari Raya! Saya buka lebaran puasa tahun ini dengan berdebar-debar kerana membuat persiapan untuk anak sulung saya menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendahnya (UPSR). Kita berceramah sana sini, kita memberi motivasi jauh dan dekat, hari ini anak sendiri yang nak membuktikan apa yang kita katakan.


Muda-muda lagi dah belajar guna komputer… (© Pierre-Alain
Goualch / sxc.hu)
Sesungguhnya zaman memang telah berubah. Anak-anak hari ini menjalani kehidupan dengan cyberspace dan broadband internet. Mengulangkaji dan latih tubi hanya melalui komputer. Kalau kita duk marah suruh depa baca buku, depa kata dok mengulangkaji la, tetapi dengan komputer — kita tak leh marah. Yang sebenarnya kita tak savvy. 

Kita perlu bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Jangan kita dikatakan seperti katak dibawah tempurung.

Walaupun anak saya tidak menyatakan kepada saya secara terus, saya faham, beban di atas bahunya amat berat. Bukan sahaja masa depan beliau yang akan ditentukan, malah Uminya  juga tumpang sama memberatkan lagi bahu beliau.

Untuk itu saya tumpukan sepenuhnya masa dan tenaga saya untuk anak saya. Berkongsi beban beliau semasa menghantar ke sekolah, bertanya khabar bila beliau sampai di rumah, menemani beliau semasa mengulangkaji dan menjalani latih tubi setiap petang dan menyediakan hidangan kegemarannya untuk berbuka dan bersahur. Semuanya sehingga 11 haribulan yang lepas. Dan alhamdulillah, beliau menghadapinya like a man. Kita sama-sama berdoa kejayaan anak-anak kita nanti.

Ekonomi pasar

Mulai 12 haribulan, saya menjalankan program di dalam kawasan. Memberi sumbangan di kampung-kampung, berbuka bersama rakyat, dan berterawih di surau-surau dan masjid-masjid.

Sana sini yang hebat adalah bazar Ramadan. Serata pelosok tempat, tempat menjual juadah berbuka puasa pasti ada. Kalau ada tempat berniaga, pasti yang membeli juga ada. Pelbagai juadah disediakan dengan harga yang ditetapkan. Ada empat seringgit, ada lima seringgit, juadah pelbagai rasa dan nama. Tapi peliknya dalam semua orang merungut tentang harga barang yang melambung, jumlah orang di bazar Ramadan sentiasa ramai dan penuh sesak macam ada orang nak bagi kuih-muih dan lauk-pauk percuma saja.


Bazar Ramadan di Serdang (© Bintulutown @ Flickr.com)
Kalau ditanya si penjual: “Ada kesan puasa kali ini?”, pasti dibalas: “Perniagaan amat baik!” Kalau ditanya si pembeli, rata-rata merungut harga agak mahal tahun ini. Tetapi agaknya terhimpit masa, kita terpaksa juga berbelanja di bazar-bazar Ramadan ini.

Saya tak nampak keadaan ekonomi terhimpit. Semua mampu dimakan. Asal mau dan ada selera. Tapi kawan saya kata yang ini bukan tanda ekonomi baik, tetapi ini tabiat bulan Ramadan, nafsu makan melebihi segalanya. Wallahualam.

Dan nafsu ini juga mungkin terbawa-bawa hingga ke persiapan hari raya, kemungkinan dan kebarangkaliannya tetap ada, cuma sikit dengan banyak saja, kata oghang Kedah.

Saya amat beruntung kerana rata-rata penduduk di kawasan saya penoreh getah atau mengambil upah menoreh, baik lelaki maupun wanita, baik yang tua mahupun anak muda. Harga getah amat baik dan stabil. Sekerap sekarang RM3.70 sekilo. Sebulan lepas RM4 lebih sekilo. Siang malam rakyat menoreh, berdoa pada malam hari agar esok tidak hujan untuk bangun menoreh lagi. Itulah rutin harian mereka di suasana damai desa tercinta.

Dengan harga pasaran yang amat baik, penduduk luar bandar dapat menikmati hari raya dengan meriah. Di kampung, bukan baju baru yang jadi percaturan, yang penting juadah hari rayanya, bukan sekadar ayam dan daging kilo malah kambing dan ada juga yang mula merancang sembelih lembu untuk sanak saudara.

Ekonomi keluarga


Bukan hanya rakyat Pendang yang menghadapi
gejala kencing manis dan darah tinggi akibat
pemakanan tidak terkawal di Aidilfitri (© Sanja
Gjenero / sxc.hu)

Kebimbangan saya adalah kesihatan warga kita. Setiap kali selesai Ramadan, pusat-pusat kesihatan akan mengeluarkan ubat yang kebanyakannya untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ini antara masalah kesihatan ketara rakyat umum dan tidak terkecuali di Pendang.

Saya berharap kita lebih berhati-hati di dalam menyambut Syawal kali ini. Kalau di awal tahun kita selalu berazam, maka gunakanlah hari baik-baik di bulan yang penuh berkat ini untuk berazam agar dapat menjaga kesihatan keluarga kita bersama. Apa gunanya ada wang dan pakaian yang cantik kalau kita tidak dapat terus bekerja memperkukuhkan ekonomi keluarga?  

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, walau apa jua isu yang melanda negara, apa jua dakyah dalam memesongkan sistem demokrasi kita, semua penduduk Malaysia akan menyambut hari raya bersama-sama. Kita akan menjamah juadah pelbagai nama dan rasa yang terhidang di atas meja – makan besar lagi kita.  Inilah nikmat merdeka, aman makmur dan sejahtera.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


Suraya Yaacob sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Dia mempunyai firma guaman sendiri yang berpejabat di Alor Setar dan Kuala Lumpur.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: Columns

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2023 The Nut Graph