MALAYSIA dan Indonesia ialah dua negara berjiran yang ibarat saudara kandung. Kedua-duanya penduduknya majoriti beragama Islam dan dari rumpun Melayu. Walaupun masyarakatnya banyak persamaan, namun majoriti ulama dan rakyat Indonesia tidak mahukan ‘Negara Islam’ sedangkan ramai ulama dan sebahagian masyarakat Islam di Malaysia menuntut didirikan ‘Negara Islam’ dan melaksanakan hudud. Mengapa begitu?
Hujung minggu lepas, Haji Agus Sunyoto, seorang ahli sejarah dan pensyarah falsafah di Universitas Brawijaya di Malang, datang ke Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan ketua Lesbumi iaitu Lembaga Seni Budaya Muslim Indonesia, di bawah Nahdlatul Ulama, sebuah pertubuhan Islam terbesar di Indonesia.
Pak Agus Sunyoto berkongsi ilmu di sebuah forum anjuran Sisters in Islam, mengenai sejarah pengembangan Islam di Tanah Jawa, Indonesia.
Menurutnya, Islam di Indonesia hanya berkembang luas pada abad ke 14 dan 15, dan antara pengembang Islam yang penting di Tanah Jawa ialah para ulama berasal dari Champa, Vietnam. Di Indonesia dan juga Malaysia, pendakwah-pendakwah tersebut dikenali sebagai Wali Songo (Wali Sembilan) manakala di Mindanao, mereka dikenali sebagai Wali Pitu (Wali Tujuh). Ada ulama Wali Songo, seperti Syeikh Datuk Abdul Jalil yang dikenali sebagai Syeikh Siti Jenar, berasal dari Melaka dan Sunan Kalijaga juga berguru di Pulau Upih, Melaka.
Mesra budaya dan pejuang hak rakyat berbilang agama
Menurut Pak Agus, antara sebab utama masyarakat tempatan waktu itu sudi menerima ajaran Islam yang diperkenalkan oleh para Wali Songo ialah kerana para ulama Wali Songo dapat memahami cara hidup dan amalan budaya masyarakat tempatan. Mereka menggunakan hikmah dan budi bicara yang lembut serta bersikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya masyarakat tempatan.
Beberapa ulama Wali Songo seperti Sunan Bonang ialah orang-orang yang mula sekali memperkenalkan musik gamelan dan pertunjukan wayang kulit di Indonesia dan juga Malaysia, yang mereka gunakan sebagai alat penyampai dakwah.
Masyarakat tempatan waktu itu juga tertarik dengan ajaran Wali Songo seperti Syeikh Datuk Abdul Jalil yang dikenali sebagai Syeikh Siti Jenar, kerana beliau menentang penindasan dan ketidakadilan. Dengan berasaskan konsep tauhid iaitu mengakui bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Tuhan, Syeikh Siti Jenar telah merubah struktur masyarakat agar rakyat jelata tidak dieksplotasi dan ditindas oleh pihak Istana. Beliau telah mengangkat darjat rakyat sebagai anggota masyarakat yang berdaulat dan yang mempunyai hak-hak penuh sebagai manusia.
Salah seorang ulama Wali Songo bernama Sunan Ja’far Shodiq atau dikenali sebagai Sunan Kudus. Sunan Kudus telah melarang umat Islam di daerah Kudus, Jawa Tengah, dari makan daging lembu bagi menghormati penganut agama Hindu yang ramai di Kudus waktu itu. Fatwa beliau telah diteruskan sebagai tradisi oleh sebahagian masyarakat Kudus sehingga kini.
Nahdhatul Ulama dan Gus Dur
Sejarah Wali Songo membuatkan kita bertanya apakah peranan dan cara ulama masakini, terutamanya di Malaysia. Apakah mereka berdakwah dengan lemah lembut, atau dengan cara keras dan caci maki? Apakah mereka menjadi tokoh penaung kesenian dan adat budaya tempatan, atau apakah mereka yang malah mahu mematikan kesenian dan budaya tempatan? Apakah mereka menjadi tokoh yang menggalakkan umat Islam untuk menghormati agama lain atau adakah mereka yang malah menghasut masyarakat agar menghina dan membenci agama lain? Apakah mereka pejuang keadilan dan lantang menentang penindasan di kalangan masyarakat, atau apakah mereka tidak ambil peduli?
Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) masih terus menggunakan pendekatan yang dilakukan oleh para Wali Songo. Bekas ketua NU (yang juga mantan Presiden Indonesia), Abdur Rahman Wahid atau dikenali sebagai Gus Dur, merupakan ulama besar yang tegas mempertahankan hak asasi manusia termasuklah dalam isu kesetaraan gender, melindungi golongan-golongan minoriti, yang lemah dan terpinggir serta memastikan hak penganut-penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain, sentiasa terjamin. Gus Dur juga tegas mempertahankan agar kesenian dan budaya tempatan terus dilestarikan.
Yang menarik sekali, Nahdlatul Ulama dan Gus Dur dengan tegas menolak konsep ‘Kerajaan Islam’ (atau Islamic State) dan menolak pelaksanaan hudud di Indonesia. Gus Dur menolak penafsiran hukum agama dilakukan oleh Negara kerana ia boleh menjurus kepada autokrasi. Menurut beliau, umat Islam bebas untuk mengamalkan urusan agamanya, namun negara harus ditadbir secara demokrasi dan adil untuk semua rakyat, dan tanggungjawab Negara ialah melindungi hak asasi setiap rakyatnya terutama golongan minoriti.
Di sambutan Hari Raya Puasa beberapa bulan lalu, ketua Nahdlatul Ulama sekarang iaitu Kiyai Said Aqil Siradj, mengingatkan umat Islam bahawa “melindungi non-Muslim adalah Jihad” dan bahawa “tidak toleran (terhadap agama lain) itu melawan Tuhan”. Kiyai Said Aqil Siradj yang pernah belajar selama sepuluh tahun di Madinah, Arab Saudi, seterusnya mengingatkan firman Allah swt bahawa seandainya Allah menghendaki, semua orang akan menganuti satu agama, dan Allah juga telah berfirman bahawa tiada paksaan dalam beragama. Oleh yang demikian, jika ada orang Islam yang tidak bertoleransi dengan orang bukan Islam, bererti mereka melawan kehendak Tuhan. Menurut beliau, Nabi bersabda bahawa tidak boleh ada permusuhan kecuali terhadap orang-orang zalim atau orang yang melanggar undang-undang.
