Kak Nora kembali dengan nasihat untuk bulan Ramadan ini. “Jangan makan hati dengan orang yang ting tong,” ujar idola tersohor Shanon Shah. Umat Islam “akan lebih senang berfungsi apabila dikelilingi dengan orang yang tidak ting tong. Dan moga-moga Allah memberkati usaha kita untuk membuat baik di dunia,” tambahnya lagi dalam artilkelnya yang menyentuh perkembangan di Malaysia.
kak nora
Nasihat tentang kalimah yang mengelirukan
Secubit Garam oleh Shanon ShahKak Nora kembali! Nasihat kali ini mengenai benda-benda yang mungkin mengelirukan umat Islam.
Nasihat tentang tattoo
Secubit Garam oleh Shanon ShahSEMENJAK memulakan pengajian sarjana saya di London, saya kerap melayari internet untuk mencari ilham tentang kaedah-kaedah penyelidikan. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati bahawa kolumnis pujaan ramai, Kak Nora, menjadi tumpuan kajian ilmiah! Ikutilah perkembangannya: Assalamualaikum saudari Noranisah binti Minit (atau Kak Nora), Saya pelajar akhir tahun Prasiswazah Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Tanahair Se-Malaysia, Kerteh. […]
Nasihat untuk Syria
Secubit Garam oleh Shanon ShahSETELAH lebih setahun tercetusnya pergolakan di dunia Arab, saya masih khuatir dengan keadaan di sana. Sedih bila melihat rakyat jelata terbunuh dan cedera akibat tindakan kerajaan sendiri, terutamanya di Syria. Setelah terlalu banyak membaca laporan dari sumber-sumber bahasa Inggeris, saya cuba pula untuk mencari komentar dalam bahasa Melayu. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati bahawa kolumnis […]
Nasihat tentang kebebasan akademik
Secubit Garam oleh Shanon ShahBARU-baru ini, saya banyak mendengar pendapat yang bertentangan tentang tindak-tanduk aktivis mahasiswa Adam Adli. Ada yang menuduh tindakannya bodoh dan biadap, tetapi ada juga yang mempertahankan haknya untuk bersuara. Walaupun tidak berkaitan secara langsung, saya rasa nasihat terbaru dari kolumnis pujaan ramai, Kak Nora, memberi perspektif yang penting. Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh Kak Nora, Kak, […]
Nasihat tentang golongan songsang
Secubit Garam oleh Shanon ShahPENING kepala saya baru-baru ini bila tercetus huru-hara tentang “pesta seks bebas” yang kononnya diadakan di Kuala Lumpur. Mula-mula saya rasa mustahil ada orang berani berbuat demikian di tengah-tengah bandaraya KL, tapi hari demi hari ada saja berita tentang golongan “songsang” dan “luar tabii” yang mengangjurkan pesta ini. Lalu saya pun cuba mengetahui dengan lebih […]
Nasihat tentang Aidilfitri
Secubit Garam Oleh Shanon ShahMENJALANKAN ibadat puasa di London sekarang, saya terasa rindu yang amat terhadap keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Alangkah gembiranya saya apabila membaca nasihat terbaru daripada kolumnis pujaan ramai, Kak Nora, tentang “sensitiviti” Aidilfitri. Terubatlah juga rindu di hati. Salam sejahtera Kak Nora, Harap kak berada dalam keadaan yang sihat walafiat. (Er, adakah saya dibenarkan menggunakan […]
Nasihat tentang Bersih
Secubit Garam oleh Shanon ShahBersih? Kotor? Haram? Untuk yang pening, marah, atau kompius, atau kesemuanya, ikutilah nasihat terbaru daripada kolumnis pujaan ramai, Kak Nora: Assalamualaikum wahai Kak Nora yang budiman, Diharapkan Kak Nora berada dalam keadaan sihat dan awesome. Kak, lets me just cuts to the chases and story you my problem, ok? Mesti akak tahu tentang kontroversi […]
Nasihat tentang politik
Secubit Garam oleh Shanon ShahSUNGGUH berdebar-debar jantung saya apabila mendengar desas-desus bahawa pilihanraya umum bakal diadakan di Malaysia. Di celah-celah menulis esei penghujung penggal di London, saya tergedik-gedik melayari internet demi mengikuti perkembangan politik di Malaysia. Sepertimana yang saya jangkakan, penulis kolumnis kegemaran saya, Kak Nora, juga mempunyai komen tentang suhu politik yang semakin meningkat. Ikutilah selanjutnya: Sayap Puteri, […]
Nasihat untuk lelaki lembut
Secubit Garam oleh Shanon ShahBARU-baru ini saya terbaca tentang kem yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu untuk 66 orang pelajar sekolah menengah yang dianggap “lelaki lembut”. Kebetulannya, saya pernah menulis naskhah teater tentang isu yang sama, berjudul Air Con, yang dipentaskan pada tahun 2008 dan 2009. Jadi saya pun berkobar-kobarlah mahu menulis komentar tentang isu ini, akan tetapi saya […]