PADA 20 Okt 2008, pejuang nasionalis berhaluan kiri Shamsiah Fakeh meninggal dunia. Berita ini diterima oleh ramai rakan-rakan sehaluan sebagai pemergian seorang wira tanahair.
(Sumber: kinibooks.com)Bagi pihak lain, kematian beliau bukanlah satu berita besar yang perlu diberikan pengiktirafan yang sama seperti wira nasionalis yang berhaluan kanan. Pentafsiran ini juga berkait rapat dengan sistem nilai seseorang individu itu dan juga pihak pemerintah.
Sejarah perjuangan wanita dan tokoh-tokoh kiri lain sudah tentu tidak mendapat publisiti yang sewajarnya. Bagi kaum wanita, sejarah tidak memberi tumpuan kepada mereka sebab kalau kita lihat dalam bahasa Inggeris sekalipun, sejarah ialah “history” yakni “his story” — cerita lelaki dan sumbangan mereka.
Jadi, antara tujuan utama penulisan sejarah adalah untuk mengagung-agungkan sumbangan wira lelaki yang berkuasa. Contohnya sejarah penjajahan — banyak tumpuan diberikan kepada tokoh-tokoh penjajah dan perkembangan empayar mereka. Dan jika pemerintah pula dari golongan politik kanan, sejarah juga akan memberi tumpuan kepada tokoh-tokoh berhaluan kanan. Oleh demikian selalulah sejarah dipesongkan untuk mempertahankan pihak yang berkuasa.
Ketrampilan wanita dalam sejarah muncul dengan perubahan yang dibawa arus pergerakan wanita, atau feminisme, sejak tahun 1960an. Sejak itu lebih ramai kaum wanita yang berpendidikan dan berfahaman feminis menulis tentang sejarah tokoh-tokoh wanita dan kehidupan kaum wanita juga. Ini dikatakan sebagai “reclaiming” atau mengambil balik sejarah, iaitu daripada “his story” kepada “her story”.
Tetapi dalam sejarah wanita juga terdapat tumpuan yang berbeza, berkaitan rapat dengan tahap kesedaran, jenis feminisme, dan kepentingan kelas penulis wanita itu. Seperti kaum lelaki juga, wanita itu bukannya datang dari satu kelas atau golongan yang homogin.
Maka jika kita lihat sejarah wanita kebelakangan ini di Malaysia, lebih banyak penulisan bertumpu kepada sumbangan tokoh-tokoh wanita yang liberal dan berhaluan kanan. Tokoh-tokoh wanita yang berideologi kekirian tidak diberi pengiktirafan walaupun jika dibandingkan pengorbanan mereka dengan wanita lain, tidak apa kurangnya; atau kadangkala lebih daripada yang lain.
Saya berkata begitu sebab mereka sanggup berkorban kemewahan kebendaan, meninggalkan keluarga dan sanak saudara, dipenjarakan, dan menghadapi sekatan-sekatan oleh pemerintah terhadap golongan kiri dan pembangkang.
Bukan jalan biasa
Persoalannya, mengapa seseorang itu sanggup berkorban untuk idealisme tertentu walhal kebanyakan orang lebih suka mengikuti norma-norma masyarakat? Jika ditinjau, dalam masyarakat kapitalis tujuan utama hidup adalah mencapai kehidupan mewah, bersenang-lenang, mendapat gelaran, kediaman besar, dan barang-barang berjenama yang melambangkan status tinggi.
(© Lena Povrzenic / sxc.hu)Apakah yang mendorong seseorang itu untuk mencari jalan luarbiasa seperti yang dikatakan oleh M Scott Peck dalam bukunya The Road Less Travelled, yakni keluar daripada jalan konformis?
Sejauh mana seseorang itu sanggup dijadikan social outcast atau anjing kurap terpulang kepada sejauh mana konservatifnya masyarakat tersebut.
Teringat saya kepada satu bait dalam lagu Alleycats, Layang-layang Putus Talinya, yang berbunyi, “Walau aku dihina, tapi aku tetap aku … sebagai layang-layang terputus talinya.”
Bagi saya, perbezaan ini wujudnya dari dikotomi nilai antara materialisme dan humanisme. Materialisme berasaskan kebendaan, terutamanya untuk kepentingan diri, manakala humanisme berasaskan perikemanusian, yang menekan kepada kepentingan sosial.
Bagi masyarakat kapitalis, tidak kira apa bangsa dan agama, sistem nilai kebendaan banyak tertumpu kepada kemewahan hidup, pengumpulan harta, nafsu konsumerisme yang berleluasa, nafsu seks yang tidak terkawal, dan keinginan kepada status dalam masyarkat. Penting juga untuk menduduki kelas tertentu dan mengamalkan aktiviti yang berkaitan dengan kelas ini.
Ini tidak bermakna yang negara ala sosialis tidak mengalami gejala-gejala ini, tetapi hanya lebih terkawal dan ideologi perikemanusiaan juga ditekankan. Malah, tempias-tempias dari luar seperti media imperialis barat tidak dapat dikawal daripada menerobos negara sosialis.
Malangnya rumpun nilai yang terkandung dalam sistem kebendaan ini banyak membawa kepada masalah sosial. Misalnya masalah-masalah sosial di Malaysia, walaupun berbeza-beza namun akar-umbinya sama — dari sistem nilai kebendaan tadi.
Sebagai contoh, apakah kaitannya antara rasuah, menjual dadah, dan meragut beg tangan? Ketiga-tiganya berpunca daripada sistem nilai pemerolehan keuntungan tanpa etika kemanusian, tidak mengira kesan perbuatan itu ke atas individu lain.