Saya secara peribadi tidak tahu apakah ada ulama di Malaysia yang mengajarkan toleransi agama sehingga berfatwa bahawa melindungi non-Muslim merupakan suatu jihad.
Ulama di kedua-dua pertubuhan Islam terbesar di Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama dan Muhamadiyyah tegas menolak penubuhan ‘kerajaan Islam’ dan pelaksanaan hudud. Padahal, penduduk Islam Indonesia sekitar 85% dan penduduk bukan Islam hanya sekitar 15%.
Wajah Islam di Malaysia
Di Malaysia pula yang masyarakat bukan Islam merupakan sekitar 40% dari penduduk Malaysia, ramai ulama, terutamanya ulama dan pemimpin PAS, masih kuat mahu membentuk ‘kerajaan Islam’.
Pemimpin Umno pula, walaupun mendakwa mahu menjaga keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini sering memainkan sentimen yang tidak menyenangkan hati rakyat bukan Melayu dan bukan Islam.
Lihat saja ucapan-ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Rhetorik “Kita orang terpilih” bukan saja menakutkan orang bukan Melayu dan bukan Islam, malah saya yang Melayu dan Islam ini pun seriau mendengarnya. Laungan Zionist begitu jugalah, mengaku mereka sajalah orang yang dipilih oleh Tuhan.
Pemimpin Umno sebagai pemimpin di salah satu parti yang memerintah kerajaan tidak seharusnya memainkan sentimen yang boleh memecah-belahkan rakyat yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Jika Umno mahu memastikan kemenangan di pilihanraya akan datang, bersikap anti itu dan ini bukanlah cara yang matang.
Ulama dan pemimpin-pemimpin Islam sama ada dari parti Umno, PKR atau PAS sebaiknya, ambillah pendekatan cuba memahami agar masyarakat Islam lebih matang dalam berfikir dan dalam memahami apakah masalah-masalah yang penting dan genting untuk diselesaikan.
Pancasila Indonesia dan Rukun Negara Malaysia
Ulama-ulama di Indonesia sangat faham sejarah pembentukan dan kuat mempertahankan Pancasila mereka.
Namun, saya kurang pasti apakah ulama-ulama di Malaysia peka dengan sejarah dan wawasan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta tahu apakah nilai yang mahu diketengahkan oleh Rukun Negara Malaysia.
Di sekolah kita sudah diajarkan lima prinsip Rukun Negara. Akan tetapi, berapa ramaikah antara kita, termasuk semua agamawan di Malaysia yang pernah baca atau tahu Mukadimah (Preamble) Rukun Negara kita yang sangat penting untuk difahami, iaitu:
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
- mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
- memelihara satu cara hidup demokratik;
- mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
- membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Sepertinya Mukadimah kepada lima prinsip Rukun Negara kita tidak begitu berbeza dengan Pancasila Indonesia yang juga terdiri dari lima prinsip itu. Sekiranya ulama Indonesia boleh menjiwai dan menjunjung tinggi Pancasilanya, bukankah bertambah jati diri kita sebagai rakyat Malaysia jika ulama dan ahli masyarakat menjiwai nilai-nilai dan wawasan Rukun Negara, termasuk Mukadimahnya?
Norhayati Kaprawi adalah seorang aktivis wanita dan juga pembuat filem.
Bro Yusri says
Penulis sepatutnya mendapatkan pandangan para ulamak Malaysia dahulu sebelum mengupas tajuk ini. Selagi pandangan kita berkisar di sekitar pemikiran sendiri ia adalah hak individu, tetapi bila ditulis ia akan menjadi tanggungjawab penulis untuk mendapatkan pandangan yang adil dari semua pihak. Sekurang-kurangnya dapatkan pandangan seorang-dua mufti di Malaysia berkenaan tajuk ini sebelum dipaparkan.
Adam says
I agree that we have to obtain views from the relevant authorities from both sides to have a more balanced view. From Malaysia, may I suggest Dr Asri or Dr Juanda the previous and current muftis of Perlis respectively and the other one should be the Perak Mufti. Both state muftis appear to have very different views on Islamic issues as reported in our media as well as in their own blogs.
Perhaps, the writer, being Malaysian, has already considered the various reported and publicised opinions of most of the Islamic authorities before writing this article. I commend the writer for posting articles which make the reader sit back and ponder on the contrasting situations in our nation and other countries, particularly Indonesia. Much food for thought…
Flag of Truth says
Subhanallah…saya sungguh tak faham kenapa TNG ni sering memaparkan artikel atau penulisan yang sebegini. Saya dididik sejak dari kecil lagi oleh guru-guru agama saya bahawa menegakkan daulah Islamiah itu adalah jihad fisabillilah! Pendapat dari orang Islam sebegini (betul ke penulis adalah orang Islam?) menunjukkan betapa ceteknya pemahaman golongan ini terhadap Islam itu sendiri. Ini bukanlah bersikap ‘holier than thou’ tetapi sekiranya kita mempunyai kefahaman tehadap agama itu sendiri kita memahami bahawa kewajipan setiap orang Islam adalah untuk menjaga akidah kita dan siapa lagi yang boleh memastikan perkara itu sekiranya bukan umara’? Walau macamana pun bentuk niat jahat dari golongan subversif ini saya yakin bahawa daulah Islamiah akan terus mekar di bumi Malaysia ini.
Jacqueline Ann Surin says
Mengikut logik anda, kita patut meragui samada seseorang itu betul-betul orang Islam sebab mereka mempunyai pendapat yang berbeza daripada anda dan kebanyakan ulama di Malaysia? Maksudnya, sekelompok besar orang Muslim di Indonesia, yang sudah tentunya tidak mengikut pendapat dan fatwa yang dikeluarkan di Malaysia, bukanlah orang Islam sebenar semata-mata kerana mereka mempunyai pendapat yang berbeza walaupun pendapat mereka itu lebih membangunkan Islam yang ramah, inklusif dan penyayang?
Bukan main berani (ataupun angkuh?) anda membuat penilaian begitu!
neptunian says
Problem with Muslims in Malaysia: Trying to be more Arab than the Arabs. It is all so 15th century!
