MENURUT Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS, konsert Michael Learns to Rock pada 5 Sept 2009 kelak “akan membawa umat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka”. Daripada ayat ini saja, saya sudah boleh agak yang tidak ada sesiapa pun dalam Pemuda PAS yang pernah mendengar lagu Michael Learns to Rock.
Bagi saya, Michael Learns to Rock adalah kumpulan muzik yang paling membosankan di dunia. Bila saya terdengar lagu mereka berkumandang di pasar raya atau restoran, saya akan keluar dari tempat-tempat sedih ini. Bila lagu mereka diputarkan di radio atau televisyen, saya akan matikan bunyi dengan serta-merta. Ya, kalau saya ditahan dalam lokap, satu kaedah yang paling berkesan untuk mendera saya ialah dengan memaksa saya mendengar lagu Michael Learns to Rock. The Actor? Sleeping Child? 25 Minutes? Bunuhlah saya, bunuh saya sekarang.
Tetapi saya pun ada kelemahan saya sendiri. Saya pernah juga minat dengan lagu Celine Dion dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Astaghfirullah. Ada juga kawan-kawan yang telah hilang rasa hormat kepada saya setelah mengetahui hakikat ini.
Saya menyimpang. Kesimpulan saya: Nasrudin memang salah. Michael Learns to Rock sama sekali tidak “melemahkan moral dan mental [saya] sekaligus mengheret [saya] tenggelam di bawah gelora nafsu”. Saya menghormati hak Pemuda PAS untuk membenci muzik Michael Learns to Rock. Hanya Allah yang tahu saya pun ingin mempertahankan hak yang sama bagi diri sendiri. Tetapi saya juga menghormati hak Michael Learns to Rock untuk terus berkarya, meracuni corong-corong radio dan mengadakan konsert yang entah apa-apa. Dan saya sudah terlalu jelak dengan tabiat PAS yang suka mengharamkan itu dan ini untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Konsert ini adalah suatu penghinaan besar kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang menyambut bulan Ramadan al mubarak kini,” kata Nasrudin dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 24 Ogos 2009. Yakah? Saya tidak mahu persoal kenapa Nasrudin dan Pemuda PAS terlalu mudah “dihina besar”, tapi saya mahu mempersoal kepantasan mereka memaksa pendirian ini ke atas orang lain.
Saya pun terharu dengan kedatangan bulan Ramadan. Saya pun khusyuk menjalankan ibadat puasa dan mengunjungi masjid pada bulan yang mulia ini. Akan tetapi, sebagai seorang Muslim, akhlak dan iman saya tidak akan tergoncang sekiranya Michael Learns to Rock menghidangkan lagu-lagu mereka nun di Genting Highlands. Siapa hendak pergi, pergilah. Saya hormati hak dan citarasa anda. Dan kalau akhlak atau iman anda tergoncang, saya amat kesian terhadap anda. Tapi itu antara anda dan Tuhan anda.
(Sumber gambar Nasrudin: pru12.pas.org.my; klef musik:
josterix / sxc.hu)Lagipun, walaupun ini bulan Ramadan, adakah ini bermaksud bahawa orang bukan Islam juga kena turut tidak berhibur sebab ada juga orang-orang Islam seperti ahli Pemuda PAS yang tidak mahu berhibur? Adakah ini maksud Ramadan bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia?
Cakap tak serupa bikin
Belum sempat saya sembuh daripada membaca kenyataan media Pemuda PAS, tiba-tiba pula saya diserang dengan berita dari kerajaan Selangor. Ahli majlis mesyuarat negeri dari PAS, Datuk Dr Hassan Ali, mengumumkan pada 24 Ogos 2009 bahawa imam, bilal, siak dan nazir masjid sudah diperkasakan untuk menahan mana-mana orang Islam yang minum arak di khalayak umum.
