Di era dunia moden ini, sesuaikah budak-budak perempuan dikahwinkan di zaman kanak-kanaknya, seperti yang lebih kerap berlaku di Malaysia baru-baru ini? Ada yang akan beri jawapan “di zaman Nabi dulu begitu”. Tetapi adakah dan patutkah semua amalan yang dilakukan semasa zaman Nabi juga diamalkan pada zaman ini?