Addin says
Berani atau angkuh adalah persepsi. Anda seorang bukan Islam membincangkan mengenai hal-hal umat Islam. Bukankah pelik? Islam bukan setakat mencakupi maksud spiritual semata-mata bahkan ianya mencakupi keseluruhan bentuk hidup ini termasuk bagaimana untuk menguruskan negara! Sekiranya Nabi Muhammad SAW hanya berdakwah di Mekah sahaja dan tidak bertindak berhijrah ke Madinah dan mendirikan KERAJAAN ISLAM maka Islam tidak akan berkembang sebagaimana sekarang. Menegakkan daulah Islamiyah adalah wajib bagi setiap umat Islam.
Selepas ini anda mungkin melabel saya sebagai ekstremis agama 🙂 Tetapi jika itulah perkara yang akan mendekatkan saya dengan keredhaan Allah maka saya akan tetap dengan pendirian ini. Sesungguhnya ada 3 tahap iman (faith) dalam diri manusia bila mereka melihat sesuatu kemungkaran. Pertama menegur dengan perbuatan. Sekiranya tidak mampu menegur dengan perbuatan, tegurlah dengan perkataan dan nasihat. Sekiranya tidak mampu juga maka ucapkanlah dalam hati tentang kegusaran itu dan itulah selemah-lemah iman.
Heraclius says
Hmmmmm….. maybe it would not be wise for non-M’s to troll around, but would it be wise if I asked for more academic material about Islam in Southeast Asia?
hamba Allah says
[…] flag of truth… dari sibuk ko nak hukum hudud baik ko sebar kan akidah dulu baru syariah…[…]
Flag of Truth says
Berani atau angkuh adalah persepsi. Anda seorang bukan Islam membincangkan mengenai hal-hal umat Islam. Bukankah pelik? Islam bukan setakat mencakupi maksud spiritual semata-mata bahkan ianya mencakupi keseluruhan bentuk hidup ini termasuk bagaimana untuk menguruskan negara! Sekiranya Nabi Muhammad SAW hanya berdakwah di Mekah sahaja dan tidak bertindak berhijrah ke Madinah dan mendirikan KERAJAAN ISLAM maka Islam tidak akan berkembang sebagaimana sekarang. Menegakkan daulah Islamiyah adalah wajib bagi setiap umat Islam. Selepas ini anda mungkin melabel saya sebagai ekstremis agama tetapi jika itulah perkara yang akan mendekatkan saya dengan keredhaan Allah maka saya akan tetap dengan pendirian ini. Sesungguhnya ada 3 tahap iman (faith) dalam diri manusia bila mereka melihat sesuatu kemungkaran. Pertama menegur dengan perbuatan. Sekiranya tidak mampu menegur dengan perbuatan, tegurlah dengan perkataan dan nasihat. Sekiranya tidak mampu juga, maka ucapkanlah dalam hati tentang kegusaran itu dan itulah selemah-lemah iman.
hamba Allah says
[…] sebarkan akidah dulu baru syariah… cari nabi tu.. sibuk nak hukum pancung potong tangan… org Cina tak suka jangan la paksa diorang x pasal2 diorg curi itik belakang rumah kena potong tangan… bek tambah kan dakwah tunjuk kita ni umat yg gentle… […]
Flag of Truth says
@ Cik Surin
Saya tidak sesekali berdasarkan atau bersandarkan logik. Anda yang sebenarnya menggunakan logik akal anda. Saya hanyalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah bila saya mengatakan bahawa perjuangan menegakkan daulah Islamiyah adalah wajib atas setiap umat Islam. Dan adakah anda ingin mengatakan bahawa ayat-ayat suci ini adalah mengikut logik? Tidak sekali-kali, Cik Surin. Anda menyatakan bahawa umat Islam di Indonesia lebih penyayang, inklusif dan ramah dan itu adalah hak anda. Pada pandangan anda, umat Islam di Malaysia ini adalah dari jenis yang tidak bertoleransi dan menindas. Segala-galanya di Malaysia ini tidak betul sedangkan saya tidak melihat seinci pun tanah atau kebebasan (kebebasan pun mempunyai had) diambil dari orang bukan Islam. Mungkin anda melihat padang yang jauh itu lebih hijau daripada padang yang anda duduki sekarang.
Jacqueline Ann Surin says
Ah, maksud anda ajaran agama Islam yang berteraskan Al-Quran dan sunnah itu tidak logik. Terima kasih kerana menjelaskan pemahaman kamu mengenai agama kamu sendiri.
Flag of Truth says
Sudah jelas anda sangat-sangat berniat jahat terhadap agama Islam. Tidak guna hanya ‘mendengar azan’ sekiranya tidak mendapat nur hidayah daripada panggilan itu Cik Surin. Ayat-ayat suci yang diturunkan oleh Allah tidak hanya bersandarkan pada logik akal manusia lebih-lebih lagi logik akal manusia seperti kamu.
Seperti contoh Allah melarang manusia memakan babi dan juga binatang yang tidak disembelih mempunyai hikmah yang sukar diterangkan oleh logik semata-mata. Bukanlah bermaksud perintah Allah ini tidak logik tetapi ianya mempunyai hikmah tersendiri. Islam akan terus subur berkembang di bumi bertuah ini. Saya sesungguhnya naik saksi bahawa hanya Allah tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Panda says
Jadi berbalik kepada topik asal, apakah pandangan saudara sekarang? Adakah anda bersetuju umat Islam di Malaysia harus mencontohi pemikiran/prinsip sebagaimana “Bekas ketua NU (yang juga mantan Presiden Indonesia), Abdur Rahman Wahid atau dikenali sebagai Gus Dur, merupakan ulama besar yang tegas mempertahankan hak asasi manusia termasuklah dalam isu kesetaraan gender, melindungi golongan-golongan minoriti, yang lemah dan terpinggir serta memastikan hak penganut-penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain, sentiasa terjamin. Gus Dur juga tegas mempertahankan agar kesenian dan budaya tempatan terus dilestarikan.”?
Kerana ini yang cuba diketengahkan Cik Surin. Tapi itu persepsi saya.