Ini satu keputusan yang sangat menghairankan. PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) sudah lama mengomel tentang penyalahgunaan kuasa badan-badan penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Tetapi kini Hassan mahu memberikan kuasa seperti ini kepada individu yang mengetuai solat jemaah, melaungkan azan dan menjaga hal-ehwal masjid?
Hassan membuat saranan demikian berdasarkan surah mana dalam kitab suci Al-Quran? Dia buat keputusan ini berdasarkan proses syura yang bagaimana? Hadis mana yang dia pakai?
Dan yang paling menghairankan, apakah tauliah Hassan dalam membuat keputusan seperti ini? Dari blog Hassan sendiri: “Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.” Saya tidak nampak yang Hassan ini lulusan syarie dari Universiti Al Azhar, Mesir, atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semua kelulusannya daripada institusi “sekular”.
Ini pula pengalaman pekerjaan Hassan, dari blognya:
Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)
Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM
Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM
Mana dia pengalamannya dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam? Mungkin ada yang memandang soalan saya ini berniat buruk, tetapi saya rasa ianya wajar ditanya. Bukankah PAS yang sentiasa mengutuk pemimpin Umno kerana kononnya tidak ada tauliah dalam isu-isu Islam? Bukankah PAS sebelum ini yang mahu menyiasat dan mengharamkan badan bukan kerajaan Sisters in Islam, kerana kononnya mengelirukan umat Islam?
PAS selama ini terlalu mudah menembak individu dan pertubuhan yang kononnya tiada kelulusan dalam ilmu Islam. Malangnya untuk PAS, ramai juga ahli-ahlinya yang memperolehi kelulusan daripada negara sekular seperti Amerika Syarikat, contohnya Hassan. Jadi apakah kelulusan Hassan yang membenarkannya membuat keputusan sebegini tentang pentadbiran agama Islam?
Demokrasi yang sebenar
Sekarang ini, memang jelas yang kerajaan Barisan Nasional (BN) pun bukanlah harapan untuk rakyat Malaysia yang cinta kepada demokrasi. Lihat saja kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir. BN telah mencalonkan seorang yang sudah terbukti melakukan penyelewengan dalam syarikat guamannya. Dan ini kononnya adalah calon yang terbaik antara lima calon yang disenaraikan oleh Umno. Dan ini hanyalah satu contoh ketandusan prinsip dan etika dalam BN!
Pastilah ramai rakyat Malaysia yang mahukan perubahan. Dan ramai yang meletakkan harapan pada PR, termasuk terhadap PAS. Tetapi apakah PAS dan rakan-rakan PRnya akan menghormati prinsip demokrasi yang sebenar? Apakah tindakan dan kenyataan Hassan dan Nasrudin yang sebenarnya membawa erti slogan “PAS for all“? Dan kenapa pula rakan-rakan PR PAS belum bersuara tentang isu-isu ini? Adakah diam itu tanda setuju?
Pada tahun 2004, Indonesia telah mengadakan pilihanraya untuk jawatan presiden republik. Ketika itu, tokoh muzik rakyat Indonesia, Iwan Fals, telah mencipta sebuah lagu, Manusia Setengah Dewa, yang amat menyentuh hati saya. Tontonlah video muziknya:
Saya petik liriknya di sini:
Wahai presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini
Suara yang keluar dari dalam gua
Gua yang penuh lumut kebosanan
Walau hidup adalah permainan
Walau hidup adalah hiburan
Tetapi kami tak mahu dipermainkan
Dan kami juga bukan hiburan
Turunkan harga secepatnya
Berikan kami pekerjaan
Pasti ku angkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa
Masalah moral
Masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moralmu
Urus saja akhlakmu
Peraturan yang sehat yang kami mahu
Tajam, bukan? Malangnya, saya rasa rakyat Malaysia tidak akan berpeluang mendengar lagu ini dari Iwan Fals secara langsung, kerana saya pasti PAS akan cuba mengharamkannya. Sebab lagu ini mengangkat demokrasi dan bukan kerenah parti “Islam”.