Bagaimana pula kaitan sistem nilai ini dengan kemalangan jalan raya yang sangat tinggi? Ini antara lain timbul dari sikap tidak mempedulikan orang lain dan mementingkan diri sendiri sahaja. Lihatlah kereta yang memecut gila-gila di semua tempat tidak kira di jalan raya, kawasan perumahan, dan di jalan-jalan sempit.
(© Raycan / Dreamstime) Bagaimana pula dengan kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak, seperti kes Nurul Huda Abdul Ghani dan Nurin Jazlin Jazimin, dan keganasan terhadap wanita? Apakah penderaan ini tidak berkaitan dan hanya masalah perseorangan?
Tidak, ini berkaitan rapat dengan sikap kelelakian yang terbentuk dalam sistem nilai materialisme tadi. Machismo sangat digalakkan. Misalnya, dalam sistem yang menekankan keuntungan, imej seks dijual melalui internet, cakera padat, dan media lain. Penjualan seks ini banyak mengaut keuntungan tetapi mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak dan kaum wanita bila mereka dianggap sebagai barangan seks oleh kaum lelaki.
Ideologi yang berasakan perikemanusiaan cuba menekankan kesaksamaan antara manusia, jantina, dan lapisan umur. Tumpuannya adalah untuk kepentingan sosial dan faedah yang dapat dikongsi bersama-sama. Sejauh mana sesuatu ideologi itu berkembang terpulang kepada pemerintah, perjuangan rakyat, dan keinsafan seseorang itu.
Perjuangan berterusan
Ada orang yang menggangap masalah sosial dan kepincangan hidup dapat diselesaikan melalu sikap, dan dengan menidakkan individualisme.
Falsafah individualisme bermaksud tidak mahu melibatkan diri dalam mana-mana perjuangan atau isu dan memencilkan diri. Jadi, ketidakadilan akan berterusan dengan sikap tidak mahu terlibat, bak kata pepatah: “The road to hell is paved with good intentions.”
Di dalam masyarakat kita, ramai tokoh-tokah wanita dan juga lelaki telah berkorban untuk membawa sistem yang berperikemanusiaan ini, agar terbentuk satu masyarakat yang lebih adil dan saksama. Namun, bilangan mereka kecil jika dibandingan dengan orang ramai yang memilih untuk hidup dalam aliran utama masyarakat konformis yang kapitalistik.
Shamsiah Fakeh adalah dari golongan yang kecil ini. Beliau tergolong sebagai wira negara yang berpegang teguh kepada idealisme yang murni dan berperikemanusiaan.
Rohana Ariffin dilatih dalam bidang sosiologi dan telah berkhidmat selama lebih dua dekad di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Dia bersyarah dalam bidang perhubungan industri dan kajian gender. Kini, dia menyandang jawatan naib presiden Parti Rakyat Malaysia.
Nikki G says
I agree completely with the writer that we should salute Shamsiah Fakeh and all the other unnamed brave tokoh-tokoh women who dare not just to stand up against a discriminatory society, but to also fight for what is right and just. I especially like the part where the writer wrote about materialism and humanism – that really drove the point through me. I hope to read more writings by “left” women in the Nut Graph. Kudos!
Nikki G says
I really like this article and am wondering whether The Nut Graph or the writer has a translated English version of the article? I would like to send to some of my friends but I’m not really good at translating. Would it be possible that the writer writes more in English the next time? Thank you so much.
Editor: Dear Nikki, thanks so much for your support and for enjoying Rohana’s piece. Unfortunately, The Nut Graph does not have the resources to translate articles from our contributors (whether from Bahasa Malaysia to English or vice versa). We have also made the conscious effort to build on contributions in the national language – and Rohana’s column is one that will be exploring critical questions, expressed in Bahasa Malaysia. Ideally, we’d like to have more balance between our English and Malay language contributions. We’re still finding ways to make this a reality.
If you would like to get in touch with Rohana directly, do e-mail us at editor@thenutgraph.com, and we will forward your message to Rohana.
Thanks, and take care,
Shanon Shah
Columns and Comments Editor
The Nut Graph
dingwei l says
Yeah, I suppose you are right. Apparently we ought to realise that equality between the sexes (men and women) is important for us today. If someone contributed to this country, shouldn’t we appreciate it? Yes, we should, and this has nothing to do with their sex. *Salute*
By the way, I agree with Nikki. I look forward to reading more from you in English someday. That could be interesting. 🙂
lex says
I would like to say that this is really a very good article as I agreed with every single sentence of it. Humans are afraid to be different or deviant. What the majority of people set as the rule of society, most wouldn’t dare to stand up to. But there are still some who are brave enough to fight, fight for justice, fight for their own honour, like women.
Women are treated as weak, cowardly, and should be kept at home to just follow the rules that are set by men. Thank God, there’s some women who are brave enough to stand up although it’s really tough to do do.
Dear author, I really appreciate what you wrote and hope that this article will be shared.
sher says
This article is really good. I couldn’t agree more with what the writer has written. This world is going to an end if everyone prefers to be materialistic and contribute nothing to society. As for crime like snatching bags or bribery cases, you can read it in the newspaper almost every day and it actually happened to people around me as well, mostly women. Someone has got to stand up for the victims, someone like Shamsiah Fakeh. Shouldn’t everyone be looking up to her? And in our modern society, many people have become sexist and this has got to stop. Anyways this article should be shared with everyone as this article is not just “some” article. I hope to read more articles by this writer, hopefully in English if that’s possible.
Steven Chin says
It’s simply an inspiring article! I really hope ALL the men could get the chance to read it someday. To all great men and normal men, Spiderman, Superman, etc., WE all came out from the female womb. She (woman) is the one who taught you the first lesson to come out from “darkness” while you are still wondering why you are crying. We all should be thankful for that… Do you know that?…Oh man!