Flag of Truth says
Apa yang hendak dibanggakan dengan Indonesia?.. kita bukan berada di dekad 20 an di mana umat islam Malaysia sering mengambil Indonesia sebagai contoh. Contoh apakah yang baik untuk kita ikuti?.. gereja di Indonesia begitu banyak dan mewah sekali kerana mendapat sokongan antarabangsa manakala masjid hanya kecil dan dhaif. Masjid Istiklal di jakarta pula dibina berhadapan dengan gereja yang amat besar dan serba mewah. orang islam dibenarkan mengamalkan cara hidup bebas yang merosakkan jati diri dan akidah mereka dan perkara ini langsung tidak dipedulikan oleh pemerintah. Perkara ini mahu diterapkan di Malaysia?.. oh tidak sama sekali. anda boleh melabelkan saya sebagai seorang ekstremis agama tetapi saya sering berkata dan tidak akan berganjak dengan pendirian saya. Islam di Malaysia tetap akan kekal dengan imej sebagaimana sekarang walau apapun unsur-unsur subversif yang cuba menggugatnya.
hamba Allah says
[…]…. Al-Quran agama yang menggunakan akal…. hikmah jangan makan babi hanya difahami kalu penyelidikan keburukan atasnya dijalankan… kita pegang larangan tu sambil cari keburukannya untuk memantapkan lagi akidah… […]
jebattakderhaka says
Non-Muslims…please stay out and comment not unto something you do not know about….even if you do, in great length and depth, you will never get it right simply because your soul and mental faculty was never graced and blessed with the ‘Nur and Hidayah’… the more you say, the more stupid you will appear to be…the spirit of Islam transcends more than human logic … understand?
Jacqueline Ann Surin says
Firstly, the columnist Norhayati Kaprawi is a Muslim.
Secondly, if Muslims such as yourself want non-Muslims to not comment on Islam in Malaysia, then you need to ensure that the Muslim authorities in this country don’t, in the name of Islam:
1. raid churches
2. ban books we want to read
3. ban alcohol sale in our neighbourhood which is neither a sin nor a crime for non-Muslims to consume
4. increase the volume and lengthen the broadcast of terawih prayers in residential neighbourhoods late into the night
5. snatch bodies and deny non-Muslim family members the right to their inheritance
6. allow the unilateral conversion of children to Islam by one parent and then deny the non-Muslim parent custody, etc
If Islam is going to be used in the PUBLIC sphere and in ways which affect the lives of non-Muslims, then we have every right and reason to speak up. If you don’t want non-Muslims to speak up, then make Islam a PRIVATE matter between a Muslim and Allah.
As to looking stupid…what would make us look stupid is if non-Muslims KEPT QUIET so that their rights could be trampled on in the name of one version of Islam, which doesn’t even reflect the true spirit of a just and compassionate world religion.
Flag of Truth says
# Miss Surin
Pertama sekali, Islam bukanlah semata-mata berkisar mengenai ibadah semata-mata. Ini yang anda tidak mengerti atau sengaja tidak mengerti. hubungan antara seorang mukmin dengan penciptanya tidak lengkap selagi dia tidak mengamalkan amar ma’aruf nahi munkar (mencegah perkara-perkara yang dilarang). Anda boleh bermimpi atau merancang supaya artikel-artikel sebegini diterbitkan dengan banyak sekali namun anda perlu faham bahawa selagi itulah akan ada orang islam yang tampil untuk mengatakan bahawa perkara ini adalah salah.
Islam di Malaysia tidak melalui proses pengembangan yang sama seperti di Indonesia. Oleh yang demikian ia tidak akan sama dan sama sekali tidak boleh disamakan. apa lebihnya pancasila? ini yang saya tidak faham. pancasila dan segala terminologi yang dicipta oleh pemimpin Indonsesia hanya akan menjadi retorik akhirnya.
Adam says
I agree with Jacqueline that Non-Muslims must not remain silent but must speak up when some actions of some Muslims and Islamic authorities badly affect us in many ways.
Further, if we do not query, how are we to understand the religion better? Of course, we will try to be gentle and polite in our comments but some criticisms have to be direct and to the point.
As I see it, both Malaysia and Indonesia practise the same form of Sunni Islam but with one major difference. That is, while Indonesian Muslims are free to apostatise, Malaysian Muslims are not but are subject to punitive measures for apostasy.
I personally believe that once Malaysia allows freedom in and out of religion, a whole new perspective of Islam will be realised. For a start, nobody is going to criticise or comment negatively on the practices like now because there is no longer coercion or force involved. Then, the Islamic authorites would have to discard thair tough stance and adopt a compassionate attitude towards the Ummah. They would also be able to reconcile the teachings of the religion in terms of love, peace and compassion. Everything will then fall in place.
[…]
ellese says
When I first read this article I took it [with] a pinch of salt. This is a typical method of pushing the interest/values of non Muslims through a Muslim writer. The writing has no depth, [is] selective and contains distorted views. Next thing I read, there’s a big debate here.
First let me put upfront why this writer is selective and superficial. And in fact it does not benefit non-Muslims here in Malaysia.. First it claims that we don’t know the value of our constitution and Rukunegara. She is sarcastically complaining that our ulama are “stupid” in not knowing our history as opposed to those ulama in Indonesia who knows about Pancasila. If our ulama had understood our constitutional and Rukunegara values we would have been like Indonesia.
I don’t believe anyone can actually buy this utterly dumb argument. I know Ms Surin is writing out of spite as she was caught last time but finds [it] surprising why people are so gullible [Editor’s note: This article was written by our columnist Norhayati Kaprawi]. I think all should read our constitution lah. Don’t malas membaca. We have sworn to follow our constitution which is part of Rukunegara. Keluhuran perlembagaan.
I can elaborate [more] but I summarise. Our constitution is totally different from Pancasila. Main difference is that we recognize different races. Malaysia is like a rainbow comprising of various distinct colours. The Indonesian Pancasila is honed out of socialism ideals by Sukarno and did not adopt our rainbow approach. They have their own multifarious cultures but work towards assimilation. Indonesian Chinese people have Indonesian sounding names. They dress like Indonesians. [Speak] Bahasa Indonesia. [Their] government doesn’t allow and practice racist education policy to separate [the] young into different race-based schools. It was due to the Pancasila that gave the right under the new order to suppress Chinese from celebrating new year. Now most Indonesian Chinese have assimilated that many don’t even know the Chinese culture. It’s Indonesia first for them.