Shanon Shah beribadat bukan untuk memuaskan pandangan orang lain. Dia percaya bahawa soal iman, aqidah dan ibadat tidak boleh dipaksa ke atas siapa-siapa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ramadan mubarak!
Shanon adalah seorang anggota bersekutu Sisters in Islam.
The Nut Graph memerlukan sokongan anda
uncle husim says
Well put bro! Lirik tu mmg tepat.
Hafiz Ismail says
Hassan Ali tidak ada kelayakkan untuk menyetuh perihal Islam, dan siapa pula anda untuk mempertikai saranan tersebut? Dari penulisan anda kelihatan anda sepertinya anti ulama. Oh tak perasan … Sisters In Islam. Lebih baik anda kekalkan membuat liputan topik selain Islam, kerana sayang, anda berbakat tapi menyesatkan.
chinhuatw says
Hidup Shanon. Takbir!
Mohamad Yusof says
Kekuatan iman itu tidak datang dari di mana ia mendapatkan pendidikannya, universiti mana, madrasah mana dsb. Sayang sekali anda tidak mampu menghayati hakikat itu.
Karcy says
To those criticizing Shanon:
Without taking sides, if you want to criticize Shanon’s Islamic theology, criticize him using Islamic theology. Saying that he is a heretic just because he is in Sisters in Islam is ad hominem.
Badrul says
π
Apabila seorang penjual cincau memberi nasihat sebagai seorang doktor. Adakah anda terima nasihatnya? Saya rasa Shanon Shah tiada masalah menerima pakai nasihatnya. Itulah Shanon Shah.
Ramai yang Islam tetapi tidak tahu apakah peranannya sebagai seorang Islam.
lezzo says
Betul, maybe your iman doesn’t necessarily come from where you study. But PAS do have the tendency to tell people to shut up because they don’t have the right ‘credentials’ to talk about Islam.
Personally, I think your faith is a personal relationship with God, and you should never impose what your religion means to you on anyone else. We might all be Muslims, but it doesn’t mean we all have the same views on it (which is OK). For example, the cow head protesters claim to be defending Islam, but does my view of Islam condone that sort of behaviour? Hell no. Sure, I condemn what they did because it was harmful to others, but do I impose my view of Islam on them? No. PAS need to learn that if they want to empower Islam, the key is education, not imposition (it is a very fine line).
p.s freedom of religion is a basic human right, as noted in the Universal Declaration of Human Rights, Article 18 (my favorite):
“Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.”
umi says
SIS memang mengelirukan…
Ya Allah, tetapkan iman dan aqidahku dan umat Islam sekalian agar tidak terpesong dgn ajaran2 mereka yang bergelar Islam liberal ini. Amin.
vagabond says
Don’t agree much with nasaruddin but definitely not agreeable with you in your points too. But then what does one expect from SIS?
lezzo says
Apasal semua orang nih? Just because SIS fights for women’s rights, according to the Quran, they are ‘Islam liberal’ ke? Apa yang mengelirukan sangat? There are thousands of interpretations of the Quran, just because it’s not yours, it’s salah is it? They are just showing that the Quran doesn’t discriminate against women, are you denying that?
Ish…. Give them a break la…
jac smk says
Sharp and spot on Shanon. The deafening silence from PAS’s Pakatan Rakyat allies on critical issues related to democratic principles and the freedoms of conscience, thought and religion is begging for an answer.
In the words of Celine: “Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on”
So go on lah PR, show us what’s the stand so we can make an informed decision when shaping what Malaysia is made of.
Keyser Soze says
Tanda2 akhir zaman bila ulamak memandang dunia.
Al-Quran dijadikan barangan dagangan …
I don’t like BN but I support the word Islam [being] removed from any organizations, it is not [the] exclusive right of any particular body – Islam belongs to all!
Islam is universal but PAS is parochial!
Main says
Seolah-olah dajal yang datang dengan undangan. Lumrah bagi penentu kuasa di Malaysia.
