KES Kartika Sari Dewi Shukarno yang disabit bersalah kerana meminum arak telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam di Malaysia. Merujuk kepada artikel-artikel terbitan akhbar arus perdana khususnya, ramai yang menyokong hukuman maksima yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang terhadap Kartika iaitu denda sebanyak RM5,000 dan enam kali sebatan. Walaubagaimanapun, terdapat juga pihak-pihak lain […]