But in Malaysia we don’t have Pancasila. What was then Tanah Melayu the Malay Muslims [were] more than willing to share it and [are] always practising give and take. The Malays recognize the other races but asked Islam to be enshrined as this then become the religion of the federation. It’s embodied in the constitution that its perfectly acceptable to restrict propagation to Muslims of other religions. This is the social deal we had. Indonesia doesn’t recognise this. […] Man, I can go on to explain why our constitutional values differ from Sukarno’s Pancasila. But please lah. Don’t give credibility and credence to this stupid half-baked article. The basis hypothesis and historical analysis is clearly primary school standard.
Nut Graph highlights this as this is the value they want to push.They can’t articulate and find whichever Muslims writing to justify. They don’t understand our constitution. They don’t care at all [about] Islamic epystymology. And that’s why they think this article has legitimacy.
So Malaysians do not be fooled by what I call left wing agenda. Always ask what is the intent and always cross check the allegation and facts. And for the record I don’t necessarily agree with all what Flag is saying but his main thrust is acceptable i.e. why is nut graph always pushing for this view of Islam? So please nut graph. Exercise empathy. With this you can push your argument with ease.
Bang Uddin says
Setidaknya ada tulisan buat referensi khan 🙂
gua says
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
====
These common values are noble common ground. As “one man’s meat is another’s poison”, let each follow his heart as in the end one is answerable only to God. Let not others try to be holier than thou.
VforVendetta says
Tulisan ni hasil dari Liberal “syok sendiri”. Kononnya Islam di Indonesia yang dipromosikan rezim Suharto, “santai” and so on. Islam di Indonesia gained power much earlier and the Islam of Wali Songo were in no way santai dan toleransi. Kalau nak katakan Pancasila itu dipertahankan ulama’, sila perkatakan ulama’ mana. Pancasila ada kaitannya dengan Piagam Jakarta yang mengandungi hal penerapan Syariah yang sayangnya di”khianati” Bung Karno. Islam santai yang dipromosikan Pak Harto harus diingat bahawa rezimnya tu zalim dan korup yang kesannya dirasakan hingga sekarang. Reformasi bakal tukar jadi Revolusi. 😉
stewoolf says
The critical factor that differentiates Muslims’ attitudes toward others in Malaysia and Indonesia is ECONOMY. Once the share of Chinese [Malaysians] and other minorities in Malaysia’s economy drops to 30% or less, it would spell the end to calls for “Islamic state” and “hudud”. […]…if the minorities’ share expands, there would be calls for constitutional amendment to mandate the prime minister to be a Malay Muslim.
tebing tinggi says
Kalau matalamat penulis menulis rencana ini mengutarakan pesepahaman antara kaum dan ugama diMalaysia dipercahayai penulis tidak memahami natijah perpaduan itu sendiri dan dari mana ia harus bermula dan dipupok.
Menelah setengah-setengah pehak diMalaysia terutama gulungan ugamawan ‘Islam’ tidak memahami rukun negara dalam mentarbiah kepahaman perpaduan dikalangan ugama dan kaum adalah terlalu cetek dan tidak menengok kapada keselurohan issue ini dari pandangan yang tidak berpehak.
Memberi perbandingan Isalam diMalaysia dengan membuat achuan di Indonesia adalah sesuatu yang tidak matang dalam penterjemahannya, sewajarnyakah kita harus mengikut apa yang orang lain buat . Pukok utama pemahaman antara ugama dan antara kaum bertitik tolah daripada mana ia bermula ,barulah kapada pemahaman dan penghayatan Rukun Negara itu sendiri dan ianya harus bermula seawal usia ,bermakna ianya harus bermula disekolah bukan diusia yang lebih lanjut ‘contoh alam perkerjaan’ atau alam dewasa.
Sekiranya penulis berminat mengambil contoh Indonesia mungkin kita boleh gunakan contoh yang sama,dimana diIndonesia keselurohan rakyatnya dididik disatu sekolah yang sama dari awal alam pergaulan dari itu penerapan nilai-nilai pemahaman antara kaum dan ugama itu adalah lebih mudah meresap bedasarkan penagongan Panchasila mereka.
Berbeda di Malaysia dimana pemahaman dan penerapan nilai perpaduan antara kaum dan ugama itu hanya cuba disogokan diperingkat dewasa kerana Malaysia mengamalkan sistem pendidekan yang berpecah dan berbeda hanya kerana kekangan politik perkauman yang tidak menjunjong kepentingan Negara ,terutama di kalangan kaum yang mendatang.
Kesimpulan bagaimana kepentingan Rukun Negara harus diterapkan sedangkan pengisian rukun itu sendiri tidak diterapkan dari awal berbeda dengan Indonesia dimana mereka mengamalkan prinsip, ‘dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung’.
semuaok says
Masalah timbul disebabkan sesuatu pihak mengagongkan diri dan tidak memberi kehormatan yang sama rata kepada pihak lain. Kerana berkuasa, hendak mengutarakan amalannya ke atas yang lain dengan tidak menghormati pihak lain.
Hanana bt Abdulla says
1/2
.
A very important point about Islam is its beauty in its simplicity. Allah says in surah Al Ikhlas [in simple form]:
‘I am one, I procreate not, nor was I a product of procreation’.
Simply put, Allah needs no associate [no Holy Ghost], nor does He have a son [Jesus], nor has He a Father.
See http://www.youtube.com/watch?v=Vp-6ofzUuVI
Allah is simply one and has and needs no other associates, father or son.
One need not be a big ulama, imam or professor to understand this.
No thick theses are required to come to this conclusion.
The principle is simple and bare. When other so called ‘learned people’ like Gus Dur try to introduce new things in his prayer, that simply makes his “Islam” dubious and his brand of Islam ought to be viewed with caution or dumped. A simple analogy would be like this:
Imagine Gus Dur’s brand of Islam like a pot of milk: pure and white. And when he introduces a practice which is contrary to the simple, elegant principles of Islam, it is akin to dropping a drop of laundry blue into the pot of milk.
[cont’d]
Adam says
“Allah is simply one and has and needs no other associates, father or son.”
Yes, God is one and needs no associates but why is Prophet Mohammad (PBUH) always associated with Allah every time the Syahada is pronounced?
To Christians, the “Trinity” is not 3 separate entities but One serving 3 functions. You would not be able to grasp the concept if you take the father/son relationship literally.