Anonymous Coward says
The biggest problem that I have with Hassan Ali’s move is that it was unilateral. Who did he ask for opinions on the move to empower mosque committee members in that way? Where are the memoranda, where are the polls? It came out of nowhere and I’m still rather annoyed by it.
I am fascinated by some quarters of the Malay-Muslim population. If I question something that you think is right, therefore I’m a heretic? Burn at the stakes?
“Kekuatan iman itu tidak datang dari di mana ia mendapatkan pendidikannya, universiti mana, madrasah mana dan sebagainya. Sayang sekali anda tidak mampu menghayati hakikat itu.”
I don’t disagree that faith can come regardless of where you studied. But for goodness sake, the question is a legitimate one. Who in the world did Hassan Ali ask for opinions? What were the processes that led to him deciding — again, I stress, unilaterally — to empower the mosque committee?
Those who ask, what’s the problem? Well, here’s the problem: the mosque committee [members] are not state-regulated officials. Who do they answer to? They’re ordinary citizens. With more insight into the Islamic code of law, to be sure, but ordinary citizens nonetheless.
Why aren’t any of you alarmed by this? Surely you’ve heard of the snoop squads and the moral police? I’ve seen at least one case of the moral police being judge, jury and executioner in one case of adultery. You are placing disproportionate amount of power in ordinary citizens. That is never good for anyone.
Setting such a precedent is not good practice.
Keepaa says
Truly a daring piece! ~ Saludos! ~
Hafidz Baharom says
Just to highlight, the movement to refer SIS to the National Fatwa Council was done during the muktamar this year by muslimahs from Shah Alam PAS who defied their branch leader, Khalid Abdul Samad, who advised that the motion should be taken out and reviewed.
So when the muslimahs don’t even listen to their leaders, I brand them traitors.
PAS is just using the cover of Islam to forward their backward, semi-theocratic national agenda which I personally do not care for.
Honestly, should they actually protest the concert, I sincerely hope the FRU is ready with tear gas and batons.
Apostate Malay Muslim Female says
I just….I just …………..I just wish we [didn’t] need this article to [be] printed in the first place. I wish, I reallly wish that religion [can] be removed from the face of the earth .
I also wish […] that my comments won’t “kena potong” [by the editor] but alas!
aidila says
Kesian juga dekat orang Islam di Malaysia ni kan? Kalau tak ada PAS tentu semua dah hilang moral di konsert-konsert ahli muzik yang dah sememangnya tak popular di mana-mana.
Di Malaysia ni terlalu ramai yang aktiviti riadahnya ialah menjaga tepi kain orang lain, menghukum orang lain, mengawal kebebasan orang lain, memaksa pendapat mereka kepada orang lain…dan semua atas alasan agama dan bangsa.
Carilah hobi lain.
demonesperado says
1) Dah terbukti dalam banyak-banyak konsert sebelum ni, lebih banyak petaka berbanding kebaikannya. Konsert Sure Heboh tu pun boleh dijadikan satu contoh yang baik, cukup melalaikan umat Melayu [Malaysia], yang kononnya gi konsert tu awal-awalnya dah set tidak “melemahkan moral dan mental [saya] sekaligus mengheret [saya] tenggelam di bawah gelora nafsu”.
2) Dah memang jadi tanggungjawab Hassan Ali untuk memelihara kepentingan umat Islam di negeri Selangor ni. Orang-orang “Melayu Islam Selangor” yang teguk kencing setan ni je yang gabra! Kalau rasa betul, gi la saman Hassan Ali tu. Saman juta-juta, boleh cepat kayo…
gasakla says
Apalah salahnya menangkap orang minum arak? Kalau dah salah, dan memang ada dalam al-Quran pun minum arak itu termasuk dalam dosa besar.
Lu cakap boleh kaji dulu x?
Pernah dengar amar makruf nahi mungkar? Malu lah sikit, orang Islam apa ni? Astaghfirullah, jangan guna kalau tak maksudkan betul2.
Salam 1 Malaysia!
