“KAMU asal dari mana?” tanya orang kulit putih itu. “Kanada,” jawab Kevin. “Bukan, bangsa kamu apa?” “Oh, saya orang Pakistan.” “Islam?” “Tak, saya orang Katolik.” “Bagus, sebab saya benci orang Islam.” Begitulah pengalaman seorang teman saya, Kevin, semasa bermastautin di Melbourne, Australia. Kevin marah dan terus meninggalkan majlis tersebut apabila mendengar kata-kata orang putih itu. […]