When I first started taking religious knowledge in the 60s as a school subject, I could not understand the concept of the Trinity. Only years later as I dwelt more into the matter, was I able to accept that God sent us His Word through Jesus who was crucified as a living sacrifice for our sins, for which we would be saved through His grace rather than our own works. The Holy Spirit was then sent as a helper to dwell in those who believe. Now, through the internet, I also learned that the Koran has also described Jesus (Isa) as the Word (Kalima) and Spirit (Ruh) of God and He is coming back to judge us, as Christians also believe. That serves as a confirmation of Jesus’s role.
People may not accept this explanation and may even laugh at it but that is ok. It is between me and God. Just as you are comfortable with your Allah, we should not force our belief on others. We could explain and pass on the message but we must never ever use coercion and intimidation. That is why freedom of belief is so very important in matters of faith.
semuaok says
Kudos to that, Adam.
Erina Heights says
Adam, thanks for the very clear discourse of the Trinity especially that God Almighty as revealed to Christians is not 3 but 1.
Hanana bt Abdulla says
2/2
Apa lagi – rosaklah, the milk. All the kangkung professors can say anything, Islam is elegantly simple like mathematical theorem with one unique solution and any attempt to yield a polynomial root would destroy the beauty of the unique solution theorem.
Take you guys back to the period Gus Dur became president. At that time he had a prayer at the grave of his father – trying to communicate with the dead. Islam does not allow one to use intermediaries – ghosts, the dead [living or otherwise] – to look at the future. He contravened the ‘no associates principle’ of the unique [aka One] Allah!
Anyway, the way Gus Dur talked about the policies of his gomen then also comes into question. While on a plane to Vietnam, he announced that he would give the people of Acheh their independence. And when he came back from Vietnam, he conveniently denied the promise he made..
That is not the behaviour of a great Islamic leader.
Once a practice initiated by the leader is perceived to be corrupted [not rasuah corruption]. his institution Nadhatul Ulama is called into question. Merely because NU has 20+ million members does not make them righteous. Simple logic has always a place in Islam. Only that proofs of mathematical concepts cannot be understood by all and sundry.
However the results of the concepts are simply explained in surah like surah Al Ikhlas. Like in mathematics, Bessel functions. Non-mathematical [approaches] will take the solutions without proof as the ultimate truth.
Likewise at out simple level of education, we must be confident [enough] to accept the concept that Allah is one. There is nothing to prevent one from pursuing religious knowledge to eventually prove surah Al Ikhlas to be true!
semuaok says
What was then Tanah Melayu the Malay Muslims [were] more than willing to share it and [are] always practising give and take.
====
Come on, how many nations in the world are of only one race and one religion? Stop harping on the generosity of the Malays, it was the reality of the day then.
What is more important is how to move forward as a nation united in diversity.
The problem is that of the narrow outlook, that it has to be mono-centric culturally.
hanana bt abdulla says
Speak clearly so that I can understand. Muttering macam ini, baik simpan dalam perut!
Adam says
Semuaok is actually refering to a statement by Ellese above on Dec 18. Semuaok has a good point that Malay Muslims should stop harping on their generosity to share Tanah Melayu with the other communities and move forward towards a united nation. Merdeka was achieved through the efforts and agreement of all the various races who have contibuted to the economy and well-being of the nation.
With the formation of Malaysia, race and religion should not be given the emphasis in nation building. If Sabah and Sarawak could agree to share their oil and natural resources with all Malaysians, we should drive the nation through needs-based policies with emphasis on the poor and disadvantaged. This is the only way to achieve a strong and united country.
If we keep giving special privileges to the majority irrespective of economic standing, we are going to run the country to the ground for sure.
Gideon Plunck says
I see of lot of comments here like “Non-Muslims … please stay out and comment not unto something you do not know about…”
Do all Muslims stay out of non-Muslim matters? No!
They are busy bad-mouthing non-Muslims and their beliefs from morning to night.
So on what equitable basis can they now claim the right to tell others to shut up about them?
Not rational. Makes no sense.
Flag of Truth says
# Gideon Plank
I can ensure you that Muslims in Malaysia always respect other people’s beliefs. If not you will see lots of “incidents” like the destruction of the Babri Mosque in India. But no.. maybe one or two churches have been vandalised but [liquor bottles were also thrown into mosques]. And how did the majority of Muslims react to this “incident”? They just forgive the culprits. No churches, temples or shrines have been destroyed after that. […] That shows the high level of tolerance that is being shown by Muslims in Malaysia.
JW Tan says
Listen to yourself. Not reacting with violence shows tolerance? I would have thought it would be the minimum level of human decency one can show. If that’s how you define tolerance I fear to know how you define reprisal.
If [Malaysians] were tolerant, I would not expect to see incidents like the [decree] banning the use of the word ‘Allah’ by non-Muslims. I would not expect to see […] demonstrators insulting […] Hindu Malaysians using a cow’s head. I would not expect the raft of ‘rampas mayat’ cases.
[…]
Flag of Truth says
Demonstrators insulting Malaysian Hindus using a cow head.. hmm I have to ask you JW Tan… do you see it on [a] daily basis?.. or does this thing happens once a month?.. in statistics there is a principle “a sample can not represent the whole population”. Muslims are not going [on a] rampage in terms of belittling other religions. Ini adalah kes terpencil. THAT is a FACT. You are just acting ridiculously.
Adam says
This thing is like the cow head incident and that thing like the burning churches incident is one too many. Those incidents should not have happened at all. Now, we have Jakim branding Christians as enemies of Islam for using the word for generations and one mufti saying Muslims who let others use Allah are infidels. How ridiculous can you get?
Karim Cheng says
This interaction among Malaysians on Islam is good. We may agree to disagree without animosity.
I agree with those who decried the lack of input from local Muslim/Islamic leaders (mufti) before the writer of this article put forth her ‘take’ on the talk given by the head of LESBUMI, an Indonesian/Islamic organization under Nahdhlatul Ulama.
Islam as practiced in Indonesia varies from one end of the archipelago to the other; even among the different provinces and peoples. The Javanese are dominant but the Islam of the Minangkabaus are closer to Islam among mainstream Malaysian Muslims due to the influence of Pak Hamka whose books were widely read here since the 1950’s.