Jawapan: Terima kasih atas teguran anda. Bolehkah anda sertakan di sini semua ayat suci Al Quran berkenaan dengan hukum meminum arak?
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
gasakla says
al-Maidah, ayat 90-91: Wahai orang-orang yang beriman! Arak, judi, berhala serta menenun nasib dengan anak panah itu merupakan perbuatan kotor yang termasuk dalam pekerjaan syaitan. Oleh itu, tinggalkanlah (amalan-amalan tersebut) agar kamu mendapat kejayaan kelak. Syaitan benar-benar ingin menjatuhkan kamu ke dalam kancah permusuhan serta menimbulkan kebencian di antara kamu.
Nak belajar agama ke?
Rasanya ko ni tak belajar agama Islam masa sekolah dulu kot? Itulah ponteng, ke ko belajar di luar negara? Ku tak taulah sbb ko ni tak terkenal sangat.
Tapi kalau ko urban dan selalu pergi lepak club, tanyelah kat bro2 bonzer di pintu masuk kelab, apa maksud amar makruf nahi mungkar. nescaya mereka pun tahu.
Dan org yang marah biasanya salah haha.
Jawapan Shanon: Saya tak pasti kenapa kehadiran saya dalam kelas agama Islam di bangku sekolah menjadi pertikaian di sini. Dan juga sindiran tentang kononnya saya mengunjung kelab. Bagi saya itu tak relevan kepada tajuk perbincangan.
Buat pengetahuan saudara:
Surah al-Baqarah, ayat 219: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.
Surah an-Nisa, ayat 43: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Surah al-Maidah, ayat 90: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Jadi pertikaian di sini bukanlah bahawa arak itu haram. Saya pun setuju, arak itu haram. Tapi di dalam al-Quran, Allah sendiri tidak menjatuhkan hukuman sebat untuk sesiapa yang mabuk atau minum alkohol. Malah, firman Allah tentang arak jauh lebih kompleks daripada apa yang anda cuba perjuangkan. Terdapat juga pentafsiran lain oleh para imam tentang hukuman sebat dalam Islam. Baca tulisan Imam Feisal Abdul Rauf.
Assalamualaikum, dan saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
abdullah says
Wahai saudaraku, tanggungjawab menjaga agama Allah bukanlah hanya golongan imam dan bilal yang menjaga masjid. Dan bukan mereka sahaja yang perlu menjaga masjid, malah kita juga wajib menjaga agama Allah ini. Pada pendapatku, pendirian kerajaan negeri Selangor itu perlu dihormati. Mungkin kepercayaan kepada PDRM tidak dapat diberikan lagi (pada mereka). Urusan agama Allah ini bukanlah hanya boleh dilaksanakan di atas kertas mahupun rang undang2. Allah itu Maha Melihat. Itu tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Dan rakyat adalah tanggungan mereka yang berat. Dan sekali lagi, saya ingin mengingatkn kalian dan diriku sendiri, untuk mngecapi kegemilangan seperti zaman Rasulullah yang dahulu, undang2 Islam perlu dilaksanakan secara keseluruhannya. Kerana itu ketetapan Tuhan kita Allah… semoga kita mendapat petunjukNya.
gasakla says
Dari segi hukum sebat atau apa-apa tu bukan persoalan aku, itu pertimbangan yang lebih arif dan berhak dalam menentukan hukum-hakam, sebab itulah adanya ulama’ dan imam serta ustaz. Dan sebab itulah rumah sembahyang diwujudkan dan diadakan orang2 yg berkuasa, bukan sekadar untuk minta derma selepas solat terawih atau berhias dengan serban dan tasbih.
Tapi menjalankan tanggungjawab sesama Islam. Jgn cerita soal hukum, pada dasarnya yang berdosa itu haram dan haram itu berdosa. Itu asas yang budak dua tahun pun tahu (rasanya).
Mungkin niat Hassan Ali yang dibenci oleh segelintir PAS itu kurang jelas, tapi tindakan menangkap orang meminum arak aku sokong 100%. No doubt.
