KUBANG Kerian Member of Parliament (MP) Salahuddin Ayub’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.
(source: parlimen.gov.my)
Name: Salahuddin Ayub
Constituency: Kubang Kerian
Party: PAS (Opposition)
Years as MP: Since 2004
Government post: None
Party position: Vice-president
Membership in parliamentary committee or caucus:
Asean Inter-Parliamentary Myanmar Caucus member
Oil royalty caucus member
Blog/website: Facebook — Salahuddin Ayub
Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri, terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?
Saya tegas menentang Akta ini. Kita sudah lama meminta kerajaan supaya Akta ini dimansuhkan atas prinsip bahawa penahanan tanpa bicara mencabuli hak asasi manusia.
Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?
Perkara ini kita perlu tentukan melalui process demokrasi, mungkin melalui satu referendum. Penting bagi perkara ini untuk ditentukan oleh rakyat sendiri.
Apakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?
Tugas saya sebagai seorang Ahli Parlimen adalah untuk meneruskan perjuangan supaya perlembagaan kita diperkasakan. Perkara di mana masa sudah sampai untuk buat review mesti dilakukan demi kepentingan rakyat. Dan amalan-amalan demokratik mesti terus diperkasakan supaya mencapai standard yang lebih tinggi.
Di luar Parlimen, saya berusaha menjadi wakil rakyat yang boleh diterima oleh semua kaum dengan mengambil pendekatan colour blind sebagai prinsip saya.
Parlimen perlu meningkatkan sumber-sumber seperti bantuan penyelidik atau research assistant supaya Ahli-ahli Parlimen boleh meningkatkan kualiti pendebatan mereka. Sebagai contoh, ahli-ahli parlimen di Thailand, Indonesia dan Philippines menerima penyelidik mereka sendiri yang dibiayai oleh kerajaan. Langkah ini akan membantu Parlimen meningkatkan martabat dan integritinya.
Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?
Ini mesti diperjuangkan supaya negara dapat menikmati kebebasan bersuara dalam konteks yang bertanggungjawab dan berintergriti. Media berhak melaporkan kebenaran dan ini mesti menjadi amalan biasa sebagai negara berdemokrasi.
Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?
Terutama sekali, saya akan berubah struktur, atau melaksanakan institutional reform dalam kehakiman supaya ia benar-benar berprinsip dan berintegriti.
Kedua, perubahan yang sama mesti dilakukan untuk Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Institusi-institusi ini mesti diletak dibawah Parlimen. Ini sangat penting sebab kalau Pakatan Rakyat mengambil kuasa esok, kita pun boleh melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu, perubahan struktur melalui reform mesti diadakan untuk memastikan supaya institusi-institusi ini berfungsi dengan telus dan wibawa.
Parlimen juga seharusnya mencontohi parlimen negara maju seperti United Kingdom, Eropah dan juga sesetengah negara dunia ketiga yang menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan mengadakan lebih banyak ruang seperti mewujudkan lebih banyak kokus-kokus atau jawatankusa khas.
Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?
Doktrin ini mesti dimantapkan dan dijadikan tiang utama dalam amalan demokrasi kita. Barulah negara dapat menikmati amalan demokrasi yang benar, telus dan bersih.
Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list
The Nut Graph memerlukan bantuan anda
Silalah luang lima minit untuk mengambil tinjauan pembaca kami