The vast collection of modern books on Islam translated from the Arabic and published in Indonesia annually are in great demand locally, too; thus Muslims here are today more Islamic than their grandparents and fathers. As proof of this increased change in understanding Islam is the apparel among Muslimah (of course SIS is the exception!) and the memorization of Asma ul Husnah compared to the renderings of Sifat 20.
The ‘kuliah’ of modern Islamic Malaysian leaders such as Dr Mohd Asri Zainal Abidin and Dr Juanda Jaya are very much in demand among young Muslims especially in Kuala Lumpur.
The Javanese are religious Muslims too but their Islam is a mixture of Hinduism and pagan practices which they attribute to the allowance given by Islam to incorporate the customs and culture of the local people into Islam proper, when these are not against tauhid. That is why we have Muslims in Kudus not partaking of beef to pacify the local Hindus.
I lived and worked among Indonesians in Jakarta and Singapore for many years and my Indonesian colleagues were amazed to discover that I am able to read the Qur’an in its Arabic script whereas those my age among them mainly read the transliteration version.
Wallahu a’lam.
Main says
The Indonesian people have seen it thru’ blood to declare what is theirs now; problems or no problems. Their ways of getting people to stand together were among others, killing their own e.g. tragedi lubang buaya where generals were killed and the Diponegoro rebellion, Wali Songo etc.
While practising religious belief is said to be ‘liberal’ among the Muslims and non-Muslims there, it’s being upheld to the core e.g campaigns and slogans banning everything that goes against the core belief of Islam and they’ve had wars with other religions, namely Christians, some years back. The point of the matter is, managing 200 million people in a vast land separated by large geographical divide made their thinking of how to practise Islam, conducive for them and not for us…….:)
Murdan Benny says
Orang Islam di Malaysia berlumba untuk mengenal Allah, tetapi tidak pernah cuba memahami Allah. Hukum hudud jika dilaksanakan hanya akan mengikut nafsu ulama sahaja. Hukum rejam zina dan potong tangan kerana mencuri menunjukkan betapa kejinya perbuatan itu di mata Allah. Allah memberi contoh bagaimana seriusnya jenayah itu, bukan untuk orang Islam meniru hukuman itu. Seruan Muslim itu akan hanya meminggirkan orang-orang bukan Islam. Seluruh manusia itu bersaudara kerana datuk manusia ialah hanya Nabi Adam.
Menghambakan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa yang tidak memerlukan hamba. Allah memberikan jasad, nyawa, nikmat dan rezeki kekayaan. Allahlah yang ‘menghambakan diri’. Bersolat dengan 17 kali ‘ihdinassirotalmustaqim’ sehari, memohon jalan yang lurus. Meminta petunjuk jalan ini biasanya adalah orang yang sebenarnya sesat, pikirkanlah. Pandai pula menuduh orang lain sesat, tidak menyedari diri sendiri yang sesat. Allah berkata hanya Dia yang menilai keimanan seseorang. Tetapi masih degil dan gemar mengkafirkan orang. Apakah amalan Islam orang Islam Malaysia sekarang ini benar?
Agama manakah yang pengikutnya paling cepat melenting dan bersedia untuk mati cepat sekarang, bila nabi mereka dihina? Merasa terhinakah jika Islam dihina, jika orang Islam benar-benar beriman kepada Allah? Fikirkanlah. Adalah Allah cemburu manusia menyembah berhala yang tidak setanding dengan Dia, setelah kebenaran disampaikan melalui nabi dan rasul-Nya? Kenapa manusia memandai-mandai menghukum dan gemar mengaibkan manusia lain, sedangkan Allah tidak akan tercela sedikitpun jika manusia tidak menyembah-Nya?
Siapakah yang mengamalkan kasih sayang seumpama menghargai Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang?
Berhentilah berandai-andai dan memandai-mandai …
farha says
Saudara/i Benny,
sebuah karangan yang indah….Saya boleh katakan yang anda adalah seseorang yang mempunyai lentera di hati. Syabas 🙂
Flag of Truth says
Konsep anda mengenai ketuhanan, jihad (dan juga syahid) sama sekali tidak dapat saya fahami. Apakah bagi anda seseorang yang mati syahid kerana mempertahankan Islam dari dipersenda adalah sesuatu yang sia-sia?
Adakah bagi anda, seseorang nabi itu boleh dihina dan kita hanya duduk layak diam sahaja? Mungkin konsep itu sesuai untuk anda tetapi tidak sesuai bagi saya. Dan saya bukan memandai-mandai, konsep syahid ini telah diajar oleh Nabi Muhammad kepada orang Islam. Baiklah, biarlah saya nyatakan kepada anda, bahawa sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam itu berperingkat. Pertama sabar dan menerima segala perlakuan penghinaan orang bukan Islam kepada Islam sebagaimana fasa pertama dakwah nabi di Mekah sebelum peristiwa hijrah. Namun apabila perjuangan menegakkan Islam memasuki fasa kedua maka orang Islam telah berubah daripada menjadi pasif kepada perjuangan yang lebih agresif bagi membela Islam sejajar dengan firman Allah dalam surah Al Haj ayat 39-40.
Panda says
Jika “mencegah perkara-perkara yang dilarang” membawa kepada perbuatan/polisi kerajaan yang menghalang atau menyusahkan amalan beragama penduduk bukan-Islam, bererti niat sedemikian melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tiada sebabnya Sabah dan Sarawak “melayan” drama-drama […] anda dalam Persekutuan ini. Kalau bukan minyak dan kayu balak mereka, tiadalah “kegemilangan” dunia […] anda tu.
Kedua, cukuplah dengan seruan “perjuangan yang lebih agresif bagi membela Islam” walhal isu yang diangkat-goncang oleh ahli politik UMNO bukanlah seremeh mana jua bukan sebesar mana pun jika isu Kalimah tidak dicemari “drama […]” ahli-ahli politik UMNO dan NGO-NGO sokongan UMNO.
Flag of Truth says
Apa yang perkara yang sangat-sangat menyusahkan ‘penduduk bukan islam’ ini?.. adakah sampai ke tahap menyusahkan amalan beragama?.. cukup-cukupla tu dengan kenyataan provokasi ni. kebebasan beragama di Malaysia ni secara relatifnya masih ok kalau dibandingkan dengan negara lain waima negara barat sekalipun. amerika syarikat pun masih lagi tak sunyi dengan provokasi sebegini ini kan pula Malaysia.