Dan aku bangga Tuan Penulis berusaha mencari dan menyelidik menggunakan hadis. Tahniah.
PEMBETULAN, AKU BUKAN SAUDARA TETAPI SAUDARI. Soal penggunaan aku, bukankah aku lebih mesra?
Jawapan Shanon: Maaf, tersilap, saudari. Saya juga berbesar hati yang saudari juga mengakui tidaklah arif tentang segala-gala hal. Dan saya hargai usaha saudari untuk kemukakan hujah-hujah yang konkrit.
Betul, yang berdosa itu haram dan yang haram itu berdosa. Tetapi adakah semua dosa boleh dikira sebagai jenayah yang layak dihukum oleh manusia yang serba kekurangan dan ada cacat cela sendiri?
Dan saya setuju, ada yang lebih akur dalam hal-ehwal agama. Tetapi di antara mereka pun ada khilaf dalam pendapat masing-masing. Malah, alim ulama sentiasa mementingkan perbahasan ilmiah dan penyelidikan yang mendalam selagi belum mencapai ijma dalam sesuatu hal.
Dan pendirian saya ialah apabila wacana agama dijadikan bahan politik dan asas dasar-dasar awam, kita semua layak untuk berbincang dan berbahas, untuk menyatakan sama ada setuju atau tidak. Saudari ada hak itu, dan saya pun ada hak itu. Dan saya hormati hak saudari untuk berbahas. Tetapi saya sama sekali akan menentang kalau saya dipaksa untuk bersetuju dengan saudari atau dihukum jika saya tidak bersetuju. Prinsip ini saya rasa memang universal, sama ada dalam Islam atau prinsip demokrasi sekular. Surah al-Baqarah, ayat 256: Tiada paksaan dalam agama.
Terima kasih kerana sudi berbincang.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
sanggupa says
Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana merujuk dalil2 dari Quran. Tapi janganlah mengambil intipati Quran yang selari dengan nafsu dan meninggalkan yang yang tidak. Benarlah dalam Quran tdk menetapkan hukuman kpd peminum arak tp cuba rujuk hadis, perbuatan sahabat dan kata2 ulama.
Hadis itu menjelaskan hukum yg terdapat dlm Quran. Nabi tinggal dua perkara…Quran dan hadis…menghalang amalan minum arak ini termasuk dalam amar makruf nahi mungkar. Apa lagi mahu dipersoal? Hadis menyebut, kalau kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan (kuasa)…shgga akhir hadis disuruh mencegah dengan hati. Itulah selemah2 iman. Knpa kita mencegah orang yang mahu mencegah kemungkaran? Kalau mencegah dengan hati adalah slemah2 iman,di mana iman org mencegah orang mghalang kerja amar makruf nahi mungkar…anda lebih mengetahui…
Jawapan Shanon: Ada banyak peringkat hadis, daripada yang mutawatir hinggalah kepada yang daif, daripada yang hasan kepadalah yang gharib. Masalahnya sekarang kita sudah mula quote hadis sewenang-wenangnya tanpa mengkaji dengan mendalam apa kata para fuqaha tentang taraf dan kebolehpakaian hadis-hadis tersebut dalam membentuk undang-undang fiqh. Hadis yang anda petik ini pun ada juga pertikaiannya. Benar, ada ulama yang mengatakan menggunakan hadis ini sebagai dasar untuk melaksanakan undang-undang yang menghukum mereka yang minum arak dengan hukuman sebat. Tapi ada juga ulama lain yang tidak bersetuju bahawa ini perlu dijadikan undang-undang yang dilaksanakan oleh negara atau pihak yang berkuasa. Tak perlu mempercayai kata-kata saya. Cubalah buat kajian sendiri. Allah yang Maha Mengetahui dan saya berkongsi pengetahuan saya dengan ikhlas.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
gasakla says
Macam dah tamat perbincangan ni. Tp aku x piki pun nak paksa, kenapa nak paksa? Sedangkan aku yang menulis ni jauh lebih muda dari Tuan Penulis. Untuk makluman anda sedang berbahas dengan calon SPM 2009. Haha tapi umur belakang kira, yang penting usaha sesuatu perbincangan biasanya mencari persetujuan, dan bukan menegakkan hujah masing-masing sampai ke liang lahad.
Memang Islam tiada paksaan, tapi tak bermakna tiada dosa, tak apalah itu HAK MASING-MASING. ISLAM MEMANG TIADA PAKSAAN.
Aku juga bukan pentaksub pada ulama’ dan kaki masjid. Asalkan betul, aku sokong.
Jawapan Shanon: Tapi jawapan anda macam ada contradiction. Saudari kata dalam Islam tiada paksaan, tetapi menyokong pula usaha untuk menangkap orang Islam yang minum arak? Saya mengaku, perbincangan sudah tamat, kerana nampaknya kita sudah agree untuk disagree. Selamat berjaya dalam peperiksaan SPM kelak.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
budak.kecik says
Shanon, firman Allah, “Tiada paksaan dalam beragama,” tu bermaksud, seseorang tu tak dipaksa utk masuk ke dalam mana2 agama. Contohnya, David, dia ada pilihan dia sendiri nak masuk Islam ke, Kristian ke, Buddha ke, apa2. Tp kalo dia dah pilih Islam, maka dia termaktub dgn segala syariat Islam. Dlm Islam, wajib solat, maka WAJIB. Bukan bermakna “tiada paksaan” tu dia tak payah solat.
Berkenaan isu Dr Hassan memberi kuasa kpd ajk masjid menangkap peminum arak, saya amat bersetuju dgn beliau. Contoh, anak Shanon sendiri meminum arak. Takkan Shanon nak biar je dia minum sampai mabuk, pastu jd merapu meraban, tak solat, dll (nauzubillah). Pasti Shanon sendiri akan menegah perbuatannya. Kerana anak Shanon adalah tggjwb Shanon.
Begitu juga dgn Dr Hassan, beliau sbg wakil rakyat/pemimpin yg dipilih rakyat, beliau bertggjwb terhadap rakyat nya. Utk makluman.
Jawapan Shanon: Terima kasih atas penerangan anda tentang ayat Surah Al-Baqarah tadi. Tapi saya rasa itu hanya satu pentafsiran. Ada yang mentafsirnya sebagai memang tiada paksaan dalam hal-hal agama. Tapi tak payah percaya kata-kata saya. Seperti yang saya sudah katakan, sila selidik sendiri. Pendapat pelbagai fuqaha dan alim ulama sudah ada untuk dirujuk. Tapi rujukan yang terdekat ialah tulisan Prof Dr Mohammad Hashim Kamali, yang dulunya menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Tentang kemungkinan anak seseorang Muslim itu minum arak, sudah pasti ibu atau bapa berhak untuk menasihati anak mereka dan mengajar mereka apa ajaran Islam tentang minum arak. Tetapi itu sangat lain daripada membenarkan pihak kerajaan negeri untuk menghukum mereka ini dari sisi undang-undang. Itu pendapat saya.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
saya says
Woi Shanon Shah dah le jd penyesat umat….dulu masa kecik2 suruh belajar agama dgn tok guru xnak…dah besar menyesatkan org….yang korang bawak ni (SIS) bukan ajaran Islam, tu agama nafsu korang… txda kene mengena dgn Islam. Kalau korang nak faham Islam pegi belajar dgn org yg betul, cari tok2 guru, kat Malaysia ni belambak….buka pintu hati, cari kebenaran…bukan nak menegak benang basah, hujah hawa nafsu dan akal pendek korang tu…semoga Allah selamatkan ummat dari kaum yang sesat ini.
Jawapan Shanon: Alhamdulillah π Selamat Hari Raya to you too!