Murdan Benny says
Sudah tentu konsep Islam saya berbeza dari konsep biasa. Bagi saya Allah adalah Allah dan Tuhan bukan Allah atau Allah bukan Tuhan. Tuhan ciptaan manusia. Tuhan Hindu, Tuhan Buddha, Tuhan Kristian sama jer. Tetapi bukan Allah. Bila berdakwah mencampurkan Allah dengan Tuhan, Allah akan laksanakan kehendak insan […].
Insan hanya berkehendak jadi hanya memohon kepada Allah kebaikan; jika anda benar percaya kepada Allah 100%, pasti Allah membantu. Bukan membunuh ciptaan-Nya, walaupun ciptaan itu menghina Nabi sanjunganmu. Bukankah segala ciptaan Allah ciptakan tanpa sia-sia dan sempurna semuanya? Mengapa memusnahkan ciptaan Allah? Bukankah Allah Maha Berkuasa? Tidak percayakah anda kepada Allah? Bukankah alam semesta ini dalam pentadbiran-Nya?
Sesia sahajalah amalan anda, menyeru ‘sembahlah Allah’, ‘kita mestilah menyayangi seluruh manusia’, jika anda gemar memusnahkan ciptaan Allah. Jika mencemuh, memusnah, membunuh ciptaan Allah, bukankah namanya menghina Allah? Jika benar-benar beriman dan percaya Allah, doakan sahaja kepada Allah, pasti Yang Maha Esa membantu. Atau anda masih ragukah keimanan kepada Allah?
Hanya sedikit ….
hamba Allah says
Kalau menghina Nabi boleh digalakkan dibunuh, awal-awal lagi bila Nabi dihina di Mekah, dia akan suruh sahabatnya bunuh orang yang menghinanya… ini disuruhnya sahabat bersabar…. kita martabatkan diri kita dan maruah agama kita.. kita martabatkan rasul kita dengan cara tunjukkan sikap kebaikan kita lemah-lembut kita bertabligh…[…]
Murdan Benny says
Errata: “seruan Muslim itu” … “seruan orang Muslim itu bersaudara” …
hanana bt abdulla says
Benny dong, kamu bikin statement http://www……..wwww, mana rujukannya? Ini namanya merapu bagi ulasan dengan rujukan walaupun dari bibel. Jadi senang nak counter-ulas.
Pasal betul/tak betul ikutan seseorang.
—————————————
Imagine pakai GPS nak ke Seremban. Tapi if GPS bawa ke Rawang, udah tentu GPS kita sesat. Allah ada bagi petunjuk – contoh Surah Ikhlas. Jadi checklist untuk tengok sesat/tak sesat.
Islam strict, simple dan no kompromi pasal fren/partner dengan Allah.
Bila Wak Dur pergi cari ilham dari orang yang udah mati, jelas dia sudah sesat. How clear you want the notion of partner yang kata tak boleh pakai?
Murdan Benny says
Sila ke: wafatabadi.blogspot.com
syaikhuddin gurman says
Assalamu’alaikum wr.wb.
Saudara-sudaraku (walaupun saya tidak tahu siapa saudara).Untuk dapat faham tentang Islam, maka saudara harus memahami dan mengenali ajarannya,Nabinya (Muhammad SAW) dan Tuhannya (Allah). Sudah kenalkah saudara dengan sifat ajaran Islam? Dengan sifat Nabi Islam (Muhammad saw)? Dengan sifat Tuhan Islam (Allah SWT)?. Kenalilah melalui sifat ketiganya! Terkadang ajaran Islam tegas melebihi ketegasan ajaran Yahudi, tapi terkadang ia lembut melebihi ajaran Nasrani. Nabi Muhammad terkadang tegas melebihi ketegasan Ibrahim dan Musa, tetapi terkadang ia lembut melebihi Isa. Sedangkan Tuhan Islam (Allah), Ia mengenalkan diri-Nya pada kita melalui sifat-sifatNya. Terkadang Ia berkata: “Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Memaksa, Maha Cepat Balasannya”, tetapi pada saat yang lain Ia berkata: “Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Lembut, Maha Bijaksana”. Lalu pertanyaannya: Kenapa saudara-saudara hanya memilih salah satu dari dua sisinya. Jadi yang ingin saya katakan adalah bahawa: “Refleksikan Islam denan tegas tetapi pada saat yang lain ia juga lembut”. Semua itu tergantung pada apa dan siapa? Islam dan umatnya harus berbicara “tegas dan keras” kepada mereka yang hanya mengerti bahasa “tegas dan keras”. Bagaimana mungkin Islam harus berbicara lembut kepada mereka-mereka yang tidak mengerti apa itu artinya “lembut?”. Tetapi Islam juga harus berbicara “lembut kepada mereka yang mengerti tentang kelembutan”. “Ketegasan tanpa kelembutan” adalah bencana, dan “Kelembutan tanpa Ketegasan” adalah juga nestapa. Maka oleh sebab itu yang diperlukan adalah “Kitab, Keseimbangan dan Besi”. Wallahu A’lam. Wassalam.wr.wb.
bahroni rofiqul van java says
Let’s go back to the Quran and Hadith. They are our solution.
Aku bangga jadi Muslim dan Indonesia.
Kalian juga harus bangga jadi Muslim dan diri kalian.
Kalau ada permasalahan dan perbedaan pendapat ya… kembalikan ke Quran n Hadith.
Salam surga! He2.
Bamboo says
Masalah di Malaysia pada pandangan saya adalah kerana agama dicampuraduk dengan politik. Parti-parti politik mempergunakan agama untuk mengawal fikiran and cuba dapat undi orang Melayu/Islam.
Keadaan ini wujud kerana orang Islam di Malaysia tidak faham betul inti Islam. Kebanyakan hanya ikut luaran Islam seperti sembahyang 5 kali sehari, berpuasa dalam bulan Ramadhan dan 3 tonggak Islam yang lain. Tetapi tidak faham inti Islam seperti bertolak-ansur, penyayang. Ulama yang tidak fasih/berpengetahuan mengeluarkan fatwa dan hukuman hudud. Tetapi dalam Quran tidak ada dinyatakan hukuman khusus untuk jenayah tertentu, fatwa dan hudud adalah ciptaan manusia yang tidak sempurna.