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
uncle husim says
Shanon dah debat care baeeekkk … korang ckp mcm bagus gila appaaddaaa.
gasakla says
jap! pembetulan sikit, sokong pun hak masing-masing kan? adakah anda sedang memaksa aku untuk tak menyokong? islam tiada paksaan, ingat?
agree to disagree, adakah agree untuk disagree ttg penangkapan org minum arak? itu salah sebab aku setuju malaun-malaun islam yang tonggang arak dihadapan public ditangkap.
byk sebab, tp tak perlu membebel panjang sebab semua org tau keburukan minum arak dihadapan public.
Jawapan Shanon: Tidak, saya tidak memaksa saudari untuk tidak menyokong. Seperti juga saya mempertahankah hak saya untuk membantah. Jadi, tidak ada contradiction di situ.
Malah, saya sangat bersetuju dengan saudari. Bagus kalau umat Islam yang prihatin memperhebatkan lagi dakwah tentang keburukan minum arak dan menyedarkan orang ramai, khususnya orang Islam, tentang kemudaratan yang bersangkut paut dengan minum arak.
Jika anda melihat seorang Muslim minum arak, saya rasa anda berhak menasihati dia, menegur dia, memberikan alternatif kepadanya, malah anda sendiri boleh menjadi usahawan syarikat bebas arak. Itu semua bagus. Tapi untuk anda, sebagai hamba Allah yang ada kekurangan dan cacat cela sendiri, menangkapnya dan menghukumnya? Saya langsung tidak setuju. Itu sudah tidak beradab, bagi saya. Lebih baik anda berdiskusi dengannya. Mungkin anda akan mempelajari beberapa perkara baru juga, mana tahu?
Claim saudari bahawa “semua orang tahu keburukan minum arak di hadapan public” – ini termasuk orang bukan Islam? Just wanted to clarify this point.
Ada banyak cara untuk berdakwah – cara manis atau cara garang, cari lembut atau cara keras. Saya tak setuju dengan cara garang atau cara keras. Dan itu pendapat saya π Kalau saudari anggap ini “membebel”, terpulanglah. Saya anggap ini satu diskusi yang sangat bagus antara kita.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen
ikhqoi says
aku pun solat rongak-rongak. tapi utk mengatakan solat itu tak wajib, jauh sekali lah. tapi arak dh mmg haram utk umat Islam, so Dato Hasan selaku pemerintah menguatkuasakan peraturan yang selama ni mmg ada di Negeri Selangor. Kalau tuan hamba dgr Ikim.fm tempoh hari (selepas kenyataan Dato Hasan di media, pendengar rata-rata bersetuju dengan cadangan tersebut).
Harus diingat, tindakan tersebut belum dikuatkuasakan. Maka janganlah kita melatah, melainkan mmg ada di antara kita peminum arak yang tegar.
Jawapan Shanon: Mengikut logik saudara, kalau majoriti setuju maka sesuatu dasar awam itu adalah betul. Bagaimana kalau majoriti bersetuju dengan ISA? Kalau majoriti mahukan negara sekular tanpa sebarang undang2 Islam bagaimana pula? Kalau majoriti mahu mengusir warga bukan Melayu dari tanahair ini pula bagaimana? Kalau majoriti mahu menganiaya umat Islam pula bagaimana?
Dan tentang sama ada undang2 tersebut sudah dilaksanakan atau tidak. Adakah jika ISA itu wujud tetapi tidak dilaksanakan, maka Gabungan Mansuhkan ISA tidak berhak “melatah”? Adakah jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh liwat tetapi belum dihukum, dia tidak berhak melatah? Saya bukannya menentang atau meragui hujah saudara, tapi saya rasa ini adalah soalan2 yang sangat penting, kerana isu “majoriti lawan minoriti” ini selalunya lebih rumit daripada yang disangkakan. Saya sendiri belum ada jawapan, tapi sebab itu saya rasa lebih baik kita berbincang dengan lebih terperinci sebelum kita melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa.
Shanon Shah
Pengarang Kolum dan Komen